Monday, October 10, 2011

Birthday Ku Yang Dah Basi

My birthday was about a week ago, but yeah, I tau.. I sepatutnya update blog I yang lama dah mengumpul habuk ini. Sian blog nie kan.. kejam betul I meninggalkannya begitu saje. Anyway, about my cerita birthday yang sudah basi ini, two days before the actual birthday, husband I dah siap-siap bagi hadiah petang tu. I was so surprised and was wondering bila dia bawak masuk without my knowledge.



(Birthday Gift)
So petang tu dengan wajah yang penuh pengharapan husband I surprised I with the gift. I was so happy, walaupun hadiahnya sangat simple but that is what I want. Apparently, he remembered drama last year on which I merajuk (menyampah bila ingat balik). Dia belikan I set toiletries crabtree hehehe.. yes, case last year la… Nasib baik dia ingat..kalau tak..memang berdrama lagi ler.. In fact last week during my birthday pun ada drama.. nie nak cerita la nie… The next night after jam pukul 12.00am Oct, 2nd, husband I keluarkan cake kecik (dapat free sebab dia beli dua kek for next day event because one of our anak buah punya birthday dengan I dekat-dekat, dia 1st Oct and I 2nd Oct.. so buat sekali) and siap letak lilin untuk I tiup.. Alahai.. romantic la konon... Sebelum tiup, I made a wish (yela tu..tua-tua pun nak ber wish kan..) dengan lilin yang 5 batang itu.. kalau nak letak semua memang tak cukup muka cake tu, benci I taw..


(Pra Birthday Cake (konon) Sebenarnya beli dua cake dapat satu free.. cake atas nie free)

As planned, the nieces and nephews dah bagitau a week before that, that they planned to take us out to breakfast or lunch at Quality Hotel, Chinese restaurant. But dorang cancelled at the last minute sebab one of our anak buah punya grandma past away on my birthday. Mula-mula kita orang berdua nak cancel but husband I kata carry on je, kita dua je pegi makan situ. On the way nak pegi, as usual husband I mengomel tak abis-abis pasal orang kat jalan la, indon la, politic la.. and all kind of thing.. Tiba-tiba I rasa fed up because I thought that day is my birthday I want to have a peaceful mind and enjoy the scenery, sementelah lama memerap kat rumah so sekali sekala nak la jugak menikmati persekitaran dengan suasana yang tenang. I terasa hati, I cakap kat husband I, boleh tak for once dia senyap and let me enjoy my moment (enjoy moment la konon), muka I sudah masam and hati sudah remuk..

Bila dah nak dekat sampai kat situ, I dah tak ada mood nak makan.. I cakap kat husband I, I tak nak makan… mood dah hilang.. Dengan penuh risau, dia tanya nak makan apa… Dalam kecewa tu sempat la lagi I cakap makan kat KLCC je la (wah.. demand kakak sorang nih), lepas dia belok nak pegi ke arah KLCC, tiba-tiba I teringat dia beria-ria nak makan kat dim sum masa kat rumah. Hati ini yang sungguh lembut lagi berbudi perkerti..wakaka..pun mengubah fikiran kembali. I cakap, ok la makan dim sum.. Dia bagai tidak percaya tapi memang sudah cukup memahami isterinya ini yang tidak tetap pendirian serta seorang yang tidak sampai hati (muntah la korang baca hehe..), membelokkan kembali ke arah sebelum ini.

(Cake Birthday I yang sebenarnya)
Lepas makan, I tak ingat mana kita orang pegi.. maklumla last week punya kisah lagipun I punya ingatan memang teramat teruknya… Kalau last week orang kenalkan I pada somebody, this week memang I definitely tak ingat muka serta nama…. Oh yeah..malam tu husband I keluarkan cake yang sebenar, yang malam semalam tu cake pra birthday..(wah pra la pulak). Seperti biasa dengan tidak berbaju beliau meletakkan cake kat atas meja and pasang lilin sekali lagi.. I tengok perut dia rasa macam nak cucuh dengan lilin yang telah dipasangkan api itu. I dah malas nak cakap kat dia suruh pakai baju putih pagoda itu, pakai lima minit terus mengadu tak selesa la panas la…

So sekian, cerita I yang tidak seberapanya ini.. Nanti I story pasal kisah I bulan lepas yang tak update itu.

Note : Macam mana boleh tau birthday sis nie, sis tak bagitau pun kat sesiapa...

6 comments:

Anonymous said...

happy belated bday sis
2 oct kan?
yang ke 18 kan?
hehe don worry, life began at 40's
dan sis kekal menten muda remaja di hatiku

moga kekal bahagia di samping hubby tercinta

-nakkal-

Claudia said...

Hello nakkal,

Thank you so much for the wish dear :)

oh nakkal.. thanks again for the gift from oversea itu..sis suka :)

Zue-rouge said...

Hi Sis

Happy belated birthday to you, and so happy tengok sis dh update blog ni.

Semoga Allah terus melimpahkan rahmat-NYA ke atas sis n hero tu. You 2 such a cute couple.

Claudia said...

Hello Zue,

Thank you so much for the doa and ucapan Zue. I appreciate it very much. InsyAllah and thanks again kerana memberi semangat pada sis untuk update blog dan kisah rumahtangga sis yang tidak seberapa ini..

che^amad said...

happy very belated besday sis... ahahaha jauhnye tetinggal keretapi.. semoga maintain ayu selalu dan sentiasa menjadi penyokong industri filem tamil yg tegar.. wahahaha..

Claudia said...

thanks Gab, wakaka.. lama dah tak menonton citer tamil fav's gab itu hehe...

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...