(Cincin tunang)
Lepas breakfast, terus berkemas sebab nak check out awal and dah plan jumpa Cik Aya and the rombongan kat Paparich pukul 11.00am. Lepak kejap with them at Paparich before heading out to future bride’s house. Sampai situ, bergambar la kejap rombongan peminangan ini. I tolong angkat dulang hantaran pertunangan berisi kain telekung. So dalam jalan aksi penuh catwalk ini, oh by the way, I’m the only one yang tak pakai tudung hatta selendang sekalipun, hehe.. I nak pakai selendang Siti (uweek) tapi anak-anak buah and husband I kata tak payah. Nasib baik la rambut I dah potong pendek, kalau tak maunya berterbangan bak kunti ponti versi mata sepet. Anyway, back to my perasan as Claudia Schiffer itu, I pun berhati-hati la nak masuk ke dalam untuk meletakkan dulang hantaran kain telekung. Tak semena-mena telekung yang di atas itu jatuh. Alahai, ramai-ramai orang yang bawak hantaran, why it has to be me? Shit la kan wakaka... One of dorang punya sedara, cepat-cepat tolong I, sesambil tu sempat la I berbisik sorang-sorang, I cakap, spoil la, tapi tak I sangka, pompuan tu terdengar, dia kata, tak apa-tak apa sambil tersenyum kat I. Aisymen, tak sangka la pulak dia dengar, double malu I. Baru nak perasan wanita Iban lindungan terabai (terabai adalah perisai lambang kepahlawanan iban zaman dahulu kala – sempat lagi bagi knowledge kan hehe.., nak tau rupa sila google ;P).
Anyway, pihak lelaki duduk kat luar and yang pompuan and orang kuat pihak lelaki (kita orang la) duduk kat dalam berserta dengan ayah, uncle tunang anak buah, ayah and uncle anak buah aje kat dalam. This was my first time pegi merisik, tak pernah pun before this and I wonder why? Interesting la jugak dengar dorang discuss sikit-sikit and disulami dengan pembayang maksud yang kadang kala mencuit hati. I kan suka benda-benda macam nie. Sesambil tu terdengar tangisan cucu sedara kat luar wakaka.. Oh, I don’t know mana satu adik beradik and mak tunang anak buah. Kalau dorang introduce pun I tak akan ingat. Jangka hayat ingatan I amat pendek sekali. Selesai acara bertunang, kita orang pun makan makanan yang telah terhidang. And ofcourse ada nasi and I kena makan jugak sebab takut lapar and gastrik..uwaaaa...
Selesai makan, borak-borak dengan anak-anak buah and cucu sedara for a while. Then husband I ajak balik cepat-cepat. I kata, eh, nanti la I nak kena salam-salam and bagitau kat dorang yang kita nak balik. Husband I kata tak payah and cepat-cepat suruh I jalan and dia kata nanti orang balik cuti sekolah sure jam and ofcourse dia tak nak orang-orang berkenan tumpang balik wakaka... Dia kata leceh and tak ada privacy. Apa la husband I, dia ingat I dengan dia aje kat dunia nie. Tapikan sebenarnya I pun agree dengan dia and being the wife yang sungguh patuh ini (pengsan), I pun menuruti jua (muntah pink) wakaka...
(Buah hati I yang berbaju melayu biru, among the buah bali)
On the way back, we decided to stop at one of the R&R (I think R&R Simpang Pulai kot) to buy fruits, change our clothes and use the restroom. Seronok la memborong buah-buahan kat situ sampai budak yang jual buah tu tolong angkat and hantar kat kereta, punya la banyak and ofcourse tamak yang lebih hehe... Oh yeah, husband I tukar baju dalam kereta masa isi minyak. Dia cuma tukar baju and not seluar, kang orang yang kiri kanan isi minyak ingat dia ajak berporno pulakkan wakaka.. Anyway, we were so glad sebab tak jam.. Thanks God! Sampai rumah, the first thing that I did was to weight myself. And yeah, I gained 2kg... waaaaaaaaaaaaaaaaa............
No comments:
Post a Comment