Thursday, February 7, 2013

Hadiah, Skype dan Masa Depan...

 (Hadiah dari Mbo)

Oh I lupa nak tunjuk gambar hadiah Mbo bagi I masa kat airport Kuching haritu. Masa dia bagi tu, tekejut I and terus la I marah-marah manja dia sebab membazir duit dia je kan. Dia kata dia memang lama dah nak bagi I something sebab dia tak pernah bagi I apa-apa sebelum nie, sesambil tu dia peluk cium I. Terharu I you and it was so beautiful. I akan pakai masa dia convo nanti. I rasa sungguh terharu and touch sebab sejak tua-tua nie tak ada orang lain pun selain dari husband I yang buat and bagi perhatian kat I macam tu. Bukan tu aje, dia sungguh mengambil berat tentang kesihatan I sementelah dia kerja dalam bidang perubatan. Dia whatsapp I banyak kali suruh I buat medical check up since masa dia check I punya blood pressure kat rumah dia kat Kuching haritu and she found out that I punya blood pressure nie tinggi. Dia kata I patut dah kena makan ubat high blood nih. Dulu pun masa I buat medical check up, doctor check I punya blood pressure memang tinggi tapi I tak bagitau dia sebab I tak mau dia bising. A few days ago I dah buat appointment untuk buat medical check up and lepas Chinese New Year baru ada slot.
 
(Telatah dorang)

Anyway, sejak dari pertemuan epik hari tu, hubungan I dengan dia bertambah rapat seperti masa dulu-dulu. Dan bertolak dari situ, tiap-tiap hari both of us whatsapp each other and we share all kind of stories... Ndak-ndak dia nak datang convo nie bertambah-tambah la plan kita orang once she and her family kat sini nanti. Kita orang jugak dah start ber skype which was my first time two nights ago. Last night pun ber skype lagi sampai terbaring-baring, dengan Boy and Girl tu yang berebut-rebut nak bercakap and not to mentioned bergaduh with each other. Siap mengadu lagi dekat I dengan muka merajuk-rajuk lagi hehe..so cute. Si Boy terus cari husband I, I langsung dia tak tanya, sabar je la Bruno Mars tu..oh yeah, we called him Bruno Mars sebab semua lagu Bruno Mars, si cengeng nie tau. Husband I apalagi sibuk la main-main dengan dorang sambil tunjuk-tunjuk kereta la, teddy bear la, ipad la etc... And I rasa sungguh geli hati tengok cara Mbo layan anak dia, siap ada ugut-ugut lagi kalau anak dia buat perangai. Tak sangka dia dah besar, matang dan beranak pinak. Tengok cara dia menjalankan tugas sebagai seorang ibu, bersusah payah dengan dorang dan banyak tanggungjawab itu membuatkan hati I tersentuh. And hearing her talking about her life, husband and the kids...ah... rasa macam tak caya je.

The last time I saw her was, when she was single, remaja and muda lagi. Rasa macam mimpi aje bila dia dah ada family sendiri. I still think of her as my little doll sementelah I jaga sejak dari dia masih merah lagi. Umur dia seminggu I dah start mandikan dia, pakaikan lampin, buatkan susu dan macam-macam lagi la. I’m like a second mother to her although I was only ten years old during that time. That is why kalau dia berkurang asam dengan I, I cukup terasa sebab I rasa she has no right to do that to me.

My last emotional post entry aritukan was about family kan. So masa I ber skype dengan dia last night, I tanya dia, dia ndak tak jaga I dengan husband I kalau kita orang dah tua nanti, kalau tak ada orang nak jaga and sakit-sakit nanti. Dia tanya I balik, kenapa I tanya soalan macam tu. I kata tak ada la I saja je tanya. Dia kata ofcourse dia akan jaga and memang a few days ago dia ada bagitau Mummy yang dia nak take care of me and my husband. Mummy yang kat sebelah menyampuk, in fact dari dulu lagi Mbo nie cakap dia nak jaga I bila I tua nanti. I rasa tersentuh hati lagi (err...bukan I ke yang cakap dah build defense mechanism, konon nak elak dari berbagai rasa...ceh lah ayat). Tu la dia, kalau dah tua macam I nie and tak ada anak, sibuk la terpikir siapa yang nak jaga tua-tua nanti and terhegeh-hegeh la tanya orang keliling kan. But then again, sedara husband I ada lapan anak tapi kelapan-lapan anaknya itu tidak dapat menjaga ibu yang seorang itu, siap ditinggalkan kat tepi jalan lagi (err..bukan I pernah cerita ke sebelum nie? Tak ingat la). Sampai hatikan? I ingat lagi ibu dorang datang rumah kita orang dalam keadaan sedih and uzur tapi sekarang dia dah meninggal dunia. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, amin.

Anyway, eventhough Mbo said, she’s willing to jaga both of us kan but still kita tak tau macam mana di kemudian hari, people can change their mind easily. Yang pasti Mbo nie garang and pasti I dengan husband I akan di “makannya” hidup-hidup wakaka... Tapikan I dah prepare pun kalau tak ada siapa yang peduli, I make sure I akan uruskan segala hal secepat mungkin and pindah/tinggal kat rumah orang tua-tua kalau husband I dah tak ada nanti... (sedih la kan). I tak nak la menyusahkan orang, biarlah petugas kat rumah orang tua-tua uruskan I. Lagipun kalau I dah nyanyuk (mintak dijauhkan Tuhan), nak baling I kat longkang, baling la... masa tu I mana tau apa-apa lagi kan. But I do hope I tak sakit-sakit chronic and terdampar kat katil ke... Mula la tarik cerita mintak simpatikan.... Yang pasti jangan la tiba-tiba I terjatuh “chenta” dengan jantan kabaret tua pencen kat rumah orang tua-tua tu nanti, kang ada majlis menepung tawar di atas pelamin anganku musnah....lagu Azie la pulakkan... tak tak pun mesti ada adegan suap menyuap pulut kuning ke mulut kerepot si bertanjak itu....uweeekkk..ngeri takmo imagine.....


Sekian tulisan wanita yang nak kahwin lari dengan Ryan Gosling.... ahak!.. perasan!

2 comments:

JM said...

wakakakakakakakakaaka..mmula cam nk sedeh..tetibe masuk kawen kt rumah org2 tua wakakakakak..adehhh..x jd nk kuar air mata dah ahahahahaa

Sis Claudia said...

hehehehe... gotcha!

biasala kisah2 drama nie mesti ada element mengejutkan di penghujung setiap penceritaan wakaka...