Thursday, February 28, 2013

Bulan Februari Bulan Merajuk....

I sungguh tidak ada mood dalam seminggu dua nie... Tah la I pun tak tau kenapa. Bulan Februari nie betul-betul menguji kesabaran I. Ada je benda yang menjengkelkan hati I. Dalam pada itu sempat la jugak I merajuk-merajuk kat husband I. Yela...mood pun tak baguskan... mula la tu nak justify akan kemerajukkan diri ini... Tapi seriously, bulan nie paling banyak sekali I merajuk and terasa dengan berbagai-bagai pekara, tah apa-apa tah..and latest sekali malam tadi, siap bersalam-salam mintak maaf ala-ala hari raya lagi wakaka... Issue nya kecik sangat.....

Anyway, last week I tak berapa sihat, batuk-batuk manja dan ditambah dengan sakit tekak, perit-perit sikitkan and also bercampur baur dengan flu. I tanya husband I nak bawak pegi klinik ke, dia kata nanti dia cari ubat kat farmasi sebab dia tengok I tak berapa sakit sangat and tak nak berjangkit dengan orang kat situ. Lepas dia beli ubat farmasi masa dia balik tengahari, dia suruh I makan, I nie kureng sikit nak makan ubat either kat klinik atau farmasi sekalipun. Kalau I boleh elakkan, I akan elakkan unless kalau I rasa tak larat sangat baru la I makan. Husband I suruh I telan ubat tu, I kata nanti la I makan vitamin dulu kalau still tak baik barula I makan ubat.

Seperti yang telah diketahui husband I can be a pushy grandpa sometime (most of the time), kejap-kejap dia tanya dah makan ubat ke belum, I kata nanti la, esok ke kalau still tak baik lagi. Dia push lagi, I still kata nanti and jangan paksa-paksa. Sekali husband I cakap, nanti kalau I tak baik-baik I akan bagitau dia lagi. Wah... terus la I merajuk over that statement... I cakap, apa guna you husband I kalau I tak boleh mengadu kat you” dengan muka Ya Allah...buruknya. Sesambil tu sempat lagi I bring up pasal concert Anuar Zain yang kebetulan I tengah baca depan computer kan... Haritu I ada hint kat dia pasal I nak tengok concert Anuar Zain nih but I didn’t pursue it seriously but alang-alang dah merajuk, I masukan issue nie sekali.. kira 2 in 1 la kan... Serentak dengan itu, I terus masuk bilik, (port yang paling sesuai untuk part merajuk nih) and I tutup kepala dengan bantal (juga prop basi yang seringkali I gunakan). Bila menyedari beliau telah membuat kesilapan yang maha besar, cepat-cepat husband I menyusuli I ke bilik and cakap sorry banyak kali. Lepas cakap sorry dalam bahasa inggeris, beliau cakap mintak maaf dalam bahasa melayu pulak wakaka.. I rasakan kalau dia tau berbahasa lain (tamil one of it) mesti dia dah cakap jugakkan...

Tapi hati yang telah sedia ada sensitive ini tidak dapat diubati dengan segera. I terus la berada dalam keadaan yang lemas kerana menutup muka dengan bantal. Rasa macam semput nak bernafas, itu belum ditambah dengan kepanasan lagi tapi sebab jiwa bengkeng yang keterlaluan maka I tempuhi jua penyeksaan yang dicipta sendiri... Tiba-tiba ada tangan yang membetulkan baju I, lepas tu seperti ada tangan yang menepis-nepis halus badan I, kekonon nak buang abuk la..dalam hati I berkata-kata, ingat I nie furniture ke... Berbagai pujukkan dan kata-kata rayuan si Don Juan tidak berjaya memujuk hati I yang mengada ini, then dia pergi kerja tanpa I mencium tangan beliau seperti biasa... kejamkan I?
 

Kat office dia call I. Malasnya I nak jawab namun terpaksa la jugak, mana la tau ada benda penting ke. I cakap hello ndak tak ndak... Husband I tanya, aritukan I ada cakap Body Shop cream I dah habis and nak pegi beli. Dia cakap dia sekarang nie kat KLCC Body Shop and tell him which yang I ndak and which yang boleh buat I alergi. Wah..dalam hati I, bila I merajuk tiba-tiba boleh la pulak dia teringat nak belikan. Dalam menyampah-menyampah sempat la jugak I cakap apa yang ndak kan wakaka... tapi suara masih control garang dan suara yang sungguh mendatar..

Balik kerja petang masa dia masuk ke rumah, I buat-buat tak pandang dan memuncungkan mulut, padahal masa tengok tv tadi bukan main lagi I berdekah-dekah ketawa... I kan pelakon professional grade B, walau tak sehebat grade A tapi watak kena pandai switch cepat-cepat maaa.... Dia panggil I and cakap dia dah belikan I cream Body Shop, I jeling sebelah mata..wah... masih dalam watak antagonis ini. Dia letak paper bag atas meja makan and panggil I. Dengan muka serba masam, I pun jenguklah kedalam shopping bag itu. Tekejut I sebab dia beli banyak. I would have expect it to be dalam dua tiga bijik aje but instead dia beli berbagai-bagai jenis and satu set lagi. Hati yang merajuk tiba-tiba menjadi sejuk dan terjatuh chenta balik kat husband I wakaka.. nyampah la I tulis nih... Ceh, betapa rapuhnya hati I ini kan..dasar wanita kebendaan.. senang betul jiwa I dibeli olehnya, hatta berumpankan Body Shop sekalipun... Tapi kerana ego yang tak sudah-sudah, I buat-buat muka serious and cakap kenapa beli banyak-banyak nie buat membazir je (marah konon...penipu). Husband I kata, sebab dia sangat sayangkan I and that is not his style nak beli satu dua je, wah.. statement kelakiannya. Lepas tu dia tambah, kalau dia boleh beli satu kedai, satu kedai dia dah belikan untuk I. Alahai... I buat-buat dengar tak dengar je, tapi hati I dah cair wakaka..... Lepas tu sibuk la I snap gambar-gambar and dalam hati, ada la I buat modal update blog nanti wakaka.. After I kemas-kemas and simpan kat bilik, I pandang dia and cakap...terimakasih lah...dengan endah tak endahnya sambil mencebikan mulut...huiii...melampau I nie... Husband I tersenyum simpul bersama perutnya yang mungil.... Kadang-kadang kesian I tengok husband I, sabar betul dia melayan kerenah I yang tak senonoh nie.... (sedar diri pun...).  Dapat laki jenis pendekar dan berhati batu...baru tau...

But to tell you the truth, I really hate bulan February this year...sungguh-sungguh membuatkan I beremosi tak bertempat.....
 
Sekian tulisan wanita tak habis-habis beremosi di bulan Februari....

No comments:

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...