Mama


Post kali ini tidak ada kena mengena dengan wanita yang terpenting dalam hidup kita walaupun tajuk entry ini adalah Mama. Ianya juga tiada kaitan dengan lagu Mama dendangan kumpulan Budak Lelaki ke Jantan (Boys to Men). Entry kali ini adalah berkenaan dengan movie yang I tengok. Ya, dah lama I tak buat ulasan dan mengkritik ikut sedap bahasa I.

Baiklah I bersalah silah sulah selah akan bagaimana terjadinya entry ini. Masa Mbo bercuti kat rumah I that day, dia tanya, I dah tengok ke cerita Mama (omputih). I kata I dah download a few months ago but I tak ada masa nak tengok. Dia kata cerita tu sangat seram dan dia bawak anak dia tengok sekali, nasib baik Boy and Girl tak ngigau. I kata kat dia, please don’t tell me what’s the story was about etc. sebab nanti spoil la bila I dah tau cerita macam mana, dia kata ok but dia asyik suruh I tengok. So a few days ago I pun tengok la dengan husband I.


Sesiapa yang nak tengok cerita nie and tak mau tau macam mana jalan cerita, please don’t read this entry or anda akan menyesal kecuali anda nak tengok jugak and nak tau jugak cerita macam mana or anda tak ada hati nak tengok cerita ini tapi nak baca ulasan I yang bakal memeningkan kepala anda. Ingat you have been warned...wow..so serious...

Here goes;

Firstly, cerita nie cerita hantu omputih on which we all know memang tak seram langsung, cuma satu je cerita omputih yang I tengok sangat seram, nanti I cerita kalau I tak malas. Ok back to cerita Mama nie, I tak berapa paham sangat permulaan cerita nie sebab tiba-tiba bapak dia balik rumah lepas tembak/bunuh rakan setugas dia (like I said I tak paham sangat) and bawak dua anak perempuan dia Victoria (3 tahun) dan Lilly (1 tahun) lari dari rumah tanpa arah tujuan. Entah macam mana dalam perjalanan melarikan diri di musim salji, dorang accident and masuk ke hutan. Then dalam dorang bertiga nie berjalan, tiba-tiba dorang terjumpa rumah lama yang tak berpenghuni. Masuk dalam rumah tu, bapak dia suruh Victoria nie pandang tingkap sebab dia nak tembak but ada benda lain pulak tarik and bunuh bapak dia, hantu la tu.

Lima tahun kemudian, orang yang uncle dia upah suruh cari budak nie terjumpa la budak-budak nie kat rumah tu, tapi perangai budak-budak nie macam sakai and adik dia tak boleh berjalan, merangkak macam binatang, rambut kusut and kotor. Then dorang di bawa ke centre untuk study ke apa tah oleh sorang professor. Auntie bebudak nie pulak berebut custody ndak kan budak nie and she is more capable otherwise si uncle dorang nie is a struggling artist and girlfriend pun musician dalam rock band. Then professor nie pun negotiate kat uncle dorang nie, rent free etc. but dia nak buat study kat bebudak nie. Uncle kata allright je la sebab tak payah keluar cost and furthermore rumah yang professor nie bagi besar memang sesuai untuk family.

Maka bermula la pekara-pekara “menyeramkan” konon but pada I tak seram langsung. In fact “what a joke”. Rupa-rupanya hantu nie ikut budak-budak nie and act as a Mama...haaaa...situla dapat nama title Mama kat filem nih. Hantu mama nie jealous kalau Annabel (girlfriend uncle dorang) nak berbaik dengan budak-budak nie. Victoria nie dah boleh terima uncle and Annabel but Lilly nie lain sikit, maybe sebab dia dari kecik dia cuma tau hantu mama nih. Hantu mama nie tinggal kat area-area dinding, so malam-malam dia keluar and main tarik-tarik selimut dengan dorang. Victoria dah tak suka sebab yela hantu siapa sukakan. Hantu mama nie tak ada la seram mana, macam cartoon animation je...each time hantu mama nie keluar, I sengih-sengih sebab kelakar, nak kasi I seram konon...wah belagak!

Ok this is the part yang I nak kutuk sekutuk kutuknya. Jangan ingat semua cerita omputih nie ada class or bagus, banyak flaws nya. Contoh, masa uncle dorang kena tolak dengan hantu mama sampai jatuh tangga, so dia pun di bawa ke hospital. Uncle nie pun koma. After a few days koma, dia ternampak vision/mimpi yang adik dia yang dah mati tu, bapak kepada budak dua orang nie, tunjuk kat satu tempat bawah jambatan. Bila dia tersedar dia lukis gambar tu (dia kan pelukis) then dia decided to go to the place. Yang I pelik, kenapa bila you sedar dari koma you nak pegi ke tempat dalam mimpi you itu, you sepatutnya pegi la dulu ke rumah you balik and selamatkan girlfriend and anak-anak sedara you kan? Bukan ke you kena tolak dengan hantu mama nie kat rumah tempat dorang tinggal tu? Tak ke tak lojik? Lepas tu boleh la ke tempat yang you nak pegikan?

Seterusnya Professor nie datang la ke rumah dorang sebab nak study pasal budak-budak nie and nak question si Victoria, Lilly tu memang tak dapat diselamatkan lagi, tidur pun bawah katil dengan ranting and daun-daun. Anak patung pun dibuat dari ranting and daun-daun nih. So masa professor nie hypnotise Victoria, sekali dia tengok ada something kat atas siling, hantu mama la tu. Then dia cepat-cepat lari and tak bagitau Annabel. Dia masuk kereta dia tengok kat tingkap ada hantu mama tengah menjengah dia. Tak ke stupid, patutnya pegi la bawak dorang nie keluar dari rumah tu kan. Lepas tu professor bangang nie pegi ke rumah lama yang dalam hutan kat tempat budak-budak nie and kekonon nak question hantu mama nie. Bukan main lagi lari lintang pukang dari rumah besar tapi berani pulak ke rumah hutan hantu mama tu kan? Apalagi, bila dia start nak question si hantu mama kat rumah hutan, hantu mama tak tunggu lama, terus dikerjakannya. Ada ke nak negotiate or borak ngan hantu?

Uncle dorang yang tersedar dari koma nie terus la pegi ke tempat yang dalam mimpi dia. Meanwhile, Annabel dengan budak-budak kat rumah besar tu kena kacau dengan hantu mama, part nie ada ngeri sikit, bila hantu mama kejar dorang dengan merangkak terbalik, kaki dan tangan kat lantai tapi muka dan badan ke atas wakaka... korang imagine la macam mana, kelakar pun iya jugak. Kadang-kadang hantu mama nie menyorot je kat lantai macam mop lantai sebab nampak rambut je. Maka bekejar-kejaran la dorang, oh yeah, auntie yang nak berebut custody tu ada datang nak ambik budak-budak tu sebab minggu dia melawat and kejap je watak sebab hantu mama dah terkam wakaka.. Anyway, hantu mama nie pun dapat la bawak budak nie lari and Annabel pun jumpa map and terus pegi ke tempat rumah hutan and on the way nak ke sana tiba-tiba dia terserempak dengan uncle yang merayau-rayau tanpa tujuan wakakaka... bodoh kan jalan cerita nie? But maybe nak cari rumah kat hutan tu but takan la berjam-jam lari dari sepital still tak jumpa rumah hantu kalau adik dia yang dah mati bagi petunjukkan...sungguh musykil and plot tergantung...cewah...main ayat plot la pulak.....

Then sampai je kat rumah tu, dorang cari-cari budak nie and Annabel nie ternampak satu bukit tebing tinggi, oh yeah, dia ada buat study and check background pasal hantu mama, so dia teringat la bukit tinggi di pinggiran itu. Dia dengan uncle budak-budak nie pun naik la keatas and hantu mama nie nak bawak budak-budak nie terjun ke air, kira macam relive dia punya history yang lari dari rumah orang gila and bawak baby dia lari and terjun tapi baby dia tersangkut kat ranting, dia pulak mati tersembam kat air masa kurun ke 18. Back to present, sebelum tu hantu mama nie siap lilitkan kalungan bunga kat kepala budak-budak nie, ala-ala mahkota wakaka... hantu pun ada feeling bunga-bunga and ada sentuhan seni ok. Here’s the thing, kenapa baru sekarang hantu mama nie nak bawak budak-budak nie terjun? Kenapa tak dari dulu lagi masa dia bersama-sama budak nie kat rumah hutan tu? She has plenty of time to do that kan? Tak ke menyusahkan diri sendiri je sebab kena berebut dengan manusia? Anyway, Annabel nie bila nampak hantu mama bejalan kat pinggiran nak terjun terus di tariknya budak-budak tu dan dibalingnya rangka anak hantu mama yang dia ambik kat kotak professor yang professor nie pegi ambik kat history librarian (mesti korang pening baca nih hehe...). Hantu mama nie pun suka la dapat anak dia yang dah jadi skeleton itu tapi Lilly yang bangang panggil mama. Hantu mama bagai terkejut dari lamunan and terus dapatkan Lilly dan Victoria. Si uncle yang cuba nak stop, terus jatuh tertiarap bila hantu mama tekan dada, alahai... so lembik la the hero.

Annabel pulak yang brave, dia pun tarik Victoria, so bermula la adegan tarik menarik. Victoria ofcourse nak ikut Annabel sebab siapa nak ikut hantu terjun bunuh dirikan. Tapi yang sedihnya Victoria dapat diselamatkan but not Lilly sebab dia anggap hantu mama nie mama dia. So hantu mama pun peluklah Lilly and then terjun sama-sama and both of them tersangkut kat ranting (yea, ranting tempat baby dia tersangkut jugak masa kurun itu wakaka...) and jadi moth atau rama-rama. No wonder la dorang suka lukis rama-rama kat dinding and hantu mama nie mayat dia pun tempat rama-rama nie menginap dulu.

Last sekali, ada seekor rama-rama hinggap kat Victoria then terbang, nie mesti Lilly....yela takan Lala la pulakkan....

I know I telah membazirkan 100 minit menonton cerita yang tak lojik ini....

Sekian catatan si pengulas movie yang so berjiwa seni (really?)...sambil kenyit mata kiri kanan.....

Comments

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku