Wednesday, November 20, 2013

Update Basi

Ahh... lama I tak update blog I due to something that is bothering me right now... Nanti la I cerita but right now I need to habiskan baki-baki kisah my nenen ini.. Here goes...

Sebelum balik, we decided to singgah kat rumah in law kejap on the way to the hospital to bukak my bandage. I jumpa my bedridden mother in law, I cakap nak terbang balik malam tu jugak lepas jumpa doctor. Mother in law I yang jadi quiet lepas bedridden tiba-tiba cakap, “tak payah balik laaa..” dengan nada sayu, tiba-tiba I rasa terkedu bercampur sedih. I usap-usap kepala dan tangan dia yang mengeletar itu, I cium pipi dan dahi dia, I kata kejap je, nanti I balik sini semula yea. Mother in law I pandang I dengan wajah lesu and then dia pejam mata perlahan-lahan.. Tak lama kemudian, assistant kat clinic doctor called and suruh I datang early than the appointment, I cari husband I tah mana-mana dia pegi. Bila husband I naik atas I cakap dengan husband I pasal apa mak cakap and hospital suruh datang awal. Kita orang pun cakap dengan mak nak kena pegi cepat. Dia pandang I lagi, I tak tau apa nak cakap, then spontaneously, I tarik t-shirt I sampai nampak bandage and cakap nak kena pegi sekarang sebab nak bukak nie...tak senonoh la I, what was I thinking? Lepas tu baru I pikir, eh, tak ke I menambahkan kerisauan di hati beliau... ish ish.. Sebelum pegi, I usap-usap balik kepala, peluk cium pipi dahi, tangan and cakap I akan visit dia lagi.

Then I turun bawah nak jumpa kakak ipar I, kak Aya, dia kat dalam bilik mandi, I cakap I nak kena pegi hospital and malam terus terbang then I ketuk-ketuk rumah Aiza, dia tak dengar or tidur kot.. Then I dengan husband I cepat-cepat pegi.. Sampai kat clinic as usual doctor nie punya bilik is always pack with people, perempuan la ramai. Masa I duduk tu, I tengok about four perempuan macam muka cina, tengah cakap dalam bahasa indon. Memang orang bangsa cina kat sana berbahasa indon among themselves. Masa I mula-mula dengar dulu, I hairan sebab ingatkan once orang tu bangsa dia, dia akan cakap bahasa dia. So anyway I was sitting next to this makcik, I pun tanya dia buat follow up ke, dia kata dah buang cyst and all. Then all of a sudden dia cakap kat I dengan slang penang or kedah nya, something like this” tengok dorang nie, bangsa cina tapi cakap bahasa indon, tak macam kita kat sini, sekolah pun mintak segregate. Naik kepala pulak tu”. Wah dalam hati I, ini makcik boleh tahan. Then I cerita kat dia I dengan husband I tinggal kat Bangkok and barangan kat situ semua mahal kecuali baju-baju, harga minyak one liter RM4 and kat sini murah lagi pun dah bising... makcik tu cakap, itula orang kat sini tak sedar diri.. Nak tergelak I. Then I cerita pasal I punya operation and I kata I hope my kesan jahit nanti tak hodoh and I tunjuk kesan jahit I masa buat operation gall bladder dulu..OMG.. kenapala I pegi tunjuk kat dia sambil tarik baju I, kenapa la I tak terpikir orang lain boleh nampak? What is wrong with me? Tapi nasib baik la kita orang duduk kat corner and hopefully orang lain tak perasan kan? Makcik tu cakap don’t worry sebab bekas jahitan doctor nie kemas.

Lepas dia cau, nama I kena panggil but I told the assistant, I nak pegi toilet dulu. I nie kan kalau tak buang air kecil pegi clinic nie memang tak sah, at least dua tiga kali I bangun. Sampai kat toilet, I kena tunggu sebab ada orang. Bila toilet di buka, I realised one of doctor nie punya patient kat clinic and this lady berbangsa indian tanya I, I buat apa kat clinic, I kata I nak kena remove my bandage and then dia start cerita kat I pasal dia punya breast. I kata, nanti kita discuss kat dalam clinic sebab nama I dah kena panggil. Balik dari toilet, indian lady nie tengah duduk, I kata nanti I cakap dengan dia sebab nama I dah kena panggil and sempat la lagi I ucapkan happy deepavali kat dua assistant doctor nie. I was asked to lie down sebab nak bukak bandage and mula la jantung mengelabah dan badan I start mengigil. I tanya assistant doctor nie sakit tak, dia kata tak ada.. Then dia bukak my bandage and tak lama kemudian doctor Suseela pun datang untuk bukak another layer of my bandage. Bila dia nak cuci, I tanya ubat apa dia letak, dia kata, bukan ubat just water... fuhh.. nervous I sebab I takut pedih-pedih ke kan. Bila dia cuci automatically kedua-dua kaki I terangkat haha.. Apparently, another layer of the bandage melekat kat tempat bedah tu, ofcourse la kan sebab ada darah beku kat layer tu masa I jeling-jeling sikit, suspense I nengok. Dia tanya sakit ke, I kata tak tapi nervous di tambah lagi dengan air yang sejuk itu, but I bet it is a solution and not just water. I kata I tak nak tengok, dia kata ok jangan tengok. Lepas doctor cuci dia kata dah boleh mandi and kena air tapi jangan gosok dulu. Then asisstant dia cakap, biarkan air bercampur sabun lalu je kat situ. Lepas seminggu baru boleh gosok bahagian tu. I cakap kat both of them I tak nak cuci and tak nak air lalu pun. Doctor kata, mana boleh tak cuci nanti tak boleh naik kapal terbang sebab bau busuk..haha.. Doctor nasihat kat I macam budak-budak la pulak.. Yelakan perangai I kan tak senonoh. Lepas tu masuk bilik dia and discuss a little bit and I cakap I tak makan the painkiller sebab I boleh tahan. Doctor cakap, itula semua tak nak dengar cakap doctor, doctor kata tak sakit maknanya memang tak sakit hehe.. Then she showed me the result of the lump yang hantar kat lab tu, thanks God, it is not cancer. Ok, this is the interpretation, Left breast lump : Benign duct papilloma and benign proliferative breast disease. No malignancy is seen. Syukur Alhamdullilah, syukur sangat-sangat but the doctor told me kalau tak di buang, lama-lama boleh jadi cancer...phew!. Then dia cakap I kena buat follow up dengan dia next month sebab dia nak tengok kesan jahitan tu macam mana.

Sementara tunggu bill siap, I borak dengan the indian lady tadi and dia pun ceritala pasal kes dia. Dia kata masa dia jumpa dia punya lump dia pegi la kat doctor lain. And this doctor tak buang habis ke or tak buang langsung, sorry tak ingat I. My memory is very poor but for the next three years she had go through lots of procedures, makan ubat la, check darah la etc.. and after three years it seems that the lump bertukar jadi cancer, kesian kan dia. Then kawan anak dia recommend doctor nie kat dia. The sad thing is dia tak ada insurance and she has to use her saving of business cakes and cookies dia. Dia kata apa nak buat, tak apa la umur pun dah 60 tahun, dah hidup lama. This is the second time I heard orang yang ada breast cancer nie cakap macam nie kat I. Dorang nie pasrah and you know it’s life and sooner or later I or kita semua akan mati jugak kalau tak pasal penyakit, it would be other circumstances. I can’t help feeling sad and scared at the same time.

Anyway, lepas jumpa doctor, kita orang terus balik rumah and bersiap ndak pegi airport in an hour time. First time I dapat mandi tanpa bandage but I make sure tak kena air, punya la takutkan. Since doctor tak bagi plaster or anything, I letak tissue kat bahagian bedah tu and each time masuk toilet kat airport, I checked to make sure tissue tak melekat and kept on changing it. Suspense bila tengok ada darah sikit kat tissue and I tengok some part of my nipple nie macam red maroon.. Sampai rumah kat Bangkok I peratikan betul-betul the red maroon nie and thanks God, it was darah beku and not darah keluar.

I boleh cuci bahagian tu but I do it gently and I dah tak payah mengiring ke kiri ke kanan atau membongkok bila nak cuci rambut. I dah mula tak tidur terlentang these couple of days but everynow and then I can feel macam ada rasa jarum cucuk-cucuk bahagian tu. I guess it is part of the healing process kot... And ada benda is bothering me right now like I said earlier. I’m so depress and tak ada mood nak makan or minum and I’m loosing weight. Oh, the drama queen, belum tau apa-apa lagi dah risau but from googling around, I’m very sure it’s the symptom that I’m having right now. I will tell you after I meet with the doctor kat sini but if there’s something or anything arise, I will definietly balik KL and do it overthere.

Please, please pray for me as I really need it right now and I sungguh tak tenang....

Sekian catatan I untuk kali ini...

4 comments:

Zue-rouge said...

Hi Sis

Lama tau tunggu sis update and risau sgt takut sis tak sihat.

nway, semoga semua dipermudahkan apa jua masalah sis tu.

take care my kakak.

Claudia said...

Hi Zue,

Banyak benda sis nak story tapi tengah di timpa perasaan buat masa sekarang, esok lusa sis akan luahkan..wah.. attention seeker betul sis nie..huhu..

btw, cute nya muka budak kat whatsapp Zue tu :) (tetap la sis nak mengintai kan :p

take care and love you

Zue-rouge said...

sis

hahah sempat tgk kt whatsapp kan..tu new baby, dah 10mths dia

cepat2 update please, risau je fikir apa masalah sis ni. jgn runsing2 tau, nnt cepat tua.

Claudia said...

Dear Zue,

your baby sangat comel, rasa macam nak pegang-pegang je pipi (sebenarnya nak sebut gigit hehe..)..

Ok, nanti sis story kisah menyayat hati ini..tunggu..panjang nih hehehe..

love,
Sis