Monday, April 21, 2014

Extended Version Trip Ke Hong Kong 1st, 2nd and 3rd Day

I decided to rewrite my first entry of my trip to Hong Kong as I'm not satisfied of what I wrote and how I shared my experienced, umpama melepaskan batuk di tangga je. I wanted to upload some of the pictures but internet kat hotel nie was so lembab buat I fed up aje. I made a few changes and put more story on the first entry which was on the 9th (first day), write in details on the 10th (2nd day) and adding the 11th (3rd day), so that it become 3 days in one entry.

So here goes, I hope it will give some justice to this entry...
 
(Kat Airport Hong Kong, this pictures caught my eyes) 

9th April, 2014

We came here on Wednesday. Kita orang naik AirAsia, flight 6.35am (bangkok time) in the morning and sampai sini pukul 9.00am bangkok time but ikut time Hong Kong 10.00am, same timezone as Malaysia. It was a last minute holiday, langusng tak ada plan. Office husband I bagi cuti selama seminggu bersempena dengan perayaan King dorang and Sokhran and terus sampai middle of next week. Itupun office husband I bagitau on Thursday. I tanya husband I, tak balik KL ke sebab Shidah baru bersalin and I can't wait to see and hold the baby. But husband I kata, baby kecik lagi and in a few months nanti kita balik. Anyway, I was hesitant to go, bukan sebab I tak nak pegi Hong Kong, oh, it was in our list of trip long dari zaman dulu kala lagi but sekarang nie kan I asyik tak stable so the thought of naik kapalterbang and what had happened to me the last time I naik dulu was still traumatising enough for me. But bila memikirkan, kalau asyik takut-takut aje, sampai bila la I akan dapat menikmati hidup yang cuma seketika ini so I kata ok la although not whole heartedly. On top of that, the recent tragedy membuatkan I rasa suspense je, jangan la flight nie buat hal.   

(Tengok la scafolding dorang masih pakai buluh lagi) 

Husband I booked hot seat, which mean we have to pay extra. We sat dekat depan sekali and dekat dengan toilet. Sampai tiga kali I pegi toilet, sebelum berlepas, dekat udara and masa nak landing. Anyway, the flight was smooth and sitting on a reclaiming land. Ah..akhirnya dapat juga I menjejakkan kaki ke antara negara dari asia yang banyak mengeluarkan film dan Jackie Chan's playground ini. Sampai je kat situ kita orang terus dapatkan teksi yang dah tunggu. Teksi kat airport nie is teksi biasa pakai meter. Teksi pun berderet and ada tiga colour. Tak ada macam kat Malaysia yang guna limousine la and dah fix harga. Mula la I nak bandingkan dengan Malaysia haha.. 


We booked our stay at Hyatt Regency. Sampai je kat depan pintu masuk, huiii..layanan rasa macam vvip je. They were so polite, respectful and a very professional staff. Sampai kat lobby, I tengok customer keliling dress up cantik-cantik and classy. Our check in was supposed to be at 2pm but they let us check in at 12pm. I was so happy sebab penat sangat, dah la satu malam tak dapat tidur and tengok tv sampai pagi. Sementara tunggu husband I check in, I siap baring lagi kat kerusi lobby yang macam katil panjang tu. We requested a harbour view and a non-smoking room/level. Masuk je kat bilik, ahhh.... cantiknya. I don't expect much since I tengok gambar-gambar hotel kat internet sebelum pegi, macam buruk and lama je but this Hyatt's room is so beautiful. View pun menarik facing the harbour but ada satu building block a little bit of the view. As for view kat bawah tu tak payah ceritalah.. haha.. Sebelum dorang hantar bag ke bilik, husband I tanya I nak bagi tip berapa, I said I don't know, kalau kat Malaysia dah tau nak bagi berapa. We should have check kat internet. Then budak tu datang hantar bag and siap tanya which one nak letak kat atas tempat bag and then tanya kalau nak apa-apa or any assistant, tanya je dia. Then husband I bagi tip 50HK.


Lepas barang and terus kita orang for lunch. Kita orang pegi balik ke lobby tanya mana tempat-tempat yang I dah tulis and check kat internet before we come to Hong Kong. We were looking for a place that I wrote but we're end up at this Indian Restaurant. So our first first meal/lunch was at Koh-i-Noor. Masa nak cari jalan nie, it was a bit confusing, pusing-pusing nak cari tangga naik kat tingkat satu nie punyalah puzzle, di tambah dengan scafolding buluhnya lagi. Orang dah pakai scafolding besi, sini masih ancient lagi. So much for one of the biggest world trade business etc. Anyway, we asked one indian lady yang kebetulan lalu kat situ. She told and pointed to us that we need to naik through the pharmacy to go to the first floor. Masa nak naik tu suspense je, dah la buruk macam nak pegi melanggan cur cur je wakaka.. Masuk je dalam restaurant, the first thing that greet me is the smell of the old place. It smelled of the old wood or should I say smell of the old place. Then we ordered some food. Risau jugak takut sakit perut, but thanks God nothing happened. Oh yeah, perempuan yang ambik order nie muka cina tapi indian slang. Anyway, the food was nice and tasty. Masa tengah makan, I tengok apa nie kat tv asyik cerita pasal cerita hindustan la berita india la, rupa-rupanya restaurant nie ambik cable india. Sekalikan masa tengah tengok berita dia ala-ala CNN tapi versi dia la kan, sebab asyik ulang tayang. There was one scene, this wakil rakyat nie menang pilihan raya tengah lambai-lambai penyokong dia dari atas jip tak ada atap, sekalikan ada one guy naik atas and kalung bunga. Lepas laki nie kalungkan bunga kat dia terus terus di tamparnya wakil rakyat tu. I apalagi ketawa berdekah-dekah wakaka... Husband I sengih-sengih je. Then I realised, OMG, this is a serious news bukan cerita tamil hahaha... Sungguh reality... wakaka.. I cakap kat husband I, balik nanti I nak cari kalungan bunga kat hotel, lepas tu I nak kalungkan kat dia and lepas tu I lepuk dia macam kat berita india tadi.. husband I cakap, buat la..hehe..


Tengah makan tu, I tengok ada lelaki india macam rupa hindustan sebelah tengah makan something yang nampak macam crispy and nampak sedap aje. I suruh husband I tanya and lelaki india tu makan apa and you know what? dia bagi kita orang rasa. Kita orang tak nak, dia insist so terpaksa la I and husband I ambik sikit hehe.. Generous kan? Lepas makan kita orang jalan-jalan di kawasan persekitaran and went to the shopping complex which was in front of the restaurant and next to our hotel (we found out accidentally after curiously checking on one of the entrance and all the while kita orang berpusing-pusing nak balik ke hotel).


We went to the supermarket and bought some food/fruits. Then we went back and took a bit of nap. Petang, kita orang keluar for our dinner. The place is vibrant at night but orang tak berapa ramai and tak sesak, tak tau la weekend nanti. There's a few of halal food around but so far kesemuanya serve mediterannean food mainly turkish food. We decided to have our dinner at New Istanbul Kebab. Tempat nie tepi jalan and bersebelahan dengan lorong. It is an open air/street restaurant. The place is quite small and tempat duduk sikit serta memanjang. You have to basically shared the table dengan other patron. The food was so delicious. On my left was a local couple and on my right was a meditrannean looking couple (base on how they speak) with a blonde sandy hair. On the other table, a mat salleh couple and next to them is a group of a guy from maybe meditrannean jugak rambut kerinting blonde and all. I think turkish punya orang kot, sebab kalau pak arab mesti hidung mencangkuk and rambut and eye brows pun hitam.

I cakap kat husband I, tengoklah, manusia berbagai bangsa duduk kat restaurant kecik and listen to their language and ours, sharing the same taste of food. Then I tanya hong kong couple nie makan apa and dorang explained and bagitau which number yang dorang choose. Husband I tengok I and cakap, "susahlah PR nie, semua orang dia tanya and buat kawan". nyampah I tau hehe... Lepas makan kita orang strolling around and took lots of pictures/scenery around. After that we went back to our hotel. I tengok customer kat hotel nie dress up cantik-cantik, macam mahal je and nampak orang kaya je, whereas when I look at how I dress up, alahai, terus low self esteem aje.
 
10th April, 2014

Today we went to Disneyland Hong Kong. Tau je la siapa punya itienary hehe.. I la.. Oh anyway, kita orang pegi sendiri and tak ikut tour or a group of people sebab kalau ikut tour leceh sangat sebab semua nak kena ikut time dorang but I don't think so there's a tour to hong kong, usually it is free and easy. Masa nak keluar hotel, staff dorang, siap bukak pintu, bukakkan pintu taxi, told the drive where we want to go and told us to have fun, wah...rasa macam orang kaya je (oh, semua staff pakai suit, separuh tu pakai macam nak pegi wedding, siap dengan coat tail lagi even budak yang angkut barang). Sebelum bertolak tu, kita orang siap-siap bawak bekal, dengan roti jam butter, cheese slice, telur rebus, pisang, chocolate, energy bar (ala..aunty korang nie kan kurang energy sekarang, shit la haha..), berbagai jenis tidbits nya. And not forgetting air mineral dan air kotak.


The trip to Disneyland took about 30 minutes. Sampai situ, orang baru nak datang. I cakap kat husband I, mintak-mintak la tak ramai orang sebab masa husband I baca kat internet, ada orang complained kata crowded sangat and it is not worth it, nothing much la Disneyland Hong Kong nie. But since memang antara niat I nak pegi Hong Kong nie is nak ke Disneyland so pegi jugak la whatever the circumstances it might be. Ingatkan mesti panjang queue, eh, tak ramai pun orang and kejap je dah sampai kat counter ticket. After that kita orang terus masuk dalam. Masa mula-mula masuk tu, I tengok macam lengang je, macam tak vibrant je. I don't have any much hope and thought ahh..mesti ride and tempat dalam nie boring and mesti I nak balik cepat. But I teruskan jugak since ticket dah bayar and mahal pulak tu, one person 450HK. Firstly, we went to Grizzly Gulch and naik Big Grizzly Mountain Runway Mine Cars. Tengah nak beratur, tiba-tiba somebody tap on my shoulder, rupa-rupanya budak mat salleh rupa campuran tanya I, I pernah naik ke this ride, I kata tak pernah, dia pun explained la macam-macam (dalam hati I nak tergelak, ramai orang kat situ, aku yang pra nenek nie jugak diajaknya berborak). Then twin dia (I guess so la sebab sama tinggi and rupa pun lebih kurang) join us on the conversation and explained kat I, non-stop dia dorang cakap-cakap dengan I. Husband I senyum je and siap ambik gambar. Then husband I cakap, dia dah boleh sense you peramah kot hahaha... 


I sebenarnya ngeri nak naik bila budak tu cakap, gila suspense but bila pikirkan sampai bila I nak takut maka ku gagahi jua. Oh, I tell you, sepanjang-panjang ride tu I cuma bukak mata dalam 10% but for the rest of 90%, I pejam-pejam aje. Kalau I muda sure I berani but sekarang nie dengan jantungnya yang berdenyut laju, darah tingginya lagi maka I mengambil langkah berjaga-jaga je la. Dalam tutup-tutup mata tu pun I rasa macam nak mati je, jantung I rasa macam sampai kat kerongkong. Suspense nak mampus, nyawa I rasa macam dah terkeluar dari mulut. I punya usus perut, seriously rasa kecut and rasa macam termasuk ke dalam. OMG, kalau I tau I tak naik..especially, towards the end tu. Habis ride tu, I ingat sure I akan jatuh terjelepuk tapi I pyscho kan otak I, I cakap pada diri sendiri "this is nothing", "I'm strong, young and healthy", "I'm not going to fall down", berulang-ulang kali wakaka... Tapikan I rasa macam pijak tilam je masa berjalan ahaha...

 
After that we saw lots of people going to Lion King Show. Mati-mati I ingat lion singa betul, rupa-rupanya I lupa lion king movie tu. Kalau I tau, I tak masuk, macam buang masa je tengok theater nie, err...bukan ke I nie peminat theater yang unggul dulu? Oh, my seni... Best memang best, suara penyanyi dia best, pelakon-pelakon semua best, production memang best tapi ituler I dah tak dapat menghayati those kinda of stuff anymore... I siap ambik video camera and took lots of pics maybe sebab I kelaparan and penat or maybe baru lepas naik ride hantu gila tu tadi kot? Lepas abis theater nie we went to have our lunch. Oh yes, don't worry about the halal food because there's one at Adverntureland name Tahitian Terrace - A taste of South Asia - offering freshly prepared Indian vegetarian dishes and Halal certified cuisine. But banyak serve malaysian and singaporean food . Sempat lagi I berdrama dengan husband I. I cakap kat dia I nak duduk and suruh dia sorang aje order food and dia ajak I beratur sebab nanti nak angkut makanan. I kata I malas and kepala rasa macam pening. Husband I still suruh I beratur dengan dia. I merajuk la, I kan penat. I buat muka tak puas hati, bila dia tengok I merajuk, dia pun suruh la I cari tempat duduk. I buat tak tau and mula la I buat skill berlakon isteri terseksa. I duduk mencangkung sambil I buat aksi tangan bergayut kat penghadang tempat orang beratur, konon dah tak lari nak berdiri la kan. Dia buat bahasa isyarat sambil pointed to the table and chairs tapi buat tak tau je. Then I bangun and pegi beratur dekat counter sebelah sebab I nak order laksa singapura dan satay. I kan teringin nak makan satay melaka, dapat satay hong kong pun jadilah walau tak dapat challenge the "real" satay.

Bila time beratur nak bayar, husband I buat bahasa isyarat, suruh beratur depan dia, I buat tak tau sambil buat muka semasam habis. Dalam hati I, rasain kau. Lepas abis beratur and bayar, I duduk, then husband I dating. I tengok dia order nasi dan ayam masak merah yang macam ayam rebus kena simbah dengan sambal aje. Dia tanya-tanya and offer dia punya food. I buat tak tau aje but then I realized I eventually have to talk to him sebab I nak offer my satay, ish, geram betul I sebab akhirnya I kena la jugak cakap dengan dia. I pun offer la satay, sambil I buang kuah satay kacang sebab husband I ada ghout, kekacang nie semua dia tak boleh makan nanti bejalan tempang la pulak. Bila I bukak mulut je, terus dia berborak non-stop dengan I dengan wajah cerianya….nyampah betul I. Terpaksalah ku telan kemarahan ini dan switch ke mode minah cool. I sekarang nie kalau merajuk tak lama, paling lama pun 10 minute je. Tak kuasa I nak melayan rasa marah I tapi acting tetap acting. Well, the food was tasteless, biasalah kalau makan makanan kita kat oversea nie, kecuali kat Rasa Sayang London, other than that it was bland and tak sedap. But since dah lapar and kalau tak makan sure kebulur maka ku telan jua. Lepas makan we went to Fantasyland punya section. Kat sini ada carousel merry go round ride, dumbo ride, winnie the pooh adventure etc. ala..yang manja-manja tu. Dumbo ride and merry go round tu, kita orang tak naik, tak sesuai lagi pun boring, pusing-pusing aje. Kita orang pegi yang ada adventure, ingatkan boring jugak tapi wah...bestlah...I suka sangat, tapi nak queue tu yang lama sikit. Dalam banyak-banyak tempat yang kita orang masuk tu, paling I suka sekali was yang 3D. Besttttt sangat, lebih best dari yang kat Australia and Singapore or even Paris. Hong Kong punya 3D nie, selain dari kena sembur dengan air, kena tiup bagai, we can even smell the food bila Donald Duck nie terjatuh kat tempat makanan. The smell of the cinammon roll, cakes, vanilla buat I rasa lapar (padahal baru lepas makan tadi). Then kita orang rehat kejap and makan bekal yang di bawak dari hotel. Fuel kena isi you..kang ada yang nak terpitam.

After that we went and enter from one attraction to another. I even asked my husband to buy me a mickey mouse headband, padahal sebelum tu I belek-belek and I complained mahal, tak mau la etc..I pun sibuk la buat muka cute (uweek..) bila husband I ambik gambar I..wakaka.. Rasa bangga ok ada pakai mickey mouse punya headband, ala-ala tiara crown wakaka... I kan young at heart hehehe... Sebelum tu I cakap kat husband I, this is going to be the last time that I would ever go to theme park yang disney disney nie. This thing is not for me anymore, I would rather go to a more relax surrounding then adernalin erush nie. Husband I tanya balik, betul ke? How about Tokyo Disney? Terus I terdiam and dengan muka sengih-sengih I cakap, err... maybe Disney Tokyo I pegi kot. Husband I kata, tak payah pegi lah, biar dia pegi sorang and wakilkan I aje, ish. I cakap, I tarik balik my statement just now haha..

Husband I cakap, kalau ikutkan hati dia, dia memang tak minat benda-benda nie, dia punya favourite are pegi zoo, ocean aquarium and tengok-tengok binatang, military, train, shopping etc. I pulak yang fantasy fantasy kayangan,*senyum malu.. Oh, I tell you, we had such a great time and I'm so glad I didn't listen to the review kat internet. It was so much fun, the place is huge, beautiful with lots of interesting ride, attraction and all.

(Sampai ke malam I tidur sambil senyum-senyum and as of this writing the mickey/minnie mouse headband is still on my head :) )

Since this is the upate version, you tau tak, I tulis nie kat airport masa tengah breakfast, masa tengah tunggu nak masuk gate and also masa kat dalam kapalterbang sampai la nak turun. Husband I cakap, susahlah journalist..

11th April, 2014

Today we went to a place that husband I want to go, Ocean Park. Today is his day. I cakap kat dia, kalau ikutkan I, tak hingin I nak pegi tempat-tempat tengok ikan nih, wah kira balas statement dia semalam kui kui kui. I kata, tempat-tempat nie untuk orang dewasa yang nerd macam dia. Husband I kata, genious la pegi sini…ah..porah! Seperti biasa, kita orang siap-siap bawak bekal macam semalam. Kita orang pegi naik taxi. Tempat pun tak ada la jauh mana, dalam 30 minutes aje. Taxi pun bawak laju. Sampai situ, orang tak berapa ramai tapi weather dah mula panas terik eventhough it was still early in the morning. We were so surprised to look at the place. Ingatkan macam Aquaria macam kat KL, just an aquarim but nooo..Ocean Park Hong Kong nie was so huge and it is more like a theme Park. Nanti I cerita, meanwhile, we decided to sit for a while and look at the map. Tak semene-mena sekumpulan group tour dari china, datang and berdiri sambil berborak dengan bisingnya depan kita orang. We quickly, went to the souvenir shop sebab tak larat nak dengar dorang nie yang sangatlah kecohnya. Masa nak start our journey kat dalam park nie we decided to have our lunch since we arrived around 11.30am and furthemore there’s one restaurant or more like a kiosk serve halal food, tak jauh dari entrance.    


Lepas I order food, I cari tempat duduk. I saw one big table with lots of chair, it is more like a lounge punya tempat duduk sebab yang kerusi meja makan biasa dah penuh dengan budak-budak school buat school trip. Then husband I dating and ajak duduk kat kerusi meja lounge yang kecik sebab nanti sekumpulan tourist dari tanah besar nih akan join in. I kata, it’s ok, I buat don’t know. Tengah makan-makan tu, betul la husband I cakap, dorang nie empat lima orang, dating and main duduk aje without asking ada orang lain ke yang akan duduk kan. Mula-mula tu I boleh tahan lagi but tak sampai lima minit I ajak husband I bangun sebab I tak tahan dengar dorang nie cakap kuat-kuat with each other. I cakap kat husband I, “betul la you cakap”. As usual, makanan Malaysia kat oversea mesti tastless, tapi I paksakan jugak sebab tak mau lapar. Rasa macam makan makanan prison (macam la pernah masuk jail eh?). Lepas makan (tak habis pun), husband I ajak terus ajak pegi ke building name The Grand Aquarium yang menempatkan ikan-ikan nie. The building is huge and I tengok husband I punyalah excited. Ingatkan mesti macam-macam jenis ikan or dalam nie mesti awesome but…mehhh… ikan kat aquaria KLCC, Singapore and Australia lagi best. Tak masuk dalam building nie pun tak apa. Buat buang masa aje. Tapikan bukan main lagi I berebut dengan tourist lain semata-mata nak cari angle yang sesuai untuk gambar ikan-ikan yang perasan celebrity itu, padahal rupa-rupa ikan nie sama je kat mana-mana aquarium dalam donia (ambik kau bahasa pilem itam putih). Siap-siap mengomel and jeling-jeling mata lagi haha..crazy!


Lepas keluar dari building tu, oh dear.. cuaca dah start panas terik sangat. I tanya husband I, nak pegi ke tempat panda and other animal ke. Dalam hati I cakap, jangan la mamat nie nak pegi, tak kuasa I nak berjalan panas-panas nie. I wish I ada payung or topi with me. Rasa macam nak balik aje. Mentang-mentang bukan tempat favourite I kan. Then suddenly something caught my eyes when I saw ada orang beratur tapi tak panjang on the other side of the building. Tempat tu macam station keretapi called Ocean Express. Masuk je dalam keretapi, I tengok wah, macam style lama then husband I cakap, keretapi nie mesti tak jalan and cuma rasa je macam berjalan. Dalam keretapi nie gelap dan hanya diterangi oleh slot gambar seashell, ikan –ikan kat ceiling dalam train nih. View kat luar pun tak nampak sebab gelap, I rasa macam train nie masuk dalam gua je. Tak lama kemudian, train berhenti and husband I cakap wah..bukan main lagi nak buat rasa macam betul-betul train nie bejalan. Rupa kat dalam train nie macam sama je tapikan bila kita orang keluar dari station nie, tekejut tengok kat luar sebab memang betul-betul train nie pegi destinasi lain and in fact, kita orang kat atas bukit! Ternganga kejap mulut I dengan husband I tengok view kat luar.

Kita orang pun explore tempat kat atas nie. Macam-macam ride and it is a theme park macam kat Disneyland aje cuma tak ada cartoon character. I dengan husband I tak berani nak naik-naik ride nie sebab semuanya gayat-gayat punya. But we decided to naik The Rapid yang macam kat Sunway Lagoon tu. Masa tengah beratur tu, ada lah couple depan kita orang tengah borak-borak and I tengok amoi nie siap kipas-kipas pak we ke laki dia yang tengah kepanasan. Sebelum tu I check pakaian dia dua orang and I tengok wah..biar betul amoi nie bawak beg channel classic and laki dia pun pakai bergaya. I bisik kat husband I, nie mesti dia bodek pak we dia yang tengah load, maklumlah some of rakyat china sekarang ni kan tengah kaya raya sebab government dorang ambik tanah dorang and bayar pampasan bermillion-million kat dorang. I kan kalau jalan-jalan I suka peratikan perangai orang especially yang dari negara lain sebab I’m curious and like to make an assumption or create cerita dalam kepala otak I sendiri hehe… Bila time nak duduk kat ride tu, kita orang share dengan couple nie and satu family anak dua. Dalam hati I cakap, janganlah dorang tanya dari mana kita orang nie datang sebabkan Malaysia dengan China nie kan tengah tension pasal kes kapalterbang tu. Tak pasal-pasal kita orang kena humban ke dalam air nanti hehe.. Thanks God, dorang tak tanya apa-apa cuma senyum-senyum and cakap-cakap sambil semua kita orang ketawa (macam la tau apa yang dorang nie cakap). 


Lepas habis naik The Rapids tu, kita orang berjalan-jalan di kawasan persekitaran and masuk kedai-kedai souvenir. Then I saw cable car and ajak husband I naik instead of using the keretapi. Beratur tak lama kejap je and we have the cable car to ourselves. Masa mula cable car nak bergerak, wah..I sungguh excited and bukan main lagi I gelak kat husband I yang sampai putih jari-jari sebab berpegang kat tepi-tepi tingkap. Bila I suruh bergerak sana sini untuk ambik angle I, husband I terbongkok-bongkok terkangkang macam orang nak melepas aje, punyalah gayat. I apalagi dengan cakap besarnya buat-buat tanya, eh, you takut ke? Hairan la kononkan tapikan lama-lama I tengok, tanah and hutan kat bawah makin jauh and tinggi, tiba-tiba makcik nie gayat la pulak kan, mengeletar satu badan wakaka… Itulah bukan main lagi gelak kat laki. Nak ambik gambar pun panic je, bila husband I nak ambik gambar I senyum lepas tu muka berubah stress balik. Bila cable turun slowly, hati I jadi lega and tiba-tiba mood yang senyap jadi meriah balik. 


Turun dari cable car, kita orang pegi ke Old Hongkong. Wah..lawalah tempat nie walaupun tak besar mana. You can feel the old atmosphere and I kan suka benda-benda retro and lama nie, bukan main lagi I ambik gambar sana sini. I suka sangat. Then I suruh husband I try main game yang baling-baling dapat hadiah bear besar tu but husband I dapat soft toy anak anjing yang kecik besar penumbuk. I cakap kat husband I, dorang nie tipu-tipu. Display tunjuk bear besar but bila tarik tali dapat hadiah anak anjing.

Tak lama kemudian, we decided to go back, sebenarnya banyak lagi tempat yang nak kena pegi kat dalam nie tapi disebabkan kepanasan yang melampau, we just couldn’t take it anymore, kalau tau datang musim sejuk. Siapa-siapa datang Hong Kong I recommend you all check this place out, other than ikannya yang membosankan, tempat-tempat lain dalam nie is worth visiting. We will definitely come back again to this place because banyak tempat dalam nie tak cover lagi.

Sekian catatan I untuk kali ini.

No comments: