Wednesday, April 30, 2014

Trip Ke Hong Kong - 5th and 6th, Last Day

13th April, 2014

Today we went to Avenue of Stars. Tempat nie tak berapa jauh dari our hotel so we decided to jalan aje. Kita orang ikut jalan bawah tanah MTR tapi tak payah naik MTR dengan hanya berpandukan signboard. It was so easy nak locate tempat nie or mana-mana tempat yang you nak pegi such as museum etc., tourist friendly. Keluar dari MTR station, kita orang jalan sikit lagi, about 5 minutes dan sampailah ke destinasi yang di tuju. The place is as the same area as the Hong Kong Museum of Art. We took a few pictures around. Tempat nie amat menarik terutama kepada pencinta art. Tapi I tak berapa dapat menghayatinya kerana, yes again I complained, panas nak mampus... dah la tak ada payung and tepi harbour lagi, you imagine je la. Itu belum lagi I nak mengomel dengan I yang dah tua dan tak ada stamina nih. Lepas ambik gambar kat tempat arts nie, kita orang terus ke avenue of the stars but we decided to pegi kat bahagian harbour sebab I tak larat nak jalan kat sebelah sana. I cakap kat husband I, next time kita datang Hong Kong lagi, kita pegi to the other side. 
 




The view was so beautiful dengan deretan bangunan-bangunan pencakar langitnya di tepi-tepi harbour. Orang ramai jugak jalan walau di tengah-tengah panas and jealous I nengok dorang bawak payung. After that I cakap kat husband I, oklah I tak larat even nak masuk kat dalam Hong Kong Museum of Art itu, next time lah. I ajak husband I balik sebab kepala I dah pening but before that, kena cari satu t-shirt untuk I sebab baju yang I bawak abis I dah guna. First time tau, I tak cukup baju, selalunya kalau pegi trip mesti terlebih. This time macam mana boleh tak cukup.. Kita orang pun berjalan ke bandar, dekat je. I pun take a few photo of the surrounding area. Seronok la tengok tempat baru nie. Then husband I ajak pegi shopping complex untuk cari baju I and before that husband I beli camera stick selfie. I cakap, dah hari-hari terakhir kat Hong Kong baru dia nak beli. Dia kata tak pe next time pegi jalan boleh bawak. So I took one t-shirt from Mango (MNG) untuk I pakai masa balik nanti. After that, kita orang meneruskan perjalanan and check out some of the shop around. Mahal-mahal barangan kat sini. Lepas puas bejalan, kita orang terus pegi ke another makanan arab for tapau. Pekerja kat situ siap offer nak ambik gambar both of us, pandai ambik ati and they are very friendly. Lepas mandi, I don’t have anything to wear, baju yang beli tadi is for tomorrow so I have no choice but to put on a robe hahaha..kelakar la.






Malam tu is our last night in Hong Kong, so we decided to go to Avenue Stars again sebab nak tengok laser show or symphony of light. Aisye, nak pakai baju apa nih, baju dah habis. Baju yang beli siang tadi untuk pakai masa nak balik. Then I teringat ada singlet yang basuh pagi tadi and dah siap iron and jemur kat kerusi and thanks God dah kering. So I decided to put on my pashmina. Anyway, sebelum pegi situ, we stopped at well... nanti I buat entry pasal nie. Let’s just say, he sure know how to make me happy, love you darling... Anyway, lepas hantar barang yang di beli ke hotel, we went straight to the Avenue of Stars. Sampai situ, ramainya orang, dekat entrance nak ke Avenue of Stars, di satu sudut ada sorang perempuan tengah menyanyi. Penyanyi terkenal kot sebab bukan main ramai lagi penonton, sesak jalan. Patutnya jangan la buat kat entrance, menyusahkan orang nak lalu lalang kat situ. Melepas melalui entrance itu, we went straight to the place where there’s arca-arca or patung dan tapak tangan stars nih. I pun tak tau until I jalan-jalan and tengok kat jalan, eh apa nie macam ada cap tangan kat jalan. Itulah sebabnya dipanggil Avenue of Stars, ingat cuma ada arca/patung je. But like I told you, nak ambik gambar kat sini punyalah susahnya especially patung Bruce Lee sebab amoi-amoi and apek-apek sibuk je snap snap sampai seratus kali, dengan tanda peace, lentuk-lentuk and buat muka manja-manja cute..ewww... (macam la I tak buat macam tu ekeke...). And macam yang I bagitau on my previous entry, dorang nie memang tak ada kesedaran langsung when it comes to adat bergambar, orang tengah ambik gambar, depan-depan tu la dia lalu. I selamba je cakap kuat-kuat, I cakap “ you tengok tu dia main lalu je... Husband I pun menambahkan perisa dengan mengeleng-gelengkan kepala, buat muka bengang, always the supporting actor.. haha.. Banyak tau gambar dorang-dorang nie dalam gambar, gream I.

Oh yeah, the scenery was even better at night. It was so beautiful and lively. Pertunjukkan laser show tak lama and I tak berapa bagi perhatian sebab sibuk ambik gambar but it was indeed awesome. Lepas puas berjalan-jalan kat situ, we decided to go back and tapau on the way back to the hotel.


14th April, 2014

 Pagi-pagi lagi kita orang dah sampai ke hong kong International airport and most of the shop are still closed except for a few. After checked in we went to look for a halal restaurant for our breakfast. We couldn’t find any. We have no choice and choose one. I ordered simple breakfast, just a bread and croissant with all kind of jams and butter, a pot of tea for me and coffee for my husband. Since masa masih panjang lagi, so I decided to update my blog kat situ. Then after a while we went to the boarding area and I sambung lagi with my update. Dekat atas awan, I sambung lagi dengan penulisan blog I. Gigih you nak update. Tapi still la jugak bertahun baru nak post kat blog hehe.. I malas betul. Entry nie pun dah banyak kali terbengkalai, padahal bukan banyak pun. Masalahnya I type a few sentences then I stop and sambung the next day, type lagi a few sentences, so you see, macam mana la nak siap...

(Tetaplah nak posing angkat cawan ekeke...)

Anyway, what do I think of Hong Kong and our trip? Well, we had a great time in Hong Kong except for the weather. It was scorching hot. Oh, we couldn’t stand it. Kalau nak pegi, janganlah pegi musim panas. Barangan kat Hong Kong nie mahal-mahal sebab tu I tak shopping apa-apa. I don’t even go to their Ladies Night Market yang famous itu since kat Bangkok baju-baju lagi murah dan banyak choice. Halal food sangat senang nak cari from our Hotel, just a few minutes away, tak sampai lima minit berjalan pun and it is virtually in every corner of the street. Kalau still kebulur tak jumpa halal food kat Hong Kong, tak tau la I nak cakap apa dah.. I baca kat review, kebanyakkanya cakap, tiga hari dah cukup kat Hong Kong but not for us sebab 5, 6 hari pun rasa macam tak cukup aje. We planned to come again in the future as there’s a lot of places that we have yet to visit. Macau, casino, sabung ayam itik, hehehe... just kidding.

Sekian catatan I untuk kali ini...

2 comments:

Anonymous said...

fuhhhhhhh
lama x jenguk, mcm2 tpt Sis pergi
explore around the Asia ye
seronoknyaaaaaa
bahagianya couple of the century ni
:)

-beskut-

Claudia said...

hi beskut nakkal,

Sis jarang sangat update, malas betul padahal macam2 lagi nak story...

hehe how are you and miss talking to you dear....