Tuesday, October 7, 2014

Lunch at HRC dan Seluar Jeans

Semalam plan tak nak keluar and masak je kat rumah. Kalau keluar pun petang nanti sebab nak cari seluar jeans. Tengah masak memasak tiba-tiba Khairul called ajak keluar lunch at Hard Rock Cafe. Wah, murah rezeki and setakat bulan October nie tiga kali makan-makan dengan dorang bertiga. Masa husband I cakap dengan Khairul, dia tanya I, I on je especially bila teringat nak jumpa Daniyal yang cute tu. Janji jumpa kat HRC pukul 2.30pm sebab dorang nak ke Pertama cari something. 

 (Our Starter)

Around 2.30pm kita orang sampai and dorang dah ada kat situ. I tak pernah lunch kat HRC and dinner pun rasanya dua kali je. Tahlah macam lupa tempat nie. Kalau nak makan western food or steak I prefer Tony Romas or San Francisco. Tanpa berlengah lagi, I terus order. Sebelum tu I dah check menu kat internet at least I tau apa nak makan, dah prepare you... tak ada la I buang masa nak pikir makan apa..

(Macam mana I tak geram dengan budak nie? Sooo cuteeee....)

We had such a great time as usual with little Daniyal...eee..tak tahan I geram tengok dia tau..rasa macam nak cium kuat-kuat. Lepas makan sempat la I kita orang bergambar kat sudut-sudut dalam restaurant nie. I ambik gambar dorang aje and I don’t want my pictures to be taken since I look so ugly nowadays. I know I’m ugly all this while (Ratu humble la pulak) but sekarang nie lagi bertambah ugly, with my fat cheek and big ass. Oh, I hate myself so much right now.

Lepas makan, both of us went to the Big Aeon JJ sebab nak cari seluar jeans I. Semua jeans I tak muat, bila tarik je cuma sampai setakat peha, huhu... I tak nak beli kat Uniqlo sebab mana la tau, berat badan I turun ke (sedih... masih jugak menyimpan harapan), so baiklah I beli jeans lagi murah je. Lama dah I tak gumuk and perut buncit berlipat macam nie, the last time was about 10 years ago and masa tu cepat-cepat I pegi slimming centre. But sekarang dah naik balik since start tak sihat awal tahun nie. I tak la kisah kalau berisi sikit but perut dengan peha I la naik sekali. Yelakan apa nak buat, umur dah meningkat....

Sampai situ I pun terus la memilih dan try seluar-seluar jeans nie. Sedih I tengok rupa I pakai jeans. No more low cut instead kena pakai yang high rise huhuhu.... makanya zip dan hook sampai ke atas pusat...waaaaaa.... so 70’s. Dengan rambut rock minah tua sanggul berserabai, peha yang macam ahli gusti wanita tapi ber celulite, kalau hempap sure pengsan lawan I dan unsur-unsur penuaan terutama eye bag di bawah mata membuatkan I terkasima, gerangan siapakah nenek gedempol di cermin itu? I don’t care korang bosan dengan rintihan hati I ini, I tetap jugak nak mintak simpati and complaint...huhu..

Anyway, I pun ambik dua jeans brand Voir dan Applemint. Tetap la nak pakai jeans jenama remaja wakaka... shut up you... Both ada 50% for members, lagi la murah.  So dua nie dalam RM seratus lebih je. Ada jugak I terpikir nak ambik yang pinggang bergetah tapi kalau peluh sure gatal kat bahagian pinggang nanti kang ada yang tanggal seluar tengah public sure masuk Harian Metro dengan tajuk besar, Parah Seluar Getah wakaka... Lepas tu balik rumah, yelakan takan nak balik Kenya.  Sampai rumah I whatsapp and hantar gambar yang I snap kat HRC kat Shida dan bergegas solat Asar.

Nampaknya azam untuk update tiap hari tidak kesampaian di sebabkan berbagai-bagai faktor seperti faktor waktu, mood dan idea yang kadang-kala tidak menentu... My aim is too high hehe...

Sekian catatan I untuk kali ini...

2 comments:

Zue-rouge said...

Sis

I tumpang simpati tang part jeans tu, sangat memahami okeh kena pakai jeans zip n hook smpai pusat, rasa grandma betty white sgt..*nangiss

apapun, sis masih the vouge the vass, masih nampak remaja

kiss, kiss pipi kiri kanan

Claudia said...

HelloZue,

hehehe... tergelak besar sis baca your comment pasal grandma betty white adeihh hehehe...

tak ada vogue remaja-remaja nie, buat masa skrg sis tak nak upload gambar, benci I tau hehe..

kiss pipi kiri kanan peluk peluk busyuk..

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...