Tuesday, May 25, 2010

Cerita Seram Yati...

Seperti biasa kat kelas kalau hari khamis malam jumaat, kita orang mesti ada makan-makan either ringan atau berat sampai rasa macam tak dapat bernapas kalau pakai jeans. Selain dari acara melantak sampai tersentak kita orang akan share cerita alam mistik nih. Dorang nie kan banyak betul kisah-kisah dan pengalaman sendiri. I cuma dengar je kan or I cerita apa yang I dengar. Pengalaman sendiri belum ada lagi..tapi nauzubillah...xmo la.. *meraong*. Selalunya bila kita orang start cerita-cerita seram nie, secara tiba-tiba bulu roma kita orang akan ternaik, especially kat lengan. Tak ada la bulu lengan I "semeriah" bulu lengan GAB kan.. (GAB nye boleh buat paint brush kui kui kui...).

So kali nie I nak share cerita Yati pulak. I start yang tak berapa seram dulu. Kes pertama. Yati cerita dulu-dulu kalau dia balik Perak dia rajin drive malam-malam dan berseorangan. Laki dia tinggal kat Perak. Satu malam tu dia balik Perak around 9pm macam biasa. Selalunya kalau dia drive tu, dia make sure, keret-kereta kat depan and belakang dia tak jauh dari kereta dia. Tapi entah macam mana malam tu jarak kereta-kereta kat depan and belakang dia agak jauh sampai nampak kecik aje lampu belakang dorang. Tengah dia drive tu tiba-tiba dia tekejut sebab kat tepi jalan tempat yang dia biasa lalu tu ada batu nisan . Dia kata betul-betul kat tepi jalan (note : dia selalu ikut jalan tu and tak pernah pun ada batu nisan kat tepi jalan selama nie). Dia dah mula panic and cepat-cepat dia tengok mirror tengah, mana la tau ada “penumpang free” kat belakang kat. Dia nak baca ayat dia tak dapat sebab dia tengah period masa tu. Apalagi mengigil la dia and dia pecut laju sebab dia tak mau jauh dari kereta depan. Bila sampai kat simpang nak masuk ke Perak dia berhenti kat tepi jalan and called laki dia suruh ambik dia. Dia kata dia dah start menangis. Laki dia suruh dia drive slow-slow. Bila sampai kat rumah aje terus dia meluru masuk and tak terkata lagi.

Kes seterusnya... Amaran : kisah nie adalah antara kisah yang paling seram pernah I dengar. Kisah berlaku pada Yati sendiri (pencerita) dan juga officemate beliau. Kira first hand and second hand experience la nie. Kedua-dua kisah nie berlaku kat toilet dan office dia baru-baru nie dan di siang hari... saya ulangi di SIANG HARI dan waktu pagi.

First...kira pengenalan... toilet kat office Yati nie di kongsi bersama dengan office-office lain dan juga institute/pelajar yang belajar disitu. Sebelum sampai ke toilet, para “pengunjung” kena lalu depan lift dan akan lalu toilet lelaki sebelum ke toilet perempuan yang agak tercerok sikit. Selesai pengenalan di atas, biarla I teruskan cerita ini (wah..kemain lagi eh bahasa I puitis penuh tragis inih...). Incident pertama berlaku kepada Yati sendiri. Yati cerita selama nie dia tertanya-tanya jugak kenapa cleaner kat office dia tak pernah tutup pintu bila basuh toilet..... Tak lama kemudian dia dan officemate dia terdengar cerita-cerita mistik dari officemate dorang yang pernah mengalaminya. So everytime dia nak ke toilet dia orang akan berteman. Dia kata tak syok la nak kena tunggu and kacau officemate dia everytime dia nak ke toilet kan.. Tapi suatu hari tu macam biasa dia nak ke toilet, dia suruh officemate dia tunggu ke dia pegi sorang...(sorry I tak dengar sangat apa dia cakap, sebab suara dia halus and dia antara wanita yang sungguh lemah lembut yang masih ada kat Malaysia nie, kekadang tu I main angguk je walau kurang jelas apa yang diperkatakan..muehehe...tak kuasa nak suruh dia ulang..). So dia pun masuk la nak melepaskan “hajat kecil” nye itu. Sedang dia tengah melakukan apa yang patut (cebok la), tiba-tiba dia ternampak ada bende hitam zuppp... melintas kat bawah dia dengan agak laju... Dalam hati dia kata sudahhh... (member tengah menjirus air masa tu...), tak lama kemudian...zupppp..bende tu terbang dari atas kepala dia...Dia apa lagi, terus melompat keluar dengan seluar kecilnya masih tak bertarik ke atas lagi... then dia terdengar bunyi orang tengah bukak air...menjerit dia...tapi nasib baik la kawan dia.. terus both of them belari keluar, sempat jugak la dia tarik seluar dia masa belari tu.. I kata, nasib baik tak kat pergelangan kaki, kang susah nak lari heheheh... dia kata...akaaakk..kat I dengan suara manja halus dia hehehe...... Kecoh jugak satu office.. kisah dia tu....

Wait... cerita dia tak berapa seramkan? Ok let me tell you about the real core of the story..Kisah nie berlaku kat one of her officemate... Seperti biasa, tempat kejadian kat dalam toilet..where else kan.. Masa tu officemate dia pegi sorang-sorang. Lepas officemate dia buang air kecil...officemate dia pun keluar la nak basuh tangan...tiba-tiba kat depan officemate dia ada “bende” tu tengah bertenggek dan berjuntai kat atas sinki betul-betul mengadap dia...rambut panjang mengurai ooo...sambil tersenyum simpul kot... Officemate dia apa lagi mengigil tak terkata... Slow-slow dia pusingkan badan dia kearah pintu and serentak dengan itu... “bende” tu mengilai... Kawan dia apa lagi, melompat keluar, kalau tak silap I meraung la jugak... Sampai kat office, kawan dia duduk diam-diam dengan muka pucat and I think this is her friend yang dia cakap, the next day MC and demam dekat seminggu.... Masa Yati cerita kisah nie, I menerjah and menjerit pegi kat dia... Mula-mula I gelak bila Yati cerita dia akan melompat keluar dari toilet lepas "menyelesaikan" tugas dia... I yang dengar je pun dah melompat, sekarang baru I paham... I kata, kalau akak pun melompat gak Yati, kira nak cover malu la nih kui kui kui.. (minggu nie perkataan : melompat)

Yati kata, dia hairan sebab kenapa pelajar-pelajar yang share toilet kat situ tak pernah pun dia dengar kena kacau..I kata budak-budak sekarang semua perangai macam pelesit.. So “bende” tu anggap kawan je... Dia gelak kat I.. Betul apa, kalau perangai macam setan, antu setan pun malas nak usik.. I tak pernah mengalami peristiwa mistik nie.. (nauzubillah), does this mean I nie "sekutu" oh tidaakkk...? Muahahahaa..

Note : Yati cerita ada sorang kakak nie memang berani, kadang-kadang kakak tu kerja overtime or sorang-sorang aje kat office.. And kalau dorang nak masuk kena guna card..so kalau xde card pintu tak boleh bukak. Tapi yang peliknya bila dorang nak masuk office, pintu dah terbukak. Dorang pelik la..tapi kakak tu buat derk aje.

2 comments:

che^amad said...

amboihh buat paint brush bagai ye? ekekeke mencik..
cerita yg last tu mmg seram tahap mak lampir le.. akotttttt....

Claudia said...

ekekeke... buat carpet pun boleh gak hahahaha...

a'hah part last tu masa Yati cerita, kita orang yang kat situ serentak naik bulu roma and menjerit...

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...