Miss Miss Miss...

(picture from ttp://www.allvoices.com/contributed-news/11300902-miss-america-2012-laura-kaeppeler-exclusive-photos)

(Habis mascara kat mata I, nyesal I nangis-nangis happy tau...)

A few nights ago, I decided to watched Miss America 2012 that I DL earlier on. I kan sebenarnya sangat suka tengok Miss Miss nih, especially Miss World and Miss Universe. Miss Miss kat Malaysia nie I tak suka tengok sebab tak banyak variety and not exciting at all, well in my opinion. Kepada Miss Miss yang terbaca tulisan I nie jangan la sentap yeaa…terima je la hakikat. Sometime I wish bangsa melayu kat Malaysia nie boleh join sekali, I know, I know it is against our religion but I’m just saying that I teringin nak tengok wajah-wajah yang pure dan natural beauty gadis melayu, pribumi Sarawakian and Sabahan, tapi kurang participation dari dorang (yang bukan Islam). Asyik-asyik rupa lebih kurang aje don’t get me wrong but like I said, tak ada variety and that is the main reason why I tak berminat nak tengok or nak tau pasal Miss Miss Malaysia nih. I know beauty is not only dari segi luaran aje but dari segi dalaman, pengetahuan am i.e. brain, their vision and how they portray themselves untuk menjadi ambassador to the country. But each time, I tengok Miss World or Miss Universe, I mesti excited nak tau rupa baju tradisional Miss Malaysia and offcourse I support 100% Miss Malaysia kalau dorang join that big event. And deep down in my heart I wish Malaysia would win someday… who knows…

So, I’m one of a million fan of Miss Miss nie, dari kecik lagi for as long as I can remember I memang suka tengok. And I selalu berangan I’m one of them kan..alahai (sambil memandang ke atas). Kalau bab perasan, serah je kat I haha… Like I said, a few nights ago I decided to watch it. I’m not a big fan of Miss America Beauty Pageant nie but the main reason why I nak tengok was because, I suka tengok betapa overconfident nya dorang-dorang nie. And not to mention how they can be so perasan bagus. Husband I pun join sekali sambil surfing the net. Bila keluar sorang-sorang, (kebanyakkannya, tak semua yea…) kurang menarik, rupa macam umur 30 tahun ke atas and separuh tu macam mak mak je. I’m not saying korang (termasuk I) yang berumur or level mak mak nie tak lawa but I’m talking about aging wise. Kata umur 19 or 20 tapi nampak oldies je. Husband I cakap, dorang nie kecik-kecik dah abuse themselves. I kata, tak semua macam tu. In fact, they must have groom themselves for this event.

Sibuk la I mengutuk kiri kanan dorang-dorang nie (macam la diri sendiri ini secantik Angie Jolie, iras Eva Longoria pun tarak tapi tetap la nak mengkritik kan…). Bila I kutuk-kutuk dorang nie, mamat sebelah pun siap la puji I, dia kata tak ada yang setanding akan kecantikan I (uweek..). Husband I tambah lagi, dia kata, I nie sebenarnya memang bidadari jelita turun dari syurga..wakaka..seriously, ada rasa macam masam-masam je kat tekak I adeeihhai, husband I nie. Bila I cakap wah, cantiknya rambut dorang, husband I cakap I punya lagi cantik, bila I cakap wah..lawanya body dorang, husband I kata, mana boleh lawan yang kat rumah nie sambil point kat I.. Oh God ! Husband I nie memang tau, bini dia aje la yang the best wakaka.. I don’t understand my husband sometime and I was wondering what did he sees in me that makes him think I nie sangat la gorgeous nya? Kalau nak kata cinta mati kat I, I pun cinta mati kat dia jugak but that doesn’t blinded my eyes into seeing that his belly is still montel or his pipi is still setembam kuih apam kan? Wakaka.. jahat I, tak baik kutuk laki…

So anyway, back to my Miss America 2012 story. Like I said, their level of confident is sangat la tinggi but I guess, that is how they have been brought up. Which is good but husband I cakap, biasalah dorang nie. But pelik la this year sebabkan yang terpilih nie kena tunjuk talent masing-masing. Macam talent show pun ada jugak. One contestant main classical piano, one menari ala-ala Irish yang river dance tu, two of them menari ballet, two of them nyanyi Opera song, tone Soprano and one nyanyi lagu Disney theme. All of them sungguh fantastic and sungguh awesome. But two yang menari contemporary dance tu, hmm..baik la tak payah because I saw yang lebih baik lagi even for the standard of audition such as SYTYCD. Nevertheless, it was an exciting event.

And the part yang paling I nanti-nantikan was ofcourse, question from the judges. Ah..my favourite part. I was impressed with their answer, rata-rata dapat jawap soalan dengan sungguh excellent with no hesitation. Kalau la I di beri soalan-soalan macam tu, for sure I akan tergagap or mintak ulang balik. Anyway, I can’t wait to see Miss Miss World or Miss Universe nie nanti and buat Miss America dan Miss Miss lain kat dunia nie you guys pasti ngeri dengan kejelitaan / kecantikkan / keanggunan / kepintaran Miss Miss Latino or Miss Miss dari South America ini nanti Oleeee….. Holaa… (sambil melambaikan tangan gaya Miss Miss…hehe..).

Comments

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku