Ombak Rindu La Kan....

Helloooo…. Hah! So much for berazam nak update blog selalu, stop main game and tidur cepatkan. Well.. so far ketiga-tiga pekara yang disebutkan di atas masih tidak berjaya I atasi hahaha… Benci la kan. Kenapa la I malas sangat nak update blog. Tapikan I tak ada banyak story to tell la… Nak curahkan apa-apa feeling, tak ada mende yang I nak emo kan. Kalau I mix around or masih kerja boleh la jugak I gossip pasal officemate I kan hehe…

So anyway, I nak story pasal budak montel itu yang tiba-tiba kepingin nak tengok cerita Ombak Rindu masa aritu. Ofcourse I amat terkejut, knowing he is the type of person yang tak akan nak tengok cerita yang bertaman-taman or should I say cerita pilu tangis-tangisan. Husband I kan selalu perasan yang dia la lelaki paling macho dalam dunia. Siap cakap, dia tak berani nak genggam tangan I kuat-kuat sebab takut nanti berkecai macam kaca..porah la.. Ok berbalik pada kisah di atas, on the way balik dari berpoya-poya husband I cakap, “mari kita cari cerita Ombak Rindu since you nak tengok”. I kata “Wah, you mimpi apa, pandai pusing ayat kata I yang nak tengok, I didn’t mention a word to you pasal issue nie today”. Dia kata, dia teringat I selalu sebut-sebut hari tu, nak tengok kat wayang takut lanun-lanun bising (husband I memang, semua orang dia kata lanun). I kata “sudahlah, tak payah nak bagi excuse I yang beria-ia nak tengok, you pun sama nak tengok, otherwise tak da la excited semacam nak cari”. Oh for your information, husband I cari merata-rata dvd nie kat our area.

Since tak jumpa, I suruh dia hantar I balik since I dah penat (although duduk je dalam kereta) ikut dia merata-rata. Weather pulak sangat panas, aircond kereta pun tak rasa. Husband I kata, tak apa la nanti dia langgan astro first and then dia keluar balik sebab nak bayar bil handphone. Balik dari bayar bill tiba-tiba husband I letak dvd Ombak Rindu depan-depan I sambil mengangkatkan kening dia dengan penuh bangga berkata, dia beli yang original. Alahai..

So malam tu both of us tengok movie nie. Memang best la, touching memang touching tapi tidak berjaya menumpahkan airmata I, sekadar membuatkan mata I berkaca-kaca and sebak. Sakit hati betul I tengok si Harris/Aaron Aziz tu. Maya Karin memang pandai memainkan riak muka yang takut-takut. Tiap kali I tengok muka dia, hati I jadi cukup sedih. Bab-bab yang dia ajak Harris kahwin, tukar jam, bukak kasut and baring atas dada Harris..fuhhh.. membuatkan emosi I bergelora. I tengok mamat kat sebelah I relax je, dengan tanpa berbaju kaki sebelah di letakkan di atas coffe table, sebelah lagi di lantai sambil kedua-dua tangan di letakkan di atas sofa, ala-ala bergayut. Sesambil tu perut cute beliau turun naik sebab bernafas. Orang bernafas kat dada, dia kat perut hahaha…Aduhh, pemandangan yang cukup tragis wakaka... Kejap-kejap dia kata kat I, kesian eh pompuan tu…hehe.. ada feeling sedih jugak dia kan. Pastu dia puji-puji semua pelakon, which come as a surprise to me as my husband is not the type of a person who appreciate malay movie (and I can understand why), oh I forgot dia (and also me) pun suka tengok KL Gangster sebab ada aksi macho lawan-lawan. I rasa dua cerita nie, by far the best malay movie that we had watched.

Habis tengok cerita, both of us mula la non stop discuss dan memberi pandangan masing-masing. Bila time nak tidur, di dalam kegelapan malam, husband I bukak lagi topic cerita nih..hehe.. I dah la mengantuk kan tapi I layan jugak dia berborak. Bangun pagi tu, dia sambung lagi..aduhai.. lelaki macho ku jiwang habis. Bila dia balik kerja the next day. I slow slow pegi kat dia yang sedang berbaring di atas sofa, I buat style Izzah/Maya Karin dengan meletakkan/membaringkan kepala I kat atas dada husband I. I tengok dia tersenyum simpul dengan serpihan malu terukir di bibirnya wakaka…

Comments

Zue-rouge said…
hahaha sis..sorry ye mulakan komen dengan gelak dulu..sebab adalah tidak tahan baca cerita sis ni

btw sis..happy new year to u n hero perut cute tu. Sorry lambat wish..busy melayan macam2 benda yang datang bertimpat-timpa.

oo cerita pasal ombak rindu, memang touching kan part izzah muka sedih, takut2 tu..tapi saya lagi suka watak bront palare tu..walaupun mcm tk penting, tapi sangat mengesankan la..mcm something la ada kat dia..aura macho kot..kuikuikui..

semoga tahun baru ni sis n hubby akan lebih bahagia, murah rezeki and lebih romantis.

Bye
JM said…
wakakakakakakakakaak
lawak gile ini n3 ekekeke
Misty said…
Hello Zue,
Thank you so much for the New Year wish, it is never to late to wish each other ;). A'hah walaupun kecik but watak Bront tu memang best and lakonan dia hidup. Sis setuju, Bront memang macho hehe..

Hello JM,
hehehehe... memang tragis pemandangan itu. Sis yang sedih-sedih pun bila tengok dia terus tak jadi, spoil je orang tengah feeling feeling sedih wakaka...

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku