Thursday, July 12, 2012

Berpantang



We have a new addition to the family. Terlambat update la kan. One of our anak buah’s wife bersalin on June, 26th kat Ampang Puteri. We visited them after a few hours bersalin. Kadang-kadang I rasa macam tak patut je visit masa mother baru lepas bertarung nyawakan... orang tu penat lagi and nak kena layan visitors lagi. But rasa excited and rasa macam tak patut la kalau tak visit cepat-cepatkan. Anyway, rambut baby sungguh lebat and badan semangat. Lenguh jugak tangan I masa dokong dia. Kejap-kejap mengeliat and pejam celek mata, geram I rasa macam nak peluk tak nak kasi lepas aje.

About a week later, we came to the house for a visit and bagi hadiah barangan baby. Cute nya, merah baby. I think mesti putih bila besar. Then wife anak buah I muncul. I tengok eh, nape tak pakai sweater ke kan. Dia kata dia nak keluar kejap, nak ambik laki dia balik kerja. Terkejut I sebab dia kan masih dalam pantang and masih baru beranak. I tanya dah boleh keluar ke, dia kata dia pantang moden.. Ok, I have nothing against orang yang nak berpantang ke tak berpantang ke but it was totally the opposite of how I see my mom berpantang. Bukan dia aje style macam tu, from anak buah yang mula-mula bersalin dulu pun dorang, I tengok pakai t-shirt, seluar tracksuit and stokin. Seumur I hidup dalam masyarakat melayu nie, I tak pernah jumpa orang-orang melayu berpantang like kaum iban. Maybe lain culture lain style kot? Or maybe kaum iban punya regime of berpantang yang sangat ketat? The only time that I see perempuan iban tak berpantang was when I saw one of our kenalan nie baru bersalin dua minggu dah bawak anak pegi airport sambil pakai skirt dan t-shirt. Cara dia berjalan tak payah cerita lah, bertabur. I guess, it is more about lain orang lain style berpantang. But kebanyakkan kaum iban yang I jumpa berpantang ikut macam Mummy.

Masa time Mummy berpantang dulu, seingat-ingat I Mummy berpantang, selama 44 hari dan dia tak keluar rumah. Selama 44 hari itu jugak dia pakai sweater, sarung tangan, sarung kaki dan pakai snow cap atau tuala. Panas-panas pun Mummy kena pakai jugak semua benda tu. Selain daripada tu Mummy kena pakai bengkung sebab Mummy beranak normal. Pagi-pagi Mummy dah kena bangun dan berbagai-bagai pekara Inik (nenek) buat kat Mummy. Sambil Mummy makan jamu, Mummy berpantang style cina. Makanan Mummy tasteless, panas dan banyak menggunakan halia. Lepas makan Mummy akan berpeluh-peluh. Air sejuk or minuman berais langsung Mummy tak sentuh. Bila Mummy berjalan, Mummy akan melangkah dengan berhati-hati dan perlahan-lahan. Bila Mummy nak duduk, Mummy akan duduk atas bantal, I think kesan beranak dan jahitan tu sakit lagi kot. Cara pertuturan Mummy pun perlahan, tak ada nak marah-marah atau tinggi suara. Cara Mummy handle adik-adik I pun sangat cermat. Mummy sungguh teliti. Lepas mandi adik-adik I akan di sapukan minyak angin di kesemua sendi-sendi tulang. Mummy tak letak minyak angin tu terus kat badan adik-adik I but Mummy akan campurkan dengan air sebab dia tak nak minyak angin tu terlampau berangin. Perut adik-adik I Mummy akan pakaikan bedung, lilitan kain putih di ikat dari perut sampai ke dada sebab takut masuk angin. Tapi bila I dah tua nie asyik berangin je perut wakaka...

One day I balik dari sekolah, terkejut I tengok Mummy dah tak pakai sweater etc. I kata, eh, dah ok ke Mummy. Mummy senyum and body Mummy kembali macam sebelum Mummy pregnant, slim. Perut Mummy kempis dan wajah Mummy segar kemerah-merahan. Namun begitu Mummy masih jaga makan especially air ais. Itulah antara serba-serbi yang I ingat cara Mummy berpantang. I think zaman moden nie orang dah tak kisah or tak ikut sangat dan serba serbinya ringkas. Mat salleh pun mana ada pantang-pantang. Tapi kalau I berpantang (which is not going to happen even in a million years), I make sure I akan berpantang ikut style Mummy, yela tu, tengok 3 hari lepas bersalin dah makan ais kacang, maklumla I kan dah ada mesin ais, sambil menjeling kat Vagg wakaka....

4 comments:

vagg-nini said...

hahhahahahaha tgk la nanti akan ku curik mesin ais tuuuuuuuuuu haha

Zue-rouge said...

Sis, selamat berpuasa untuk sis dan hero.
Cepat la update nak kephoci sis masak apa berbuka tu? hihihi
mesti buat ais kacang je kan..bestnya

Misty said...

Hi Madam Vagg-nini,

curik la diriku sekali hehehe...

Misty said...

Hi Zue,

Selamat berpuasa tu you and your family too. Baru hari ini la sis dapat update. Sis busy dengan seribu kemalasan hehe..

ais kacang pasti jadi taruhan berbuka nanti hehe..