Tuesday, July 10, 2012

Dapat Tak Dapat

Haritukan (suka betul guna pembuka kata nie kan), I berborak dengan budak sinun. Dia ngadu manja kat I (terbayang mulut muncung beliau) pasal dia terasa akan statement dari one of her friends. Mula-mula I cakap, she is not your friend kalau dia menyakitkan hati you dengan sindiran or anything. Kawan tak akan menyakitkan hati kawan dengan sengaja. Pada I orang macam nie, tak payah dibuat kawan, buat apa nak peningkan kepala dan beremosi dengan drama dorang. One or two friends is better than hundreds friends because yang one or two, tu la yang sungguh berkualiti (contoh I wakaka...). I kata remove je orang-orang macam nie, buat apa nak simpan kang ada statement or ayat-ayat baru yang menyakitkan hati. Rasanya banyak kali orang-orang tu dah menguris perasaan tuan puteri sensitip nan seorang I itu haha..(abis la kat ym nanti). Pada pandangan I yang penuh kekaburan ini kalau kita masih berfikir-fikir whether nak remove ke tak orang tu adalah sebab kita seorang yang sungguh menghargai erti persahabatan, baik hati dan sedaya upaya nak menjaga perasaan orang (I nak nasi dagang and gulai ikan tongkol yea kalau datang visit nanti - demand la konon sebab dah puji melambung haha..). Tapi adakah orang tu memikirkan perasaan kita bila menuturkan kata-kata atau ayat-ayat yang kurang enak didengar? (Tu dia... pakar motivasi dah mula dah...).

Separuh orang kalau kita sound dia balik atau mempertahankan hak kita, pandai pulak dia marah tapi dia tak pikir apa impak dari kata-kata dan perbuatan dia terhadap kita atau orang lain selama ini. Kalau terkena kat dia, rasa macam kejam la sangat orang tu kat dia dan bukan main terluka la sangat hati dia. Sebab tu pikir dulu what are the consequences of your words and action before saying out it so freely. Whatever we said and do mencerminkan akan keperibadian dan pemikiran kita yang sunguh tidak pandai itu.

 Anyway, orang tu cakap, something like this, “masa jadi housewive dulu, tak dapat apa-apa”, ini la itu la, so kiranya macam tak ada hasil la dia jadi housewive dulu. Tah apa-apa punya statement.... Pada I la kan, pertama, orang yang cakap nie, biar betul. Sebagai seorang wanita Islam tak kan la dia tak tau betapa banyaknya pahala (Setazah la pulak) dia DAPAT dengan hanya menyapu rumah sahaja? Itu belum lagi I nak sentuh bab-bab masak untuk (anak, suami etc.), basuh baju (walau sekadar menekan punat mesin basuh baju dengan jari telunjuk kontot ini), lipat baju, kemas rumah, not to forget mengutip seluar short belang-belang size XXL yang masih bergulung itu wakaka... oh.. there’s so many things to do around the house. Itu belum lagi pahala jaga anak. Kalau nak kejar harta kemewahaan duniawi pun, berpada-pada la bagi statement kalau nak umpan atau nak mengayat orang. Bila dah sekaya Bill Pagar, terus la nak kutuk profession Permaisuri Teragong Istana Kayangan kan.....

To be honest, I don’t care apa-apa pun orang nak kutuk pasal profession housewive nie tapi when you said, jadi housewive nie tak dapat apa-apa, ianya menunjukkan betapa kurang bijaknya permikiran you kerana mengandaikan bahawa profession housewive ini tidak mendatangkan faedah, buang masa atau hina la sangatkan. Untuk budak sinun, jangan terasa atau ambik ati dengan pendapat orang-orang macam nie sebab pendapat dorang nie tak penting sama sekali!! Yang pasti window ym ku sudah berjaya ku kecilkan wakaka.......tulisan warna birumu sudah dapat kutatapi. As for dirimu yang suka gelak hingga guling-guling padaku, nantikan la kedatanganku nanti, pasti pipimu ku geget dengan gigi batu ku ini wakaka...

2 comments:

vagg-nini said...

housewife??i pun housewife? boleh x nak terasa sama hahahaha

Claudia said...

hahaha..ituler budak sinun hahahaha

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...