Malam tadi I merajuk kat husband I. Lama dah I tak main merajuk-rajuk nie. Dan seperti biasa, puncanya remeh la sangat. Haritu ada beli buah mata kucing. I kalau nak makan, husband I yang akan kopakkan sebab I malas dan sangat remeh la kan.. Dua tiga hari nie dia kopakkan I seperti biasa. Tapi malam semalam dia dah start bersin and gatal hidung sebab terkena hujan masa pegi rumah mak dia dan weather pun tak menentu. Siang tu dah ok tapi malam tadi datang balik, I think sebab ada orang datang sembur asap untuk nyamuk denggi petang semalam.
So malam tadi, seperti biasa “mem” nie nak makan buah mata kucing itu and suruh husband I ambikkan kat dalam icebox. Belum apa-apa husband I kata, dia suruh I kopak sendiri. Tanpa mendengar penjelasan lanjut, auntie ini terus la tarik muka (dalam tarik-tarik muka tu sempat lagi sibuk berym dengan budak sinun haha..) Husband I cakap bukan dia tak nak kopak tapi tangan dia kotor sebab kejap-kejap hembus hingus.
I yang masih tak puas hati, memusingkan badan I dengan tangan masih sibuk menekan butang kekunci berborak dalam ym. Mulut I yang nipis tiba-tiba jadi setebal Lionel Ritchie kan..punyala nak tarik muncung. Husband I tanya, I marah ke or terasa hati ke, I buat tak tau sambil pejam celek, pejam celek nak keluarkan airmata seniwati I nie. Bukan sahaja air mata seniwati pelesu nie tak nak keluar, in fact, contact lense I jadi kabur... puas la jugak I terbeliakkan bijik mata.. (padan muka lakonan pelakon suam-suam kuku tak menjadi).
Dia tanya lagi (I suka betul kalau tengok dia dah panik), “I marah ke?” I kata “tak apa forget about it (dengan nada suara yang mendatar tanpa emosi), its ok, I tak nak makan la, I boleh kopak sendiri besok” (amboi statement orang sendu hahaha..). Dia explain lagi, bukan dia tak nak, bla bla bla.. I kata “its ok” berkali-kali. Dia tanya, I marah kat dia ke and jangan la ambik hati. I kata tak ada ambik ati, I merajuk je (terus terang la lagi haha..). Mengadanya I.
Lepas tu dua-dua senyap and I masih lagi borak kat ym. Then dia datang dengan muka macam budak kecik yang kena paksa makan sayur, kat I, slow-slow dia hulur tangan and cakap sorry, sorry, mintak maaf. I pun hulur tangan kat dia and both of us pun bersalaman dan cium tangan each other, macam aksi orang bersalam di pagi raya wakakaka... tapi yang membezakan suasana itu, dia tidak berbaju dan I pakai pyjama haha... Tiba-tiba I jadi pilu la pulak hahaha.. I kata I’m sorry too sebab merajuk tadi. Dia kata, dia tak sedap hati sebab buat I terasa hati and dia rasa sedih sebab tak patut cakap macam tu kat I. Alahai, macam telefilem yang mendapat rating terendah la kan wakaka.. Husband I cakap, “you know, I always peel for you and tak pernah pun I tak nak, this is my first time, itupun sebab I tau you geli kalau tangan I kotor or kalau I baru lepas buang air besar”. Dalam hati, I rasa macam nak pitam dengan statement itu. Dia kata, tak patut dia buat I terasa sebab I baik dengan dia, I masakkan dia, sambil memandang dengan muka sedih ke arah meja makan/dapur (kalau nak pujuk pun cari la ayat power kan wakaka... and dalam banyak-banyak benda yang I buat, masak jugak jadi pilihan hati dia wakaka.. ). I kata its ok sambil senyum-senyum pahit (konon).
Then I tanya nak minum kopi (which I made everynight for him). Dia kata tak apa, nanti dia minum teh sama-sama dengan I kalau I buat untuk I. I kata, malam semalam dah kurang your gatal hidung lepas minum teh panas-panas. Then dia datang dekat-dekat kerusi belajar I, perlahan-lahan dia garu-garu kepala I yang tak gatal wakakaka... Ah, husband I sungguh dramatic!!
Sekian kisah rencah kehidupan yang tiada keajaiban ini..haha..
No comments:
Post a Comment