Thursday, August 30, 2012

I Dapat "Cash" You

(Gambar terbaru)

Weekend haritu, kita orang tak kemana because my husband was not well and still is as of this writing. Hidung dia sangat sensitive, this is due to the haze and he went to the clinic and doctor bagi ubat untuk dia sedut dengan air panas. The smell was so strong (hidung I kan sensitive kepada bau-bauan nie) sampai I pun boleh cium bau ubat tu sampai ke tekak tapi sedap la bau peppermint. Kejap-kejap dia bersin and gatal-gatal hidung and dia tak dapat bernafas dengan betul. I masak bubur ayam, ikan and soup ayam these past few days for him. I letak halia and white pepper banyak-banyak, sampai I sendiri makan pun terbatuk-batuk.
 
So dalam hari-hari I buat bubur untuk dia, one day tu masa time nak makan, husband I pun bediri la kat sebelah I sambil memegang mangkuk besar untuk dia makan dan as usual tidak berbaju. Kelakar la macam banduan tengah queue nak ambik makanan wakaka... Bubur masa tu masih panas mengelegak sebab I baru off kan, bila I senduk aje, tiba-tiba bubur tu terpelanting ke perut husband I. Serentak dengan itu, dia memegang bahagian perut yang terkena bubur sambil mengadu kesakitan. I terkejut sebab bukannya sikit yang terpercik tapi segumpal kan. Tak pasal-pasal daging perut husband I masakkan, kang ada yang mengidam nak makan daging bubur perut suami. Tapi entah macam mana, I tiba-tiba tak tahan nak gelak, macam kelakar, I masih boleh tahan lagi tapi ada bunga-bunga senyuman mula mengembang di bibir ini. Jahat I kan...
 
Lepas makan, I tiba-tiba rasa tak tahan nak ketawa kan dia. So semalam-malam tu I gelakkan dia sampai tekeluar airmata bila peristiwa itu bermain-main di fikiran I. Husband I kata, orang sakit dia gelak dengan muka manja gumuk dia, I tak peduli I gelak bagai nak rak. I cakap, I tak sengaja and sorry but you look so cute and funny when it happened. Sebelum tidur I gelak-gelak kecil di kegelapan malam. Orang “muda” tu buat tak tau je..hehehe..
 
Two days later which was last Saturday, I buat bubur lagi and I decided to buat ikan merah goreng kicap sebagai lauk. Bila I nak goreng ikan kat minyak panas, tiba-tiba I terbaling without any particular reason. Sekali minyak tu terpercik kat tangan, kaki and peha I. I pakai baju tidur so nasib baik la kat peha sikit je kena and ada seluar sebagai penghalang tapi kat tangan I yang berlengan pendek, oh dear.. you sendiri tengok la kat gambar. Lepas kena percik je I belari sambil terus tadah bahagian tangan yang kena air dengan running water. Husband I tanya, sakit tak, I dengan egonya cakap, tak ada la, I bukan macam you, wah, sempat lagi bongkak tu.. Sambil tu I cakap kat husband I, I ketulahan sebab gelakkan dia aritu masa perut dia terkena bubur panas. Husband I kata, tak ada la, I sebenarnya dapat pahala sebab masakkan dia although I injured. I kata tak ada la, ini la balasan I, dapat “cash” lagi. I kata tak apa la I dapat balasan kat dunia and not akhirat. But husband I insisted on saying that, it’s not because I gelakkan dia aritu or ketulahan, nothing to do with that at all, kebetulan dah nak terkena. But I know deep in my heart... Padan muka I, ituler, gelakkan lagi suamikan...
 
Lepas tu I examine tangan I, merah semacam je, husband I ajak pegi clinic. I kata tengok la macam mana nanti. Tak lama kemudian, tangan I rasa berdenyut-denyut macam ada jarum halus mencucuk-cucuk. Then petang tu, kita orang pegi clinic. Sampai clinic, ramainya orang penuh satu clinic. Sebelum I masuk jumpa doctor, assistant kat situ panggil nama satu patient but can you believe it, assistant panggil sampai tiga kali, bapak budak yang anak dia sakit nie boleh kata nanti sebab dia tengah main ipad!! I was shocked, assistant tu pun muka macam fed up. Sambil berdiri lagi bapak budak tu sambil tekan-tekan ipad kata nanti-nanti.. Tercengang I sekejap! Lepas dia keluar and ambik ubat. I tengok bukan dia sorang je keluar dari clinic tu, rupa-rupanya satu family dia yang about eight people menuju ke kereta! La... sorang sakit sampai lapan orang hantar memenuhi clinic and orang yang betul-betul sakit kena berdiri! Tapi still I sort of admire how supportive they are towards each other cuma kurang kesedaran sivic je.
 
Bila time I masuk, doctor nie tanya (not my regular doctor), kenapa nama I macam nie, al maklum nama omputih kan.. (batuk). I pun kena la bersalahsilah dengan dia. Here’s the thing it is not easy to have a glamour name like me/mine (batuk berlagak lagi), asyik kena explained je kalau berkenalan dengan orang. Itu belum lagi orang tanya dah kahwin ke belum or berapa anak , berapa tahun dah kahwin and kenapa tak ada anak.. rasa macam nak tampar dengan selipar platform je mulut dorang nie.. so nosey la. Sempat lagi menyelit lepas geram. So anyway, doctor suruh I datang a few days or bila tempat yang terbakar kena minyak nie berair sebab dia nak cuci. Muka I pun berkerut, doctor kata tak sakit. I kata ok although dalam hati I dah confirm tak mau datang, sakit or not.
 
Masuk dalam kereta, I careful not to kenakan tangan I kat mana-mana, so kena angkat la sikit. Then on the way nak balik, I suruh husband I beli rambutan, sebelum jumpa doctor I dah nampak orang jual kat dalam truck. Lepas husband I beli, dia tanya manis tak, I tanya dia balik, dia tak rasa ke, dia kata dia rasa and manis tapi dia suruh I rasa. Tiba-tiba termengada lebih la pulak, I kata I tak dapat kopak sebab tangan I injured (konon la sangat bukannya jari). Dalam dia drive tu, dia ambik rambutan kat belakang, tangan sebelah pegang stering and tangan sebelah kopakkan rambutan dengan gigi hehe.. Sampai rumah tiba-tiba je semua benda tak boleh buat hatta nak angkat tisu sekalipun hahaha.. I know I melampau giler... Nak duduk pun I pun extra hati-hati sambil mengangkatkan tangan sesambil tu husband I tiupkan, I pun buat muka ala-ala pedih (ceh! pelakon grade B maa...), padahal tak ada sakit mana pun or should I say, langsung tak sakit.
 
Tapi masa nak mandi, ada la pedih-pedih sikit bila kena air, tapi pelakon grade B nie meraung la konon, cepat-cepat husband I belari kat bilik mandi, risau la kan bidadari dia macam mana. Kalau I la jadi husband I and dapat bini macam I, langsung I tak akan layan and buat tak tau je. Next day tu, husband I teringin nak makan ketam goreng. I cakap kat dia, I boleh campurkan garam, kunyit semua tapi I tak nak goreng sebab masih trauma (yea..sila muntah). Husband I kata tak apa, I jangan buat apa-apa biar dia gorengkan. So haritu husband I siang, bersihkan (part-part bersih lauk i.e ketam, sotong, udang itu memang tugas dia) ketam and I cuma campurkan garam kunyit. Nasi pun dia masak (also tugas wajib dia kalau tak kerja). Sementara bidadari kesuma jiwa nie, sibuk surf internet. Boleh la pulak main internet kan... Lepas siap semua, I duduk makan aje sambil belakon hati-hati angkat tangan I itu..Two days later some of the tempat yang kena minyak dah mula berair. Tengah I syok-syok main internet, one of tempat yang ada gelembung air tu tergaris kat laptop.. adeeeihhh.. terkoyak and keluar la air. But really, until now I masih lagi trauma bila nak goreng apa-apa lauk.
 
Come to think of it, I kan kalau acting out towards him, I akan dapat “cash” or kena on the spot, dapat balasan seminit dua masa tu jugak, contoh macam terlanggar pintu la, tersangkut kat wayar la or tersepak kerusi la, terhantuk la, macam-macam la. Betul-betul di timpa daulat tapi tak serik-serik lagi..... Oh ampun kekanda suamiku.... dinda janji dan tak mau jahat-jahat lagi hek!.

Monday, August 27, 2012

Update Yang Dah Basi

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin to my family and friends, termasuk korang yang berapa kerat baca blog I yang kudus ini hehe.. I tau, I selalu terlambat nak wish or dengan kata lain asyik ketinggalan nak update etc. Story nie pun dah basi. Dua, tiga kali tertunda nak update.

So how’s korang punya raya? This year raya kita orang lain dari kebiasaan. Oh yeah, raya this year baju yang hantar kat tailor tak siap, apparently makcik tu tak sihat, so I pakai yang dah buat tahun-tahun yang sudah yang tak pernah pakai lagi, nasib baik ada, kalau tak, guna je la baju kerja wakaka.. Raya hari tu, as usual, ke rumah in-law berkumpul, makan-makan and berambik gambar. Puas la I pose-pose perasan ayu but bila tengok product, alahai buruk dan tuanya muka I...sedih la. I ingat I lawa dan cantik rupa-rupa ugly nak mampus.. baru sedar... oh pilu, (terima la hakikat ini...huhu...). Anyway, lepas makan-makan we decided to leave early sebab, like I said this year ada pertukaran sikit, kalau selalunya every year, petang dorang akan visit rumah and sibuk la I memasak but this year we decided to go elsewhere. We went to spend our first day portion of hari raya at Philea Resort Ayer Keroh. Ini pun last minute plan. Nak pegi visit Tuan Puteri kat Terengganu dah tak sempat. Tuan Puteri dah book Hari Raya Haji, lepas tu siang-siang dia dah suh tolong dia masak nanti. Dah siap bagi tugasan minah nak seorang itu.. (tgh memikirkan excuse nak ngelak nih heh!).

So lepas beramah mesra, both of us pun bergegas balik rumah, tukar baju and terus drive ke Philea Resort Ayer Keroh, Melaka. Singgah kejap kat R & R and beli KFC, lapar la pulak. Masa kat rumah in-law I tak makan banyak sebab I sakit perut sehari sebelum raya, I dah tersalah makan. And also, mulut I ada empat blister/pecah. Sakit jangan cerita la, mulut yang kata atas nampak tebal sebelah lepas tu bila bangun pagi ada bekas darah kering kat bibir, bila I berus gigi, darah keluar melimpah ruah (melampaunya perumpamaan...), terpercik la airmata tanpa sengaja kan...pedih sangat.


Anyway, sampai situ, tengok lobby hotel macam biasa je, buruk pun yea. Then bila buggy datang hantar ke hotel, wah... cantiknya pemandangan di kiri kanan, rasa macam kat oversea je sebab hotel/villa di buat sepenuhnya dari kayu log and suasana yang sungguh nyaman. Masuk je kat bilik hotel, wah...lagi sekali, cantiknya. Kita orang sepatutnya tinggal kat one king size tapi sebab cleaning tak siap lagi, dorang bagi yang king size with extra single bed kat ground floor of the two storey building. Sibuk la I snap gambar sana sini. Ingat nak order room service, I tengok makanan, alahai baik tak payah, mahal nak mampus and tak banyak choice. So we decided to go to the restaurant. Masuk je I tanya kat one of the waiter, nie high tea buffet because it was almost 4pm, dia tergagap-gagap la pulak, benda macam nie yang buat I tension, it is a simple question and they are the waiter kan? I tanya lagi nie buffet lunch ke? Dia buat muka pikir, I pandang dia sambil kepala I senget ke tepi, baru la dia cakap yea, itupun muka tak sure. Sabar je la kan. The place was ok but banyaknya lalat. I checked food, alahai, sikit je and kurang menyelerakan but since both are hungry, ambik je la. I ambik sikit aje, seketul boxing chicken wing, dua helai sayur, seketul ayam goreng pedas, dua sudu nasi putih dan dua sudu nasi briani kot. Itupun I tak pakai senduk kat luar sebab like I said, banyaknya lalat hinggap kat senduk-senduk tu. I guna sudu yang kat atas table. Husband I pun ambik sikit aje. Dessert pun I ambik dua jenis aje sebab tak berani tengok lalat hinggap-hinggap, apa la dorang nie. Benda macam nie penting kena jaga.


Masa tengah makan, husband I tanya, berapa eh, I kata with this spread of food yang tak banyak mesti around RM30 or RM40 je. Bila time nak bayar, we went to the counter and I jalan-jalan kat luar persekitaran. Lepas bayar husband I suruh I teka berapa, I kata dalam RM70 kot. Husband I tunjukkan bill, terkejut I, it was RM162.00. Kalau I tau, I ambik semua food kat situ although I tak makan kan? I sungguh tak berpuas hati with the quality of the food, the hygiene and the service. Membebel la I, apa nak buatkan. Balik dari restaurant, kita orang mandi, solat and berehat kejap. Masa nak solat, husband I cari dia punya kain, I tak kemaskan dia punya baju-baju masa nak pegi sebab dia nak kemas sendiri, sekalikan dia terlupa nak bawak, last-last dia guna bathrobe and the best part, bathrobe tu kecik and sempit, so nampak la bentuk badan beliau.. Dah la tu bathrobe pun tak labuh, nak pengsan I gelak. Lepas solat, tertidur la kejap then kita orang terjaga sebab dengar bunyi orang naik tangga and drag a bag and suara berborak kuat. Bengang la kan. Then husband I called reception and mintak tukar bilik. Within minutes, buggy datang and bagi kita orang kunci. Good service. Ingatkan nak pindah jauh, rupanya pindah kat tingkat atas je tapi arah bertentangan. Maknanya bersebelahan dengan satu family yang bising tu but its ok sebab tak dengar sangat. We would rather tinggal sebelah menyebelah dari tinggal bawah dorang, with the bunyi tapak kaki and all kan. Its a log house/cabin memang la bunyi kuat kalau bejalan.


Nevertheless we were so happy with the new room with one king size bed. Kalau nak dua katil pun buat apa kan, its not like we sleep on a different bed. Buah hati I mana boleh tidur jauh walau I tension with his snoring. Rasa macam nak cekik je sometime bila I terjaga tengah malam dengan dengkuran bak gemuruh beliau. Lepas pindah bilik atas, kita orang rehat kejap sementara tunggu nak dinner. Lepas mandi kita orang ingat nak try steamboat. It was said on the pamphlet kalau nak makan steamboat kena book dulu but we decided to give it a try. Sampai situ around 8.30pm and cuma ada dua pelanggan tengah makan and one table reserved yang lain tu semua kosong. So tanya la ada ke sitting or steamboat. Dorang tanya berapa orang, kita orang dua orang aje. Waiter/cook whoever it is said, steamboat dah habis...hahaha..kelakar la it was only 8.30pm not 10pm and like I said cuma ada dua pelanggan!


I cakap kat husband I, lets go out and I decided to call Wo. Wo kerja lagi and abis pukul 10pm, neverthless we went to Tampin and went to Wo’s working place. Borak kejap and she told us to pick up the kids and their father while waiting for her. Lepas Wo abis kerja terus kita orang pegi dinner sama-sama. Borak punya borak dah dekat pukul 1am. Wo ajak lepak kat rumah but it was quite late. I promised kat Wo akan call and jumpa dia malam esok. Balik hotel, mandi, solat and zzzzzzzzzzz..

The next day, lepas breakfast, kita orang lepak kejap kat hotel before we decided to go to Melaka and have our lunch there. Mula-mula tu ingat nak guna swimming pool kat situ but I changed my mind sebab I tengok boleh tahan ramai orang and swimming pool tak ada la besar sangat, geli la. Mesti ada yang kencing-kencing, batuk-batuk keluar lendir kat dalam tu and with all kind of penyakit kulit kan, who knows, kulit I dah la sensitive yang amat. Anyway, on the way nak ke Melaka, jam giler, it took us two hours nak sampai ke pusat bandar and both of us tersangatla laparnya. Pukul 3pm baru la lunch, itupun makan nasi ayam aje kat Century Paradise. Nak cari tempat makan lain, tak sanggup la, nanti stuck kat jam lagi. Lepas makan, sempat la lagi I bershopping beli shirt kat situ. Then we went back, ingat nak tapau but I told my husband, kita dinner dengan Wo and family again.

Malam dinner kat another place, service sangat la slow and hujan lebat la pulak masa tengah makan. Lepas makan kita orang balik cepat sebab nak berkemas. Tengah malam tu, I terkena food poisioning, dekat tiga kali I bangun membuang. Macam nak mati punya la sakit sampai berpeluh lenjun. Pagi tu I tak breakfast sebab takut la nak makan, kang on the way nak balik, nak membuang la pulakkan. Husband I bila I tak nak breakfast, dia pun tak nak..alah busyuk I tu... Around 10.30am, kita orang check out sebab takut kena jam kat highway. Nasib baik tak jam and kejap je dah sampai rumah. Overall, it was not a fun holiday sebab, I blister almost satu mulut, panas melekit berpeluh, jam, makanan kat hotel yang tak sedap and overcharge and I terkena diarohea sebab makan kat luar but the hotel is so beautiful, I love the decoration, the log cabin is awesome and beautiful! Merasalah jugak tinggal kat rumah kayu jenis macam nie. Oh by the way, we were told kayu-kayu untuk buat hotel diimport dari oversea, Russia etc.
 
Sekian, catatan I kali ini...

Sunday, August 12, 2012

Makanan Puasa Dan Bila I Kena Tengking


Untuk hari yang keduapuluh, husband I teringin nak makan hot and spicy KFC. I pulak nak makan mee goreng melaka kat Mdm Lim Aeon AU/2. Itupun tak habis, I cuma makan sesuap aje mee goreng tu terus la tak lalu, selalunya sedap but entahlah, tekak I nie macam-macam peel la kan. KFC pun I makan drumstick. Lepas makan, perut I jadi kembung semacam. I think sebab both berminyak and as always tengah malam makan buah tembikai.


Untuk hari yang keduapuluhsatu, husband I beli makanan pembuka puasa kat Little Penang, lobak, pie tee and otak-otak. I tak makan otak-otak sebab I don’t like this type of otak-otak. I prefer yang more traditional sikit, nevertheless I memang kureng sikit makan benda tu. As usual after an hour after that baru la makan makanan heavy. I masak, masak lemak ketam, I tak buat pedas or letak chili padi. It’s a no no in my cooking, chili padi memang lama dah kena bann dari my humble kitchen nih. As for labu air, I goreng dengan ikan bilis and ayam tu, is ayam kurma yeos, tak pernah rasa tu yang beli, ok la not bad.


Untuk hari yang keduapuluhdua, which was yesterday, I tiba-tiba teringin nak makan nasi kerabu kat Jalan Masjid India. So bergegas la kita orang pegi kat situ semalam. Orang punya la ramai and bersesak-sesak. Silap haribulan boleh pengsan. I tengok rama jugak orang bawak budak-budak as small as one month, oh dear. Kenapa la bawak budak tu kan, patutnya mak or ayah dia tunggu je kat Semua House or any shop yang ada aircond and let the other partner, go and look for stuff kat situ. Kita orang memang tak dapat berjalan and I make sure, tak kena raba, mana la tau kan. Bontot tak ada la montok mana, macam papan je, nenen pun tak payah cerita la, flat screen aje but tau je la pervert nie macam mana, bukan dorang kira pun, janji boleh ku ramas. So anyway, after we have been bersesak-sesak cari nasi kerabu or any kind of food, we couldn’t find it around, yang ada serunding, ketupat palas, biscuit raya and ofcourse dengan segala macam benda mainly, tudung, baju raya etc. Hampa la kan sebab tak ada. Then husband I ajak beli nasib briani kat Restaurant Insaf sebab takut tak sempat. Masa dia masuk, I decided to bediri kat luar sesambil memerhatikan akan betapa ramainya orang, my eyes masih lagi meninjau-ninjau apa yang orang jinjit kat back plastick dorang sebab kalau makanan, I akan tanya kat mana dorang beli kan. Tak lama kemudian, I tengok ada macam bola/toys someone baling dekat dengan kaki I. I tengok sekilas lalu and I continue with my tinjauan. Suddenly, I saw from the corner of my eyes, a woman with a white shirt approach me. It’s a normal reaction kita kalau stranger/s datang dekat-dekat ofcourse kita melangkah sedikit ke belakang kan. Sekali this woman, apparently penjual toys tepi jalan nie, scolded me, dia tengking I, dia kata, “Saya nak tengok jam je”!! dengan sombongnya and memek muka macam sial (orang kat tepi-tepi semua pandang). I was taken aback. I tunjuk jam kat dia, dalam hati I cakap, ini tak boleh jadi, dia dah menjatuhkan maruah I and memalukan I depan orang ramai. Serentak dengan itu bila dia start nak mengomel terus I tengking dia balik, I kata “HEY” dengan nyaringnya. I buat muka singa I. How dare dia nak tengking I. Sepanjang-panjang I hidup, tak pernah orang or strangers tengking I. Ndak-ndak kalau kaum pendatang nie, I memang cukup pantang, I dah la bersemangat patriotik yang sangat tebal. Datang kat negara orang, pepandai buat macam negara sendiri eh? Banyak cantik. This is my birth right, this nation was built by my forefathers, how dare her! Tanya la baik-baik, bukannya susah pun, ini langsung tak berbudi bahasa.

Lepas tu I sound dia lagi, I sergah dia kuat-kuat ala-ala menderam (ambik kau). Semua orang yang kat tepi terkebil-kebil pandang aje. Dia terkejut, she didn’t expect that I akan seberani itu. Agaknya dia biasa buat macam tu kat local and kita-kita nie terus cabut sebab tak nak buat scene. In my opinion, please stop with the attitude, “tak apa, biarkan”, “esok Tuhan balas” or whatsoever. You have to stand for yourself, kalau bukan you, siapa nak defend you? Anyway, silap orang la, terkena kat I. I kan sepanjang-panjang hidup I nie, tak pernah I buat macam tu kat orang, public or anywhere. I bagi dia pandangan tajam dengan muka-muka, mata and ketapan gigi I (tu dia, watak pelakon kelas B dah keluar). I masuk kat dalam Restaurant Insaf, I bagitau husband I. Husband I apalagi, dia kata nanti, lepas dia abis beli/bayar, dia suruh I tunjuk mana satu. I kata its ok, I dah bagi dia. Husband I tak peduli, dia nak tau siapa jugak. Habis bayar, dia tanya mana satu, I kat, tu dia but I didn’t say who. I pulled my husband’s hand tightly because I rasa dah cukup I tengking dia balik. On the way out, I think one of her friend, lelaki, pakai t-shirt putih, jual toys yang sama dengan dia, pandang I. I pandang mamat tu balik, terus mamat tu tertunduk pandang bawah. Sampai kat parking, husband I tanya which guy, I kata its a woman la. Dia kata it doesn’t matter, dia nak bantai jugak. I kata tak payah. Sepanjang-panjang dalam kereta tu, sibuk la husband I menyumpah-nyumpah dorang nie and dia cakap, pompuan tu sebenarnya nak merompak and she didn’t expect that reaction from you bla bla bla.. Then dia kata nanti dia akan carikan I kayu kecik so that senang I nak bawak mana-mana and kalau orang-orang nie buat kacau balik, libas aje..wakaka.. nak tegelak I dengar. Bila dia dah penat menyumpah seranah dorang nie, tiba-tiba dia cakap, kesian I kena , haha..I kata tak apa, at least hati I puas dari I diam macam orang bodoh. I cakap kat husband I abis la puasa I hari nie, sebelum tu baru derma kat persatuan budak-budak sakit cancer. Husband I cakap, nope pahala I tak kurang because I made a stand for myself and not letting anybody bullying you. I orangnya patience (ye ke? macam tak caya je) tapi kalau dah melibatkan maruah/memalukan I macam tu, I memang tak boleh tolerate. So anyway, on the way back, we stop at Pasar Ramadhan Melawati and beli kuih sikit-sikit.

Then malam tu, husband I pandang lagi sambil urut rambut I, dia cakap kesian I, mana orang boleh buat macam tu kat bidadari dia wakaka..., terserlah akan hero ketamilan gentleman beliau.. I kata ish, it’s ok, I puas hati with my reaction. Oh speaking about ketamilan nie, aritu husband I pegi gunting rambut kat barber. Balik dari situ, I tengok dia tersengih-sengih kat depan pintu. Terus dia cakap, nasib baik I tak ikut dia pegi gunting rambut kat situ, kalau tidak sure I ketawa gila sebab dia pun tak tahan. I kata, eh bila masa I pernah ikut dia masuk barber kan. Dia bagitau dengan penuh girang, masa barber tu potong rambut, orang tu pasang radio tamil dengan kuatnya. So I cakap, syok la you dengar lagu-lagu kat situ, dia kata bukan lagu tapi talk show tamil. I tanya, macam mana dia tau itu rancangan talk show, dia paham ke. Dia kata sebab ada suara-suara ramai macam soal jawab, Wah tau je kan hahaha... Lepas tu kan, terus dia ajuk siap dengan kepala and tangan-tangan sekali. Macam-macam jenis intonasi dan suara soprano serta garau keluar dari dia. I macam nak pengsan gelak sampai sakit perut and muka hahaha.... You imagine, dari tengahari sampai malam, stop and ajuk and stop and ajuk. Husband I cuma stop bila nak masuk tidur malam. Itupun di tengah-tengah kesayupan malam masih terdengar-dengar akan ajukkan beliau, tapi this time versi mengantuk wakaka...

Saturday, August 11, 2012

Update Makanan Puasa

Maka bertemu kembali kita di ruangan “mari melihat makanan puasa kakak dan abang pemakan buas korang yang sejati ini”. Dengan berpandukan gambar-gambar yang sungguh tidak menyelerakan dari segi hiasan, sudut hatta rupa sekalipun. Perhatian gambar yang di ambil adalah dari camera hp bukan camera DSLR kebanggaan yang telah lama diabaikan di dalam almari itu. Sekali tengok pun korang memang taupun dari tepon tanpa unsur-unsur photoshop muehehe... so tiada cubaan pengaburan yang cuba I lakukkan (sebenarnya photoshop pun tak tau nak guna and malas nak belajar... punya la I nie outdated).

By the way, harap maaf jika ada kisah-kisah yang I terlupa untuk I selitkan memandangkan I lama dah tak update, nie kes ingat-ingat lupa namun kugagahi jua demi mendapat setitik rasa syok sendiri.


Untuk hari yang ketiga belas, I buat roti jala, kari sardin dan mee hoon goreng ikan bilis at the last minute since I don’t know what to eat. Tekak ini tidak berkehendakkan apa-apa. Sebenarnya tak tau nak makan apa and tak ada benda pun yang teringin. Yela tu, hantar kat Kenya baru tau, monyet panggang gigi menyeringai pun nampak menyelerakan wakaka...


Untuk hari yang keempat belas kita orang berbuka makan nasi, lauk ayam masak kicap, sup sayur telur dan putu mayam je. Itupun I sorang je makan putu (sebijik je I makan sebab rasa tak sedap), husband I kalau kuih-kuih kat luar dia kureng sikit nak makan (kecuali tauhu anura), dia kata dia cuma nak makan kuih yang bidadari (ehek!) dia buat. Tapi bidadari kesuma jiwa dia nie agak malas nak buat-buat kuih nie.


Untuk hari yang kelima belas, husband I beli kuih kat KLCC. Balik rumah dia tolong I masak ketam goreng sesambil tu I masak sup labu air. Sebelum tu both of us buat marketing kat AEON AU/2 untuk membeli barangan dapur dan buah-buahan yang telah kehabisan. Balik dari buat marketing kat AEON, we went to Great Eastern sebab nak beli kuih muih nyonya. I suka kuih-muih kat situ, walaupun alahai kecik dan mahal tapi menepati selera. Balik dari situ, I rasa tersangatlah lesunya. Maybe sebab banyak berjalan kot? Tapi rasanya tak la banyak sangat or maybe panas? Bisik hati ini..wakaka... (mestila I nak kena hiaskan dengan ayat drama sikit). Oh yeah, before I forget masa nak buat marketing, masih lagi kat parking kereta rumah, masa tu I baru masuk kereta and tengok eh, ada air botol mineral dah setengah. I suruh husband I buang kat tong sampah, dia kata tak apa mana tau nak cuci muka. On the spot, husband I bukak air mineral tu and cuci muka dia.. I hairan la kan, I kata laa.. dari you cuci muka dengan air botol tu, baik la you masuk rumah balik and cuci muka kat bathroom, dia kata tak apa. Macam orang dalam perjalanan jauh and stop kat tepi jalan and cuci muka, husband I kan, entahlah... selalu buat benda yang diluar jangkaan pemikiran I yang kuat berangan ini. Petang tu I rasa sungguh kepenatan yang melampau. Seluruh badan I rasa lesu, tak pernah I rasa macam tu sepanjang hidup I berpuasa. I berbaring je kat atas sofa sampai la time berbuka and I even baring makan kuih, kurma and minum air.. can you believe it? Punya la gila penat. Husband I sengih-sengih masa bagi air kat I. Lepas tu dia urut-urut kaki I..wakaka... macam telefilem rumah orang tua-tua je. Dah la aritu perut I berangin/kembung, husband I pun urut la belakang badan I kan sesambil tu both of us berbalas-balas sendawa wakaka...I cakap kat husband I, eh kita nie macam orang tua-tua je, lepas tu I jawab balik, eh silap memang kita nie dah ancient huhu... Terus la husband I kata, tak ada la, kalau orang tengok I mesti orang ingat masih remaja lagi...,  I sendiri nak pengsan dengar statement itu, apalagi you all haha..


Berbalik kepada kisah makanan berbuka, untuk hari yang keenam belas, I finally teringin nak makan kuih tepung pelita kat pasar ramadhan. On the way back husband I singgah untuk beli and sedap tepung pelita tu and ofcourse tauhu anura dia mana boleh tinggal. Tapikan walau teringin macam mana sekalipun I only managed to makan tiga ketul tepung pelita. Sayang yang lain tu kena buang the next day sebab tak habis. Husband I beli Nasi Briani, mee rebus and mee bandung sekali kat Aladdin. I terkejut sebab kenapa dia beli banyak-banyak, siapa nak makan kan and mesti tak habis. Husband I kata, makan sikit-sikit. I makan nasi briani pun tak abis, mee rebus I makan sesudu aje, lepas tu tak lalu.
 

Untuk hari yang ketujuh belas, husband I beli kuih-muih kat KLCC and Nasi Bojari kat Miss Kwan (Madam Kwan tutup for renovation). I suka makan Nasi Bojari Madam/Miss Kwan nie sebab sedap, ayam pun besar, sambal udang superb and rendang daging sungguh menyelerakan. Menepati selera. Anyway, I bukannya nak mengutuk (this is my opinion or tastebud and I don’t think so that I would be sue over this) but I rasa sungguh kecewa with the state of kuih-kuih yang di beli or dijual kat KLCC nie. Dah la kecik and mahal pulak tu. Rasa pun tak sedap langsung. If I have lots of money and able to rent a place kat tempat yang bertaraf international macam tu I would make sure that the kuih-muih tradisi Malaysia nie has a class of its own. I akan jaga quality and buat besar-besar, sedap-sedap and menjual dengan harga yang berpatutan. So that my customer akan rasa puas hati with the price that they paid. Sesambil tu pelancong-pelancong will have a true taste and respect kuih-muih tradisi kita. Its one of the way to promote your culture and your food. Wah, boleh jadi menteri pelancongan nie, tergugat la pulak tempat Pak Rais kan. Anyway, at the end of the day, both of us had to throw the kuih-muih away sebab it is not eatable or shouId I say tidak dapat di makan kerana rasanya sangat teruk to the stage that I kunyah and terus I luahkan balik...tak tertelan.


Untuk hari yang kelapan belas, I buat pulut kuning since husband I asyik hint, tanya-tanya bila nak buat. This is my second time buat, the first time was long time ago masa kita orang baru-baru kahwin. Risau la pulak takut tak jadi, nasib baik ok, boleh la di makan, tak ada la sedap mana pun. I kurangkan garam so tawar la sikit. Husband I kata tak apa, tawar la sedap sebab nanti nak makan dengan serunding and kari ayam. Bila masuk mulut aje terus la husband I cakap sedapnya (sampai tertutup la mata dia kan) tak pernah dia rasa sedap macam nie dalam hidup dia hahahaa.. nyampah tau, nak ambik ati pun berpada la kan hehe...Husband I memang tau, suka feeling. Btw, I suruh husband I buat bentuk and tekan padat-padat sebab tangan dia lagi kuat. Lepas tu I buat bee hoon sup simple je. Around 9.30 or 10.00pm seperti biasa baru la makan mee behoon sup or anything yang heavy sikit.


Untuk hari yang kesembilan belas, I buat popia goreng sebab pening memikirkan apa nak makan untuk pembuka puasa. Itupun last minute punya plan, dekat-dekat pukul 6.30pm baru I start buat. Nasi berserta lauk pauk I dah buat awal around 6pm. Makan pun seperti biasa mesti tak abis, I makan dua biji je popia, husband I kata dia lost count makan berapa sebab banyak sangat, as usual exagerate haha.. Btw, kurma dah dua kota habis, yang ketiga kotak nie pun tinggal sikit lagi, tapi kita orang siang-siang dah beli extra dua kotak for backup. Kurma nie wajib dimakan untuk berbuka dan bersahur same as buah tembikai mesti makan tiap-tiap malam, takut sembelit.

 Sekian kisah makanan berpuasa I untuk kali ini, esok I akan update lagi, I know dah agak ketinggalan.

Wednesday, August 1, 2012

Update Makanan Puasa

Hello entry puasa datang lagi dari kakak kesayangan korang yang sungguh menawan ini kah kah kah.. (aduhi tak sedar diri...sila muntah pink) dan yea seperti biasa, entry ini bukan berbentuk nasihat atau memberi ceramah setazah bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini kerana I rasa I tidak berkelayakan berbuat demikian lagipun I tidak lah pandai hendak memberi nasihat pasal hal agama ini sementelah diri ini masih terkapai-kapai di muara sepi (sendu..). Lagipun kat status fb kawan-kawan korang bertimbun segala macam ayat-ayat atau nasihat.. Kalau nak bagi nasihat pasal hal-hal motivasi atau jati diri, boleh la sikit-sikit tapi dengan syarat (wah) akan diselang seli dengan ayat-ayat kemerapuan yang melampau yang bisa menambahkan bebanan perasaan korang heh!
So untuk hari yang kesembilan berpuasa (sudah nampak senyuman makcik sibuk dua orang itu biarlah I namakan V dan Z hahaha..), husband I take away Nasi Briani Gam Johor dari Restaurant Alladin dekat Ampang Point. Pada I, Nasi Briani berserta lauk pauk sampingan kat restaurant nie tersangatlah sedapnya, memenuhi selera kami suami isteri yang bernafsu gajah ini. Mee Rebus dan Mee Goreng... nyumm.. (terliur la pulak I tulis nie, padahal baru lepas berbuka tadi – kan I dah cakap nafsu gajah). Masa makan nasi briani, I complaint la pulakkan, sebab macam sikit and yes abis satu pinggan tu I bedal. Tau la bujang senang si bedal tu datang dari sarawak wakaka.. Rasanya sahur cuma minum air putih and tidur balik.
Hari yang kesepuluh, I masak lontong, sambal ikan bilis dan nasi putih aje. Pencuci tekak, makan wintermelon dan agar-agar konyaku yang kenyal itu. Tengah malam husband I makan berulang yakni lontong itu. I dah siang-siang menyerah kalah sebab I dah makan nasi dengan ikan bilis. Sahur minum air putih je.
Hari yang kesebelas, husband I take away Mee Kolok, Burger kat Carl’s Jr dan Yong Tau Foo kat Pavillion. I yang sedang membelek-belek resepi kat buku-buku resepi dan majalah tiba-tiba ternampak resepi murtabak maggi and teringin la nak buatkan. Maka terhasilah masakan yang nampak sungguh tidak menyelerakan dan tidak seberapa (rendah diri la konon) di petang puasa yang sepoi sepoi angin lalu.... (feeling la baca kay?). I don’t expect it to be delicious ke apa kan tapi husband I makan non-stop, sambil memuji-muji and cakap masakan bidadari (I la tu taw..) paling sedap dalam dunia..wakaka.. I seperti biasa buat jeling-jeling kedut kening and cakap “tak ada lah sedap mana”, mulut pun buat muncung haha.. (aisye... pelakon kelas B la katakan), tapi dalam hati I kembang macam nak meletup, how I wish my dada yang berkembar ini kembang tak kempis.. ah..sedih... Anyway, makan tak habis pun, mee kolok tu I makan dua suap, burger I tak makan and yong tau foo I makan tiga empat bijik je (jaga badan maa..). Pandai pulak cakap jaga badan, padahal nasi briani aritu habis satu pinggan dalam dua tiga kelip mata je (kalau I tulis sekelip mata, tipula kan..). Sahur minum air putih and tidur balik, serupa la macam tak sahur kan.
Hari yang keduabelas, which is today, husband I take away two large of Domino’s Pizza and seekor ayam percik kat ayamas. I terkejut tengok pizza size large sebab sure tak habis. I complaint la sebab membazirkan, I bukannya suka sangat makan pizza nie, sekeping pun susah nak abis (eh bukan aritu I melantak tak ingat ke? Errrr...). Then husband I ajak keluar beli kuih sebab dia kesian kat I sebab macam tak ada benda nak makan (ada ke?). I kata that is more than enough, don’t worry about it. Around 7.15pm just now, I decided to masak mee maggi and campurkan dengan lebihan yong tau foo semalam ( see.. I dah insaf tak membazirkan). Sekian entry puasa I yang hanya bermodalkan kisah makanan berbuka. Sungguh I tak punya cerita cantik menarik tertarik kau memang da bom. Before I forget, this is the link to tauhu anura punya resepi. Selamat Mencuba... http://aziancollections.blogspot.com/2009/08/tauhu-anura.html

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...