Tuesday, March 19, 2013

Masakkan Orang Jaga Kesihatan...Konon...

Sekarang nie I rasa sangat seronok hendak memasak eversince I jaga makan nie. Walaupun masakan I ringkas-ringkas sahaja but I don’t know why, semangat itu datang berkobar-kobar. I even buat list apa yang I nak masak dan malam sebelum itu I mula merangka mana satu I nak masak dulu. I dah start plan kat kepala macam mana cara I nak masak ini itu. Maybe it is a new thing or should I say a new recipe to cook and try, itu yang seronok tengok la kalau dah lama-lama nanti, knowing how easily bored I am when starting something new kan. Hasrat husband I yang tak nak balik tengahari cuma bertahan seminggu aje, lepas tu tiap-tiap hari dia balik, kacau je. Tapi bila dia balik, dia tak lunch although I dah siap masak, dia akan makan bila balik kerja petang, sebabnya dia nak diet. I makan pun lambat, around 2 or 3pm. So anyway, malas betul I nak update blog since I tak ada cerita interesting nak share.
Oh yeah, last Friday, I buat follow up kat doctor. I masak and makan pagi-pagi around 11am sebab two hours later doctor akan check my blood glucose. I dah buat kat rumah a few days before that but I still nak doctor punya opinion. Pagi-pagi I buat kat rumah, my reading was 5.6, then pegi kat doctor almost 1pm masuk bilik dia, dia check and it was 5.8. Doctor cakap I tak ada diabetes, fuh lega I... But I will still have to check sendiri kat rumah since I already have the stuff because of my parents punya history. As for blood pressure, it was still high but doctor still tak nak put me on medication dulu. We were hoping that it will go down... Mintak-mintak la kan.. I dah ubah cara makan, tidur awal and exercise (not so regularly..boring la berjalan kat threadmill sorang-sorang). Kalau boleh tak nak makan ubat, dah la makan ubat cholestrol kan.. but it’s ok la kalau dah nak kena makan, nak buat macam mana. Di samping itu jugak, I kena jab A+B kat punggung, aduhhh sakit nak mampus. Doctor pun cakap jab nie memang sakit, I siap pegang tangan one of his assistant, senyum-senyum adik tu. I don’t care and buat apa I nak malu, I memang takut walau banyak kali dah kena jab. I siap jerit lagi wakaka.. tak senonoh... I kan orang yang expresi dan sentimental so setiap gerak hati akan terbit ke perbuatan dengan sendirinya.. wakaka... Maknanya kita orang nie jenis yang tak hipokrit, err..ye ke, bukan I ke yang selalu “lain di mulut, lain di hati”? Shut up la hehe...
 
Anyway, nie la I nak share masakan dan resepi yang sangat ringkas buat tatapan you all. I tau rupa masakan I buruk and I tak pandai nak menghias, selain dari malas dan I memang kurang seni, kecuali seni drama je... Husband I kata sedap walaupun simple and I agree with him maybe sebab before this biasa makan makanan yang berminyak, masin and manis. Bila try yang lain dari yang selalu jadi macam sedap je. Termasuk hari ini, sudah 17 hari both of us makan makanan sihat yang I masak kecuali aritu kat Pavilion, oh lupa and also last Sunday husband I tapau sebab both of us busy kemas bilik belajar merangkap store itu... Other than that, I masak and makan kat rumah je...rajin oo... baru-baru lagi, tengok la nanti... As for drinks, I minum air putih masak dan kadang-kadang air teh hijau. No more air season or manisan... You know, I never thought I could leave air-air manis nie behind but I’m surprised that I’m able to do so. It is not that hard pun, seriously... Cuba la for a few days, lama-lamakan you tak akan teringin lagi... But sometime I minum air juice orange pure tak ada gula..itupun setengah gelas aje... Tapi tak ada la I akan deprive myself forever from all kind of drinks of food but I berpada-pada la kan..

Nah..dengan tak malunya I menunjukkan masakan yang so hazab dari I ini....
 

Ikan selar nie I bakar atas kuali non-stick leper je. I bungkus dengan daun pisang, konon nak tunjuk kelainan.. Ikan selar tu I lumurkan sedikit garam..itu je..


Ikan yang telah di bakar, sedia di hidang. Air asam tu, I tak letak belacan. I cuma letak air asam jawa, bawang merah dan cili merah potong, cili padi tak ada dan I perasa garam dan gula. Sayur tu I letak sudu kecik minyak, tumis bawang merah/putih, letak sayur, letak air, letak telur, garam, lada sulah dan sikit serbuk ikan bilis... Siapa la yang nak copy and try resepi I nie wakaka...  Budak tadika pun boleh buat sambil pejam mata...


Ayam masak kicap nie I tak tumis. Caranya mudah sahaja. I masak air dalam periuk, I masukkan kicap, bawang merah/putih, halia, lengkuas yang telak di tumbuk, cili hiris, nak tumbuk pun boleh, ayam, lada sulah, garam I tak letak sebab kicap dah masin, same goes with gula pun tak payah letak sebab masakan nie akan jadi manis naturally, I think from the lengkuas kot.... itu je..Oh yeah, masak sampai mendidih sambil tutup tudung, kalau tak tutup pun tak apa.   Bila makan I suka letak kuah banyak-banyak... Bau harum dan pada I dan husband I sedap, tapi kalau korang rasa mual makan, please jangan cari I hehe... Senangkan? Tak payah jaga...


Asam Laksa nie I tak payah bagi resepi sebab korang semua tau macam mana nak masa kan tapi I tak letak petis atau belacan.


Soup ayam nie semua orang tau masak, simple je. I tak tumis tapi rebus aje, resepi pun simple la sangat, masukkan air, ayam, kentang, bawang merah/putih, halia yang telah di tumbuk. Then masukkan sedikit garam, lada sulah dan sikit kiub ayam..


Haritu I bakar dengan daun pisang, this time I bakar dengan aluminium foil. Don't worry, ikan tak terbakar walau nampak hitam. Dalam masih moist lagi. Sama macam I buat ikan bakar daun pisang tu, I letak kat non-stick kuali leper, ikan selar I lumurkan dengan garam je. This time I makan dengan salad.  This time I cicah dengan kicap, cili potong, bawang putih/merah.


Last Sunday I buat roasted chicken for the first time in my life. I know, dah tua baru buat and I don't know why tak terlintas pun selama nie, terlintas sebenarnya tapi I tak beri penekanan sangat sehingga la seminggu lepas. Last week tu husband I siap beli dua ekor ayam tapi since kita orang keluar so postponed hingga la ke Ahad yang lepas. Resepi nie sangat simple dan mudah. Sebelum tu preheat your oven then I lumurkan majerin tanpa cholestrol, garam dan lada sulah.. Periuk tu I lenserkan dengan sedikit majerin, macam buat kek. Ikat ayam supaya bahagian kepak dan peha moist di dalam bila masak nanti. I roasted selama 1 jam.


Tadaaa....  Lepas keluarkan dari oven, tutup dengan aluminium foil sebentar or selama 1/2 hour.  Ini la hasilnya. I tak buat dia punya gravy sebab I sangat excited and tak sabar nak makan..  Sedap and yes, moist di dalam...


Tadi ingat malas nak masak tapi bila husband I balik tengahari siap bawak mee hoon and sayur-sayuran terus I masak on the spot. Yang nie mudah je, macam I buat soup ayam rebus cuma yang nie I letak sup bunjut.

Sekian catatan dan gambar masakan I kali ini....

Monday, March 11, 2013

Weekend's Update

Saturday
I was a bit busy last weekend. On Saturday, an electrictian/maintenance/all rounder guy came to our house to dismantle our kitchen hood and replace with a new one. Amboi... pembuka kata macam nak buat composition berbahasa Inggeris lagi, you... The old one is still in good condition but we decided to changed because when we bought our new kitchen stove last year, it came together with the hood (memang ler semua kitchen stove came with a hood sekarang nie kan). We’ve used the new kitchen stove but we have yet to change the hood so I’d been pushing him as to when, he’s gonna change it or else, I’m gonna do it myself (yela tu.. my ugut is the last effort and mana la I tau macam mana nak tukarkan). Anyway, It took a while for the guy to changed it beside, he has to change the water tap on the other bathroom.

I yang kat dalam bilik dah kelaparan bukan main. Husband I nak beli food for lunch but I insist nak masak jugak. Huii... bersemangat I nak memasak sekarang nie. Lepas orang tu blah, cepat-cepat I masak dengan pembantu kanan rasmi I yang membuat tugasan untuk pekerja level bawah, cuci-cuci pinggan, sapu-sapu, tumbuk bawang, kerja yang tidak memerlukan beliau berfikir haha.. ayat kejam. Lepas masak terus kita orang makan dengan tak mandinya lagi, sebab dah kebuluran. Masa I nak angkat lauk ikan ke pinggan I, tangan I siap mengeletar lagi haha, I told you, I kebulur tahap separa nak pengsan. Makan pun laju macam tak sempat mengunyah je. 

Sunday
Hari nie Arthur (laki Wo) datang ke rumah bersama lori yang disewa dari Seremban sebab masa Wo and family visit masa Christmas last year, I tanya dia, dia ndak ke my dapur gas and also washing machine lama I. Dia kata dia ndak. Washing machine dia yang rosak, dorang tak betul-betul lagi adalah dalam dekat beberapa tahun I tak ingat. So all this while Wo cuci tangan aje. Furthermore I dah ada washing machine baru, dari I simpan memenuhi rumah yang sekangkang katak, baik la I bagi dia. Same goes to dapur gas like I said on my latest entry, I dah ada yang baru. Hood yang electrican tu bukak semalam pun I bagi dia sekali. Beside, I ada dua kitchen, satu wet and satu dry. Kat dry kitchen pun I ada dapur gas and hood jugak . Selain dari tu, I bagi dia tempat letak sink, baru dan belum pernah pakai.

Around 1.25am, Arthur sampai and dia dengan husband I angkat barang-barang tu. India yang bawak lori tu tak tolong, dia drive aje... (dalam hati I cakap, pemalas!). Arthur bayar dia RM350. Arthur kata itulah yang paling murah yang dia boleh dapat, which was quite true because kalau area KL nie pun sewa dah RM300. After that both of us besiap keluar to have our lunch. Hari nie first time I makan luar in a week.. Record baru, eh but wait.. pagi tadi husband I beli capati for breakfast. So pagi tadi first time husband I tapau and lunch first time makan luar... Rasanya tak pernah lagi husband I tak tapau or tak makan luar dalam seminggu sepanjang I dah berhenti kerja nih, which was many years ago....

On the way nak pegi Pavilion, husband I stop kejap kat station minyak and I pegi ke dalam kedai sebab nak beli air mineral and a few packets of tidbits untuk alas perut sebab dah kelaparan. Anyway, sampai Pavilion seperti biasa, kita orang makan kat foodcourt sebab ada my favourite food, mee kolok sarawak sedaaaappp.. Mula-mula tu I nak makan yong tau foo but memandangkan doctor kata I boleh makan apa sahaja after I makan ubat cholestrol nie so I belasah je. But then again, mee kolok nie bukan goreng tapi celup-celup dengan air panas and ayam dia pun panggang, maka dengan senang hati I memakannya hingga hampir habis. As for the drink, I minum air mineral aje. Walau boleh makan any berlemak, goreng food but I still tak nak or kurangkan.

Lepas makan, husband I ajak cari seluar kerja dia tapi lain jadinya bila dia nak belikan I kasut pulak. I memang tercari-cari kasut untuk berjalan ringkas, yang beli haritu dah hazab. Dalam cari-cari tu husband I suggest a few. Husband I memang pandai pilih barangan perempuan nie. I don’t need a girlfriend to go shopping with me. Tapi nasib baik dia bukan jenis yang auw auw kan, kalau tidak mesti I kalah I. Like I said before, my husband has the eye. Dia kata dia patut jadi designer. I kata kalau you jadi designer or perempuan mesti you nie bitch and slut hahaha... And I tambah lagi, you may have the eye but I have the look wakaka... sila muntah... I gurau je dengan dia, I don’t mean what I’ve said... kalau orang dengar cara kita orang berborak, orang ingat buddies, bestfriend sebab tak adanya nak ambik-ambik ati, cuma I la yang kekadang mengada merajuk, menyeksa diri sendiri kalau tak tahan kena usik. And ofcourse if I want something, tone suara akan tiba-tiba berubah berserta memek muka suci murni ini...puiik. Husband I memang dah masak dengan perangai I but he play along...
        
 

Berbalik kepada kisah I dan kasut, so I pun tanpa berfikir lagi cuba satu persatu dengan fashion advisor peribadi (husband I la) pun sibuk la suggest suruh try ini itu. Tapi betul tau, taste husband I memang superb pada pandangan I. Semua yang dia suggest I suka cuma I always drawn into black sebab nak sesuaikan dengan baju but husband I suruh I try colour yang lebih berani. I ambik tiga and murah je, brand pun brand Sembonia (merendah diri nampak Miss Show Off? Shut up!). Tak ada la I nak beli kasut Jimmy Choo ke Gucci ke. It is not worth to buy mahal-mahal, kalau bag tak apa. Yela tu, cuba kalau ada money at my disposal, for sure bukan kasut aje I beli yang branded, malah gigi pun I pakai gigi berlian ala-ala Lil Jon ahak!

Selepas bayar, dapat voucher RM20 sebab tiga kasut I tu lebih RM407. Husband I suruh guna voucher immediately sebab selalu lupa nak guna. So kita orang pun ke hulu ke hilir cari apa nak beli. Lastly, I pilih cincin berlian (tak nak kalah) brand denni je and ada 20% discount. Harga kat tag macam RM118, so kalau tolak voucher less than hundred but since kedua-dua mata suami isteri ini potek rabun, walaupun sorang pakai speck, sorang pakai contact lense, bila time nak bayar, tekejut la kita orang, rupa-rupanya RM178, ceh! tak guna betul.. Husband I kata, its ok, don’t worry about it but I still la mengomel tak puas hati, kesian dia kena keluar duit kan. Guilty nampak? Dia yang nak beli seluar kerja, end up I yang dapat kasut. Husband I cakap, dia memang tak ada hati pun nak beli seluar kerja dia memandangkan masih ada a few yang tak pakai sebab takut dia turun berat badan since sekarang nie kita orang jaga makan. Dia cakap dia memang nak belikan I kasut since dari hari tu lagi kita orang tercari-cari tapi tiada yang memikat jiwa.

Balik dari Pavilion, kita orang terus balik rumah. Malam lepas solat Maghrib, kita orang pegi Carefour sebab nak cari a few stuff. Tengah malam, tiba-tiba kelaparan. Around 11.00pm, I makan mee in my mug dengan hati yang gundah sebab sure naik berat badan nih. Husband I pun kelaparan. Pelikkan, kalau masak and makan kat rumah tak ada la kebulur macam nie.. Husband I kata, kat kedai mesti dorang nie letak food enhancer... entahlah.. yang pasti husband I makan capati yang untuk breakfast pagi tadi berserta kari ikan dengan penuh selera....

Pagi tadi both of us timbang berat badan, both naik mendadak! Uwaaa......
 
Sekian tulisan I malam ini...

Friday, March 8, 2013

Kisah Hari Jumaat...

Today I went to see my panel doctor to do a follow up. I tak nak pegi kat Ampang Puteri sebab like I said before doctor kat Ampang Puteri cakap I boleh pegi mana-mana doctor. So I choose my favourite doctor kat clinic biasa aje. Malam tadi I tidur awal at 11pm, tah macam mana pagi nie terlajak bangun pukul 8.22am. Damn! I miss my morning prayer... Patutnya kalau cukup tidur lagi la senang nak bangun kan? Ini terbalik la pulak.

 So sampai kat clinic orang boleh tahan ramai jugak. Ada yang batuk, bersin etc. I was so worried, jangan la I menyangkit nantikan.. yela memandangkan dah ber “nenda” nie senang betul menyangkit. I met my ex-colleague, aci tukang sapu, apa lagi kecoh la mulut I sambil bergenggam tangan and tak terlepas sepanjang kita orang berborak itu. I like this aci because she was the coolest that I’ever met, cakap pun so polite and berhati-hati. Dia dah berhenti kerja and buat part time kat one of our ex-colleague yang bukak business sendiri. Dia datang sebab nak tanya doctor, ada ke ubat untuk diet/kasi kurus untuk anak perempuan dia. Anak dia tak datang sebab kerja. Dia tanya doctor, doctor suruh anak dia datang sekali. Yelakan..macam mana doctor nak check, ambik berat badan ke apa ke. Maybe doctor tu ada ubat kot or maybe akan bagi adivse ke or recommend to other places ke. Masa I berborak dengan aci, husband I dah menghilang sebab dia pegi buang air besar kat station minyak wakaka..sabar je orang tua tu.. Kalau dah nak melepas, memang tak dapat di tahan-tahan.

Tak lama kemudian nama I dipanggil, masuk je terus I tunjukkan my report dari Ampang Puteri. Doctor tu check and explained to me. That is why I suka sangat dengan doctor nie, he is the best that I ever met. Dia advise I macam-macam dan dia la yang suruh I buat scan untuk perut I masa I yang asyik-asyik kena gastrick dulu. Rupa-rupanya ada batu kat gallbladder. So I suggest kalau you all selalu kena gastrick walaupun makan teratur, baik la buat scaning sebab I sampai hairan kenapa makan betul pun still kena gastrick dulu kan. Lepas gallbladder I dipotong/buang terus sampai sekarang I tak kena gastrick, same goes tu anak buah kita orang Aiza, lepas buang gallbladder terus tak kena lagi. Wah..macam-macam medical advise yang I bagi kat you all eh..
 
 (Inilah antara rupa masakan I yang berjaga makan ini.  Macam lauk hospital aje hehe..)

Berbalik kepada cerita I tadi, doctor pun check I punya glucose reading. And guess what? My glucose level telah turun! Yes turun, I terkejut you. Sebab masa check kat Ampang Puteri last week, my reading was 6.2 (borderline) and bila check kat doctor nie dah turun ke 4.9. I was so happy dan hati ini berbunga-bunga mekar di dalam. I think this contribute to cara permakanan I yang langsung tak sentuh gula or minum air bergula sepanjang seminggu ini. Junk food pun I tak makan lagi. Buah, cuma oranges je yang I makan. Nasi pun I makan sekali aje during lunch time and malam kalau teringin I makan dua tiga sudu je. And ofcourse like I’d said on my previous posting, cara permasakan I cuma, kukus, bakar dan rebus. Kalau I goreng sayur pun, I cuma letak satu sudu teh je. But in the future I will reward myself maybe once or twice a month. Mana boleh berjauhan dengan sambal udang or sambal sotong kan... Tengah-tengah discuss dengan doctor, tiba-tiba husband I masuk selepas melepas di station minyak..hehe.. Sibuk la dia kan.

 Then doctor tengok I punya reading on cholestrol yang agak tinggi itu. Makanya bermula dari sekarang I kena makan ubat colestrol sepanjang hayat I. Tak boleh berhenti sampai bila-bila. Doctor sendiri cakap dia makan ubat cholestrol eversince he was 32 years old. Doctor kata anggap la ubat cholestrol nie macam vitamin aje tapi sangat penting. Dia suruh I makan setengah bijik sebelum tidur. Lepas I makan ubat cholestrol, I can eat anything, berlemak ke, bergoreng ke...wah... sukanya I dengar...keinginan tiba-tiba menjelma dengan tiba-tiba ahh... masak lemak, sambal udang...here I come.. hehe but I’m still gonna limit my food intake. Bila doctor check I punya blood pressure reading, still tinggi. Daripada dulu dia check and daripada dulu jugaklah tinggi.. Tapi dia tak nak bagi I ubat darah tinggi dulu. Dia suruh I buat follow up next week lepas I makan ubat cholestrol. I sepatutnya buat jab Hepatits A and B but doctor dah habis yang combination tu, meaning jab sekali je for both. Yang asing-asing tu ada but doctor tak nak jab I banyak kali sebab dia tau I takut kena jab haha..alahai..  


So next week I kena buat follow up lagi to check my high blood and my glucose level but this time I kena makan dulu sebelum jumpa dia sebab dia nak check naik ke turun. Oh yeah, balik kerja petang tadi, husband I belikan Blood Glucose Meter and Lancing Device. Wah.. dah macam clinic kecik la pulak. Yang Blood Pressure Monitor pun I tak guna lagi...

 Balik dari clinic, I terus sms Wo and Whatsapp Mbo. I update dorang with my latest news. Dalam pada tu, I suruh Mbo bagitau I result dia bila dia check up nanti, sebab dia bagitau I dia nak check next month, which she said last month, maknanya bulan nie la sepatutnya kan. Sebenarnya I nak suruh dia pegi check up but in a nice way, I terus la cakap macam dia confirm nak pegi. You see, I guna pendekatan psychology instead of asking her directly, muehehe... And guess what Mbo’s said.. dia belum buat lagi, nantilah... dengan icon kucing menyeringainya itu.. I balas balik, I kata...wah.. you jangan tak buat, kalau orang pandai you suruh eh.... As for Wo pulak, dia MC hari nie sebab lutut dia sakit lepas dokong girl masa nak pegi sekolah. Wo ada sakit Oestoanthritis kat lutut. Doctor bagi dia painkillers. Wo cakap kalau teruk sangat nanti kena buat operation but currently Wo ongoing makan supplement and she said it should be ok. I googled tadi and what she said is true. Dulu Wo pernah cerita pasal lutut dia. Penyakit nie semua orang tua akan dapat, memang tak dapat lari.. Adeihh..tua-tua nie macam-macam penyakit datang eh?

So, itulah cerita I hari nie, asyik kisah pasal penyakit je kan. But I learned a lot about all this sickness... So, you all, pegi check up ok.  I know, I sounds like a broken record asyik suruh you all buat medical check up je kan, but hey, you can’t help orang tua macam I bagi advise kui kui kui especially I yang Miss Repetitive ini and ofcourse because I care so much for all of you....If I didn't care for all of you, why would I sibuk-sibuk nak advise kan? 

Sekian....buat kali ini...and have a wonderful weekend...

Tuesday, March 5, 2013

Pemeriksaan Kesihatan....

Sunday
 
We didn’t go anywhere and I dah start plan nak masak benda yang sihat-sihat aje. Breakfast I makan telur rebus without yolk (I memang kureng sikit yang kuning tu) dengan dua keping roti wheat massimo yang di sapu dengan Naturel majerin lembut tanpa cholestrol dan a few slices of cucumber. Air, I minum air milo tanpa gula. After that, I makan dua bijik oranges. For lunch, I bakar tempe instead of goreng macam dulu, I cuma letak setitik minyak atas pan. I buat asam pedas ikan tanpa di tumis, dulu sometime I tumis sometime I rebus aje but this time I akan hanya rebus sahaja. I kurangkan gula and garam. Sayur pun I rebus aje and I kurangkan garam. Husband I beli beras tanpa kanji. Walaupun tak sesedap dan seempuk macam nasi biasa tapi demi kesihatan, ku telan jua tapi sedap la pulak.... Malam I makan tiga sudu nasi dan sedikit ikan asam pedas tapi I snacking a lot on tempe bakar itu. Air, I memang dah tak minum air lain, selain dari air putih dan air milo tanpa gula. Nanti I nak minum air teh and teh hijau tanpa gula. Petang, sibuk I dengan husband I mengemas dan membuang segala-gala junk food dalam kitchen cabinet. Tak expired pun I buang jugak. Nanti I akan buang chocolate and semua gula-gula dalam ice box pulak.

Malam tadi juga I ber skype dengan Mbo and discussed I punya result dengan dia. Mbo kan nurse and adivse I untuk ambik medication right away. I ingat nak tunggu sebulan. Dia kata reading diabetes I ok lagi and before that husband I pun dah googled and check I punya reading diabetes I tak ada apa yang perlu di risaukan and it was not even diabetes type 2. But neverthless I will do a glucose check up this coming Friday. Anyway, like I said, I thought of not seeing the doctor to take the medication right away and wait for one month but Mbo told me to go cepat-cepat because my cholestrol and blood pressure tinggi. Mbo also said that bila dia dah tua nanti dia akan kena makan ubat high blood and cholestrol jugak sebab memang dah keturunan. So I akan pegi jumpa doctor to take the medication this Friday jugak. I’m not going to the doctor at Ampang Puteri since doctor cakap I boleh pegi panel clinic aje. I also planned to have the vaccination on Hepatitis A and B lagi sekali... Ala..I dah la takut kat jarum but what to do... Sakit tau kena jab Hepatits nie, dah la kat punggung atas. So I’m going to see my favourite doctor. Mbo cakap jab banyak kali pun tak apa. And benda tu memang tak boleh dictate even after we took the jab.

Oh ya..I dah start exercise balik. I belari kat threadmill tapi tak lama thirty minutes aje but at least I exercise. Mbo tak kasi I exercise sebab dia kata I dah kurus but I cakap kat dia, I have too so that darah I bergerak lancar etc..
 
Monday

Hari nie I tak breakfast sebab malas and sibuk main game hehehe... Oh God, I really need to stop with this obsession la, abis kerja rumah tak buat and terbengkalai... Project nak mengemas dan membuang makanan junk food such as chocolate, sweets dalam icebox tak buat-buat lagi. Nanti la I buat.. I makan lambat around 3pm, yeah without breakfast pun, nasib baik tak kena gastrick. Hari nie I kukus chicken wing untuk makan dengan nasi but tiba-tiba menu bertukar, I malas nak makan nasi la pulak So I buat soup ayam and sayur. Soup nie I tak tumis, instead I rebus aje, I letak ayam sikit sebab I dah kukus chicken wing, bawang putih/merah yang telah ditumbuk, garam, setengah kiub ayam and lada putih. Then I rebus mee hoon... Bila I nak makan I tuang soup rebus ayam panas-panas kat mee hoon and I makan dengan chicken wing kukus. I letak kicap sikit and cili kat mangkuk mee hoon I untuk bagi perasa sikit since soup tu tawar.
         

Balik tengahari husband I belikan I Blood pressure Monitor kat Guardian. Nampak gayanya husband I akan jadi nurse I untuk monitor my high blood nie.. Yang pasti nurse I sexy ooo... hehehe...

Petang I makan dua keping roti yang disapu dengan naturel majerin, sekeping chicken wing kukus, timun tiga keping dan air putih. Lepas tu I makan dua biji oranges. Then I tengok tv kejap, lepas tu I start berjalan/belari kat threadmill for thirty minutes.

Malam, I minum air milo panas dan tiga keping biscuit jacobs.

Tuesday

Hari nie I masak ikan selar singgang. Selain dari tu, I kukus tauhu dan I letak crabstick sikit. Dekat pukul 4pm baru I makan, a very late lunch. Then petang I makan two pieces of oranges but today I tak exercise sebab nak kasi muscle I rest sebab I baru exercise balik. Esok I start balik.  Dinner tadi I makan dua suap nasi dengan tiga sudu mee maggi kari, teringin la pulak.   Right now, I minum milo panas and kejap lagi I akan makan sekeping dua biscuit jacobs.  Anyway, siang tadi Wo bagi petua suruh minum timun blend dengan celery, so I took that opportunity to ask or should I say push her to go and buat medical check up. I think Wo mesti dah fed up sebab I asyik suruh buat je kan haha.. biarla dia nak fed up sekarang, I don’t care as long as dia buat and because she's my sister and because I love her....


And I would like to ask you, my dear reader please buat medical check up at least setahun dua kali, tak kira muda lagi ke but you all must do it. I pun sayang kat you all. I tak mau you all sakit and susah-susah di kemudian hari.  Tak payah takut nak kena jab ke apa ke, tengok la I yang pengecut nie pun boleh buat. I know some of you, including me risau what is the result or the outcome but it is better to know now rather than not knowing at all. At least kita boleh prevent cepat-cepat. Lagipun kan we save time, money and tak payah nak tanggung sakit teruk-teruk nanti such as kena bedah ke, admitted ke kan, lagi menyusahkan.  Masa I tengah tunggu time nak ambik darah, I terdengar this guy tengah cakap dengan kawan dia yang dia hantar bini dia sebab bini dia malam tu tiba-tiba rasa kebas-kebas and numb kat muka. That is a sign of a serangan high blood tau. I kan tak ada simptom-simptom high blood such as pening-pening kepala, sesak nafas ke but tengok-tengok high blood I tinggi. What if I tak pegi check up? Tak pasal-pasal kena serang and lumpuh sebelah badan and herot-herot muka. Mbo kata dia banyak tengok cases macam nie, orang tu tak ada simptom tiba-tiba je terkena and dia cakap it is a timebomb.

And she was so happy that I listened to her and dia cakap memang dah ditakdirkan I datang visit dia and so happened that dia checked my blood pressure. Syukur Alhamdullilah, everything happened for a reason... If I still haven’t talk to her or visited her, I don’t think so I will take my health seriously... or do the medical check up right away....

Sekian catatan I kali ini.... Al-Fatihah buat semua anggota keselamatan kita yang terkorban, semoga ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.... I know kematian itu pasti but I can’t help being sad for them and their family....

Monday, March 4, 2013

Weekend's Update / Pemeriksaan Kesihatan...

Last Friday, I went to have my medical check up at Ampang Puteri. Mula-mula nak buat medical check up kat clinic aje but since sekarang nie company policy on medical dah bertukar and banyak la sangat songehnya with the insurance and all. Then we decided to do a thorough check up sebab tak pernah buat and cuma buat yang basic medical check up aje, itupun sekali and kat clinic aje. Mula-mula nak pegi kat Gleneagles but bila tengok package mahal so we decided to check Ampang Puteri and the package is cheaper. So last Friday pagi-pagi kita orang dah bersiap sebab the best time to come is as early as 8am. Masuk je kereta, tiba-tiba kereta tak nak start, rupa-rupanya dah flat battery. Of all the days, why it has to be that day kan... Husband I kena panggil mechanic suruh datang bawak battery baru.. Then husband I called hospital bagitau datang lambat sikit. Around 9.30am baru sampai hospital and masalah nak cari parking kat dalam tu sebab kebetulan ada Iranian punya function la pulak. Terpaksa parking kat belakang nun di luar sana.

Sampai sana terus register kat Premier Screening and Wellness Centre and pilih package. Hati I sudah berdebak debuk sebab scary bila ingat nak kena ambik darah.. Alahai..macam la tak biasakan but I don’t know why I takut sangat and bukannya sakit pun, tapi itulah..tak tau nak cakap. Rasa macam nak runtuh je rangka kat dada I nie. Tak lama kemudian, I turun ke another floor untuk bagi sample air kencing. Tunggu kejap sementara tunggu giliran nombor untuk di ambik darah. Oh dear.. I boleh nampak baju I berrdegup-degup akibat dentuman jantung I wakaka... nak tergelak la bila ingat balik. Sebelum masuk I dah siap-siap cakap dengan husband I suruh dia temankan I sebab I need to hold his hand. Masa nurse kat situ ambik darah I, adeeihh rasa macam nak pengsan. Dah la tu lama pulak sebab nurse tu kena ambik slowly, I siap cakap, lamanya hehe... senyum-senyum dia. After that I rasa sungguh relief. Lepas tu I kena pegi to another section untuk buat ECG untuk jantung I. Nurse berpangkat makcik tu (hai..macam la sendiri muda), lekatkan a few pelekat kat dada I and sambil monitor and print my report.

Then I pegi balik ke Wellness balik bersama dengan report itu and then dorang suruh I turun bawah pegi tempat x-ray untuk chest x-ray and also buat ultrasound breast and pelvis (yang nie I tambah sebab tak ada dalam package. I was so worried that my nenen would be swollen after the ultrasound but sikit pun tak rasa apa only during the procedure je I rasa discomfort bila benda tu di oles-oles bersama gel ke merata-rata bahagian nenen dan ketiak I. As for pelvic tu, I have to drinks lots of water before the procedure... sampai kembung la perut I tapi tak ada la pulak rasa nak kencing... Nurse yang buat both procedure nie sungguh lembut dan sangat-sangat polite. I love her! Same goes to makcik yang check jantung I, peramah dan baik. Semua la orang-orang kat situ baik-baik belaka termasuk pekerja yang di kiri kanan masa kita orang check mana nak masuk masa mula-mula datang. Not to forget layanan superb! Result kena ambik besok.

After that we went back and tapau some food kat restaurant ayam penyet before my husband went to have his Friday prayer. Oh yeah, kita orang tapau ayam penyet for my husband, udang and talapia bakar...huiii sedanpnya udang tapi talapia bakar pedas nak mampus.. Tak berani I makan.

Saturday
Saturday, kita orang pegi balik ke Ampang Puteri sebab nak ambik result. After a while doctor panggil masuk. Hati dah berdegup sebab risau what is the result kan. So doctor kata, urine, blood cel, liver function, thyroid, rheumatoid, veneral disease semua ok (oh ya..I tambah package untuk test darah for AIDS, Hepatits A/B selain dari glucose, cholestrol etc..yang memang dah dalam package). Darah I ok cuma tak dapat dictate whether I dah ada immunity against Hepatits A/B when infact I pernah buat vaccination dulu. But its ok I akan buat lagi nanti. Procedure nie, jab tiga kali, jab sekali and then the next one after a month and then next one after 6 months. My kidney and all the organ pada bahagian pelvis pun ok, tak ada problem. Doctor tanya ultrasound for abdomen ada buat ke, I kata tak ada nurse bagitau I, dia kata kena buat. I cakap I pernah buat endoscopic and buang gallbladder dulu, dia kata kalau dah buat tu tak apa. But I cakap I nak buat jugak nanti when I came for my next visit maybe end of this month ke. Then doctor cakap my reading on diabetes, cholestrol, blood pressure, heart adalah tidak bagus. I was so sad when I heard what was said to me.... Dalam hati I merintih-rintih especially when she said about the diabetes, ituler penyakit yang paling I tak hendak sekali... Siapa la yang ndak kan... I cakap macam mana I boleh kena, I jaga makan, I tak makan benda berlemak, gula and I tak ada la stress sangat. Then dia tanya pasal my parents and ofcourse both of my parents ada semua penyakit di atas itu. Keturunan pun iya jugak. Like I said I jadi depressed when I heard the news. Then dia bagi referral letter and recommend kat I which docktor that I should go to kat Ampang Puteri nie, to do a follow up immediately. Then dia bagi another report comment plus the pathology report and also dvd on my ultrasound breast and pelvis. After that kita orang pegi makan kat Cosy House GE, I order mee hoon sup dan air suam je.  Hati I sedih aje and jelas di wajah,  bukan main lagi husband I bagi assurance.  Depress ooo...  Automatically, I terus jaga makan. Then husband I pegi kat pet shop, tengok-tengok fish, cats, dogs la etc. Husband I sungguh suka tengok semua jenis binatang-binatang and in fact kalau dia boleh beli Zoo I rasa mesti dia dah beli punya la suka kan. Asyik nak ajak I pegi Zoo je.. tapi tak kuasa I cium bau busuk Zoo kan...dah la panas, kalau bawak guest tak apa la jugakkan. And he loves watching Animal Planet even Dog Whisperer punya program tu pun dia suka...

So anyway, sementara tunggu dia kat pet shop, I pun hantar msg kat Wo and Mbo serentak, bagitau akan penyakit I and yes I’m so sad during that Saturaday. Right away Wo called I but I couldn’t talk sebab sebak, dia cakap tunggu I dah reda then we talk. Keluar dari GE terus, I called dia and discuss pasal penyakit empat serangkai I ini. I suruh dia pegi buat medical check up. Dia kata dia selalu buat, I kata buat yang thorough bukan yang basic. Dia kata nanti tunggu ada duit, I kata you kan selalu pegi clinic government and free aje..  I kalau boleh pun prefer pegi clinic government tapi malas nak tunggu lama, orang ramai, sesak and beside I nak result cepat.   I really want her to do because I’m pretty sure dia pun ada jugak. But knowing how chicken Wo are, I think I have to do a lot of pushing after this... Then Mbo pun ber whatsapp dengan I and we promised to Skype each other to discuss further nanti. 

Petang buat marketing kejap but this time I didn’t take any juice as I memang betul-betul nak jaga makan. And husband I asyik kata jangan risau, jangan risau. Malam, mood sudah sedia low setelah mendapat berita siang tadi bertambah low and tengok tv pun malas, husband I kejap-kejap urut rambut I and memberi kata semangat and saying that it is going to be ok sampai penat I dengar. After that we have a lot of discussion and I went to sleep early as part of the things that I want to do in order to jaga my health. Milo panas pun I minum tanpa gula. And I dah start minum plain water sahaja....

To be continued....

Sekian catatan I kali ini bersambung esok...(macam drama ber episode la pulak...)

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...