Tuesday, March 19, 2013

Masakkan Orang Jaga Kesihatan...Konon...

Sekarang nie I rasa sangat seronok hendak memasak eversince I jaga makan nie. Walaupun masakan I ringkas-ringkas sahaja but I don’t know why, semangat itu datang berkobar-kobar. I even buat list apa yang I nak masak dan malam sebelum itu I mula merangka mana satu I nak masak dulu. I dah start plan kat kepala macam mana cara I nak masak ini itu. Maybe it is a new thing or should I say a new recipe to cook and try, itu yang seronok tengok la kalau dah lama-lama nanti, knowing how easily bored I am when starting something new kan. Hasrat husband I yang tak nak balik tengahari cuma bertahan seminggu aje, lepas tu tiap-tiap hari dia balik, kacau je. Tapi bila dia balik, dia tak lunch although I dah siap masak, dia akan makan bila balik kerja petang, sebabnya dia nak diet. I makan pun lambat, around 2 or 3pm. So anyway, malas betul I nak update blog since I tak ada cerita interesting nak share.
Oh yeah, last Friday, I buat follow up kat doctor. I masak and makan pagi-pagi around 11am sebab two hours later doctor akan check my blood glucose. I dah buat kat rumah a few days before that but I still nak doctor punya opinion. Pagi-pagi I buat kat rumah, my reading was 5.6, then pegi kat doctor almost 1pm masuk bilik dia, dia check and it was 5.8. Doctor cakap I tak ada diabetes, fuh lega I... But I will still have to check sendiri kat rumah since I already have the stuff because of my parents punya history. As for blood pressure, it was still high but doctor still tak nak put me on medication dulu. We were hoping that it will go down... Mintak-mintak la kan.. I dah ubah cara makan, tidur awal and exercise (not so regularly..boring la berjalan kat threadmill sorang-sorang). Kalau boleh tak nak makan ubat, dah la makan ubat cholestrol kan.. but it’s ok la kalau dah nak kena makan, nak buat macam mana. Di samping itu jugak, I kena jab A+B kat punggung, aduhhh sakit nak mampus. Doctor pun cakap jab nie memang sakit, I siap pegang tangan one of his assistant, senyum-senyum adik tu. I don’t care and buat apa I nak malu, I memang takut walau banyak kali dah kena jab. I siap jerit lagi wakaka.. tak senonoh... I kan orang yang expresi dan sentimental so setiap gerak hati akan terbit ke perbuatan dengan sendirinya.. wakaka... Maknanya kita orang nie jenis yang tak hipokrit, err..ye ke, bukan I ke yang selalu “lain di mulut, lain di hati”? Shut up la hehe...
 
Anyway, nie la I nak share masakan dan resepi yang sangat ringkas buat tatapan you all. I tau rupa masakan I buruk and I tak pandai nak menghias, selain dari malas dan I memang kurang seni, kecuali seni drama je... Husband I kata sedap walaupun simple and I agree with him maybe sebab before this biasa makan makanan yang berminyak, masin and manis. Bila try yang lain dari yang selalu jadi macam sedap je. Termasuk hari ini, sudah 17 hari both of us makan makanan sihat yang I masak kecuali aritu kat Pavilion, oh lupa and also last Sunday husband I tapau sebab both of us busy kemas bilik belajar merangkap store itu... Other than that, I masak and makan kat rumah je...rajin oo... baru-baru lagi, tengok la nanti... As for drinks, I minum air putih masak dan kadang-kadang air teh hijau. No more air season or manisan... You know, I never thought I could leave air-air manis nie behind but I’m surprised that I’m able to do so. It is not that hard pun, seriously... Cuba la for a few days, lama-lamakan you tak akan teringin lagi... But sometime I minum air juice orange pure tak ada gula..itupun setengah gelas aje... Tapi tak ada la I akan deprive myself forever from all kind of drinks of food but I berpada-pada la kan..

Nah..dengan tak malunya I menunjukkan masakan yang so hazab dari I ini....
 

Ikan selar nie I bakar atas kuali non-stick leper je. I bungkus dengan daun pisang, konon nak tunjuk kelainan.. Ikan selar tu I lumurkan sedikit garam..itu je..


Ikan yang telah di bakar, sedia di hidang. Air asam tu, I tak letak belacan. I cuma letak air asam jawa, bawang merah dan cili merah potong, cili padi tak ada dan I perasa garam dan gula. Sayur tu I letak sudu kecik minyak, tumis bawang merah/putih, letak sayur, letak air, letak telur, garam, lada sulah dan sikit serbuk ikan bilis... Siapa la yang nak copy and try resepi I nie wakaka...  Budak tadika pun boleh buat sambil pejam mata...


Ayam masak kicap nie I tak tumis. Caranya mudah sahaja. I masak air dalam periuk, I masukkan kicap, bawang merah/putih, halia, lengkuas yang telak di tumbuk, cili hiris, nak tumbuk pun boleh, ayam, lada sulah, garam I tak letak sebab kicap dah masin, same goes with gula pun tak payah letak sebab masakan nie akan jadi manis naturally, I think from the lengkuas kot.... itu je..Oh yeah, masak sampai mendidih sambil tutup tudung, kalau tak tutup pun tak apa.   Bila makan I suka letak kuah banyak-banyak... Bau harum dan pada I dan husband I sedap, tapi kalau korang rasa mual makan, please jangan cari I hehe... Senangkan? Tak payah jaga...


Asam Laksa nie I tak payah bagi resepi sebab korang semua tau macam mana nak masa kan tapi I tak letak petis atau belacan.


Soup ayam nie semua orang tau masak, simple je. I tak tumis tapi rebus aje, resepi pun simple la sangat, masukkan air, ayam, kentang, bawang merah/putih, halia yang telah di tumbuk. Then masukkan sedikit garam, lada sulah dan sikit kiub ayam..


Haritu I bakar dengan daun pisang, this time I bakar dengan aluminium foil. Don't worry, ikan tak terbakar walau nampak hitam. Dalam masih moist lagi. Sama macam I buat ikan bakar daun pisang tu, I letak kat non-stick kuali leper, ikan selar I lumurkan dengan garam je. This time I makan dengan salad.  This time I cicah dengan kicap, cili potong, bawang putih/merah.


Last Sunday I buat roasted chicken for the first time in my life. I know, dah tua baru buat and I don't know why tak terlintas pun selama nie, terlintas sebenarnya tapi I tak beri penekanan sangat sehingga la seminggu lepas. Last week tu husband I siap beli dua ekor ayam tapi since kita orang keluar so postponed hingga la ke Ahad yang lepas. Resepi nie sangat simple dan mudah. Sebelum tu preheat your oven then I lumurkan majerin tanpa cholestrol, garam dan lada sulah.. Periuk tu I lenserkan dengan sedikit majerin, macam buat kek. Ikat ayam supaya bahagian kepak dan peha moist di dalam bila masak nanti. I roasted selama 1 jam.


Tadaaa....  Lepas keluarkan dari oven, tutup dengan aluminium foil sebentar or selama 1/2 hour.  Ini la hasilnya. I tak buat dia punya gravy sebab I sangat excited and tak sabar nak makan..  Sedap and yes, moist di dalam...


Tadi ingat malas nak masak tapi bila husband I balik tengahari siap bawak mee hoon and sayur-sayuran terus I masak on the spot. Yang nie mudah je, macam I buat soup ayam rebus cuma yang nie I letak sup bunjut.

Sekian catatan dan gambar masakan I kali ini....

No comments:

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...