Kisah Puasa Ganti Di Bulan Mei

Hello everyone,

I have been fasting or should I say puasa ganti for the past 10 days until last Friday. I rasa sungguh lega dan happy. I tell you, ndak-ndak sekarang nie cuaca cukup panas hingga aircond pun tak terasa di rumah. I juga mengurangkan segala pergerakkan dan kerja-kerja rumah yang mana I buat sikit-sikit aje sebab takut haus. And I memerap je kat rumah. Buka puasa kat luar pun sekali dua je itupun lepas solat kat rumah. I will tell you kisah I itu. But firstly, I nak story kisah I puasa ganti nih. Tak ada la interesting mana but as you know, each time I puasa ganti, husband I mesti join in sekali. Rajin dia dengan I bersahur walaupun dia tak puasa.

Pagi-pagi lagi dia dah bangun dulu and dia dah siap-siap masak nasi. Bila I ke dapur I tengok dalam tudung saji dia dah siap gorengkan ikan bilis berserta telur mata kerbau. Alahai, tersentuh hati I walaupun simple aje masakan dia. I know kalau dia pandai masak lauk lain-lain, mesti dia akan masakan I. Tapi ikan bilis yang dia goreng, I rasa sungguh sedap, rangup dan penuh nikmat. Bila I puji-puji, husband I tersipu-sipu malu and cakap, “tak ada la, you masak lagi sedap” or “I goreng macam biasa je”. Hehe suka I tengok muka dia menahan diri macam nak semput kena puji...

Kadang-kadang dia steam hot dog and siap sedia nak buat air milo 3 in one. Ada sekali tu I tak tau apa nak makan masa bangun sahur. I bukak tutup almari cari makanan untuk alas perut. Then husband I bangun and tanya nak makan apa, I kata tak tau. Jam dah dekat 5.20 am. Cepat-cepat dia pakai jeans and baju dengan serba mamai untuk cari makanan pagi-pagi buta. Dalam masa sepuluh minit dia dah sampai rumah, tekejut I, cepatnya. Dia siap beli roti canai dan nasi lemak kat restaurant mamak yang tak jauh dari rumah. Kesian I tengok dia terkocoh-kocoh.

Ada satu pagi tu pulak, I terbangun and I tengok kat sebelah, dia dah bangun tapi I rasa pelik semacam sebab ruang tamu tidak seterang seperti biasa. I pegi kat ruang tamu, dalam kesamaran itu, I ternampak ada satu lembaga tengah bediri kat tepi suis lampu. I pegi dekat-dekat, I tengok husband I tengah berdiri dengan sebelah mata masih terkatup sementara yang satu lagi separa steam sambil tangan masih melekat kat suis lampu. I hairan kenapa dia bukak lampu yang tak pernah di bukak dan lampu-lampu tu tak terang. I sergah dia secara halus and I tanya sambil ketawa kecil kat dia, kenapa dia bukak lampu-lampu tu, tiba-tiba dia tersedar, haha... rupa-rupanya husband I tertidur berdiri hehehe..., husband I kelakar la walau tanpa sengaja.

After that, I cakap kat dia, dia tak payah bangun, biar I sahur sorang-sorang, no problem, kesian I kat dia. Dia kata tak apa, dia tak nak I sorang-sorang. Tapi untuk beberapa hari terakhir, I bangun slowly sebab husband I cepat sedar. Bila dia terbangun lepas azan subuh, sibuk la dia tanya-tanya, I makan apa, dia bukak tudung saji, dia pegi ke sinki, dia tanya kenyang ke etc. Risau dia bidadari kayangan dia tak makan. I kalau sahur sorang-sorang, I makan mee in my mug je. Malas I nak makan nasi. Sekali dua je I sahur nasi during puasa ganti. Bila time berbuka pun sekali je I makan nasi, itupun on the last day, lagipun doctor I cakap, jangan makan nasi waktu malam sebab lepas tu kita tidur, nanti nasi jadi gula. Terus la I macam trauma walaupun I tak ada diabetes tapi bila mengenangkan kedua-dua parents I ada and chances jatuh kat anak is very high.

Time berbuka I jarang masak, sekali dua je sebab husband I akan tanya and called nak makan apa and then dia tapau kan untuk I. I yang siap rendam lauk and plan nak masak apa cepat-cepat simpan balik dalam icebox, suka I tau sebab malas la nak masak. Berbuka kat luar pun cuma sekali dua jugak. Itupun like I said, I keluar lepas solat maghrib, yang lain-lain tu memang makan makanan tapau kat rumah aje. Ada sekali tu masa nak keluar makan and I teringin nak makan kantonis mee and fish and chip, so on the way nak ke GE, jam teruk la pulak. Keluar rumah pukul 7.45pm and 8.45pm, one hour, masih lagi kat jalan. Selalunya hari biasa, 15 minit dah sampaikan. I dah rasa lapar semacam, dari bercakap non-stop dengan husband I, tiba-tiba I jadi pendiam. “Radio kebangsaan” dah senyap dan complained lapar dengan muka sayu. Husband I kata nanti dia turunkan I tak jauh dari GE sebab dia nak kena pusing ikut jalan ampang ke belakang and suruh I terus order makanan.

Bila sampai kat traffic light, dia turunkan I. I punya la suspense tengok banyak kereta, dalam hati pikir macam mana nak seberang jalan nie, maklumlah selalunya ada tangan yang memimpin jari jemari ini ehek!. So memandangkan I nie pelakon berkarakter makanya, idea datang secara spontan, I pun buat-buat urut dada bila nak seberang jalan, sesambil tu muka buat-buat panik.. (nyampah bila ingat balik) wakaka.., kereta yang lalu lalang automatically berhenti tau and bagi I jalan... korang try la kalau tak percaya muehehe.. Dalam hati, berjaya jugak I melakonkan watak yang maha hebat ini... Lepas habis seberang empat lane itu, I tersengih-sengih masuk ke GE.. Sampai kat Cosy House, I terus order makanan. I ordered kantonis mee and I mintak mee kuning instead of yee mee or kuew tiaw.. Sedap lah. As for the fish and cheap, hmm.. tak sedap langsung and rupa pun sangat buruk. And I also ordered mee kuew tiaw campur mee kuning goreng for my husband. Husband I suka makan mee campur-campur nie. Tak lama kemudian husband I datang, I pun ceritakan la lakonan urut dada I, tergelak husband I.

And the second time keluar berbuka, pegi yang dekat rumah aje. Kita orang makan kat Mohd Chan Abdullah and again I ordered kantonis mee guna mee kuning jugak. Oh, kat sini dia masak lagi sedap and portion sangat banyak, delicious and a true chinese dish indeed, kantonis mee la yang lain-lain tu pada I tak sedap. After that ada sekali tu husband I tapau kantonis mee nie untuk I berbuka... During puasa nie I sangat teringin makan kantonis mee nie, tak tau kenapa.

During ganti puasa nie jugak, berat badan I cuma turun 0. 1 or 0.2 je and not even half kg, tension I. As for my husband, since I puasa dia makan roti and mostly dia tak makan langsung cuma minum air je and berat badan husband I turun lagi and seluar kerja dia yang size 36 dulu-dulu dah boleh pakai balik sedangkan bulan lepas size pinggang seluar dia 40! Seluar short yang I buat untuk dia pun dah longgar, kejap-kejap dia tarik. Dan berat badan husband I so far sudah turun 10kg dalam masa 2 bulan!

Anyway, like I said, I lega puasa ganti I dah selesai....

Sekian, catatan I untuk kali ini...

Comments

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku