Wednesday, May 29, 2013

Ke Kraftangan Malaysia

(Miss Universe mana la yang tengah mewarna tu eh? ekeke..)
Last Saturday, we had our lunch at A&W setelah berbulan I tak makan fast food nih. Oh, makan ayam dan french fries yang panas-panas sungguh menyelerakan. Sebab lama tak makan kan I rasa sedap nak mampus... Lepas makan, we decided to go to Kraftangan Malaysia. Weather dah la panas and aircond kereta pulak buat hal... Adeeihh hai rasa macam nak lompat dari tingkap je punya la panas berbahang. Berpeluh-peluh kita orang kat dalam, bila bukak tingkap berdebu la pulak. Husband I baru je hantar pegi pam aircond hari tu. Apa nak buat with this kereta yang sungguh buruk macam nak roboh je. Itu belum lagi I nak cerita pasal cat yang dah terkopak kiri kanan, bumper dan pintu yang belekuk kena langgar dan dilanggar tah kat mana-mana. Itu belum lagi I nak cerita pasal garisan panjang di kiri kanan pintu dan di bahagian dalam pulak, pocket kerusi dah terkopak, alas lantai kereta entah kemana. I tell you, our car is so buruk, keluaran zaman gua, monyet pun tak nak masuk. Kalau letak tepi jalan tak berkunci perompak pun tak heran punya la hazab. Nak beli baru tak mampu, nasib baik la kereta buruk nie dah abis bayar, yela kan kereta keluaran kurun ke 10. Yang penting walau kereta nie berkeadaan yang sangat buruk tapi yang penting dalam kereta bersih. I don’t care about the car or jenis apa ke, mahal ke murah ke, janji boleh jalan but this aircond is killing me. Husband I kata nanti kalau dia free dia akan hantar suruh tukar aircond punya whatever lah...

 Anyway, dengan full blast aircond yang hanya mengeluarkan deruman angin sampai jugak la kita orang ke Kraftangan Malaysia ini. Tujuan ke sini pun sebab haritu tengok kat berita ada tunjuk pasal exhibition from 24hb Mei to 27hb Mei kat sini. Masa kita orang masuk, lengang je, pengunjung pun boleh di kira dengan jari. Tapi yang penting, both of us sungguh lega sebab aircond kat dalam nie sedap. Sesambil tu kita orang masuk ke souvenir shop and belek-belek barangan yang terdapat di situ. I tengok ada kompang, I ketuk sikit-sikit tapi tak kuat, I ingat nak beli tapi husband I kata tak payah la, sini mahal la, nanti beli kat source lagi murah la bla bla bla...husband I memang tau, tak paham jiwa artis tak bergred ini (eh dah turun gred ke?)  

Then kita orang masuk dekat tempat tembaga, perak etc.. cantik-cantik barangan kat dalam nie, bergemerlapan oleh pantulan cahaya lampu. Gelang and rantai perak semua menarik, tapi I tak beli sebab I dah ada banyak gelang and rantai perak nih, colour dah kusam, ubat kasi kilat dah beli tapi tak sapu-sapu lagi. Then kita orang masuk kat tempat buat tembikar, songket, tenunan etc.. ingat free rupanya kena bayar RM3 sorang tapi amat berbaloi. Dulu pernah masuk tak ingat bayar ke tak, I think bayar jugak kot. Dulu masuk kejap and we didn’t even go to the next level but this time kita orang memang pegi ke semua ceruk and baca-baca sejarah awal tembikar, tenunan dan brass making nie.. Like I said amat berbaloi pada I la sebab I learned new thing rasa macam masuk muzium je. And ofcourse tak sah kalau tak ada acara ambik-ambik gambar, tapi tak berapa terang sebab dalam gelap and I tak bawah my usual camera.

Lepas keluar dari situ I jenguk ke level bawah tapi nampak macam tak ada apa-apa je. Ingat nak balik sebab I cari-cari tempat galeri lukisan tu entah di mana then I tanya perempuan yang jaga tandas, dia kata kat level bawah. Then kita orang turun kat bawah baru la ada macam-macam exhibition. Kat bawah nie pun orang tak berapa ramai, lengang je. Rugi tak pegi kat sini sebab lukisan sungguh awesome, cantik, amazing and sungguh berseni. I terpegun seketika but yang pasti I was so happy, jiwa rasa tenang aje, walau I bukan pelukis dan tak pandai langsung. Pelukis pun ada kat tempat masing-masing but I didn’t talk to any of them. I nie kan pemalu... ye ke? Porah lah! Here’s the thing about pelukis-pelukis that I notice, they have some kind of character or image, you know, contoh macam pakai topi baretta la, pakai vest la, rambut panjang la, simpan janggut dan misai la, kurus-kurus belaka... ala-ala hippies.. I don't know why...

Anyway, lepas berambik gambar kat gambar-gambar lukisan nie we decided to go back..but...ada but lagi tiba-tiba I teringin nak melukis or should I say mewarnakan batik hehe...murah je, RM10.00. I know my husband was not so keen on me doing it. I peduli apa, just because he doesn’t like it that doesn’t me I have to follow his taste kan... Bukan I cekik orang pun, I just want to mezahirkan seni I...eceh!.... Then I teringat yang lukisan mewarna beli kat rumah tu since last year tak buat-buat lagi...muehehe.. So I told him I want to do it. I pilih-pilih gambar yang I nak then budak kat situ bagi brushes and colour. Dia ajar I serba sedikit macam mana nak campur warna and macam mana nak colour kat batik tu. I pun memulakan seisi mewarna dengan tidak berapa khyusuk kerana risau akan kebosanan husband I yang berdiri kat depan I. I suruh dia duduk, dia kata, kalau dia tau kena tunggu I dia bawah ipad ke apa so that dia tak bosan. I cakap, I dah nak bawak tapi macam leceh je. Husband I pun tunggu la dengan penuh sabar, ye ke? Apa nak buat dah dapat bini yang super duper berseni inih..ahak!. Sesambil tu I suruh dia ambik gambar I dengan berbagai-bagai pose, sudah pasti. 

Lepas acara mewarna itu siap, I tengok hasilnya, alahai kelakar nye.. Then we were told to wait for at least 15 minutes until the paint dry sebab nak frame. Sementara tunggu nak siap, kita orang belek-belek lukisan dan duduk-duduk kat situ. Husband I tengok harga and dia kata siapa nak beli lukisan yang beribu-ribu nie. I kata, people with extra money to spend. Dia kata it’s not worth it. I cakap, “it may be meaningless to you but not to the people yang menghargai dan menghayati apa yang ingin disampaikan oleh pelukis itu”. I tambah lagi, ambik contoh I, “you see, I like this painting, if it was cheap or if I have lots of money, I would definietly buy this one”.. oh lukisan itu sangat cantik dan sungguh abstract! Husband I tanya, do you understand what’s the picture was about. I kata you don’t have to understand in order to buy it, you just have to feel and how it makes you feel, ehem..*sambil mengangkat kening...

So anyway, lepas gambar I siap or should I say di balut dengan plastic dengan bingkai hitam.. husband I tak habis-habis puji... he is very supportive. Husband I kata cantik, bersih, unik la, siap geleng-geleng kepala ekeke... over acting kan dia nie...

Sekian catatan I di hujung minggu....  

No comments: