Monday, December 2, 2013

Bangkok Yang Kelam


Hari nie dah lapan hari kota Bangkok berada di dalam keadaan yang tidak berapa tenteram with the demonstration whereby pihak pembangkang tak agree with the policy of the present government. It started last Sunday, we even called Lilyn our house agent and asking whether it was safe for us to go out, dia kata don’t worry, rally nie peaceful and we can even come and have a look. Dia pun ikut sekali dengan penduduk Bangkok nie. Dia kata yang buat rally nie orang-orang professional such as doctors, lawyers etc.. But we decided it is best for us just to stay at home beside on Saturday tu I dah pegi doctor, thanks God (nanti I cerita), kalau tak sure jammed or who knows kan. Anyway, last Monday tu husband I pegi balik kerja macam biasa. But on Tuesday office husband I mengarahkan all of them to balik pukul 2pm. Then next day Wednesday all of them kena balik pukul 10am and office ditutup until further notice kerana dikhuatiri orang yang berdemonstrasi ini akan menceroboh masuk sebab parti pembangkang nie target government office.  Malam tadi, Wo and Mbo whatsapp I and cakap dorang risau kan I kat sini.  Wo suruh register kat Malaysian embassy (which we have yet to do it, husband I asyik tak ada masa ) and Mbo siap suruh balik Malaysia lagi.  Sayang jugak korang kat I eh? hehe..  Lydia pun ada whatsapp tanya-tanya.  I baru nak whatsapp dia nak tanya pasal demam dengue dia and sempat la story pasal cucu sedara  yang cute itu.. Can't wait to see them...

Makanya husband I pun dengan penuh gembira menerima “cuti” percuma iaitu starting from last Thursday, Friday and now Monday. On Tuesday tu since balik kerja awal, sibuk la dia ajak I pegi supermarket. I tell you, bab-bab “beriadah” ke supermarket nie memang his favourite things. Ini adalah hobby beliau yang terunggul, I think this is his retail theraphy and me too hehe. Like I told you guys before, pasal tolak trolley tu memang tugasan dia termasuk bab-bab beli ikan, ayam dan buah-buahan. As for me, I bahagian sayur-sayuran dan barangan kering. Oh yeah, we went shopping at the opposite direction of Bangkok (CentralPlaza Ladprao) and not in the middle of the city. On the way balik dari beli barangan dapur nie sempat la jugak I mencapai satu bag and satu hood cute-cute ada telinga bagai for winter season muehehe.. kasi chance la kakak korang melaram walau di negara tropika ini... *lemas....

Sampai rumah, kita orang perasan that there is one more plastic bags full with chicken’s part and also beef steak hilang or tercicir. Being the control freak that he is, puas la husband I memikirkan di manakah kehilangan bag itu and siap turun naik lift nak cari and berteori sorang-sorang. Husband I is very particular about counting all the plastic bag or things that we carry. So next day, husband I ajak lagi pegi ke supermarket kat situ untuk beli barangan yang hilang. The thing was, we were so excited about the halal beef steak that we found at this supermarket since it was so hard to find in other supermarket throughout Bangkok, yang tak halal tu ada la bertimbun. This time husband I make sure semua ada and he kept on checking and counting how many bags that we’re carrying even handbag I pun dia nak sling kat badan dia wakakaka... he is so paranoid! Anyway, lepas abis buat marketing, kita orang lepak makan kat situ, thanks God for kebab turkey halal or berkeriuk la perut...


The next day, husband I ajak lagi pegi supermarket dengan alasan dia nak makan cereal for breakfast since dia tak kerja. But this time we went to Villa Market (like I said on my previous entry, Villa Market nie is cater to the expat tapi tak de la banyak mana pun barangan import, still barangan local jugak yang banyak) since it was the nearest to our condo and we can just walk for about 10 minutes. Masa nak bayar tu, tiba-tiba cashier nie cakap, I beli dua crackers dapat satu free. I kata tak ada tinggal dua aje, then assistant dia masuk balik kat aisle tu and cari-cari. I kata, it’s ok for a few times, ala..setakat satu keropok free apa la sangatkan. Sampai kat counter, I cakap kat cashier yang berwajah takut-takut senyum tu, it’s ok, don’t worry and dia tanya, no problem? I kata no problem sambil senyum-senyum, then dia cakap something dengan assistant dia, then assistant dia cau and datang balik bagi kita orang free gifts, satu mug and satu tabung air. I kata wah... thank you so much, dorang siap tunduk-tunduk lagi. Masa nak balik, dorang kata bye-bye lambai-lambai banyak kali and senyum-senyum. Tak pernah dalam hidup I dengan husband I sepanjang-panjang kita orang beli barangan kat supermarket kat KL/Malaysia, pekerja treat kita orang macam nie. Kalau kat Malaysia, dorang akan buat tak tau je kalau barangan free dah tak ada stock sambil menjuihkan mulut yang macam pisang kaki itu. Mula la kita orang buat perbandingan.

After that we just stayed at home even on the weekend. Tak berani keluar ke mana-mana sebab kang tak pasal-pasal kena penyembur gas mata. I tell you, since husband I di beri “cuti” nie, my whole schedule had gone haywire. I can’t do the thing that I normally do and he is so annoying. Mana-mana I pegi hatta buang air kecil pun dia mesti cari. Kadang-kadang I buang air besar pun dia ajak berborak, ada ke? Dengan nak menerannya dengan menahan baunya lagi dengan nak bercakapnya dengan I nak baca buku lagi.. haiyaaa.... Lepas tu asyik-asyik ajak tengok tv or movie je, bosan I. Lepas tu tanya-tanya, apa I buat, apa nak masak or nak makan, nak pegi mana, tak mandi lagi ke etc... rimas I tau. Itu belum lagi part-part dia menyakat I dengan bahasa tamil yang dia siang-siang dah record kat phone dia (next time I cerita, jangan la percaya dengan janji manis I sebab I mesti lupa). Mood I nak update blog pun terbengkalai (konon, padahal... ), alasan mesti ada babe * senyum simpul... Tak baik merungut macam tu, kang orang tu “pegi” dulu baru padan muka I, baru terhegeh-hegeh meraung mintak dia balik...Ungrateful wife!

Ok, here’s the best oh no, the greatest thing about him ada kat rumah. Pagi-pagi lagi husband I dah masak air, buat air teh or milo for the both of us Then dia sibuk buat breakfast, rebus or goreng telur, sausage. Around 10 or 11am bila I kata I lapar lagi (manjanya I hehe..), dia akan goreng nugget or chicken fingers or chicken ball. Bila time I nak masak, dia akan join I, masak nasi, basuh sayur, pinggan or benda-benda I dah guna, sapu lantai, lap cabinet etc. Lepas tu dia offer nak basuh baju kat washing machine. Bila I dah abis masak dia akan lap dapur letrik. Lepas makan dia akan basuh all the dishes, dia akan potongkan I buah and petang dia akan buatkan I air teh. Rasa macam tulis kisah harian bibik la pulak wakaka.. jahat I. Sayang you tau walau you annoying sesangat... tetaplah nak kutuk... hehe..

So anway, blog I dah berusia empat tahun you... I baru perasan semalam.. Tak tau nak bagi speech apa this year, cuma this blog is the longest ever and I hope I will continue with this one for as long as I live. I hope you guys enjoy reading my personal thoughts, stories etc as much as I enjoy writing and sharing with all of you. Oh, it’s advisable not to go to Bangkok at the moment tapi kalau nak datang jugak make sure jangan pakai baju colour merah atau kuning nanti kena terajang... hehehe...
 
Sekian catatan I untuk kali ini...

3 comments:

shahima said...

take care datinku di rantauan

Zue-rouge said...

Sis

Tgk kt news pasal Bangkok tu, mmg fikir je sis ok ke tak, macam2 hal kan.

take care ye, update la selalu, tk jemu pun baca..best lagi ada la.

bye

Claudia said...

Dear perempuan sentap hehe,

thank you my lovely JM :)


Dear Zue,

thank you darling dan thank you lagi sebab beri semangat yang semakin lemau ini hehe...

bye muah dan sayang to the both of you...

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...