Monday, December 19, 2011

Wo and Me Episode 27

(Gambar nie di snap, rasanya di pagi Christmas, tengok la rambut I, Mummy siap blow dry lagi hehe...Masa nie I tengah sakit hati sebab I nak bergambar sebelah Daddy tapi Wo dah chop dulu, sebelum gambar nie di snap oleh tripod, Wo sempat lagi, dengan action cakap, yay..Wo bergambar sebelah Daddy, geram I masa nih hehe... Daddy senyum-senyum bangga sebab anak dara dia berebut nak duduk sebelah dia. Mummy pulak menjeling kat kita orang. Oh, Christmas tree (pucuk pokok Ru kebanggaan keluarga wakaka...)

Hello, ingat lagi akan kisah Wo and Me, well.. I'm back with this special story....

Ah! Christmas datang lagi. I have lots of fond memories about my Christmas experienced and I really would like to share some of it with all of you. It is not that I admire Christmas since now that I’m not a Christian anymore but that is who I am, part of my history. I guess some story are worth to be told and the story that I’m about to tell you is one of the most memorable ever in all my Christmas history. And of course, nothing can top the story where the starring role are Wo and me hehe.., Mummy, Daddy and the rest are the guest star.

I remembered a few weeks before Christmas, Mummy dah mula sibuk check buku-buku resepi (especially biscuit) yang dia kumpul or cut off from a newspaper where she paste to her scrap books over the years. Then Mummy akan ke supermarket beli planta, ghee minyak sapi, gula, tepung, manik-manik gula untuk hias biscuit etc. Petang-petang or malam, mula la Mummy menjalankan activity raksaksanya itu. I dengan Wo selalu sibuk nak join in tapi Mummy tak kasi. Tension tau. I merengek mintak tepung yang Mummy dah uli and sibuk la nak tekan acuan. Kadang-kadang Mummy kasi chance and suruh kita orang letak manik gula kat atas biscuit but most of it masuk kat mulut I. There are times, Mummy suruh letak kismis or cherry merah/hijau kat atas biscuit yang lain pulak. Bau biscuit harum semerbak and bila dah keluar dari oven, Wo and I akan rasa sebijik dua. Mummy tanya sedap tak, I dengan Wo of course kata sedap. To us, semua yang Mummy masak sedap. Dalam banyak, banyak biscuit yang Mummy buat, biscuit yang paling I suka and my favourite is biscuit makmur…. Sedappp.. Every Christmas, Mummy mesti buat biscuit nih, oh and biscuit tart nenas. Kira biscuit wajib.

Bila dah nak dekat-dekat Christmas, Mummy lagi busy. That is the time Mummy start buat kek pulak. I tengok Mummy buat kek sangat leceh. Masa tu tak ada mixer and Mummy kena guna pemukul spring yang guna tangan. Penat I tengok. Lepas tangan kanan, Mummy guna tangan kiri untuk memukul. Kadang-kadang Wo dengan I sibuk nak tolong dia pukul-pukul. Mummy kata nanti mesti penat, tak lama, I kata I nak jugak. Mummy give up and bagi kta I. Tak sampai 5 minit I dah penat. Then Mummy cakap, kan Mummy dah kata hehe..Lepas tu turn Wo pulak pukul-pukul and mula la Wo buat lama dari I, show off as usual hehe.. Wo memang tau. Not only that, Mummy tak guna gula halus, instead Mummy guna gula biasa and tumbuk dengan lesung batu sampai halus (sekarang nie, I wonder why Mummy tak guna gula halus or gula caster eh?). Seingat-ingat I, Mummy guna planta instead of butter. Kadang-kadang aje Mummy guna butter. Anyway, masa yang Mummy ambik untuk buat kek lama and I yang tengok and tunggu pun penat. Lepas Mummy abis gaul, pukul semua ramuan, this is the time that Wo and I tunggu-tunggu. Bila Mummy dah abis masukkan kat acuan tin kek, sibuk la kita orang nak mencolek lebihan bancuhan kek tu, kadang-kadang Mummy colekkan kat jari dia and bagi I jilat. Berebut-rebut I dengan Wo sapu keliling mangkuk tu. Lepas Mummy masukkan kat dalam oven, sibuk la I dengan Wo tunggu. Bau kek yang Mummy yang dalam oven semerbak membuatkan I dengan Wo tak sabar-sabar nak tengok hasilnya. Kejap-kejap kita orang tanya, Mummy dah masak ke kek tu, etc. Mummy kata belum and nanti Mummy bagitau. I dengan Wo and terjengau-jengau tengok kat luar cermin oven, Mummy dah siap-siap warning jangan bukak pintu oven. Bila dah siap and Mummy keluar dari oven, apalagi Wo dengan I, sibuk la nak rasa. Actually, kita orang bukan ndak sangat makan kek or biscuit tapi sebab excited tengok cara-cara Mummy buat. Menyibuk je kan. Tapi makan kek panas-panas sedap dan gebu. Then Mummy tanya lagi, sedap tak, Wo dengan I macam biasa akan kata sedapnyaaaa (nya tu kena panjang), then Mummy kata eleh, sambil tersenyum simpul.

On the weekend pulak, all four of us, Mummy, Daddy, me and Wo akan ke emporium sebab nak cari hiasan or accessories for Christmas tree. Dulu Daddy ada beli Christmas tree tapi yang plastic and kecik aje, tinggi betis. I dengan Wo tanya Daddy tak beli ke Christmas tree yang tinggi. Daddy kata nanti dia cari. So masa shopping for the accessories tu, Mummy and Daddy aje pilih. I dengan Wo sibuk pegang-pegang benda-benda kat situ. Mummy and Daddy tak beli banyak pun, cuma a few aje. Tension je kita orang. Sibuk la tanya apa hadiah dorang nak bagi kat kita orang. Mummy kata diam-diam, kalau nakal and gaduh-gaduh with each other, hadiah tak ada. So during the week or two weeks before the event, I dengan Wo make sure kita orang tak gaduh-gaduh. Kālau gaduh-gaduh we both make sure that it would not gaduh yang kuat-kuat sebab tak nak Mummy dengar.

A week before Christmas, Daddy balik bawak pucuk pokok Ru hidup. I dengan Wo tekejut yang amat but both of us were so excited, menjerit-jerit and melompat-lompat kegembiraan. I dengan Wo siap peluk-peluk lagi. Kita orang tak tau pun yang Daddy plan nak pakai pokok Ru kan wakaka.. Ingatkan nak guna pokok Christmas plastic yang cenonet tu. Mummy pun tekejut sama and tanya, macam mana Daddy boleh potong pucuk pokok Ru and tak ada orang nampak ke. Mummy kata, kang kena tangkap. Daddy, kata ah.. don’t worry. Mummy and Daddy pun siap-siap cari pasu and I can’t remember which one of them turun bawah ambik tanah. All I know is that night, pokok Ru telah siap-siap dimasukkan ke dalam pasu. So malam tu, the four of us mula la menghias hias pokok Ru kebanggan keluarga hehe.. I dengan Wo kalau tak gaduh-gaduh manja tak sah, kadang-kadang mana yang Wo dah gantung or I dah gantung, both of us akan tukar position. Tapi tak best la accessories tak banyakkan, kapas pun Daddy suruh letak sikit aje.. dia kata kang kalau kita orang luka mana dia nak cari kapas nak lap-lap letak ubat… apara punya alasan kan… I ambik kapas sikit, sesambil tu I try letak kat atas bibir nak buat moustache haha.. Oh yeah, sesambil kita orang hias-hias, Daddy pun pasang cassette (I know zaman retro cassette.. haha..) lagu Christmas. Wo dengan I sibuk la nyanyi sama. Tengah kita orang nyanyi-nyanyi, Wo suh I dengar lyric lagu “I, saw mummy kisses santa claus”, dendangan Michael Jackson. Bila I dengar, I kata, a’hah la Wo, then sibuk la I tanya, kenapa mummy dia cium santa claus and siapa la santa claus tu, daddy dia tak marah ke. Wo pun buat la andaian, maybe just kiss kiss pipi biasa and sibuk la I tanya Mummy, kenapa mummy dia cium santa claus la bagai.. Mummy kata tu daddy dia dress up as santa claus. Baru la hati I lega. Anyway, semua lagu Christmas kita orang boleh hafal without lyrics. Sampai sekarang I ingat semua lagu-lagu Christmas.

Two days before Christmas, Mummy dah start tukar cushion cover, tukar langsir baru and Daddy bought lots of soft drink, beers and all kind of alcohol beverage, macam-macam nama. I dengan Wo pulak bila tengok air gas that’s it, mula la merengek-rengek nak minum air gas. Mummy and Daddy warning siang-siang, kalau nak minum air gas kena mintak permission kat dorang dulu. Kalau tak ada kawalan ketat dari dorang, satu hari, satu kotak air gas definitely kita orang boleh habiskan. Petang before Christmas, Mummy dah start buat goodie bags untuk di beri pada anak-anak neighbour yang akan datang bertandang. Mummy letak sweets, belon getah, belon yang ada straw kuning, small toys etc. Sibuk la I and Wo nak join in and nak tolong letak-letak. Kita orang mintak sepeket kat Mummy. Sebelum bagi, Mummy pesan, sepeket sorang aje, lepas nie tak boleh ambik lagi. Kita orang pun promise (yela tu.. masa tu je).

One night before Christmas……. (to be continue…)

No comments: