Wo and Me Episode 28



(Again Wo duduk sebelah Daddy and I sebelah Mummy.  Tension-tension.  Tengok la kita orang asyik pakai baju yang sama aje.  Mummy and Daddy, bukan main lagi melaram.  Sampai hati wakaka...)

One night before Christmas, lampu clip clip yang Daddy gantung two nights ago kat tingkap, di nyalakan. Both of us were so excited. And petang tu both of us dah jemput kawan-kawan sepermainan sebelah menyebelah untuk datang ke rumah and sibuk la kita orang bagitau kalau datang dapat goodie bag, hebat la konon goodie bag tu kan..hehe.. Mummy susun goodie bag dalam bakul and siap pesan kita orang, one person, one goodie bag and one topi kertas yang berbentuk kon itu and it is only for kids. Sesambil tu, kita orang tengok tv that shown Christmas movie, black and white. I lupa cerita apa. Mummy sibuk di dapur prepare sikit-sikit apa-apa untuk di masak pagi-pagi esok. Selesai part tu, Mummy start keluarkan pinggan mangkuk and susun balang-balang biscuit. Mummy tak isi or simpan biscuit dalam balang tu sebab dia takut masuk angin. Oh yeah, two days ago dorang letak hadiah bawah pokok Christmas tree. I dengan Wo sibuk la belek-belek and goncang-goncang. Sepesen je. We couldn’t figure what it is. I asyik tanya, apa dalam ni Mummy, Mummy kata surprise la, ini la itu. Dalam hati I pikir nie mesti toys tapi Mummy kata no more toys sebab kita orang dah besar.

Sebelum masuk tidur, Wo mintak permission dari Mummy nak bawak susu and candies ke bilik. Mummy tanya kenapa, Wo kata untuk Santa Claus bila dia datang bawak hadiah tengah malam, masa kita orang tidur. And Wo kata dia nak bagi Jesus Christ sekali (Wo kecik-kecik dah menampakkan kealimannya haha.. tah mana-mana dia dapat idea nih. I nie ikut je. Bila tulis nie, sengih-sengih I teringatkan kisah kita orang nie hehehe.. Wo and her theory ahaha..) Mummy said ok. Then kita orang letak kat side table sebelah katil. Bila Mummy dah keluar dari bilik, I tanya Wo, macam mana Santa Claus nak masuk kalau rumah kita tak ada chimney, Wo kata ikut pintu atau tingkap. I kata pintu Mummy kunci and Santa Claus mana muat ikut tingkap sebab perut dia buncit, Wo kata Santa Claus boleh masuk. I kata kalau macam tu, Santa Claus nie macam pencuri la, Wo marah I hehe.. Sebelum tidur, Wo ajak I wish kat Santa Claus and Jesus Christ. I pun wish la mintak jadi pandai and cantik wakaka.. (memang ya pun I pandai, pandai merapu, as for cantik, adeihh hai..muka penuh tahi lalat wakaka..) I tanya Wo, dia wish apa, Wo kata dia wish macam-macam, I tak ingat, tapi I ingat dia pun wish pandai jugak.

Bila time nak tidur, I bagitau Wo, I tak nak tidur, I nak tengok Santa Claus and Jesus Christ makan candies and minum susu yang kita buat. So malam tu, I terkebil-kebil menahan ngantuk, bila nak terlelap I cepat-cepat bukak mata balik. A few minutes later, I dah tak larat, I cakap dalam hati, nanti tengah malam mesti mata I terjaga. Bangun pagi-pagi I tengok, eh, kenapa susu penuh lagi and candies macam ada orang dah usik tapi I kira sama je macam semalam (bila dah besar baru I tau, rupanya Mummy and Daddy punya kerja, Wo yang bagitau). Wo tanya I ada ke nampak apa-apa malam tadi, I kata macam ada je tapi Jesus Christ tak minum or makan dia floating aje (pepandai la I tipu-tipu berimaginasi sendiri haha..).

Di luar sana terdengar Mummy dah mula busy dengan menghidangkan berbagai juadah and I tengok balang biskut telah Mummy isi. Mummy susun kek yang telah Mummy potong cantik-cantik di dalam pinggan sesambil tu Mummy panggil kita orang suruh mandi. Lepas siap-siap mandi pakai baju. Daddy ajak kita orang bergambar kat pokok Ru kebanggaan family itu. Lepas sibuk berambik gambar, I dengan Wo dah siap-siap bukak pintu seluas-luasnya and terjengau-jengau tunggu kawan-kawan kita orang nak datang. Mummy kata, it is still early in the morning, dorang baru bangun tidur and nak mandi lagi. So kita orang on tv and on lampu clip-clip sesambil tu makan biscuit sikit-sikit. Tak lama kemudian kawan-kawan kita orang pun datang. Sibuk la I dengan Wo nak bagi goodie bag tu and ke dapur tolong Mummy bagi dorang minum air gas.. wow.. we were so excited!! seronoknya tak dapat I gambarkan dengan perkataan. Rasa macam famous and penting sangat kita orang masa tu hehe.. Parents dorang pun mula datang. Bila parents dorang usik-usik mintak goodie bag, I tengok muka Mummy. Mummy kata, dorang main-main je.. fuh lega.. hati I, sebab kalau boleh, I ndak sangat goodie bag nie ada extra sebab sepeket for me tak cukup. Then kita orang sibuk belari-lari kat luar sambil tiup belon etc.


(Some of the friends, duduk, Rusilawati, Nazatul Isma ke Intan, I, Wo tengah dokong Shapirus, Danny and Iskandaruddin)

Petang tu, ada a few uncles (not related but daddy’s colleague and we are asked to call uncle or auntie for non malay, pakcik or makcik for malay) and brought more candies. I dengan Wo sibuk la nak bukak and bagi-bagi kat kawan-kawan but when we tasted it, it feels weird. Mula-mula tu ok but bila sampai kat tengah, gula-gula tu dah rasa payau and we quickly puked it out. I masuk rumah and tanya kat Mummy, gula-gula apa nie and suruh Mummy rasa. Bila Mummy rasa, cepat-cepat Mummy mintak balik and tanya whether we give to kawan-kawan lain. I cakap kita orang bagi, Mummy kata suruh dorang buang and I dengar Mummy bisik kat Daddy. Daddy tergelak, la rupa-rupanya gula-gula ada alcohol, no wonder la rasa semacam aje. Mummy sangat marah and bengang. Mummy berleter kat Daddy. Mummy tanya Daddy siapa yang bawak. I tak ingat uncle yang mana satu. Then kita orang keluar and main balik dengan kawan-kawan kat luar and I suruh dorang muntahkan balik gula-gula tu. Bila dorang tanya kenapa, I kata gula-gula tu untuk orang besar aje.

Anyway, kawan-kawan Mummy and Daddy datang non-stop siang tu and petang another group of their friend’s came to the house. Sesambil dorang berborak, lagu-lagu 70’s yang tengah hit memenuhi ruang tamu. Bone M maaa… I dengan Wo nak tengok tv pun tak dapat and we decided to main kejar-kejar kat luar. Bila dah malam, semua orang dah balik. Mummy panggil kita orang masuk sebab nak bukak hadiah. We were so excited. Finally, saat-saat yang ditunggu tiba jua. I bukak kertas present dengan penuh rakus and bila I tengok eh, kotak kasut bata. Ini mesti kotak je kot, dalam mesti ada something special. Bila I bukak and check ke dalam kotak aje, it is true, kasut sekolah brand bata and gula-gula shape orange. Wo pun dapat hadiah yang sama. I was so frustrated. I kata, apa nie bagi hadiah kasut bata. I rasa sangat sedih and ada sendu dalam tiap patah perkataan I. I never expect it to be that, at least anak patung ke kan… Mummy and Daddy, marah I balik, dorang kata nanti nak pegi sekolah ada kasut sekolah baru. Wo, pujuk I penuh lembut, Wo kata dengan lenggukkan kepala sambil memeluk kasut bata colour putih itu “tak apa Dek, next year kita boleh pakai kasut baru yea. Kan cantik and baru nie hadiah kita”. Wo dari kecik sampai sekarang adalah seorang yang mudah adapt in any kind of situation, unlike me. Wo mudah berpuas hati and mempunyai sikap yang so easy going. Wo are so easy to please. Wo memang cool dari kecik lagi (baru I notice akan sifat-sifat Wo yang memang telah sedia ada bila I tulis nie). Perlahan-lahan I pujuk hati I yang hampa and bagi senyuman tawar. Dalam hati I berjanji pada diri sendiri, bila I dah besar and kaya I akan beli toys sebanyak-banyaknya and tak mau kasi satu pun kat Mummy and Daddy.. wakaka.. kecik-kecik dah simpan niat jahat ahaha..

Esok tu ada sorang kawan tanya, apa hadiah yang I show off kat bawah christmas tree. I pun cakap dengan senyuman manis (tapi dalam hati mencebik hampa), kasut bata. Budak tu tekejut, kasut bata. I kata iya, tak pe la, untuk I pegi sekolah next year. Petang tu, kita orang visit rumah kawan Daddy yang berbangsa serani and dorang kasi Wo dengan I hadiah anak patung soft toy yang sangat cool dan besar. Muka depan muka girl toy tu menangis and muka belakang girl toy to senyum ketawa. We were so happy and start dari hari tu, I kepti soft toy tu mana-mana I pegi. Wo punya soft toys, bersih and kemas, tak macam I punya. I siap conteng-conteng lagi rupa toys tu after a while. Then I basuh balik tapi still ada bekas-bekas magic pen. Rambut soft toy I pun messy, getah rambut tah hilang di mana.

A week or two later, we start simpan balik christmas decoration yang sungguh hazab itu. Pokok Ru yang dalam rumah kita orang, terus mekar subur sampai mencecah siling. About a month later, we through it away not before Mummy nangis-nangis sebab sayang kat pokok Ru, pokok Christmas hiasan hazab kesayangan keluarga…..

When I look back of all the memories of every Christmas that we ever had, this is the best Christmas celebration ever and one that I shall never forget. I’m glad at least I got to feel the spirit of christmas or should I say a piece of heaven, surrounded by people that I know who care for me back then. I wish I can turn back the clock and be that little girl again, who has no worries in the world, whose heart is pure and not corrupted by anything. I wish all of us are together. A wish that I know can never be fulfilled. Have you guys ever thought or have our sweet memories cross your mind, sometime? I love you Wo, Mummy and Daddy, I wish all of you a Merry Christmas and Happy New Year wherever all of you are in the world.

Comments

Anonymous said…
the most anticipated enttry, Wo & Me.
such a wonderful childhood, sis
enjoy my reading

-nakkal-
Misty said…
yep, first entry for this blog hehe.. Thanks for enjoying reading my writing.

Hajat nak buat buku konon..waakaka.. tinggal angan-angan je sis.

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku