Masakan Orang Berpuasa Bukan Dibulan Puasa


(Mee goreng dengan taugeh, selalunya I guna sayur)

I kan sekarang nie tengah puasa, bukan puasa ganti atau puasa sunat. I just nak puasa sebab firstly, I nak mengawal segala perlakuan dan offcourse nak pahala. Secondly, sebab I nak kurus and also nak jaga kesihatan sebab walaupun badan I tak berisi masa I check up long time ago kat clinic, doctor cakap I punya cholesterol is very high. So that is the reason why I puasa. Lagipun I rasa sungguh gembira bila I dapat memakai jeans or baju size S. And also I rasa sungguh confident and no more low self esteem.

(Lontong - yang nie bukan lauk berbuka tapi yang I masak last weekend)

So talking about makanan berbuka, hari-hari I masak but each time I makan, I rasa lauk sangatla masinnya although husband I kata, tak masin or sedap je or cukup rasa. I don’t know why, maybe my tastebud berubah due tu puasa. But I make sure, I mesti makan kurma for berbuka and also sirap yang husband I buat. Sebab dia buat sedap and I selalu cakap, besar pahala buatkan air or makanan untuk orang berpuasa. Apalagi dia, bukan main suka bila I cakap macam tu..hehee.. husband I kan kadang-kadang macam budak kecik. Kalau I puji, fuh..perasan bukan main lagi lepas tu senyum-senyum malu la konon..

(Mee sup, I letak wonton)

Anyway about the makanan berbuka, like I said, I masak almost everyday and macam-macam menu I try sebab I teringin nak makan semua benda… Nampaknya tak turun la berat badan I. Husband I pun sibuk la suruh masak nie, masak tu, macam dia yang puasa. Tapi dia kata kat office dia tak makan (dia tak balik tengahari bila I puasa) and seluar kerja dah longgar. I tengok sama je. So bila time berbuka, I tak makan banyak sangat tapi husband I makan macam perserta survivor, kalau ada kambing panggang seekor, sure 3/4 tu pegi kat pinggan dia. Bila dia baru rasa sikit je lauk (belum telan lagi tu), dia dah geleng-gelengkan kepala siap pejamkan mata and cakap masakan I paling sedap dalam dunia sambil nafas dia turun naik haha.., lepas tu dia cakap, Chef Ramsay pun menggigil hahaha, melampaukan... Lepas makan, mula la I sibuk makan macam-macam kudapan such as kerepek la… cookies la.. Husband I pulak akan sibuk suruh I rasa perut dia sambil suruh I cucuk perut dia dengan jari I, sebab dia nak bagitau yang dia kenyang and perut dia keras… tah apa-apa tah theory dia. Kalau tak layan I rasa berdosa la kan. I kata no problem, tapi I tak nak cucuk dengan jari, I nak cucuk dengan hidung I sesambil tu I bukak mulut besar-besar nak gigit perut dia. Cepat-cepat dia lari hehe.. tau takut...

(Kurma Telur)

I rasa seumur hidup I and lepas kahwin nie, sekali je I pernah buat kurma, tapi kurma ayam. But hari tu I try buat kurma telur. Alahai seronoknya sebab jadi and yang penting rasa mesti menepati selera I and my husband. Dia makan non-stop and I was so happy. I puasa-puasa nie rajin try menu-menu baru atau yang jarang dibuat. I rasa bila time puasa baru makan teratur sebab kalau tak puasa, I malas nak masak tengahari and makan mee maggi aje atau makan junk food.

(Tauhu Sumbat)

Minggu lepas, I teringin nak makan tauhu sumbat. I tak pernah buat eventhough it was so easy. I teringat the first time I rasa tauhu sumbat yang Mummy buat masa kat Singapore dulu. I rasa wow, sedapnya and I ingat lagi muka Wo yang tersengih-sengih girang (dengan giginya yang sumbing akibat terantuk masa meluncur kotak dari bukit itu) sambil mengunyah tauhu sumbat Mummy. I dengan Wo siap melompat-lompat kegembiraan. I dengan Wo kejap-kejap cakap, best Mummy, best Mummy. Mummy tersenyum-senyum kat kita orang. I think that was the first and the last Mummy buat kot. I tak ingat la. Mummy memang pandai masak, apa-apa yang dia buat semua sedap. Wo kata I mewarisi Mummy. Tapi husband I kata, I tak mewarisi sesiapa, husband I kata I memang talented, gifted and bidadari yang diturunkan pandai segala-gala untuk dia..wakaka..(I tau I pun nak muntah type nie tapi betul dia cakap macam tu, tak caya tanya dia). I akan kata, ish tak ada laa... biasa je.. (cewah, rendah diri). Lagipun I bukan pandai masak pun, boleh la sikit-sikit and yang simple aje. Mungkin pada dia sedap, pada orang tak. Sama jugak dengan I, maybe masakan orang tu rasa sedap tapi pada I tak. So hari tu, I pun try la buat tauhu sumbat. Like I said it was so bloody easy. And I don’t know why I tak pernah buat before this. Healthy pun iya jugakkan.

(Kek Oren atau Orange Cake)

Ingat tak I pernah cakap I nak buat kek or muffin or cupcake, tapi tak buat-buat sebab malas? So for the past few days I surfed through and cari-cari apa kek I nak buat. Furthermore, lepas berbuka mesti tengah-tengah malam teringin nak makan macam-macam bende. Dua hari lepas, I came across this resepi yang sungguh simple dan mudah nak buat. I selalu jenguk-jenguk website My Resepi nih. Hari tu lepas solat asar, dengan penuh semangatnya I bangkit dari kemalasan yang berpanjangan dan terus ke dapur. Masa tu I tak sure akan jadi ke tak sebab I bukannya pandai buat kek or pastry ke. I cuma berdoa dalam hati, mintak-mintak jadi. Nak buat tersangatlah senang and bahan-bahan pun dah ada. I kurangkan gula caster sebab tak nak manis sangat. Bila keluar dari oven, oh.. I’m so happy sebab rasa sedap, gebu dan perfect. You all should try it, ok this is the link(http://www.myresipi.com/top/detail/7425). Trust me.. mesti puas hati. It is going to be my favourite recipe and mudah untuk diingati.

Sekian kisah masak memasak orang berpuasa di bulan yang bukan ramadhan.

Note : And I rasa sungguh bersyukur walaupun I puasa and tak sahur, sekali pun I tak pernah kena gastric. Puasa is so miracle and I’m blessed. Thank you so much Allah and syukur Alhamdullilah (rasa macam setazah la pulak hehe..).

Comments

Zue-rouge said…
hi sis..lama tak jengok sini
bestnya nampak makanan yang sis masak tu..mee sup tu buat macam mana kuah pekat tu? so menarik la nampak.

saya pun tengah puasa..puasa sunat muharram and also nak kurangkan berat yang macam mak gajah ini. so tengok segala benda sis masak rasa macam semangat lak nak masak jugak..hihihi

and hero sis seperti biasa memuji2 tu ..sabar je baca kan.. tapi tak rasa nak muntah baca rasa sweet sangat.. :-)

take care sis.

Love
Azura.
Misty said…
Hi Zue/Azura,
Selamat bertamu ke pondok sis ini hehehe.. Mee sup nie, sis letak serbuk sup cap adabi, nak kasi rasa different dan sedap, bau rempah-rempah mmm... :)

Selamat menunaikan puasa sunat. A'hah betul tu, bila time puasa semua benda bila tengok macam sedap aje and nak makan aje. Sis skrg tgh diet lepas tengok documentary kat tv haritu.. seram nengok apa yang kita makan.. (yela tu..kejap je diet nie nanti "lupa" balik hehehe..).

More story to come about our life story haha..

take care to you too

Love
Sis

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku