Update Orang Merajuk...


Again my story pasal tak sihat nie.. well, I tak ada story lain nak share hehehe…

I kan ada cerita akan “penderitaan” yang asyik-asyik tak sedap perutkan. So for the past 2 weeks perut I masih lagi gassy with lots of angin and mencucuk-cucuk setiap corner kat dalam tu and also pinggang I. Rasa macam senggugut pun ada jugak. I sungguh sakit hati sebab I tak tinggal makan and makan macam orang kebuluran. Bila makanan masuk aje I sendawa macam katak puru dalam longkang besar. Benci betul I. And on top of that berat badan I naik melambung-lambung. So how and why? Bila nak duduk, I mengalami kesukaran untuk bernafas sebab perut buncit mengelebeh I sudah menekan bahagian pernafasan I. Yes I naik a few kilos within 2 weeks! And I have a bad gastric? Can you believe it? Jeans yang biasa I pakai dah tak muat. I teringat masa tengah mengemas and nak simpan jeans jeans yang bersaiz besar konon, wah! bukan main lagi I ketawa dengan penuh bongkak huhuhu… Sekarang nie dengan muka yang sakit hati dan redup I kena cari balik kat kotak plastic yang menyimpan jeans jeans badak itu…ohhhhhhh…… I rasa sungguh low self esteem sekarang. Husband I kata, tak ada la I gemuk and just nice tapi bila I tunjukkan lapisan perut ala ala mak india pakai sari, dia tersengih-sengih..ohhh… I have to do something about it, exercise balik… yela tu… asyik bertangguh je… whinning tak habis-habis but I didn’t do anything about it kan?

Oh, sepanjang-panjang I tak sihat nie, extra sensitive la pulak kan and main merajuk-merajuk (uweekk..) kat husband I. As you know, my husband is always caring regardless whether I’m sick or not but he will give extra attention such as, he would urut belakang, letak vicks kat perut and really looking after me. But sometime I feel that is not enough. Ah, makcik nie tak pernah appreciate and always tak satisfied. The thing is, kalau I tak sihat dulu-dulu, dia akan bagi I hadiah such as teddy bear (pitam), bunga, chocolate or even a card. But nowadays tak ada apa-apa pun (ala ngadanya I). Then I pikir, sometime my husband need to be reminded because what is the point of me being quiet and menjeruk hati kan and he doesn’t know about it. So haritu masa tengah makan tengahari kat rumah, I pun mula la dengan ayat telefilem I, I pandang kat makanan dengan muka syahdu and said, “Sekarang nie you dah berubah”, husband I yang sentiasa blur pandang I penuh tanda tanya nerd nya itu.. Dia tanya, apa dia dah buat. I memuncungkan mulut setebal anjelina jolie tapi hanya mencapai mulut nenek kereput aje. Dia tanya lagi and berkerut dahi orang tua tu. I kata, I know you are caring and all that but you didn’t buy me any “sakit” gift anymore (wakaka.. benci la bila I tulis nie and teringat balik rupa I masa tu, dengan tak mandinya and also berbau lauk sambil ikan hahaha….). Then husband I cakap, dia memang nak beli something, I kata porah lah (demand lagi), tak payah la beli apa-apa pun, sesambil tu I pegang-pegang perut dan paksa sendawa angin keluar… hahaha..ceh lah!


Dalam hati I cakap, balik kerja nanti mesti dia belikan I something, kalau dia tak beli memang husband I tak sayang kat I lagi (hahaha.. shit punya statement hahaha..). Balik kerja petang tu seperti yang telah I duga, husband I belikan sejambak bunga and small Get Well Soon card (gambar kat atas). So pelakon kelas B ini pun mengukirkan sebuah senyuman pelesunya.. yelah kan sebab kira macam I dah baca skrip and dah tau apa akan berlaku kan wakaka… I ambik a few snap and then letak dalam pasu and spray air sikit.. I puji-puji I kata cantik la colour..etc.. alahai…. memang pun colour rose either it is pink, red, white etc..nampak sangat tak ada modal nak cakap. Husband I cakap, tengok la gambar cartoon kat card tu. Then I cakap nak makan apa petang nie, nak I masak something ke? Sebelum sempat dia kata apa-apa, I cakap, tengok la mana you nak cari bini macam I nie, sakit-sakit pun I still think about you and want to cook something for you (psychology babe). I tambah lagi, nasib baik I boleh la masak (rendah diri tu kui kui…) and I can cook whatever you want (bongkak balik). Kalau you dapat pompuan lain as your wife, I don’t think so they are as good as me (ANGKUH! muehehehe..). Husband I kata, offcourse la, bini dia is the best. I angkatkan sebelah kening and cakap.. hah, tau pun…. Hehehe…

You know what, some husband need to be reminded that how lucky they are to be married to us. Because sometime they tend to forget.

Comments

Zue-rouge said…
Hi sis,

harap sis sihat ye..sorry lama tak masuk komen ni.
sungguh drama sekali entry sakit ni kan..hahhah..drama yet so comelll...
Harap sis cepat recover dan jaga perut tu baik-baik ye.

luv
zura. muahhsss
Misty said…
Hi Zura,

thank you so much for the wish, itula perut sangat sensitive nih and memang drama hebat nih hahaha...

luv
sis, nak muah muah jugak hehe...

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku