Thursday, October 25, 2012

Update

Hellooo.....
 
Lama I tak berceloteh kat blog kesuma jiwa I ini.. I busy you sambil menyengetkan kepala lalu menyelitkan beberapa helai rambut kebelakang telinga dan mengenyitkan mata kat you all (ala-ala pondan gigi ronggak).
 
Seperti biasa, tak ada apa-apa yang sangat mengemparkan dalam kehidupan harian I (lebih kurang sama je maksud seperti sebelum-sebelum nie cuma ayat yang berbeza). Lain la kalau I nie celeburiti macam Norang Garnish atau Rokitar Cek Wang ke kan (merendah diri konon), sure macam-macam I show off (err bukan I selalu show off ke?) and update my super celeburiti punya life style. With the gossip and all kan...
 
Berbalik kepada kisah I yang stagnant ini, a few days ago, I dengan husband I pegi bank, actually I dah lama bising ajak dia sebab macam-macam I nak kena bereskan. First we went to PB, oh I tell you, I suka pegi situ sebab bank/kakitangan sungguh efficient dan urusan dapat disiapkan dengan pantas. Tapi disebabkan sungguh efficient maka terjadi la suatu kisah yang tidak disangka... jeng jeng jong.. Selalunya kalau pegi situ, I akan ambik nombor dulu sebelum isi borang. I dah isi borang kat rumah tapi tersalah letak amount. I cakap kat husband I nanti I ambik nombor but itu budak ambik on the spot while I'm still terhegeh-hegeh isi borang lagi sekali. Tak sampai seminit, nombor I pun dipanggil. I cepat-cepat nak pegi ke kaunter and serentak dengan itu, nombor bertukar, so I duduk balik. Husband I terus pegi kat I and suruh I pegi kaunter, I kata nanti dulu, nombor dah bertukar. Husband I kata pegi je, I kata tak nampak ke ada orang kat kaunter tu, husband I suruh I pegi jugak and berdiri kat belakang orang tu. Buat apa I nak berdiri kalau kerusi ada, ingat nie kaunter nak ambik ticket wayang ke. Dia push I lagi, you tau je la, ini rimau kertas mana boleh stress, dengan memekkan muka, goyangan kepala dan gerakkan kedua belah tangan berserta dengan suara yang cuba I control tapi penuh emosi sambil mengetapkan gigi berlapis, I cakap "nantilah, pekerja kat kaunter tu akan panggil I balik, takan I nak bediri". Serentak dengan itu, husband I terus senyap, pekerja kat kaunter tu macam terkulat-kulat suspense tengok I, yelah kan dengan reaksi kerutan dahi, jelingan mata versi ular dan mulut muncung macam tertelan asam jawa, ditambah lagi dengan body language pelakon grade B, maunya tak takut.
 
When it comes to my turn, I pun pegi ke kaunter, abis urusan kat situ, I pegi ke customer service. As usual layanan excellent and sangat polite. Bila dah beres semua, masuk kereta, I mintak sorry of my bad behaviour just now kat husband I tapi I cakap, don't blame me, you la push I macam tu. I cakap sekali dah la and I know what I'm doing. Husband I cakap, he saw my number, I kata bukan I tak nak pegi but number I dah bertukar, takan la I nak berebut dengan orang yang dah berdiri kat situ kan. Then husband I cakap, pekerja yang kat customer service tu sengih-sengih tengok I tadi. I kata, ye ke, ala malunya, itula paksa la I lagi. But it took us less than 10 minutes to do two things, cepatkan?
 
Then we went to another bank. Oh dear, the service was like langit dengan bumi. Slow nak mampus, orang bukannya ramai, kaunter semua bukak, funny isn't it? Apalagi I dengan husband I mengutuk-ngutuk la dalam nada suara yang rendah. Si uncle tu kalau bab-bab mengutuk suka betul dia. But customer service dorang bagus and very helpful. After about one hour barulah segala-galanya selesai.
 
Then lalu kat kawasan gerai makan that I used to go with my colleague and I saw mee rebus and apparently kedai tu dah rebranding and bersih. So I cakap dengan husband I that I feel like I nak mee rebus kat situ. On the way nak ke kedai tu, I dengar ada suara memanggil-manggil nama I. I cari-cari, nun di seberang jalan, two of my former colleague lambai-lambai kat I. I pun terus la berlari kat dorang. Bila jumpa je terus la berlaga-laga pipi and berpelukkan with both of them. Sebelum tu I dah cakap dengan husband I, kalau pegi bank kat situ mesti I akan terjumpa dengan my ex-colleague or someone that I know. The first thing that Midah told me was, "tengok badan aku nie hah, gemukkan" sambil mengosok-gosok perutnya..wakaka..Midah Midah, itu ayat pertama kau cakap kat aku, sungguh la dasar perempuan kan. Kejap je borak dengan dorang berdua sebab dorang nak balik office lepas makan dekat-dekat situ. On the way back from tapau the food, I teringatkan my ex-colleague tu, it has been seven years since I last saw them and one of them sudah ada sikit-sikit garis penuaan lalu I terpikir, oh we are bunch of old crap! waaaaaa..........sadis..botox pls, no haram, collagen, no, nanti muka I macam pancake doremon, plastic surgery, no thank you, tak sanggup I muka I kena potong and tarik macam Joan Rivers... I pasrah you...huhuhu..
 
Anyway, pasal my diet (konon), I dah tak makan malam dengan banyak or kadang-kadang tak makan langsung. Tapikan ada sekali dua terbabas jua. Macam haritu I baca kat paper ada kisah pasal burger bakar dengan arang, tiba-tiba nafsu makan I menderu-deru di pikiran. Teruslah I suruh husband I beli sambil menelan-nelan air liur dan menunjukkan gambar kat dia. Mula-mula husband I kata dia tak nak makan and belikan I aje and then he changed his mind, dia kata dia beli je la extra tapi tak nak makan (konon). Lepas dia beli, I makan sebijik burger daging tu sambil mengomel "habis la berat badan I, habis la berat badan I", tapi mulut gigih mengunyah nih tapi tiba-tiba I jadi takut sebab burger bakar nie besar dari biasa and sedap giler. Sebelum tu I dah potong sikit bagi kat husband I. Husband I yang cakap tak nak makan pun makan juga extra burger tu and plus mine. A few nights before that, I rasa lapar yang amat sangat, terus I cari mee in my mug, lepas makan rasa menyesal la pulakkan... But after that, everything seems to run smoothly, kira dah boleh control and selera nak makan malam pun dah kurang and kadang-kadang tak ada langsung. Tapi malam-malam I minum air teh tapi I kurangkan gula dan I makan sekeping dua biscuit jacob and I spread dengan butter with a pinch of sugar aduss.... Tapikan start makan tak banyak nie, I mesti makan chocolate hari-hari and lepas tu baru ada energy, so JM, how la? huhu... As for exericse? heh! so far cuma sekali je I buat, itupun 40 minit atas threadmill. I timbang tiap-tiap hari and dua kali sehari, sekali pagi and sekali petang. Bila berat badan I tak turun, I menyumpah-nyumpah sorang. As of to date, lepas 14 hari berlalu, berat badan I turun 1 kg je...hantu!
 
Oh yeah before I forget, Selamat Hari Raya Aidil Adha to all my fellow muslim.  To those yang memandu balik kampung or mana-mana bercuti, please drive carefully.
 
Sekian kisah I kali ini....

No comments: