Untuk JM dan Zue yang dirindui (sambil menjeling kat budak tengah muncung mulut sebab jeles... I suka hehe..),
Terimakasih kerana memberi semangat, share kisah hidup berdiet, tip berserta tunjuk ajar yang sangat I perlukan di saat-saat ini (menderita la konon kan...) from the both of you. Akan I jadikan panduan demi masa depan untuk menurunkan serta menghilangkan lelemak akibat perbuatan sendiri yang sungguh pelahap ini. Yes, JM, I will not skip breakfast anymore, mesti cuba nie walau tak lalu and no more makan malam after 7pm hehe... 6pm tu awal sangat la JM untuk I, kang ada yang terliur tengok pala laki, tak pasal-pasal nak di buat sup. And I akan start belari balik kat threadmill yang hazab lagi purba itu....
Ini kisahnya, semalam I pegi ke tailor hantar baju, yela kan takan la nak antar kucing pegi tuition kan. Jangan tanya kenapa I tak jahit sendiri kerana jawapannya korang sudah sedia maklum. Lagipun one of the anak buah nak kahwin next month, so aunty nya nak la lelawa sikit walau cuba menafikan akan ketuaan diri ini. Sambil menghantar kain, sambil tu la jugak I mengambil empat helai baju yang sepatutnya menjadi baju raya yang lepas tapi disebabkan tailor tak sempat nak buat, so baru siap semalam. Tak apa I boleh pakai next year, bisik hatiku sendiri walau rasa macam tak confident je part pinggang and punggung nih.
So tailor pun ukur la badan I sekali lagi since I insist on it sambil I tunjukkan perut gelebeh I. Don't worry tailor tu perempuan melayu islam and I'm pretty sure lesbian pun tak akan steam tengok perut I yang umpama perut muniamah pakai sari ini. And huhuhu..nangis dulu, pinggang I naik dua inchi waaaa.... I cakap kat tailor suruh dia besarkan lagi sebab I'm very sure I akan naik lagi dan apalagi time orang kahwin nanti ofcourse I akan"termakan" banyak, kira macam nak beri ruang I bernafas la nantikan. You see, this aunty dah berfikiran jauh dan tau akan keupayaan nafsu sang bedalnya....
Balik rumah, I cepat-cepat nak try baju raya yang tak sempat pakai tu. Jap I nangis dulu....waaa and huhuhu......bila I zip boleh lagi tapi bila I nak hook...huhuhu...sempit, I mean sempppittt bahagian pinggang...waaaa lagi. Husband I kata, don't worry, nanti perut I akan turun and tak ada la perut I buncit. I rasa mata husband I telah dirabuni oleh fikirannya yang beranggapan I bidadari perfect nya itu. And I rasakan I tau kenapa perut I jadi gelebeh buncit badak, sebabkan I selalu kutuk-kutuk and gelakkan perut husband I. I told you, I dapat cash terus.
Dalam kesedihan ini, malam tadi, I makan french bread dengan soup ayam/cendawan country style (soup campbell dalam tin), konon nak diet tapi bila I teringat akan shwarma kebab yang husband I beli kat tarbush during lunch time, terus I makan dua gulung jugak and yes sebelum tu tengahari pun I belasah dua gulung jugak waaaa.... Lewat tengah malam, I belasah lagi tembikai. So ofcourse la bila I timbang di pagi hari, berat badan I tak turun and in fact naik. Ini semua salah I sendiri. Husband I balik kerja tengahari tadi, mula la this drama queen buat tone suara sedih and berkeluh kesah, sambil membuat mimik muka yang macam tengah makan asamboi, mintak simpati la konon. I tak tau dari mana husband I mendapat kesabaran mendengar keluahan akan isu yang sama dari I tiap-tiap hari especially bila I tengok cermin sambil memandang perut buncit I ini. And he would say the same thing, tak ada la, perut you ok, orang lain lagi teruk, your body are just nice, kejap nanti akan kempis, bla bla bla.... I know what he's going to say, I just want the assurances to make me feel better.
As for menari, tenghari semalam bila tengok tv, I dah start goyangkan badan..ewahh..macam tau-tau je Zue akan bagi tip pasal dancing nih, padahal I belum baca lagi comment dia and JM. Baru meliuk-liukkan badan ke kiri and ke kanan tiba-tiba rasa jantung I berdegup dengan derasnya,takan la nak kena macam Alip Ajis kan, nampak la jugak baju kat bahagian nenen belah kiri I bergetaran. Sesambil tu nafas turun naik kejap wakaka.. Speaking about dancing, aritukan I feeling dengan lagu/tarian Oppa Gangnam Style hehe. I siap tengok kat youtube and ikut style dia menari hehe..I tau, tak patutkan orang "semuda" I masih macam tu lagi perangai. But well..I'm alone at home kui kui kui... Boleh tahan penat la jugak ikut PSY nie menari ala-ala tunggang kuda. Masa husband I balik rumah during lunch time, the first time that I did was greet him with pembuka kata Oppa Gangnam Style dengan tak mandinya lagi (bau lauk), terkejut orang tua tu. Dia kata, Mahathir pun hairan macam mana orang boleh suka dengan lagu nih. I kata, the dance/VC is quite entertaining. Then I bukak youtube, I tunjuk kat dia what is Gangnam Style nih, husband I senyum je sambil maintain macho. So that day, each time husband I cakap, I terus cakap Oppa Gangnam Style, siap menari depan dia lagi. Husband I sengih-sengih tengok perangai hyper active isterinya ini.. (tak senonohkan I?).
Lepas makan, I tengok dia nak bagi ikan makan kat akuarium, yela kan takan nak bagi ikan kat longkang makan kan. I jalan slow-slow, bila dah dekat, I bisik kat telinga dia, Oppa Gangnam Style, tiba-tiba bertabur makanan ikan kat lantai wakaka... I gelak you, jahat la I. Husband I cakap, dah nak kena sapu, I kata guna la vacum. I masuk bilik I gelak lagi, mission accomplished yehaaa....Anyway I cuma tau nyanyi tiga ayat tu je..muehehe....
Berbalik kepada nak turun berat badan, exercise and berdiet, I wouldn't give up and I will update from time to time! Moga hati dan semangat ini kuat! Dan tidak termakan akan hasutan nafsu perut I ini...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My Birthday Part 1
So today is my birthday. At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...
-
Wah…suspense je title…. Aritu I try another spa. Nama Spa nie Dewi Day Spa. This spa was not far from the other one yang I baru first time p...
-
These past weeks perut I rasa tak sedap. Kena cir bir la, gastric la, bloated la.. macam-macam. And hari nie baru sejam lepas lunch tiba-t...
-
(Acuan Kuih Sepit/Kapit yang tradisional) (Acuan Kuih Sepit/Kapit moden) Last week kan I ada cerita how I suka and teringin nak makan kuih...
2 comments:
oppa gangnam style! haha..
releks datinku syg.. jgn stress sal berat naik... datinku nk kurang 2-3 kilo je..jm ni 20-30 kilo ok..stress hoh..
td timbang lg..turun lg sekilo.. dlm hati sedeh gak..sekilo jew dlm mase smgu ni? sobss.. tp kira kena bangga lah kan atlis turun..maybe sbb last week langsung tak berjoging sbb ujan.. cume mgu ni baru joging ari isnin ari tu dan mlm td berbadminton..
teruskan ke'diet'an kita..yakin boleh... marilah sama2 menuju kejayaan haha..
my dear JM kesayanganku,
Teruskan semangat JM, jangan jadi macam datinmu nie, seminggu je konon exercise lepas tu pulang ke tampuk lama wakaka..
betul2 at least turun la jugak kan dari tak turun..sekarang nie tengah berdiet dalam menderita, nanti I story haha..
ya marilah sama-sama menuju kejayaan...
Post a Comment