Saturday, February 2, 2013

Friday and Saturday's Activities

(Ituler jam yang kat wholesale kita orang beli untuk dia dua orang)

Pagi semalam, tiba-tiba husband I ajak pegi Tampin visiting Wo and family, tekejut I. Sebab aritu dia kata malas nak pegi sebab baru balik dari Kuching. I tanya balik, are you serious. Dia kata yes sebab dia kata I yang nak pegi, I kata eh..bila I cakap, I ikut je... Husband I kalau bab-bab percubaan hendak memutar belitkan fakta memang tak menjadi langsung, it was so obvious... I pun cepat-cepat la mengemas barangan/pakaian ringkas sebab it was just an overnight stay je. Around 9.40am keluar rumah, isi minyak and beli take away family breakfast kat McDonald and off we go. Traffic was smooth, thanks God and we reached Tampin around 11.40am. We stayed at Wangsamas Hotel because husband I kan selalu di serang ghout without warning and selalu membuang air besar so it was hard for him to membuang at my sister’s house yang masih guna toilet mencangkung. As for me, seperti biasa, I ikut je... (its a good motto la especially when you can’t decide or not able to make any decision, jawapan yang selamat tapi sometime can be annoying too muehehe..).

Sampai hotel sana, I take a nap kejap sebab ngantuk bangun solat pagi tadi dan terus sibuk mengemas. Husband I pegi solat jumaat. Lepas balik solat kita orang keluar lunch. Bigail called and tanya dah sampai ke tak. It seems that she has some kind of a plan sebab excited semacam je. She told us to spend another night at Tampin instead of one night only. I cakap, tanya uncle la, auntie ikut aje (again... ayat yang sungguh sakti itu wakaka...). Lepas makan we went to The Store tempat anak beranak nie kerja. Bigail kat depan counter ground floor bahagian food, Arthur kat store belakang and Wo kat admin tingkat atas sekali. Bila Bigail nampak kita orang, bukan main lagi dia memujuk rayu suruh stay another night. Bigail siap cakap dia akan rosakkan kereta so that kita orang tak dapat balik hahaha...Husband I pulak dah tak tau apa nak cakap, dia mudah cair dengan pujukkan anak-anak buah dia. I yang terlepas dari permasalahan ini berjalan-jalan sambil bersiul di dalam hati...lega because I don’t have to make the decision and hurting anybody’s feeling.... Husband I cakap, it’s unfair that I scott free, well..I kata if you want to stay one night, we stay one night, if you want to stay until Sunday, we stay until Sunday...I ikut aje (tu diah) although deep in my heart I prefer to balik cepat sebab I kan tak boleh berjauhan dari the comfort of my house. Nampak sangat la anti-social or should I say introvert nya I ini.. I tau husband I nak tinggal semalam je sebab malam nie ada team Arsenal dia beraksi. Husband I pun cakap kaki dia rasa macam nak kena ghout la pulakkan. I tengok dia bejalan macam captain hook yang tempang itu..sian dia, tah apa yang dia makan sebab I lama dah tak masak seafood or daging.

Then kita orang naik ke tingkat atas sebab nak cari mug, sudu and electric kettle untuk buat air milo since hotel wangsamas tak provide those thing. Macam rumah tumpangan Ah Kheng je.. Tv dia masih tv kotak hitam and muka kita orang lagi besar dari screen tv tu, remote pun tak ada. Jumpa Wo kejap and sibuk la I berbual akan trip I ke Kuching aritu sambil bercerita akan anak-anak Mbo yang sungguh manja dan I rindui itu. After a while, kita orang turun bawah, oh yeah, kettle electric singer tu kita orang beli RM39.00 aje sebab pekerja kat situ bagi discount guna coupon dia... Turun bawah I dengar Bigail pujuk lagi husband I, alahai kesian I tengok, dia ada suprise. Wo cakap masa I berborak kat atas tadi, Bigail nak belanja makan and nak belikan hadiah... I’m touch la, kecik-kecik dah pandai grateful kan... Oh yeah, since wi fi kat hotel tu teruk sangat, we decided to bring our modem but still la teruk jugak then husband I suggested we try the hotspot through handphone I, wah... first time I try service sangat laju and bagus sekali (sungguh ketinggalan la I nie).  Maka sempat la jugak I upload gambar trip ke Kuching kat fb I. 

Malam, kita orang pegi rumah dorang kejap untuk ajak dorang dinner and bagi barangan yang Mbo kirim, plus souvenier dari I also jam-jam untuk Bigail and Baby yang beli kat wholesale aritu. Murah je, tapi kena beli three la.. I beli jam Ice pelesu kat Bigail, I think RM10 and as for Baby jam cartoon garfield RM3 je kot. Wah, both of them were so excited with the simple gift. Baby kejap-kejap tanya, jam pukul berapa. One thing I suka beli barangan kat bebudak nie sebab dorang tak pedulikan brand apa tak macam separuh budak yang sebaya Bigail yang mesti ndak barangan branded kalau tak dorang tak nak pakai. I only beli barangan branded or genuine goods on her birthday and special ocassion aje. Like I said, kita orang ajak dorang makan kat tempat yang kita orang pegi dulu and satay pun husband I beli jugak. Then Bigail kata nak datang rumah kita orang masa Chinese New Year. I kata datang la and during that time nanti you can give whatever you want to give when you come and visit us nanti since kita orang tak nak spend another night kat Tampin nih. Then Bigail agree... Lepas makan, kita orang balik rumah dorang kejap, sambung borak pasal kisah kita orang kat Kuching. After a while we went back to our hotel and told my sister esok kita breakfast sama-sama. Sampai hotel, husband I punya ghout makin menjadi, painkiller lupa nak bawak. Pagi tadi around 4.00am I dah terbangun and terus tak dapat tidur. Lepas solat I suggested to my husband that we should go back after solat subuh so that he can have his medication or jumpa doctor. Dengan tak mandinya kita orang checked out and sampai KL around 8.30am. We went to McDonald and take away yet another family breakfast. Sampai rumah, I mandi, breakfast, tengok American Idol yang I download then borak-borak dengan husband I and both of us tidur sampai pukul 3.00pm. Bangun terus solat and husband I called Khairul tanya dia ada kat rumah ke sebab nak bagi souvenier and barangan yang beli kat Kuching.

Around 5.00pm husband I beli dinner kat Wangsa Walk and bawak pegi rumah dorang and we had our pra dinner there. After that berborak and making some plans. Around 7.00pm, I told them that we want to go back for solat maghrib nanti, Khairul suruh solat kat rumah dia, so kita orang pun lepak la kat situ sampai pukul 8.45pm.. Thank you for the both of them kerana sentiasa sudi melayan uncle and auntie kertunya ini...

Sekian tulisan I yang macam nak bagi keterangan kat mahkamah, minute by minute dan tiada emosi ini....

2 comments:

Unknown said...

mcm buat report kt police station ekekeke

but i still loikee

Claudia said...

hehehe...ituler pasal..thanks muah darling :)

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...