Thursday, January 31, 2013

Kuching Part 4 & 5 (Last)

Kuching 26th January, 2013 Saturday

Today we went to visit our uncle (daddy punya adik) yang sakit teruk dulu. I dah cakap dengan cousin I yang I akan visit dia kalau I datang Kuching. I tak rapat dengan uncle I nie tapi I sempat membesar dengan dia sekali sekala dari zaman dia single sampai dia bertunang. Dia kahwin kita orang tak pegi, rasanya kita orang kat Perak kot masa tu. Sampai kat rumah dia, I tengok dia dah boleh bejalan and bukak gate. That uncle of mine nampak sungguh tua dan uzur macam apek yang kutip sampah untuk recycle. Rambut dia beruban and semua putih, badan kurus dengan isi daging yang hanging around. Tekejut I tengok sebab dulu dia gemuk, bulat tapi tegap. Itulah dia akibat kuat sangat minum arak and campur merokok lagi. Oh, I tell you family from daddy’s side a few of the brothers memang kaki minum cuma adik beradik perempuan and a sorang dua adik lelaki daddy je yang kureng sikit. Uncle nie dah buat bypass and ada problem kat liver dia ke apa tapi dah operate. Sampai situ Aunty Ann (bini dia dah keluar beli lauk), so I pun berkenalan dan bermesra dengan cousin I yang cuma sapa and like kat fb, masa dia kecik umur 4 tahun I pernah jumpa dia, itupun sekali. Sekarang nie ofcourse la dah besarkan, dah kahwin dan dua orang anak. Adik beradik dia yang lain I tak tanya pulak kat mana tapi yang sulung kat Miri. Sempat la I ber main-main dengan anak dia (anak sedara I la kan). Tapi kita orang tak lama kat situ and I bagi dorang keropok leko and keropok kering jugak. 

After a while we decided to go to Fort Margherita. Tempat yang I paling teringin nak pegi and ambik gambar kat Kuching nie. Bila kita orang sampai kat situ, guard tak kasi masuk, dia kata tak dapat arahan dari Gabenor. Hairan la Mbo sebabkan dulu Mbo, aunty and cousin dia pernah datang melawat ke situ. Guard tu cakap baik-baik dengan slanga kelantan nya but nevertheless, I rasa sungguh frustrated...huhuhu.. Guard tu cakap Gabenor tinggal kat situ. Banyak rumah kat Kuching kat situ la pulak dia nak tinggal kan... tensi ah! Then kita orang turun ke bawah kekonon cuba nak masuk dari pintu yang satu lagi. Kita orang suruh husband I and Stanly pegi tanya guard kat situ pulak. Belum lagi melangkah ke jambatan yang menghubungi ke pintu guard tu, guard dah siang-siang angkat tangan kata tak boleh...huhuhu..double frust la I. Husband I ajak ambik gambar kat kawasan persekitaran. I tak nak la sebab panas and fort tu langsung tak nampak pun walau dari berbagai angle.
 
 (Boy yang drama queen itu...sebelum tu dia dah merajuk sebab ingat gambar dia tak ada masa husband I ambik gambar ramai-ramai..hehe..)
 
 (Me, Girl, Boy and Mbo)

Then we decided to go to Museum. Mula-mula pegi Museum Islam. Husband I apa lagi, abis di usiknya budak dua orang tu, siap dia goyangkan unta patung tu lagi...Boy cakap nanti kena tangkap polis, geli hati I hehe... Kat luar tu terang-terang kata tak boleh ambik gambar, so sekadar melawat je la.. On the way nak keluar, I pun cakap dengan penjaga yang bertugas kat situ, boleh ke ambik gambar kat luar nie... dia kata nak ambik gambar kat dalam pun boleh. So cepat-cepat la kita orang bergambar kat dalam.. frust la jugak sebab malas nak pusing balik ambik gambar kat area yang kita orang dah visit tu. Mbo siang-siang dah cakap, jangan ambik gambar dekat patung ...Mbo nie banyak betul superstitious nya itu..hehe.. Sempat la snap satu dua gambar kat dalam and a a few kat luar... Then kita orang pegi to another Museum tapi sekejap aje sebab nak cepat-cepat pegi to another museum furthermore dah kelaparan nih. Sempatlah pusing-pusing and ada exhibition pasal orang mati, apa lagi si Boy and Girl tu mengeletar ketakutan... wah...husband I yang memang kaki penyakat tu bukan main suka lagi dia... geram I tengok husband I sebab budak-budak tu menjerit-jerit and berkepit dengan kita orang... Oh lupa nak cakap Boy kan kalau cakap dengan husband I, suka hati dia la cakap iban dengan pelatnya yang melampau itu... even I pun tak paham... nak tergelak I. Husband I cakap melayu, dia cakap iban...pekat pulak tu... wakaka..Si Girl pulak cakap melayu sarawak dengan husband I lagi la kelakar.. ber kamek kitak ,sik ada hehehe... and you just imagine how sarawakian melayu pronouce R...wakaka... Memang meriah la. Then we went to another museum, after that visit tempat ikan kat sebelah museum nie.

 (Mbo and Me at Museum Islam)

After that we decided to go to Merdeka Plaza, impian si Girl itu to have our lunch. I seperti biasa order laksa sarawak, Stanly pun order laksa sarawak jugak. Husband I order mee kolok, tekejut I sebabkan dia tak pernah order pun selama ini either kat KL sekalipun. His mee kolok was nice but my laksa sarawak rasa standard je... kureng. Boy and Girl senang je asal ada soup, fishball and nasi pun jadilah.. Mbo order mee soup ikan masin... pelikkan makanan tu. I rasa sikit and semacam je dengan herba-herbanya lagi..tak lalu I... yelakan tak biasa.. Lepas makan, kita orang balik ke rumah and on the way back beli satay untuk di makan for dinner sebab malas nak keluar dah... Satay yang kita orang beli nie tak sedap, kering, tak macam satay melaka, satay melaka mana boleh challenge maa...

Since malam tu is our last night together, tah macam mana, kita orang berborak sampai ke pagi. Macam-macam cerita yang dibualkan and semuanya gossip-gossip hebat pasal sedara mara. Tak lupa kisah-kisah dulu yang sungguh mengusik dan meruntun jiwa... Sempat la jugak dengar husband I punya snoring sampai ke luar bilik. Dekat pukul 6.30 pagi baru lah kita orang masuk bilik..

Kuching – KL 27th January, 2013, Sunday

(My cute niece and nephew kat airport)

Dalam pukul 7.30am I dah terbangun. I tidur sejam aje... bila husband I dengan Stanly bangun, I suruh dorang berdua beli breakfast. I tau Stanly segan-segan kat husband I but I don’t care, you see that is the perk of being one of the oldest kakak ipar, you can do and say anything and the adik ipar dare not say anything in front of you or say no to any request and infact dorang segan kat you. Contoh macam dia nak makan semeja dengan kita orang. Mula-mula dia dah duduk kat kerusi and bila I duduk bertentangan dengan dia, cepat-cepat dia beralih kat kerusi sebelah. Masa dia nak check ticket kapalterbang (sebab dia balik ke Miri on the same day as ours), dia tak nak pinjam laptop kita orang to confirm the flight. Sanggup dia keluar ke internet cafe... Mbo la cakap dengan I, masa Mbo suruh dia pinjam laptop kita orang.. Punya la segan. Which is good because at least dia ada perasaan segan instead of main redah je. He is the quiet type but husband I pandai ajak dia berborak sampai Mummy and Mbo pun terkejut akan keperamahannya. Biasalah kita orang kan orang yang lebih matang and berpengalaman so we know how to talk to the younger generation or orang yang ada low self esteem nih, guna psychology maa....

Lepas breakfast around 11.30am kita orang semua berangkat ke airport, flight kita orang pukul 1.40pm. Flight Stanly ke Miri pukul 3.00pm. Lepas husband I check in ticket, kita orang sempat la berpose kiri kanan. Then Mbo datang dekat I and hadiahkan a pair of diamond earring. Tekejut I, I marah dia sebab membazir duit untuk I kan. Mbo kata, it’s ok, dia memang dah lama nak belikan I something. I rasa sungguh terharu and tersentuh hati. And I love it so much. Bila nak masuk kat boarding area around custom check, mula-mula pegawai custom tu cakap, we should put Terabai (Iban shield) yang husband I beli ke cargo sebab barangan nie is a form of senjata. Dia kata kat luar ada cakap pasal benda nie kena letak kat cargo. Kita orang tak tau pun but then she changed her mind and kata next time kalau beli benda nie kena letak cargo.. Fuh nasib baik lepas. Then I dengar Mummy panggil-panggil I and said bye-bye, I tengok airmata Mummy dah mula berlinangan. Tersentuh hati I tapi I tak nak pandang Mummy sebab I tak nak menambah kesedihan kat dia tapi sikitpun airmata I tak bergenang. Eh, what is wrong with me? Masa dah nak boarding, Mbo whatsapp gambar dorang tengah makan kat KFC.. 

Sampai rumah Mbo whatsapp and cakap Mummy nangis non-stop masa kita orang kat custom check tu.. Dia kata kesian tengok Mummy nangis-nangis sepuas hati macam tu. Dia cakap masa dorang kemas bilik Mummy tempat kita orang tidur, Mummy nangis lagi and Mbo cakap dia pun join nangis jugak... Ala..sedih la I pulak. Bulan June nanti Mbo and family akan datang sini sebab Mbo convo kat sini...ahh..I tak sabar nak jumpa dorang lagi and I already started making plans.....
 
Sekian tulisan I untuk kali ini....  

No comments: