Tuesday, April 2, 2013

Update

Rasa macam lama dah I tak update or luahan apa-apa kat blog I. The last time was about two weeks ago, tak ada la lama sangat. The reason was, bukan I malas (ehem..) tapi disebabkan I tak ada modal nak cerita. Hidup I kan stagnant aje... Balik-balik cerita pasal pegi doctor, masak la, merajuk kat laki la, langsung tak berilmiah wakaka.. 

Anyway, I kan start jaga makan since early March. Unfortunately after a month, I cuma turun satu kg aje, I sangat-sangat sakit hati, dah la tu, kejap-kejap naik mendadak la within that month, kalau turun pun, turun negative 1 atau 2, maunya tak bengang, setengah mati I jaga. Dinner I dah tak ambik, imagine la perut I growling mintak diisi tapi I tahan aje atau makan biscuit, sungguh menyeksakan tau.... As for my husband, dia turun sampai 4kg, oh, kejam nya, I sungguh cemburu, it’s not fair sebab kita orang buat sama-sama. Perut dia pun dah turun and seluar kerja and jeans yang dia pakai sekarang nie dah longgar, kejap-kejap dia tarik-tarik depan I, even masa bejalan-jalan keluar, nyampah I... Tapikan kalau keluar on the weekend, diet semua lari, makanan yang berlemak dan bergoreng habis kita orang bedal. Come weekdays, I masak kat rumah and jaga makan. Yang peliknya, kalau I makan nasi tengahari, the next day I timbang, berat badan I akan turun atau maintain whereas kalau I tak makan nasi and makan mee hoon ke etc.. berat badan I akan naik mendadak. Even I makan nasi arab kat luar pun berat badan I tak naik bila timbang the next day...so pelik.. So semalam, I masak ayam goreng sambal as a reward pada diri sendiri dan husband I setelah sebulan tak masak benda-benda macam nie.  

  

Next story, a few days ago, I went to a Spa after solat zuhur. This was the first time for this year, in fact lama I tak “menyepa” kan diri. Dulu nama spa nie, Dewi Day Spa tapi sekarang dah bertukar ke Jari Spa, still at the same place cuma owner dah bertukar. Dulu pekerja dia indon and siap pakai uniform tapi sekarang nie local and pakai baju biasa aje. This time I tak ambik package (which was more cheaper) sebab some of the thing kat package tu I tak berapa bekenan instead I ambik a la carte, macam menu makanan pulak, boleh pilih-pilih. I mintak urutan for two hours sebab one hour tak cukup pada I. I jugak ambik steam and body scrub. Masuk kat bilik je, I snap-snap gambar seperti biasa. I pernah ambik gambar and letak kat previous entry tapi gambar tak berapa terang so I decided to put a new picture on this entry.

As always, tiap kali I berkenalan/jumpa orang baru, the first thing that they asked me was dah berapa lama kahwin? Diikuti dengan, anak dah berapa orang? And that is what budak yang buat I nie tanya. I kan bila orang dah tanya soalan pertama, I dah agak mesti menyusul soalan kedua dan I sudah pasti soalan ketiga yang paling I tak suka sekali ditanya ialah “kenapa tak ada anak, berapa lama dah kahwin, tak pegi berubat ke? Bla bla bla... Sebelum di tanya soalan yang seterusnya itu, cepat-cepat I pintas, I cakap, “I tak ada anak, both of us, suami isteri memang tak nak anak. Kita orang bukan tergolong dari orang yang ndak ada anak”. I’m definietly gonna use this answer from now on. I dah tak kuasa and tak larat dah nak menjawab soalan yang cukup personal ini. I tambah lagi, sebelum budak itu meneruskan kata-katanya, I cakap “ tak apa tua nanti kalau tak ada orang jaga, kita orang akan tinggal rumah orang tua-tua, kat situ pun ada orang jaga”. Ada orang ada anak ramai pun tak dapat jaga mak bapak dorang jugak, tak semestinya ada anak, anak tu nak jaga”. Dan I pun memberikan cerita-cerita ringkas penuh tauladan. After that, kita orang pun meneruskan perbualan dengan cerita-cerita lain, see, you have to cut them short and be firm about it.

Untuk orang-orang yang macam I nie, nasihat I, jangan bagi peluang walau seinci pun untuk orang membuatkan you rasa rendah diri. Tak payah nak explain akan sebab muasabab atau nak bagitau yang you dah berusaha ke, dah buat rawatan ke or whatever it is. You just cakap, you don’t want to talk about it, it is terlalu peribadi untuk di kongsi dengan orang lain. It is your personal, you have the right not to tell them. If they can’t understand that, that is their problem not you. Jangan risau kalau orang itu terasa dengan jawapan you sebab you kena pikir ada tak dorang pikir akan perasaan you yang terasa bila dorang tanya-tanya that kind of a question. They might think, they are only asking but they don’t realise how annoying it was to be asking the same question over and over again, ndak-ndak I yang dah berapa puluh tahun kahwin nih. Imagine berapa ramai dah orang yang I jumpa and bercakap benda yang sama. And to look at the face of the people yang tanya and dengan nada simpati cakap, “tak apa, belum ada rezeki bla bla bla.. tak ke bosan? I personally, don’t need orang punya simpati or feeling sorry for me. I’m fine! I know they meant well and sincere... tapi bosan ok? Put yourself in our position, baru you tau... Just tanya, ada anak ke tak and then stop kat situ aje, tak payah tanya lebih-lebih unless orang tu sendiri nak bagitau. I rasa kan orang yang masih bujang dan dara pun bosan asal jumpa je terus tanya bila nak kahwin kan? Ndak-ndak kalau orang tu dah lanjut usia, don’t ask la.. Kalau orang tu tak kahwin lagi, ada la sebabnya. Lepas tu tak payah la gurau-gurau kata orang tu memilih. Ofcourse la kena pilih yang betul-betul, ingat kahwin nie macam main pondok-pondok ke?

Oh ya, lagi satu, I sungguh lega sebab I tak payah visit kawan-kawan I bersalin kat hospital lagi. Kalau anak buah yang bersalin I tak kisah, itu wajib kena visit. Masa I kerja dulu dalam setahun sampai 3, 4 kali I pegi visit kawan-kawan yang bersalin nie. Since I tak kerja dah sekarang nie, tak ada la I visit lagi furthermore dorang pun lebih kurang sebaya I, for sure tak nak beranak lagi, lain la kalau nak beranak tua, sekarang nie time orang sebaya I timang cucu la pulak... adeiih hai tuanya I.... Like I said the main reason why I lega was not because I jealous jauh sekali dengki but I cukup menyampah lah... bila I nak dukung baby dorang yang masih merah lagi, dorang akan tanya,” eh, kau tau ke dukung budak?” Hapa! You ingat I nie standard cuma pandai dukung anak itik serati je ke? (kataku di dalam hati). I jawab, boleh la.. Then gurauan yang lagi menyampah yang sering dorang dodoikan pada I, “aku kerja nanti, kau boleh la jaga anak aku, nanti aku hantar kat rumah kau eh?” I know it was just a joke but ingat I nie tak ada kerja lain ke nak jadi nanny korang? Tak pasal-pasal jadi nanny lambung-lambung, free dapat gelang bergari stainless steel! Just because tak ada anak, senang-senang je korang gurau berbisa kat I eh? Oh, this joke pun “paling I suka”, bila dah nak balik, “eh, kau bawak balik la sekali anak aku”. Hapa? Kau ingat anak kau tu anak kucing paria ke, main bagi-bagi (ye kataku di dalam hati), tapi diluar I jawab “ambik betul-betul baru tau”. Dorang jawab, “eh, mana boleh, sakit O.. beranak”. Habis tu yang gatal mulut offer kat orang kenapa, betul tak?

 Anyway, berbalik kepada kisah I di spa ini, I suruh budak nie urut I kuat-kuat sebab kalau sikit-sikit tak terasa, sambil tu sibuk la kita orang berborak-borak. Hajat hati yang ndak tidur-tidur arnab ini tidak berjaya kerana ada je benda yang I nak sosekkan. Masa dia urut I, dia hairan kenapa I tak sendawa sebab dia kata I banyak angin and dia kejap-kejap sendawa hehe.. Kentut pun I tak. Budak tu cakap, urat pun banyak yang bersimpul. I know balik nanti sure sakit-sakit badan I sebab lama dah tak berurut nih. Oh ya, sedap dia urut walaupun sakit sebab I suruh dia buat kuat-kuat and I like this kid, she’s good. Masa nak balik, I tanya nama dia sebab I ingat I nak pegi kat dia aje. Tak kuasa I nak orang lain sebabkan nanti tanya soalan sama and furthermore, I dah tak larat orang-orang baru tengok nenen I yang leper tidak berbukit bukau ini..


Keluar dari spa husband I dah tunggu kat luar. Badan I rasa sungguh segar and mood I tersangat la baiknya. I tersenyum-senyum ceria. Husband I cakap, I nampak berseri-seri. Ofcourse la darling... Then dia ajak pegi Wangsa Walk and makan kat Manhattan Fish, first time kat WM nih Sebelum nie pernah makan kat tempat lain but I think this is our 2 or 3 times aje. We’re not to keen makan makanan nih sebab tak berapa suka. Anyway, we decided to try yang grill sebab before this order yang goreng aje. Well..it’s not bad and the service pun ok. Lepas makan terus balik rumah dengan badan I dah mula sengal-sengal....

Sekian catatan I hari ini....

4 comments:

Unknown said...

soklan yg sering di tanya padeku

" bila nak cari pengganti? memilih sgt ke? ko ni memilih..ada org nak ko tanak.... blablabla"

Sakit hati jgk dgr..lps tu menjwab gak 'ko je lah kawen dgn budak tu" senyap memasing. sbb memasing dah berlaki senyap lah. heh..sabo je lah..

Anyway.. merembesnye makanan itew

Claudia said...

ituler JM.. a few of my cousins yang tak kahwin-kahwin lagi selalu kena soalan macam tu from our sedara2 yang dah kahwin tapi mulut jahat..sian tengok dorang, terkebil-kebil senyum malu nak menjawab...yang sorang tu sebab fed up sangat asyik kena soal dia terus kata, maybe dia lesbian wakaka....

The Hushgirl said...

i wish i boleh ckp mcm tu.. maybe lepas ni =) who knows

Claudia said...

Hi Amy,

eh..jgn ckp mcm tu nanti teruk you kena dgn your sedara haha...

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...