Wednesday, October 30, 2013

I Kena Bedah Semalam

Yesterday adalah hari pembedahan I...

Here’s the story, malam semalam sebelum nak kena operate I tak dapat tidur. Puas I pusing kiri kanan but still la tak dapat tidur, lelap seminit dua then terus terjaga. Husband I pun tak dapat tidur bila melihat bininya yang gelisah ini. I ajak husband I tukar posisi, posisi tidur ok. Kita orang pun tidur melintang but still la tak dapat tidur, I berzikir pun tak dapat jugak, frust I malam tu... Orang dah la nak kena bedah esokkan and mata buat hal la pulak. Around 2.30am baru la I dapat tidur tapi pukul 4am dah terbangun.

Masa nak ke hospital around 7.30am rasa macam nak membuang la lagi padahal masa mandi tadi “tugas” dah selesai. I tengok jam, ah..nie mesti lambat sampai sebab sepatutnya kena ada kat sana pukul 8am so that hospital boleh claim insurance kalau duduk more than or 8 hours. Sampai around 8.30am, nasib baik jalan tak jam sangat. Since husband I dah buat pre admission semalam so tak ada la terkocoh-kocoh sangat. Hati I dah tak sedap especially bila teringatkan betapa sakitnya bila nak kena cucuk drip kat jari I nanti. I’d experienced before and sangat sakit tau. Dalam hati I pikir, cuba la kalau I dapat lari kan bagus. Dari dalam kereta sampai la kat hospital nie I senyap je. Risau husband I tengok I. Lepas register/admission, we were asked to go to the Day Care sebelum nak buat operation. Masuk kat situ, wah..semua colour pink/orange and white. Nurse kat situ pun pakai baju pink berjalur putih and some of them berbaju merah hati. Sejuk je mata and tambah lagi air cond yang sangat sejuk. Walau mata dan hati ini sejuk namun ianya tidak berjaya mengurangkan getaran di hati ini. Nurse kat dalam wad Day Care nie sangat baik, caring dan lemah lembut. Then one of the nurses showed me my bed and husband I pun boleh masuk sekali. Tak lama kemudian I tukar baju and seluar panjang I tak bukak lagi. Then one of the nurses came to my bed and check my blood pressure dan seperti yang telah di duga blood pressure I shoot to 180, sangat tinggi. Macam-macam nurse nie tanya and all, ada darah tinggi ke, on medication ke etc. Dia kata nanti dia datang lagi untuk measure my blood pressure. Then I try to go to sleep tapi tak berjaya and tak lama kemudian ada sorang budak nie, menangis non-stop, kuat pulak tu, adeeihh pening kepala I. For sure la blood pressure I tak turun dah lah I tak cukup tidur kan. Risau I kalau blood pressure I tak turun, I takan dapat buat surgery. Tak nak la tunggu, nanti bertambah takut I. Husband I berdiri and tengok-tengok budak tu. Then dia cakap kat I budak nie patutunya kena bagi sleeping pill. Husband I keluar to have his breakfast. Then I told the nurse I want to go out for a walk. Orang dah la tak tenteram and nak rest pun tak dapat. I don’t blame the kid, dia budak apa dia tau, kalau tak main, nangis, tu la kerja, oh not to mention sleeping.

Tak lama kemudian, I masuk balik and tak payah cerita la berapa kali I pegi toilet sebab Day Care nie sejuk sangat, rasa macam tinggal dalam icebox. I try to baring balik and the kid didn’t stop nangis menjerit... adeeihh la and on top of that perempuan sebelah bising bercakap-cakap kat handphone dengan kawan office and she must have been waiting for her husband yang dalam operation theater. I syyhh syhh pun dia tak dengar. I fed up, I bangun and on the way to the toilet, I complained kat nurse suruh perempuan nie senyap. Dah terang-terang sign kat situ Keep Silence, apahal nak bising, bukannya patient pun. Geram I. I balik dari toilet, I pegi kat nurse tu I tanya dah bagitau ke perempuan tu, dorang kata dah. I pegi kat my bed, nafas pun I tak dengar dari perempuan tu... ahh..lega I. Tak lama kemudian, nurse datang untuk shave bahagian kiri ketiak dan di sekitar left breast I. Dia kata, I tak banyak bulu, ofcourse ler, I sentiasa shave tak de la macam orang yang ada blog sesawang tu, setahun sekali je update. Kalau shave kat dia sure boleh buat dua tiga rambut palsu hehehe... Tak lama kemudian husband I balik semula ke Day Care. I cakap kat dia pasal I complained tadi. Then both of us on the tv, tapi we keep the volume very low. Apparently, that perempuan pun pasang tv jugak tapi very low jugak. Tak lama kemudian, laki dia, I assume keluar dari operation theater and masuk ke Day Care. I dengar laki dia mengaduh-aduh... sakit ler agaknya tu. Bertambah ngeri I kat situ. I dah la ketakutan yang amat.

Tak lama kemudian, nurse yang lain datang lagi sekali untuk check my blood pressure, this time dia tak guna yang electric punya measurement, instead yang tradisional and again blood pessure I masih tinggi 170/190. Tak pernah blood pressure I setinggi nie dalam hidup I. Dia tanya ada high blood ke apa, I explained lagi sekali and I cakap I ada machine kat rumah and selalu measure tapi around 120 je. Dia tanya ada ambik apa-apa medication etc.. I kata I makan cholestrol tablet je. Then I dengar dia call Dato Dr Suseela and explained my condition yang nervous ini. Tak lama kemudian Dr anesthetic (Dr Liu) datang jumpa I and tanya-tanya whether I pernah mengalami trauma masa I surgery dulu. I kata yea, it was so painful after gallbladder I was remove. I kata seluruh tulang badan and jahitan I tu sakit nak mampus and makan pain killer pun tak jalan. I also told him betapa sakitnya masa dorang cucuk I punya tangan untuk letak drip. Doctor nie kata dia personally akan cucuk jarum drip I and then dia explained baik-baik pasal surgery that I’m about to have. Dia kata in comparison to surgery gallbladder dengan this lump surgery is like 5 to 1. Maknanya tak sakit la tu, then dia buat perumpaan lagi, dia kata rasa sakit orang beranak or kesan jahitan nie is like, 10 to negative 2. Masa dia explained kat I, you could see how nervous I am and siap mengigil lagi wakaka..nyampah la bila ingat balik. Dia kata kesan memang akan rasa lepas surgery but kena set in mind that it will gradually hilang sehari demi sehari. Masa dia explained tu, sedaya upaya I nak suruh airmata I mengalir, puas la I pejam bukak pejam bukak tak jugak keluar.., hampeh lakonan I saat itu. Anugerah pelakon berkaratker terasa masih jauh untuk I capai....

Then dia kata I ada dua option, satu cucuk jarum drip kat jari and satu lagi pakai mask. I kata which one is better, dia kata cucuk drip. I kata ok la cucuk drip.. wah.. Then dia kata dia nak cucuk jarum drip, takutnya I. Dia tak suruh tengok and dia suruh husband I pegang tangan I. Husband I pun datang dekat-dekat nak hulur tangan dia. I kata tak mau but I just want to look at my husband. Mula-mula dia tepuk-tepuk belakang tangan I itu. I kata sakit..alahai.. hehe.. ngadakan.. Lepas tu dia kurangkan tepuk, dia tanya sakit tak, I kata kurang... ahaha... (omg, I’m laughing while writing this). Nurse and husband I senyum-senyum. Dr nie pun cakap-cakap la dengan I sambil dia masukkan jarum tu kat I..adooi sakitnya.. berdenyut-denyut. I tanya, dia akan ada ke during my surgery, dia kata yes and I cakap, make sure I tak terbangun in the middle of surgery yea doctor, doctor kata don’t worry, kalau I terbangun, I boleh sue dia hehe... Lepas dia explained kat I, dia tengok I masih mengeletar (ditambah dengan kesejukkan aircond). Then dia kata dia nak masukkan saline sebab dia tak mau blood clot kat situ. Lepas dia jab that saline..terus kadar ketakutan I turun dengan mendadak. Then dia keluar. Tiba-tiba I jadi cool and relax. I kata kat husband I, mesti doctor nie bagi I ubat penenang.

Oh yeah, my operation was at 12.30pm, I’m the second patient of Dato’ Dr Suseela nie, the first one was at 11am. Tak lama kemudian, nurse suruh I bukak seluar, panties and also my bra and dia tanya whether I nak pegi buang air kecil lagi ke sebab I dah nak kena pegi operation theater... Oh, I tiba-tiba jadi nervous balik. I terbayang kalau I tiba-tiba kena coma sebab blood pressure I tinggi. Then I pikir, jangan la I kena seksa masa dalam coma. Then I pikir lagi, jangan la ada compilcation and tiba-tiba jantung I berhenti and I meninggal.. Berbagai-bagai pekara bermain di fikiran I yang penuh dengan imaginasi ini. I suruh husband I baca-bacakan I doa so that I selamat la. Kang tak pasal-pasal sedar je dah kat liang lahad kena bantai and kena soal.. huhu... tak mau la...Sementara tunggu nurse datang nak bawak I ke Operation Theather I decided to buang air kecil lagi sekali. Seteguk air pun I tak minum since kena puasa dari malam but buang air kecilnya dekat lima kali, banyak pulak tu. Tah mana datang.

Tak lama kemudian nurse datang and suruh I bukak all of the accessories. I kata I dah bukak dari rumah lagi. Then dia and another nurse nak tolak katil I untuk ke tempat Operation. I pun salam and cium tangan husband I. I cakap, I mintak ampun dan halalkan makan minum I. Sekalikan husband I cakap, ish..jangan cakap macam tu. I baru nak buat memory kan...spoil la husband I, orang baru nak buat scene tambahan ahaha.. Since I dah bukak contact lense and pakai spec, I cakap kat nurse tu, boleh tak I pakai spec sampai I dah nak kena bedah baru bukak sebab I nak tengok sekeliling. Nurse tu kata boleh and I cakap boleh tak husband I temankan I sejauh mana yang dia boleh pegi. Nurse tu kata boleh lagi. Macam-macam demand kan I nie.. Bila nak masuk ke satu section of the operation theater, nurse suruh husband I bukak kasut and pakai kasut khas so that dia boleh join I. Then nurse tunjukkan form, is it my signature and my consent etc., then dia tanya kena bukak all kind of accesories. I kata dah bukak. Then dia suruh I bukak getah rambut and pakai sarung rambut. And then satu pintu terbukak untuk ke another section of the operation theater. I cakap kat nurse tu, sudah! Dia terpinga-pinga tak paham, I kata it’s ok, I suspense dengar pintu tu terbukak..husband I senyum kat je.. Bila katil I nak di tolak ke another section I lambai-lambai husband I and one of the nurse kat Day Care senyum simpul tengok perangai I. Then I cakap kat nurse kat situ boleh tak I still pakai spec I and akan bukak bila masuk operation theater. Nurse kata boleh. Then katil I pun di tolak ke dalam but both me and my husband dipisahkan oleh cermin, so he still can see me but not able to talk or hear each other talking. Masa tu I baring kat situ rasa macam nak lari je, I was so scared and rasa macam nak buang air besar pun yea. I tengok husband I, dia pandang je I and then dia lekatkan mulut dia kat cermin... hehe... scene paling kelakar wakaka..adeeihh... Since we can’t hear each other makanya berterbanganlah flying kiss between both of us haha.. melampaukan. Then ada adegan buat mulut kiss kiss, mesti korang muntah baca nih ehehe.. I bagi signal suruh dia makan, dengan tangan I ke mulut, then I tunjuk perut I cakap nak mu mu (buang air besar), husband I senyum je. Then both of us whisper I love you berpandukan mouth language..hehe..syahdu la konon masa tu... Then ada adegan lambai-lambai tata tata ahahaha..crazy...

Masa I terbaring kat tempat tu, I tengok ramai katil pesakit yang ditolak kiri kanan yang keluar dari operation theater dengan berbagai-bagai rupa dan condition. Semua terbaring kat katil on recovery section and tak sedar., separuh tu ada something in their mouth. Dah la I takut, ngeri ooo. Tak lama kemudian doctor anesthetic yang cucuk jari I masa kat Day Care tadi datang kat I. Dia pandang I, I buat tepuk dada, I kata I nervous. Dia kata “eh, I thought you dah allright”. Banyak lah allright I, jab la apa-apa yang menenangkan I, takan tenang punya. Then nurse suruh I remove my spec and dia kata dia akan bagi kat husband I. Doctor anesthetic jab dekat drip and terus I tak sedar apa-apa. I tersedar kejap bila, I dialihkan ke katil pembedahan and bila I tengok atas, lampu surgery tak pasang lagi, dalam bilik tu gelap and cuma ada satu lampu, then I terus tak sedar apa-apa. This was a different experinced. Dulu masa remove my gallbladder, I ingat baju I ditukar, I dimasukkan ke operation theater yang besar, sejuk dan terang benderang. I kena pakai mask dan posisi I bak cerita Dead Man Walking, masa Sean Penn nak kena hukum mati dengan kedua-dua dibuka kiri kanan. And then the doctor suruh I kira dari 100. I siap boleh bercakap-cakap lagi dengan orang keliling. But not this time, this time, air drip pun tak dimasukkan ke jari I and no mask or change of cloths pun. I guess this is a minor surgery.  

(Orang lepas kena bedah lapar nak makan) 

Bila I tersedar, I dah ada kat recovery section. I sedar tak sedar. Dalam foggy tu sempat lagi I tanya-tanya nurse keliling ahahaha... I dah ke, siapa nama nurse, siapa nama doctor anesthetic tu etc.. sabar je la kalau dah PR.. ahaha.. Nurse kat situ senyum and sabar melayan berbagai-bagai pertanyaan I yang serba khayal. Kalau dorang nak cungkil segala rahsia I, for sure dengan penuh rela I memberikannya.. Dalam keadaan yag separa-separa itu, Dato Dr Suseela datang kat I and tunjukkan my lump and bagitau I, dua-dua lump dia dah remove. I cuba bukak mata nak tengok but then terus I tak sedar apa-apa. Then I tersedar kejap bila katil I ditolak semula ke Day Care. The first person that look at me has a very beautiful smile, well..it was my husband. Oh, I tak pernah tengok wajah seindah itu. I senyum kat dia. I tengok my left breast telah berbungkus macam bantal kecik je. Then I terlelap in and out. Husband I cakap dia balik kejap untuk mandi and datang balik. An hour later nurse datang bagi I air untuk minum. Kalau I muntah maknanya I kena tahan kat ward but lucikly I tak muntah, in fact I nak minum lagi but nurse tak nak bagi dulu. Dia kata nanti dia bawak lunch for me. Tak lama kemudian husband I datang and I tengok ada satu belon kecik Get Well Soon. Nak tergelak I, dia kata dia nak beli yang besar tapi dekat RM50, yang nie less than RM10 je. I kata kat dia, it doesn’t matter as long as dia bagi I something...seposen pun I appreciate.. I told you, I suka hadiah dari dia. During our conversation kan, I cakap slow and sangat lemah lembut. I think it must be the ubat bius yang masih ada lagi. I cakap kat husband I, how I wish I cakap macam nie selalu kat you instead of cakap macam lawyer. Husband I kata, best la kalau I selalu kena bius.. nyampah I.. Then food sampai, walaupun, biasalah food hospital kan tawar but since I’m hungry, I rasa sungguh sedap. Habis I makan kesemuanya.

Kita orang tanya bila boleh keluar, nurse kata dia call doctor and then lepas semua urusan ubat selesai, kita orang pun dibenarkan balik. Sebelum balik nurse check I punya blood pressure and turun ke 137..fuh lega I.. Nurse senyum..haa.. dah turun.. Masa I jalan kat pintu wah.. bukan main laju lagi I berjalan, sekali nurse tu usik I, eh, lajunya bejalan. Tiba-tiba I slow down ahaha.. sejak dari saat itu, I telah memainkan peranan orang sakit. Pegi kat lift nak turun kat lobby untuk bayar bills pun I jalan slow-slow and buat muka sedih sambil tangan kiri I angkat untuk I jadikan shield takut kena langgarkan. Nak jalan kat kereta pun, I jalan slow je. Nak masuk kereta pun dia kena bukak and tutupkan pintu. Masa kereta berjalan I warned him for the bumper and all and make sure tak langgar lubang. Bila ada rasa kereta bergoyang sikit, I dah menjerit, punyala melampaukan.. Then kita orang stop kejap untuk beli french bread for my dinner since I tak ada selera nak makan apa-apa, konon.. cuba kalau bagi nasi briyani, mau melompatnya I tangkap.

Sampai rumah, husband I cepat-cepat kemas katil untuk I baring. I kata, tukar cadar tilam and all baru I dapat tidur..wah..demand... Lepas husband I tukar semua, I kata I nak mandi. Mandi nie bukan mandi betul tapi sekerat badan ke bawah je. Bahagian atas tak boleh kena air. Masa husband I terbongkok-bongkok basuh and sabun bahagian kaki I, tiba-tiba I rasa sayu akan anak yatim ini (ayah dah tak de, mak ada lagi) yang penuh dengan sifat pengasihnya terhadap I. I rasa I sungguh kejam pada dia selama ini, dengan semangat rimau yang tak turun-turun ini. But he still stood by me, bersusah payah pada I. He even said, kalau boss dia tak bagi dia cuti untuk jaga I, dia sanggup berhenti kerja.. Then dia lap belakang I slowly, dia sabunkan and dia make sure tak kena bandage. Lepas mandi dia lap badan I, dia pakaikan I body cream, dia sapukan I bedak and dia pakaikan I baju pyjama slowly. Then dia panaskan soup ayam campbell, dia potongkan french bread and then dia ambikkan I air juice. Dia letak depan coffee table depan tv so that I boleh tengok tv sambil makan. Lepas makan, dia make sure I makan ubat. Lepas makan ubat, I rasa mengantuk and around 9am I dah nak masuk tidur. Then dia susun bantal-bantal untuk memudahkan I berbaring. Tapi I tak nak tidur baring.. I tidur duduk sebab I tak nak tidur terlentang. You tau la, kalau lepas kena bedah or sakit or lemah semangat, “member” yang satu nie suka sangat bertenggek kat dada atau hempap kita. Nak menjerit tapi suara tak keluar... Anyway, husband I pun join tidur sekali, I cakap kat dia that he should sleep kat bawah takut terlanggar kat dada I, wahhh... exxagerate betul I. Husband I cakap, dia tak tidur ganas bukan macam I. I cakap yelah yelah hehe.. Around 9.15pm I tertidur and I terkejut dengar jam husband I berbunyi pukul 3am. I marah oo.. Dia kata dia pun tak tau macam mana jam dia boleh bunyi.. Mistik la konon. An hour later I sambung tidur balik...

I bersyukur kerana semuanya telah selesai, debaran dan kerisauan selama sebulan itu akhirnya hilang. I just hope my lump yang dorang hantar kat lab tu nanti is not a cancer cell or anything serious or I akan sedih sepanjang hayat.

(Hadiah get well soon dari husband I tadi)
 
To my friends and adik kesayangan Zue, En Sabirin atau darling manja JM ahaha.. and one of my sweet silent readers cuke yang sendu hehe.. thank you so much for your doa and support. I really appreciate it very much. You guys are my friends in times of need. Sayang korang dengan sepenuh hati I. And ofcourse my BFF, I know she didn’t know that this blog exist but I still nak ucapkan thank you kat dia sebab banyak bagi I support with her kind words and ayat-ayat or zikir untuk I baca bagi menenangkan hati I.  Dia kawan yang sangat baik dan penyayang..Noreen. I can’t wait to see her..
 
Sekian catatan I kali ini....


6 comments:

omegabiru® said...

semoga cepat sembuh....

CARILAHKUSAYANG said...

Sabirin dtg lagi ekekeke..bencikk.. dah tukar dah semua2 tu datinku..skrg dh boleh masuk blog ku.. walau update hanya serangkap dua je heh...

anyway..sweetttttttt gileeeeeee lah uolssss niiiii....

Igt dah takde lah lelaki mcm novel..ade lg uolssss...

untung datinku dapat husband camtu... bahagia hendaknye dunia kahirat..aminnn

Bercakap pasal nenen ni.. ari tu kakak ipar pon kena operet kt nenen tu..cam datin lah kot.. minor je.. ni weekend ni operet leher lak sbb tirod... ngeri dgr operet2 ni..smpi sekang terasa sakitnya.. euw..

Anonymous said...

Al-hamdulillah semuanya sudah selamat sis...

cuke doakan sis cepat sembuh k...lagi-lagi ada hasben yang loving + caring macam tu...senyum sensorang cuke baca.... :)

Allah turunkan dugaan macam tu kat sis sebab Allah tau sis kuat & dapat terima dugaan tu... :)

kuatkan semangat k sis... :)

xoxo!

~cuke yang sendu sekali sekala~

Claudia said...

Dear Omegabiru,

Terimakasih kepada doa saya cepat sembuh..

Dear carilahku sayang hehe.. banyaknya AKA hahaha,
JM tau tak, terkekek kekek tiap kali datin sis baca your comment, kelakar, menghiburkan hati and l love it so much.. sentiasa ternanti-nanti tau...

Itulah, operate-operate nie ngeri la kan..walau minor ke sb the thought of kena potong dengan pisau tu buat seriau je... moga everything goes well for your kakak ipar...

Dear Cuke,
thank you so much for the kind words and right now sis sedaya upaya mengembalikan semangat ini...

love all of you so much,
Sis, datin sis...

Zue-rouge said...

My dear sis kesayangan..
Alhamdullillah semua dah selamat..walaupun penuh dengan drama dewali..hahaha..tpi as usual sangat terhibur bila baca sis yg penuh dgn drama dan jugak hero dewali yg sangat tabah dan sabar melayan.

syukur sangat sis dh sukses dgn operation tu,dan hope for speedy recovery.

Semoga Allah kurniakan rezeki kesihatan yang melimpah kat hero tu so dia dapat jaga sis mcm permaisuri.

take care sis. and can't wait to see u soon..insyaallah ada rezeki kita.

just in case sis nk save..my hp 012 6832735

bye sis,
Zue.

Claudia said...

Dear Darling Zue,

Alhamdulliah, yes, semua dah ok, syukur sangat.. Thank you so much for the doa dari Zue. Sis doakan Zue and family sentiasa dilindungi dan rezeki melimpah dari Allah.

Itulah Zue, sis nie macam2 perangai dan drama tak habis-habis ahaha..

take care, see you ada rezeki and thanks for giving me your number..

byeeee and lots of love
Sis