Thursday, October 3, 2013

Hari Ini Hari Jadi I

Today is my birthday...

A few weeks before my birthday, I dah mula hint nie hint tu kat husband I. Bila lalu je anything that caught my eyes tak kira apa be it pencil sekalipun, I cakap, you belikan I nie untuk birthday present I pun jadilah (punyalah nak hadiahkan). Kalau I tunjuk barang murah, I akan cakap “you see, you are lucky to be married to me because I don’t ask for expensive gifts (yela tu)”. Husband I senyum je. Kalau I tunjuk benda mahal, I akan cakap “you should buy this one for me, it might be expensive but I’m worth it (eceh! Perasan berharga konon)”. Lepas tu husband I akan cakap, kalau dia boleh beli dunia, dah lama dia belikan untuk I, wakaka..lepas tu I akan cakap, porah sweet talker! Itu tak termasuk lagi I sibuk plan ajak husband I celebrate makan kat sini la kat sana la... Special la sangat birthday I nie...akai...

So malam tadi, masa duduk-duduk kat ruang tamu tiba-tiba I rasa sensitive, mula la nak buat drama. I cakap kat husband I, kenapa I je yang beria-ia nak celebrate birthday I sedangkan dia buat tak tau je serentak dengan itu tiba-tiba je I rasa sesak nafas, dada turun naik...konon sedih la tu... airmata pun macam nak bergenang je...ceh! I pun meluahkan perasaan yang diri ini tidak dipedulikan la, I cakap, you tak romantic la, I tak nak celebrate la, tak payah keluar makan la, birthday I tak penting la, anggap je hari biasa etc.. Sekali you know what? Husband I bangun and bukak ice box and keluarkan sekotak cake berserta lilin. Dia kata “ you spoiled la...” apparently dia dah beli siang-siang and nak surprised I pukul 12 malam nanti. But me being tak puas hati and asyik anggap diri ini victim, termalu la kan because I don’t expect it at all. Lepas tu I pegi marah husband I, I cakap kenapa dia bagi siang-siang and tak tunggu pukul 12. Husband I cakap, I dah sedih-sedih and cakap macam tu, dia nak surprised pun tak jadi sebab kesian tengok I mengomel... wakaka... padan muka I...
 

Then dia pegi second bedroom and bawak gift bag. Dia kata, “nah your present”. I cakap, la kenapa dia bagi I hadiah siang-siang kenapa tak tunggu pkl 12 or esok. Husband I kata, dia tak tahan nak bagi, mesti dia tak nak I berada dalam watak isteri menderita memendam rasa kan wakaka... Itulah I, punyalah tak sabar... I spoiled my own birthday...Tua-tua pun masih lagi buat perangai. I tengok eh apa dalam gift bag nie, sekali I keluarkan, wah...husband I hadiahkan I pyjama pink...I kan suka pakai pyjama instead of nighties...tak main la pakai sexy sexy..bahaya.. Talking about pyjama nie, teringat I akan anak-anak buah I masa I mula-mula baru kahwin dengan husband I and tinggal dengan dorang on ground floor. Aiza and Khairil masa tu kecik lagi dengan muka comel dorang senyum-senyum masa first time tengok I pakai pyjama dorang cakap, eh..aunty pakai pyjama? I kata, yea kenapa, dorang cakap sebab tak pernah tengok orang besar pakai pyjama wakaka...kelakar bila I ingat balik..

Anyway, husband I suruh I bukak, I kata tak mau dulu, nanti lepas pukul 12, tak habis-habis pukul 12 nya.. Husband I cakap, nanti kita cepat tidur. Ye tak ye jugak sebabkan I dengan husband I sejak tinggal Bangkok nie, pukul 9.30pm dah ngantuk and by 11pm dah masuk tidur. I don’t know why sebab kat KL pukul 3 or 4am baru masuk tidur.. I cakap, kalau tak sempat bukak pyjama nie, esok I akan bukak asalkan on my birthday not before.. You see, how I want things to be on a certain way, certain time, date etc... I try so much untuk buang this character but it was so hard, so far memang tak boleh lagi, same goes if I want to arrange stuff, it has to be on this direction, corner nie mesti exactly sama dengan corner tu...facing this facing that..ahh..... I sendiri rimas akan character I ini....

Then husband I cakap, nanti dia belikan I hadiah yang lain sebab sekarang nie tak gaji lagi. Dia kata sorry sebab tak bungkus and kat kedai tu tak ada kertas untuk bungkus so pekedai tu bagi dia gift bag. I kata don’t worry about it. Dia kata, I suka ke hadiah dia bagi, I kata I suka...memang I sangat suka. I don’t care how much it cost, yang penting dia kena belikan I hadiah, wah..mandatory. I cakap kat husband I, nasib baik dia bagi I cepat-cepat, kalau tak satu malam I akan merana, makan hati sebab ingat dia tak bagi I apa-apa. Husband I kata, dia tau sebab tu dia bagi I cepat-cepat sebelum I melarat haha.. ceh!

So pagi-pagi tadi lepas I solat, I tunggu dia wish I, tak wish-wish...hati dah mula nak merajuk (eleh). Then I buat-buat bukak hadiah pyjama nie and nak snap gambar..I risau bila I on my phone, Wo akan wish I dulu sebab I nak husband I wish I dulu...(ya Allah..punyalah melampau perangai I nie kan...). Bila dia tengok I ambik gambar, cepat-cepat dia cakap..eh, and wish I happy birthday.. I kata, I tunggu you wish I pagi-pagi dari tadi, sambil mencebikkan mulut separa jongang ini. I pun tak tau kenapa la tiap kali birthday I, mesti I sensitive semacam..agaknya sebab terasa umur dah meningkat kot? Or perasan hari nie special sangat..padahal...haha.. So anyway, husband I dengan suara garau pun nyanyi la lagu happy birthday antara dengar dengan tidak, maklumlah pagi-pagi suara belum panas lagi. I kata tak payah la nyanyi, dah too late, wah..minah nie...

 
Petang tadi husband I balik kerja awal and ajak I dinner. Mula-mula tu I rasa malas sebab kalau kat KL dah tau nak makan apa, kat sini tak familiar but we decided to google and jumpa restaurant Mak Yah. Haritu ada lalu tempat nie masa naik taxi. On the way nak ke situ jalan jammed..sampai pun dekat sejam..padahal dekat je. Kalau tau naik BTS tapi tak tau exactly mana restaurant Mak Yah nie. Masa I mula-mula masuk terus owner, I think la kan bagi salam. Owner nie tau cakap melayu tapi slang indon. Anyway, the place is not so nice and the food pun biasa-biasa je. Masa baca kat google bukan main lagi this one blogger bagi rave review.. Ntahlah maybe lain orang lain taste. Lepas makan, kita orang balik naik BTS. Sampai kat our stop, kita orang stop kat Villa Market, famous for expat’s punya barangan, imported goods. Tapi haritu kita orang check and beli barangan kat situ, tak ada pun imported goods macam supermarket local je, tak ada variety langsung.
 
I ke situ sebab nak pegi kat kedai Boots (yang I cakap aritu, macam watson and guardian) but I decided nak layer rambut. Kalau ikutkan hati, I nak potong pendek macam jac victor atau adira tapi husband I siang-siang dah veto kata tak boleh..so I suruh pekerja salon tu potong dua inci je... Pekerja kat situ tak tau cakap english tapi nasib baik ada one customer tolong translate. Oh! budak yang tolong translate nie handsome nak mampus, terkedu I kejap, muka campuran mat salleh dengan local, body macam model dan muscular yang tidak keterlaluan, gigi bersih, budak lelaki nie antara ciptaan Allah yang sangat perfect pada pandangan I (husband I pun agree), tapi macam ada soft sikit. Dia sangat peramah and very helpful. Pekerja salon yang cuci and potong rambut I nie badan sekeping and ala-ala gay but I tak kisahlah. Lepas rambut I siap, budak handsome giler nie terus puji-puji kata lawa, wah..nie boleh jadi kawan I nie sebab pandai ngampu haha. Then I tanya dia colour rambut ke? Memang obvious la dia colour rambutkan tapi tak tau nak tanya apa sebenarnya since dia peramah dan tolong I maka kena la cakap-cakap jugak. I tanya colour apa, dia kata soft brown grey sambil bagi senyuman I cukup menawan tapi I tak ada la tertarikkan cuma admire je.. I tanya tinggal kat area nie ke, dia kata yea and tanya I dari mana, I cakap dari KL, dah sebulan kat sini, husband I kerja kat sini and all this while, husband I membatu je kat sebelah, rasa macam bediri sebelah patung batu je, apa la laki aku nie... I kata I suka negara dia, wah.. pekerja-pekerja kat situ semua senyum bangga and masa nak keluar semua bediri and pusing pandang kat arah I and cakap thank you thank you, goodnight profusely...I kata thank you and I cakap Karp Kun Kap (thank you dalam bahasa thai) then I cakap you see.. wah..lagi dorang suka semua gelak-gelak senyum...siap lambai-lambai lagi..

Keluar je dari situ, hujan masih tak berhenti lagi. Tunggu taxi, tuk-tuk semua tak ada. Lepas lama tunggu, I ajak husband I jalan kaki je ke condo sebab bukan jauh pun, dalam sepuluh minit dah sampai kalau jalan kaki. Then husband I ajak pegi 7/11 beli payung.



Sampai rumah, I masuk fb kejap, reply inbox and comment from the well wisher. Lepas mandi I pakai pyjama baru itu. Husband I puji-puji and he was very proud sebab I pakai hadiah pemberian dia. Then husband I keluarkan dua potong kek yang dia beli semalam. Dia suruh I duduk kat kerusi and bakar lilin sambil tu dia snap-snap gambar I. Habis buat wish I tiup lilin... Lepas lilin padam tiba-tiba on balik, eh... kita orang tiup and padam and then jadi balik hahaha.. ketawa both of us..I think nie mesti lilin trick tu.. No wonder la masa api masih kat lilin tu, lilin tu macam ada reaction, keluar spark spark la pulak kan...

Sekian catatan wanita yang telah berusia lebih empat dekad ini......  

7 comments:

JM said...

happy birthday datinku sayang.. sorry lambat wish lak...sobseb

jm doakan sis di murahkan rezki dan dikurniakan kesihatan yang baik.. dan disayangi serta bahagia bersama husband dunia dan akhirat...

seriesly jm suka gilaaa kalau blog pasal husband datinku ini.. lagi2 time datinku ini merajuk ahahaha... mmg drama queen youuuu ekekeke

jm selalu berdoa yg jm akan dpt husband sebaik dan sesabar mcm husband sis.. dgn tabah melayan kerenah kita2 perempuan ni yg kdg2 sukar ditafsirkan ni.. hahaha.. series lah suke baca psl uols.. happy je....

jaga diri di tempat orang datinku...

May Allah bless you...

Zue-rouge said...

Sis

Happy belated birthday to you, sorry lambat wish, semoga sentiasa dirahmati-Nya, murah rezeki happy sihat sentiasa, dan yang penting kekal bahagia hingga Jannah.

alololol comei sgt pakai pyjama tu.sweet

Claudia said...

Dear JM,

Thank you for the wish. Its ok, tak payah sorry sorry lambat wish..bukan apa pun..birthday datin kertu mu aje hehe...

Mula-mula sis malu nak share tentang perangai sis yang tak senonoh nie tapi kalau tak share kisah sis, nak share kisah apa? Sis nie bukan ada story yang interesting pun, last-last sis pikir buat je tema pasal rumahtangga diri sendiri secara ikhlas dan jujur. Tak peduli la orang nak meluat dengan sis yang berperangai teruk nih ahaha...

Betul JM, kita perempuan nie, lagi di bagi muka, lagi naik minyak, sis la hehe.. Lepas tu moody memanjang. Sis doakan agar JM dipertemukan dengan seorang lelaki yang cukup budiman, penyabar dan menyayangi JM sepenuh hati..amin..

Lots of love
Sis Datinmu...

Claudia said...

Dear Zue,

Thank you for the wish, tak wish pun tak pe, janji sis sentiasa di hatimu ahahaha...

Thanks for the doa too... :)

sweet ke apa.. sour ada la ahaha...

Claudia said...

Dear Zue,

tertinggal la pulak lots of love tu... hehe

lots of love
Sis

Zue-rouge said...

Sis

you make me smile..smile selebar2nya..hahah..

lots of love too
muahhhh

Claudia said...

Dear Zue,

hehe... I'm glad :)

love always la pulak hehe
Sis..