Kisah Pada Hari Raya Haji

Selamat Hari Raya Aidil Adha to all my fellow muslim readers. I’m not going to talk or berkhutbah pasal korban this korban that or bagi apa-apa nasihat because I bukan pakar dalam bidang-bidang agama nie. Cuma I sedih tak dapat makan rendang hehe.. 

Kat sini tak ada rasa celebration apa-apa huhu, yelakan hidup di perantauan, wah..macam la jauh sangat... Hari nie, I dengan husband I buat medical check up kat Paolo Memorial Hospital untuk apply for work permit (endorsement) etc..

Sebelum tu malam tadi husband I bagitau, dia ada call Paolo Memorial Hospital nie and orang kat situ cakap tak payah ambik darah or fasting. Doctor tengok-tengok and within 10 minutes dah boleh ambik cert. I dengan husband I punyalah suka, I kan takut dengan jarum apa lagi ambik darah walaupun dah berpuluh kali ambik darah sebelum nie.. Kita orang pun ketawa berdekah-dekah and we can’t believe how lucky we are...(la sangat...).

Bila sampai kat hospital nie, husband I check duit dia and dia kata, macam tak cukup je and dia tanya I ada berapa, I kira-kira tak cukup. Then dia suruh I tunggu sementara dia balik semula untuk ambik duit kat rumah. Sempat lagi I membebel marah-marah kat dia. Yelakan, dah sampai hospital baru perasan duit tak cukup. Sementara tunggu dia, I try guna whatsapp on my new phone, yea you.. husband I belikan I hp baru about a week ago untuk hp number I kat Thailand nih. Brand Samsung jugak tapi jenis WIN DUOS, size kecik and boleh guna dua sim. Version nie baru keluar so cover dia masih tak banyak di pasaran. I ndak la cari cover yang macam ada telinga cute cute kan...*pitam... tapi so far tak jumpa.. Thanks God! Sebelum dia belikan I phone baru, dia suruh I guna extra hp buruk dia buat sementara waktu until dia dapat gaji aritu. Sepanjang-panjang I guna hp buruk dia nie, memang boleh buat I sakit jiwa, dah lah ada kesan-kesan calar, tak ada colour and so outdated. Sakit hati betul I guna hp tu, so confusing, al maklum la I biasa pakai touch screen, tak main la pakai kekunci atau punat-punat nie, amboiii..dekkk. Hari-hari I complained siap main baling-baling lagi hp hazab nih hehe.. I kata kalau baling kat anjing, anjing pun gelak mengiring tengok hp buruk nih. Makcik nie kan tak main la phone outdated, mesti nak yang canggih je...belagak habis padahal, guna untuk whatsapp and call je, function lain tu haram I peduli, nak set alarm pun terhegeh-hegeh... Hp Samsung I yang lama tu khas untuk number Malaysia. Phone number yang satu lagi pulak khas untuk Samsung Note 10.4 tempat I store all my games and books. Yea, I ada tiga phone number sekarang nie you, dua number Malaysia and yang baru nie number Thailand, macam la wanita berkarier ...padahal....wakaka... So I pun sibuk la whatsapp dengan Wo and Mbo guna hp no. Thailand nie memandangkan hp no. Malaysia nie dah abis credit for roaming, kalau kat rumah baru la whatsapp nie boleh guna sebab ada wifi.

Tak lama kemudian husband I sampai and dia arrange everything, sebelum tu dia call and suruh I buat, I kata dia buat la semua, tak kuasa I.. Anyway, orang ramai kat hospital nie, I don’t expect to be call anytime soon but I was surprised because a few minutes later, nama kita orang dah kena panggil. Husband I pun cakap la kat nurse yang panggil tu, dia kata dia ada call semalam and someone kat hospital nie cakap, tak payah fasting and tak payah ambik darah nak buat medical check up. Nurse nie cakap, mana boleh, nak buat medical check up kena ambik darah and tambah lagi kalau nak buat permit. Nurse tu tanya husband I cakap dengan siapa, husband I lupa nak tanya nama. Mula la hati I jadi seriau...like I said, I nie cukup takut part ambik darah nie, muka I dah pucat and nampak panic... I pun berkeluh kesah kat husband I. Betul la nurse tu cakap, mana ada orang buat medical check up tak check darah nak gelak la pulak I tulis nie. Husband I pandang I, dia tanya macam mana. Dengan muka sedih nak menangis I cakap, ambik je la darah, I want to get this thing over with, kalau nak argue pun tak kemana and definietly tak dapat permit and kalau dah keluar tak dapat masuk balik, kalau nak masuk balik kena pegi embassy Thailand kat Malaysia lagi sekali and apply lagi sekali. Oh, if I were to tell you about the procedure nih, sure you all pening, so confusing and macam-macam la... Sebelum tu before sampai sini, husband I dah buat medical check up kat KL and then both of us kena pegi ke embassy Thailand untuk apply for work permit, visa and then dorang mintak original surat kahwin, aritu orang Thailand kata tak payah and then embassy tengok kita orang tak bawak yang original kata tak apa, copy pun boleh.. Then embassy Thailand kat Malaysia nie suruh apply for single entry in order to apply for work permit etc. So bila kita orang dah ada kat sini (Thailand), kena apply lagi so that kita orang akan dapat multiple entry... you get what I mean? Pening kan? Then company kat sini apply permit kerja untuk husband I... about two months later, dorang suruh both of us buat medical check up kat Thailand untuk dapatkan permit visa so that we don’t have to bawak passport kemana-mana and dorang akan produce sort of IC for the both of us to carry everywhere, maybe? Or lekatkan some kind of document ke passport? Tah, I’m not sure la pulak. But, ada but lagi, lepas kita orang bagi medical certificate yang kat hospital Thailand nie, company akan bawak ke immigration for approval. Lepas dapat approval a few days later baru la kita orang dapat multiple entry and also permit whatever...pening kepala I. 

Back to my story kat hospital nie... dengan penuh keterpaksaan I kena la jugak ambik darah... gone were the cocky laugh that we had last night and replace by terror huhuhu... Nurse tu suruh husband I ambik darah dulu sementara tu dia ambik my blood pressure.. And seperti yang telah dijangkakan..blood pressure I shot kepada 179 sebab I sangat takut akan darah yang bakal di ambil nanti. Nurse try lagi, still lagi tinggi. Then nurse suruh I ambik darah dulu, so that blood pressure I turun bila dia ambik nanti. Oh you should see, how this drama queen dengan muka sedih penuh kerutan menahan ketakutan. I suruh husband I bediri sebelah I sementara I duduk and bagi tangan I kat nurse tu. I tak nak pandang jarum and apa yang nurse nie nak buat. I peluk, I pegang kuat kuat dan I cium lengan husband I yang sentiasa menjadi mangsa cubitan dan kadang-kadang bulu-bulu lengan beliau I cabut bila datang angin sadis I itu. I panggil mummy mummy sambil memejamkan mata, masa I rasa jarum tu menebuk ke lengan I, punyalah penuh drama wanita ini... Husband I pujuk-pujuk dengan nada lembutnya sambil cakap, “tu dah masuk tu, tak sakit kan, sikit je, I buat tadi tak rasa apa pun.., tu darah dia dah ambik.., kejap je...”, ah..so soothing pujukkan beliau itu. Budak budak kena ambik darah pun tak ada macam I yang penakut tapi garang nak mampus ini. Kalau la I dapat lelaki yang tak sabar and bosan dengan perangai I yang tak senonoh nie, sure dah kena sound... I nie teruk la... like I said earlier, tahun nie je, termasuk hari nie, tiga kali dah ambik darah, still jugak tak ada daya tahan diri. Apa nak jadi dengan I nie, I hate myself for acting like this...menyeksa perasaan diri sendiri.., tak malu betul. I seriously need to change.

Lepas ambik darah, I dengan penuh bongkak, cakap kat husband I, tak sakit la, sambil buat muka macam bagus. Eh, bukan I ke yang tadi mengelabah macam orang nak kena hukuman mati? Berkeluh kesah, muka pucat and nak menangis bagai? Husband I senyum je and cakap, kan..dah cakap tak sakit, sikit je... Then I senyum tersipu-sipu malu. After that kita orang tunggu doctor panggil untuk buat pemeriksaan ringkas. Keadaan dalam hospital nie sangat sejuk nak mampus sampai gigi I pun berketap-ketap rasa beku semacam je. Fifteen minutes later, nurse pun panggil untuk masuk bilik doctor. Husband I ajak masuk sekali and I cakap kat doctor I nak guna selimut atas katil dalam bilik doctor nie kejap untuk balut badan I sebab tak tahan sejuk and I lupa bawak pashmina, doctor tu tersengih-sengih tengok perangai I. I pun berbungkus dengan enaknya. Doctor perempuan nie macam takut-takut and sengih memanjang, I think baru grad agaknya. Lepas dia check husband I, dia check I pulak, tangan dia sangat sejuk and seperti biasa pelakon tambahan ini pun terkejut-tekejut la pulak bila doctor nie sentuh bahagian persekitaran perut I.... alahai... Doctor siap gosok-gosok tangan dia kasi panas sebab pelakon gedik nih tak tahan sejuk wakaka..., korang janganlah..sejuk taww.. macam ice batu tangan dia...Lepas habis dia check badan I, dia check balik my blood pressure and it seems that blood pressure I masih tinggi and Doctor suggest I buat follow up. I know I may eventually have to makan ubat high blood nanti.. But husband I suruh tunggu dulu, jumpa doctor kat KL and mintak pendapat doctor I nanti.

After that, husband I ke cashier untuk membuat pembayaran, yela takan nak pegi nyanyi karaoke kat kaunter cashier kan... Ingatkan mahal rupa-rupanya sorang RM120 je.. buat penat je dia balik kejap ambik duit tadikan. Nurse cakap result akan dapat within two hours.. wah..kejap je.. Medical check up nie, air kencing and xray pun dia tak buat sebab nie untuk permit and penyakit yang dia nak check pun penyakit macam batuk kering, penyakit puan and penyakit-penyakit yang berjangkit aje. So sementara tunggu result siap, both of us pegi ke supermarket kat sebelah. Yea, Big C yang I kutuk-kutuk and cakap tak nak pegi lagi haritu... ke situ la kita orang pegi tadi, so much for saying not wanting to go there anymore..

Two hours later husband I pegi balik kat hospital sementara I tunggu dia kat dalam Big C nih. Perut dah lapar and I decided to buy some donuts and drinks untuk alas perut. Dua kali jugak husband I ke hospital nie sebab dia punya cert dah siap and I punya kena datang balik within 1/2 hour. Tak lama kemudian husband I ambik and stop over dalam hospital tu untuk beli lunch, makanan arab la what else kan.. oh..I sudah fed up makan makanan arab or Indian food nie but tak ada choice, nie je yang halal and senang nak cari. Then kita orang balik rumah, lepas lunch kat rumah husband I pegi kerja...

Sekian catatan I untuk kali ini...

Comments

JM said…
mase operet tulang belakang ari tu hampir setiap hari amek darah..mmg ngeri.. walau takut tp tgk gak darah yg kena sedut tu... pastu pitam sendiri ekekeke

Claudia said…
Dear JM,

Betul JM, walau dah selalu ambik darah, tak tau la kenapa kita masih takut kan.. xde la sakit macam nak mati..tapi still takut giler la.. huhuhu...

jangan la lepas nie datin sis pitam lak ahahaha..
Zue-rouge said…
Sis yang comei dan vouge

Selamat hari raya aidiladha to u n hasben.

muah..muahh
Claudia said…
Dear Zue yang awesome,

Selamat Hari Raya Aidil Adha to you and your family too..

love and kiss kiss
sis

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku