Dilemma Ms Junk Food

(Junk food / kudapan yang husband I beli semalam)

Petang semalam husband I balik kerja dengan membawa berbagai-bagai jenis kudapan “junk” food yang dia beli sebelum balik rumah. I was so surprised.. Kalau dua tiga packet tak pe la lagi ini...oh dear. I kata hey..nape beli banyak-banyak nie..I kan nak diet. I tak nak makan bende bende nie lagi (konon). Ini semua is a process food (tau pulak process food..yang membelasah selama nie tak sedar pun). Husband I reply, dia beli sebab I suka makan junk food nie.. I kata itu dulu (which was offcourse the last time yang I makan petang semalam), sekarang I tak nak dah.. Husband I kata, tak pe la, bende nie sikit je tak mengemukkan..I kata no way, tengok la perut I buncit.. Husband I kata, buat sit up aje..sambil meletakkan tangan di belakang kepala dan membuat gaya angguk dengan kain pelikat ikat tinggi-tinggi (no ukuran pinggang) tanpa baju, tegelak besar I. Then dia tersengih..maybe dia tau aksi dia sungguh la “seksinya” wakaka.. Then I kata, serious I tak mau.. wah berazam nih..

So tengahari tadi, lepas makan, I duduk-duduk tengok CSINY7 (latest) yang I DL.. I teringatkan Mr Potato..ahh tak boleh jadi..I kena kuatkan hati nih.. Tapi I tak dapat concentrate, kejap-kejap I pandang ke dapur.. I dengar seolah olah Mr Potato perasa BBQ chilli berpeket merah memanggil sayu.. I tahan hati..sesambil tu I telan air liur bila teringatkan akan kerangupan dan kepedasan Mr Potato perasa BBQ chilli itu..ndak-ndak keluaran terbaru nie tulis more chrunchier..waaaaaa... Hati I bagai diruntun..jiwa I menangis.. I cuba minum air banyak-banyak..oh sungguh payah seksaan ini.. I makan cranberries kering banyak-banyak..konon nak bagi kenyang.. tapi dada I dah turun naik turun naik dengan kencangnya..

Dalam sedar tapi terpaksa I melangkah longlai ke kitchen cabinet dan terus mencapai Mr Potato berpeket merah itu.. kemudian I bawak ke ruang tamu..I bukak dan sedut bau dalam-dalam.. I peratikan bentuk-bentuk indah yang nampak rangup dan berempah at the same time. I capai tanpa berfikiran panjang dan I makan satu demi satu tanpa rasa bersalah.. Yang peliknya I rasa sungguh gembira dan ceria..I kunyah dengan berbagai-bagai aksi..baring, duduk, berdiri..dengan penuh ceria. But one thing kan kalau I tengah tengok movie sambil makan keropok I mesti tak dengar apa yang di perkatakan oleh pelakon pelakon itu. So bila part pelakon nie berborak I akan stop kunyah or I akan kunyah slow-slow tapi bila part action I kunyah kuat-kuat.

Habis makan, tiba-tiba terbit rasa bersalah yang teramat sangat. I felt so bad and angry at myself.. How can I let myself fall to the temptation? Bukan ke semalam I meraong dalam hati lepas weight myself.. Yea berat badan I bertambah dengan begitu mendadak. Sekarang nie berat badan I, 49kg, sebelum makan..Can you imagine kalau I dah makan.. I felt so down and so frustrated. How can I let myself down? Tiap-tiap hari, I peratikan perut I..alahai..boroi..kalau pakai panties yang cover perut.. boleh lagi I bersabar tapi kalau pakai yang ala-ala mini or midi..mak engkau.. terjuih keluar.. My stomach is so damn ugly! I’m so sad right now..I really-really kena diet... sebab pada pandangan I kalau I berisi..I nampak tua (sungguh tak sedar diri). I’m not doing this for other people, I’m doing it for myself.. Lagipun kalau I berisi..I cepat mengah and semput (macam orang belari merentas desa..padahal jalan 10 tapak rasa macam nak cari oxygen je). Anyway, back to si godaan Mr Potato tu... lepas I makan I rasa guilty and tak sedap hati.. I pegi ke bilik mandi........... and I jolok tekak I kasi keluar.. berair la jugak mata... I muntahkan segala isi Mr Potato dari perut I.. I jolok sampai I rasa dah tak mau keluar lagi.. Then I rasa puas hati.. Don’t worry I don’t so this often and I’m not a bulimic person.. I just rasa bersalah yang teramat sangat.. (wah serious betul kau nie Dek?).

Petang tadi husband I balik kerja, sebelum tu dia called tanya ada nak makan apa-apa. I kata tak de, nasi and lauk I masak ada lagi beside I don’t want to eat anything (yeah right!). Dia sampai rumah je, I tengah baring kat sofa. Dia kata dia tak ada beli makanan sebab masa dia call tadi I kata tak payah. I kata I teringin nak makan. Dia tanya nak makan apa..I kata semua bende I nak makan..sambil tu I benamkan kepala kat bantal..kira macam frustrated la nie..sebab teringin nak makan tapi I tahan. Then I suruh husband I letak tangan kat punggung I (wah suka la dia)..dia kata kenapa..sekali I kentutkan kat tapak tangan dia kuat-kuat haha.. Husband I tekejut and dia kata tangan dia tergerak sebab letupan I tersangatnya kuat.. hehehehe.. puas hati I, (sebenarnya banyak kali dah dia terkena dengan “bom tangan” dari I nie tapi dia selalu lupa and letak lagi tangan dia everytim I suruh, punya la nerd nya hehe..). Then dia tanya I nak makan chocolate apa..I kata no way.. dia kata don’t worry chocolate tak kasi gemuk.. ye ke? Dia keluarkan semua chocolate kat icebox and suruh I ambik satu..I kata tak mau..dia kata ambik je..then I ambik Snickers.. Masuk mulut...aduhhh nikmatnya tak terhingga..sementelah I nie memang hantu chocolate.. I makan slow-slow and ingat nak tinggalkan separuh..Husband I kata abiskan je. Sambil makan sambil tu I memujuk hati sendiri dan I berbisik sendiri... chocolate nie masuk perut cair jadi air...huhuhu.... ye ke teori I nie?

Comments

che^amad said…
hahaha teruk sungguh situasi sis.. dh macam gaya penagih junk food le pulak.. takpe sis sementara dikurniakan nikmat makan, makan le sepuasnye.. nanti dah kena tarik nikmat tu, lagi dilemma jadiknye.. hehe
Misty said…
wahhh...sukanya dia gelak kat orang..nanti si afi tu sis geget puas-puas ekekeke..

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku