Saturday, October 23, 2010

I Yang Mengada...

Today tak keluar sebab last week dah keluar beside, malas la pulak. Surprised..... I bangun awal..pukul 8.00am pagi nie... selalunya kalau weekdays I bangun pukul errr... 10.30am.. I paksa mata I tidur lagi tapi tak dapat-dapat. I pun bangun jahit sikit-sikit baju cucu sedara yang dah lama I tak buat-buat lagi...penyakit malas I tak hilang lagi hehe.. I decided to cook today tapi I masak lambat sebab masih kenyang with the breakfast..yea..I pun surprise..I breakfast you... roti bakar dua keping sapu butter dan jam nenas.. eh you should try jam nenas nie..sedap la..I tak pernah rasa before this.

Husband I diserang sakit perut cir bir (I think nie mesti kari ayam and dal yang husband I beli bersama dengan roti tempayan and roti canai tu.. yang dimakan malam tadi tapi I makan sikit je)..tengah malam tadi dia ulang alik ke toilet about 5 times. I tak sedar sebab husband I kata I tidur macam batu.. Pagi tadi dia pegi klinik.. and I decided to surprise dia and masak cepat-cepat so that bila dia balik I dah siap semua. Sebelum tu I sms husband I, I suruh dia beli a few things kat supermarket. Tak lama kemudian, husband I dah balik, I tengah masak lagi masa tu.. I tiba-tiba rasa tak puas hati sebab yelakan I nak surprise dia (banyaknya perkataan surpriseeeee)..tengok dia dah ada.. Nak surprise konon, macam la special apa yang I masak... ikan goreng bawal putih masak sambal, sup ayam kentang dan sayur kacang buncis goreng dengan fishball je wakakakaka...Then dia kata dia lupa nak beli barang-barang yang I suruh beli. I kata kalau you beli mesti timing I tepat. Tiba-tiba makcik korang nie sensitip and merajuk tua..ceh.. I kata lagi.. tengok you dah balik cepat..selalu you balik lambat and you dah tau apa I masak.. dia kata dia takut nanti nak tiba-tiba nak membuang..I kata bukan you tak biasa membuang merata-rata ke.. Then dia nak tolong I kat dapur..I kata tak payah and jangan masuk dapur and dia cuba nak pujuk I, I kata stay away from me..wah macam dalam telefilem la pulak. I merungut-rungut lagi..muka sudah masam ditambah dengan peluh memasak dan tak mandi lagi.. so imagine..buruk rupa.

Then I intip husband I duduk kat ruang tamu dengan tangannya diletakkan kat kepala.. kira dia nak overdramatic la pulak.. I ingat dia tengok laptop tapi dia tundukkan kepala. I felt bad la pulak but hati sudah punah I buat tak tau..tapi I nak tergelak pun ada sebab husband I buat so obvious so that I can see. Bila dia tengok I tak layan dia ubah posisi.. tak lama kemudian untuk yang kesekian kalinya dia menjadi tetamu setia kat bilik kecik tu... Lepas I masak I terus bertenet check apa-apa yang patut I DL.. then husband I mengadu lapar..I jeling..I kata I tak mau makan.. padahal perut I dah berbunyi.. tapi tak baik la laki nak makankan.. Masa makan tu husband I bukan main puji masakan I, dia kata masakan paling sedap dalam dunia, dia kata sup ayam paling pekat and kalau I tak mau makan kepala ikan tu bagi je kat dia, dia nak kunyah sebab sedap giler.. (podaahh), then dia kata tak pernah dia rasa fishball masak macam nie punya la sedap.. (podah podah... padahal selama I masak fishball kat dia sekalipun dia tak pernah komen pasal fishball..tiba-tiba je hari nie). Dia cuba-cuba nak berborak dengan I, tapi I jeling and I tarik mulut kebawah..

I kan kalau makan mesti baca apa-apa article be it paper or majalah..but not majalah hiburan such as URTV or Media tu ke.. (kalau baca pun gossip online je) dulu yea I baca but sekarang nie I dah bertukar angin... I baca Al Islam ahak!..jangan main-main you....(sambil membuat aksi tangan bersatu gaya orang bernasyid), akak dah insaf ekeke... So sedang I membaca sambil tu I buat muka semasam habis.. tiba-tiba I come across ayat yang lebih kurang berbunyi begini.. tanda-tanda “kiamat ialah suami taat kepada isteri...” I terus tersedar dari kealpaan I ini (cewah bahasaaa...) and kira insaf la ..I terus cakap lembut-lembut dengan husband I (tau takut dosa..), husband I terkejut akan perubahan mendadak daripada I (tapi I tak bagitau dia ayat yang I baca nanti dia akan perasan) and dengan tersenyum simpul dia menyambut kata-kata I and apalagi macam-macam yang kita orang borakkan sebab masa I geram tadi I asyik berborak sorang-sorang dalam hati. Dan serentak dengan itu, I lupa apa yang buat I tak puas hati...oh the power of hidayah wakakaka.. (seperti tiada apa-apa drama yang berlaku tadi...macam iklan je).

Kadang-kadang I terpikir kenapa la I mengada-ngada sangat, sikit-sikit nak merajuk, sikit-sikit nak ambik hati dengan dia (dengan orang lain tak ada pulak..), padahal bende punya la remeh, kadang-kadang tak masuk akal (bukan kadang-kadang..selalunya)... sungguh tak sedar diri I nie.. Kalau husband I pegi kerja bukan main lagi I suruh cepat balik la ini la itu la..tapi bila dekat ada je mende yang tak kena and husband I masih macam tu je... nerd and blur memanjang....

Masa I tengah exercise tadi dia diri sebelah I dia kopak kulit buah langsat and kejap-kejap suap kat I..bertambah-tambah mengada la I .... I’m such a bitch!

Sekian kisah I hari nie...

No comments: