Saturday, October 2, 2010

Just Another Day....

Today is my birthday.. Cantikan date hari nie? Malam tadi around 10pm husband I dah wish I..I kata..eh belum lagi baru 1st October.. dia kata tak apa..I kata mana boleh..not the time yet.. Lepas pukul 12am I tunggu-tunggu dia wish I, dia tak jugak.. Sekali I tanya, hey, you tak wish I pun.. Dia kata tadi kan dah wish..I kata tadi tu haribulan lain.. Then dia wish I. Dia kata lagi.. dia tak ada gifts untuk I, gift dia nanti dia bawak I pegi trip bulan January next year.. I cakap dalam hati nie mesti tipu nih..takkan tak ada gift kot.. I don’t care about gifts dari orang lain, in fact I don’t want any but not to get from my husband tu.. mana boleh...gelang plastic pun I akan terima dengan gembira..janji mesti ada.. Then I cakap... eh tak pe la.. you baru bagi I anniversary gifts.. (nie case, lain di mulut lain di hati la). Then dia masuk bilik..I cakap dalam hati..nie sure ada gifts untuk I.. Then dia keluar... ingatkan dia ada bawak gifts dari bilik.. eh..tak ada pun.. I pikir nie mesti dia letak atas katil tapi kenapa dia tak suruh I masuk bilik? Then when it was time to go to bed..I cepat-cepat tengok atas katil and keliling bilik.. hmmm..tak ada jugak.. Dalam hati I sudah disappointed but I diam aje..tapi I dah tak nak tengok muka dia...

(Yang "intan berlian" tu beli kat Sg Wang and yang macam earring lanun tu beli kat Semua House)

Bangun pagi-pagi tadi, I checked my laptop..then dia keluar sama..dia wish I lagi and plan mana nak pegi hari nie.. Jiwa sudah kacau and it shows in my face. Orang macam I susah nak cover-cover muka, confirm tak boleh jadi spy or pelakon nih.. Lepas dia balik dari beli paper both of us pun keluar nak makan Dim Sum. Sampai kat restaurant tu orang tak ramai boleh kira dengan tangan and the dim sum was not much unlike before..sikit je and rasa macam dah turun standard. Both of us makan sikit aje..tak puas hati. Then pegi cari selendang untuk I buat tudung sebab esok ada kenduri rumah MIL. Hari tu masa Aiza bertunang I sorang je yang free hair and then jadi pengapit dia pulak tu..duduk tengah-tengah..ish tiba-tiba terbit rasa segan..(apakah ini hidayah buatku muahahahaha..). So I decided to wear it tomorrow. Hopefully, jangan la dorang pandang I semacam nanti malu I or thought that azam I sempena birthday nih. Tak mau la ada yang high expectation ke kat I yang hati bak hari yang sentiasa berubah ini. Lepas jumpa selendang yang bersesuaian dengan baju yang I buat dengan penuh jayanya this past week, I beli earring and cincin besar ibu jari kaki I yang bertakhtakan berlian bernilai RM10 mahal kah kah kah.. Husband I la yang bayar.. I kan orang tak bergaji..huhuhu..

(Lotions and shower gel beli kat Crabtree & Evelyn..kulit badan mau jaga..makin "muda" makin kering and kurang anjalan huaaaa..sob* sob*)

Lepas tu pegi Sg Wang sebab I nak hantar pendant berlian I yang hilang satu batu berlian (ala..pendant stainless steel berbatu swoarski murah je..). Sales girl tu tak charge apa-apa sebab beli kat dia.. then husband I belikan I dua earring, satu pendant and satu rantai kat situ (sama tahap dengan kat atas..murah maaa...). Lepas tu dia cakap..this is your birthday present. Dalam hati I cakap, hmmm..tak surprise pun, macam yang selalu shopping biasa je. Asyik berkonfrantasi dalam hati je hari nie..maklumla..jiwa sensitip berkecamuk nih). Lepas tu beli t-shirts, blouses etc. Then I kata, I want to buy something for myself. Then we went to KLCC tapi sebab tak ada tempat parking, di tambah I tak ada mood, kita orang keluar balik. Then husband I ajak pegi Carrefour nak buat marketing. Sampai Carrefour I kata I malas. Then keluar dari tempat parking I kata I nak pegi Mid-Valley. So dengan meredah jam tu both of us sampai la jugak.

(Tak tau best ke tak, I baca review belakang terus grab aje)

Sampai situ both of us dah lapar cari Little Penang, pindah entah kemana..habis ground Mid-Valley both of us tawaf baru la berjumpa.. nunn di hujung sana. During makan-makan tu I luahkan ketidakpuasan hati I kat husband I dengan muka penuh sendu. Husband I kata eh kan siang tadi kata tak payah. I kata offcourse la, takan you tak tau I and then dia kata dia memang nak beli something. Dia kata sorry banyak kali. I kata I tak mau benda mahal-mahal just a simple gifts pun jadi la yang penting surprise kea pa ke. Then I kata tak payah la..kalau lepas date I nie..I tak mau dah.. what for kan? I kata nevermind la I’m sorry too beside you dah beli macam-macam kat I selama nie. Lepas makan, I survey benda yang I nak beli. I nak beli barangan penjagaan diri kat Crabtree & Evelyn but I decided to check tempat lain dulu. Mula-mula masuk TheFaceShop..product dari Korea..I tanya apa ingredient sales girl tu kata bunga lily..I kata what else, dia kata mainly bunga lily. Bengong betul! I check kat belakang tulisan korea mana la I paham.. Then I blah, pegi L’Occitane, survey and try a few lotion, it is nice but since I already set my heart on Crabtree & Evelyn’s shop so terus pegi situ.. I was spoilt with choice.. I tak tau mana satu nak pilih. I kan memang sukaaa sangat dengan kedai-kedai yang jual benda-benda macam lotion, gel, shower, sabun etc. nih..ahh.. syurgaku.. Since I haven’t buy myself a birthday present so I thought of paying for the item tapi husband I kata no..biar dia bayar. I kata habis tu apa I nak beli untuk diri I sendiri. Dia suruh I beli buku ke.. Keluar dari kedai tu hati I berbunga ceria..tak putus-putus I senyum sorang-sorang.. hehe..terubat la jugak luka di hati..although macam tak best je. I still tak puas hati sebab husband I tak surprise I. Tapi I simpan je dalam hati..oh well..it is just another day of a birthday of a nobody. I can’t always have my way. So anyway, lepas tu pegi MPH, I grab one book and then pegi beli roti kat Bread Story and then we headed home. I tengok jam..oh wow..dari pukul 12pm keluar rumah..pukul 9.22pm baru balik.. penat giler.. no wonder la both of us semput!

No comments:

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...