Friday, October 22, 2010

Update and Resepi Simple

This past weeks I mengalami kemurungan yang melampau (akibat kenaikkan badan yang sungguh mendadak). Rentenan daripada itu, I hilang semangat untuk menulis (macamla penulis buku yang hebat wakaka..padahal satu article pun tak pernah antar kat majalah) dan menjadikan I tiada idea untuk menulis atau share kisah harian I dan juga I menjadi teramat malas. Antara sebab lain... well..I kan couch potato so hari-hari la I mengadap tv sambil menongkrong (tonton) story/movie yang I DL dengan hebatnya.... Tapi I kuatkan hati ini yang tengah lara sambil kejap-kejap memicit lebihan lemak kat perut I dengan perasaan yang sungguh sakit hati... I rasa sungguh rendah diri bila mengadap cermin sambil memerhatikan perut I yang berlipat macam apam balik kat pasar malam...huhuhu..I hampa, hiba, meranaaaa...... Sekarang nie I dalam process mengurangkan kuantiti makanan (yela tu diet..padahal belasah macam biasa je.. ) walaupun bila time weekend I makan bagai nak gila. Petang tadi I start excercise balik dengan naik stairmaster selama setengah jam aje sebabkan, tak sampai 2 minit I dah semput macam orang kena kejar anjing.. kena stop every 5 minutes..punya la tak ada staminanya. Lepas tu husband I balik dari kerja, I suruh dia naik pulak..tiba-tiba dia kata jari kaki dia ada ghout and macam-macam alasan.. I kata sudahlah..then dia naik dengan short petak and tak pakai kasut (and offcourse tak berbaju)..tak sampai 2 minit dia dah mengalah tapi dia boasting..dia kata dia dah sampai 10 km.. auta kel.. Nyampah I..

(Hiking stick or tongkat orang ghout hehe.. )

Anyway, aritu husband I balik dari kerja and beli dua hiking stick. Dia kata satu untuk I satu untuk dia. I was puzzled and so surprised because he is not the outdoor type and susah betul nak ajar dia jogging kat taman titiwangsa tu..ada je alasan.. Dia kata bukan apa mana la tau kalau kita hiking ke..I kata poraahhh.. Rupa-rupanya husband I kena ghout yang serious yang memerlukan beliau bertongkat. This is by far the worse ghout yang pernah dia alami. Kaki kiri dia kat bahagian lutut bengkak and besar. So mana-mana dia bejalan dia kena pakai tongkat.. kesian I tengok..(time kerja dia tak bawak). Tapi dengan angkuh dia cakap..tongkat nie bukan untuk guna hiking ke or untuk bejalan aje, dia kata dia nak guna untuk libas penyangak penyangak sekali. Sambil tu dia menunjukkan aksi macho dengan menghayunkan hiking stick nya itu dengan tak berbajunya (ala-ala separuh bogel). Kah kah kah..tah apa-apa tah... I buat-buat tak layan tapi dalam hati I macam nak pecah gelak kat dia..

Seisi masak memasak

For this entry I decided to letakkan gambar and peringkat demi peringkat masakan I yang sungguh simple ini.. Rasanya sekali dulu I pernah buat kat blog lama. I saja- saja je nak share... orang buta pun boleh masak ekeke...

Bahan-bahannya sungguh simple. Mee kering (direbus terlebih dahulu), mix vegetable yang frozen, sausage ayam, cili merah, bawang putih and merah di mayang, serbuk secukup rasa (kalau nak guna yang kiub pun ok but make sure tidak di tambah msg), serbuk lada putih, chili sauce heinz dan kicap cap kipas.

Goreng bawang, cili and bila dah naik bau masukkan sausage.

Then masukkan mee kering yang telah direbus tadi lepas tu masukkan serbuk secukup rasa and vege frozen.. gaulkan and then masukkan chili sauce, serbuk lada putih and kicap cap kipas.

Sedia di hidang.

Sekian....

Me : Baru lepas membelasah separuh roti tempayan (roti nan lerr..), separuh roti canai tapi mengapakah perut ini masih berbunyi... waaaaaaaaaaaaaaa.... kejap lagi nak makan bubur gingko pulak...double waaaaaaaaaaaaaa...huhuhu.. benciiii...

2 comments:

Misz HoNey said...

uihhh..

mabeles btol...

rasa mcm nk gi umah sis jek mintak barang sepinggan dua tiga...

ekekkeke

Misty said...

hehehe...try la buat Manda resepi sis yang cukup simple nie...hehe..