Weekend's Update - Saturday

Last Saturday, pagi-pagi lagi husband I dah buat hal dengan menyapu penuh dahi beliau dengan bedak dan mula bercakap dalam bahasa merapu tamilnya kat I. Mula-mula tu I tak perasan tapi bau bedak yang harum membuka mata I, bila I pusing pandang dia, dalam keadaan masih mamai lagi, tekejut kejap I haha... Ingatkan I tersalah rumah wakaka.. But I buat tak layan sebab kalau I ketawa makin menjadi la dia. Tah apa-apa tah dia.
  
(Dim Sum at Lai Po Heen, Mandarin Oriental Hotel)

Anyway, that Saturday both of us went out to have our brunch date of dim sum at Lai Po Heen, Mandarin Oriental Hotel. Oh yeah, haritu I bergaya agak retro dengan memakai bell bottom jeans, memakai tali pinggang leather yang besar, baju blouse bunga-bunga yang I tuck in, kasut sandal berplatform tinggi dan beg burberry golf. Rambut I set macam 70’s jugak wakaka… I suka hahaha.. I tau I ugly and pipi tembam fatty bom bom but this minah still nak perasan melawa-lawa sometime, kasi chance la hehe… Back to my story, mula-mula ingat nak makan kat dim sum tempat biasa kat Meisan Szechuan Restaurant at Quality Hotel yang ada dim sum buffet. But we decided to have a try at a different venue. We arrived exactly at 11am. Dim sum kat Lai Po Heen nie start pukul 10am to 3pm. Melangkah masuk aje, wah.. cantiknya decoration and the kitchen was on public view. Meaning, kita boleh nampak chef-chef nie masak dalam kaca. The kitchen was impressive and huge. The waiter and waitress gave us a warm welcome. Dalam hati I cakap, ini sudah bagus.

After we chose our table, we realised that we are the only two customer beside the waiter/waitress in the restaurant. Rasa romantic la pulak. The surrounding was so beautiful decorated. Feels like there’s a cool air flowing and lingering around nicely. Waiter was so attentive, friendly and kind to us. This is an al carte dim sum, tak ada buffet. But the dim sum was delicious and sungguh mengenyangkan. Waiter kejap-kejap isi Chinese tea but I refused after a second time because makin lama Chinese tea nie akan jadi makin pekat. I tak suka minum air tea pekat-pekat and beside I nie kan banyak angin kat badan. Dan seperti biasa, tak sah rasanya kalau I tak snap-snap gambar makanan for my blog. Then waiter datang and offered to take our pictures together. Then dia kata, this is to be put at your facebook (if only he knows how my facebook I yang umpama hidup segan mati tak mau itu). After spending about an hour there we decided to leave. It was quite pricey which we had already expected but nevertheless we are satisfied with the service and the food.

(Shoesssss...)

Then we went to KLCC to buy my SKII cleanser (I seriously need to change the product, yela..) and I was looking for a bag that I could sling. Beg Gucci sling I kecik tak berapa muat nak letak make up kit I. Husband I ajak masuk Isetan yang lama tak I jejaki sebab tak ada apa-apa I nak check or buy eversince I quit my job long time ago. Kalau dulu masa kerja, I mesti masuk situ everymonth to look for my baju kerja sampai budak-budak kat situ dah kenal and selalu bagi I suggestion baju yang terbaru. Oh, those sweet memories… sekarang nie my pakaian rasmi is either pyjama atau short kembang je la hehe.. We went into the shoes department and husband I suruh I pilih. I kan sebenarnya malas nak try-try kasut nie but husband I ambikkan and suggest this and that, uncle tu memang.. Lepas try-try I tertarik with a few design and harga pun tak mahal. I ambik kasut jenis Joy and Peace (on which I tak pernah dengar pun jenama nie) yang colour kuning cost around RM150. On the way ikut husband I ke counter, tiba-tiba I tertarik with design from Sembonia. I ambik dua with a same design but different colour RM119 each. I don’t know why, each time I beli kasut mesti ada hitam. Those shoes that I took was so comfortable although tinggi. Orignally husband I was interested for me to take yang macam kasut-kasut ballet tu but I don’t really like the colours and it’s crunched my toes.

Habis shopping kat Isetan we went to Parkson to buy the cleanser since we plan to look for the sling bag. We saw a few nice one by Bill Keith. Harga tak ada la mahal sangat but since I pikir husband I dah belikan I kasut, I told him, tak payah la beli, buat membazir duit aje. I can still use Gucci and I just squeeze je barangan kat dalam bag tu. Husband I tanya sure ke, I kata yes. See I isteri yang bertimbang rasa uweks… hehe.. Husband I tanya lagi, tak nak ke check brand Paris Hilton. I kata I dah check tadi masa dia pegi ATM, the bags was nice but I tak nak pakai brand Paris Hilton since wearing her brand is like represent her on which you know why, with her reputation yang sungguh overexposed itu.

Then we went to Petronas Art Gallery. Entrance are free but barangan kena letak dalam locker except for your handbag. Bila masuk aje baru I perasan, I already have the book that I bought a couple of months ago, Hotshots. But its ok, boleh la cools things off since husband I dah sakit kat belakang kaki, the new shoes “gigit” dia punya kaki. As usual, I sentiasa memastikan I bawak segala jenis barangan dalam bag and handyplast come in a rescue. Duduk-duduk kejap sambil menikmati gambar-gambar dan suasana yang cool kat dalam. Then I teringat I need to redeem my RM15 kat The Body Shop. I ambik body cream and tambah RM54 of the actual price of RM69. Husband I ajak tengok wayang so we went to check what’s on. Nampak sungguh tak memberangsangkan so I told him tunggu cerita action pack je la.

On the way back, we stopped at AEON supermarket to do our marketing. Masa tunggu husband I nak bayar kat counter, I tengok ada happy hour jual comforter sarung bantal set RM 99 and you get two pillows free. Then both of us decided to buy since it was a good bargain.

Sekian, kisah I di hari sabtu lepas…

Note : Mania best! My fav's of course Atilia, suara dia sungguh superb.  Same goes to Hafiz, Jac and Hazama....
ABPBH :Fazura was so beautiful last night and baju Maya Karin..oh wowwww....gorgeous!! Persembahan Sheila Majid, Anuar Zain and Dayang, Ziana Zain and Lan AWESOME!! I'm glad Pak Nil tak menang this year, bagi chance la kat orang muda yang fresh. Fafau.. hmmm...., apa nak buat, ramai yang minat undi dia.. but still hmmm....

Comments

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku