Purse Baru



Last week, we went out to look for my wallet/purse at KLCC. I tak tau brand apa I nak pakai but I definitely want jenis yang serdahana besar. I tak nak yang bulky lagipun tak ada apa yang I nak letak selain dari, IC, driving license (ko memandu ke wakaka..), card JJ Aeon, card MPH and duit siling je. Masuk Parkson tengok budak sale laki dan pompuan macam anak dara tengah tunggu cekodok nak masak aje, stone semacam. I berdiri tengok-tengok purse dalam cermin, dorang buat tak tau je. Ada kat one corner, dua jantan and sorang pompuan tengah bergossip-gossip sesama dorang, siap menjuih-juihkan lagi mulut auw auw tu. Another place pulak, ada sorang sales girl tu riak muka macam plan nak gantung diri kat palang je balik kerja nanti. I tau la pakaian I macam orang baru abis pantang (self-depreciating sungguh) but still I’m the customer. Tak ke korang jugak yang dapat commission kalau orang beli kan. It wouldn’t hurt to give your customer a smile, once in a while. Your smile is free dear. One thing I don’t understand, kenapa la generation sekarang nie macam tak ada drive or motivation to do something. Tak energetic langsung. If you do something, do it wholeheartedly especially when it concern money or that you’re being paid to do the work. It’s your rezeki, buat kerja sungguh-sungguh berkat tau (wah, macam guru motivator je, kalah abang asmara pajley).

Anyway, back to my purse story, tengah-tengah survey and keluar then masuk balik Parkson, tiba-tiba I di tegur oleh seorang budak pompuan yang sangat peramah. Hati yang kuncup ini kembali kembang. Dia tanya what kind of style that I was looking for etc. Dia suggest and bawak keluar lots of style and suddenly hati I tertarik brand CK orange colour. I decided to quickly take it as I was so lazy nak cari lagi and I was so tired with the thinking and all. Lepas beli I rasa macam regret aje sebab macam mahal la, pada I yang miskin ini. I felt bad for my husband (aii.. sejak bila ada rasa regret and felt bad kat dia Heh!). Husband I kata, it’s ok, it’s for yourself and you are going to use it. Well, the style, sewing and leather material are very nice and soft but you know, purse yang I ada before this is not that pricey. Balik rumah I took a few snaps and I pikir I should have survey and not cepat-cepat nak beli. I told my husband akan ketidak tenteraman hati I lara and I should look more. Sekali lagi dia kata it’s ok, if I find another purse that I like, he would gladly buy for me and please don’t worry about it.

I think I’m gonna stick with it for a while it is just a purse and bukan pakai kat muka pun (yela tu, nak sedap kan hati diri sendiri).

Comments

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku