Pesta Buku Antarabangsa 2012 (Part 1 of 2)

Petang tadi, I pegi pameran buku kat PWTC. Yea yea I know, aritu I dengan berlagaks nye (wakaka..) cakap tak nak pegi sebab kebanyakkan novel dalam bahasa melayu. Anyway, pagi-pagi lagi husband I tanya lagi nak pegi ke pameran buku nie ke, I kata macam malas aje and tengok la nanti. I masak mee goreng for breakfast (berat badan I dah naik and banyak jeans dah tak muat, alamatnya kena pakai kain batik ler keluar bejalan-jalan wakaka…., I sungguh depress sekarang nie huhuhu..). Tengah lepak-lepak kat rumah I decided to check on Propaganza and Melodi since lama dah I tak tengok hiburan ringan dan tidak berilmiah  itu. Bila I bukak kat Melodi, tekejut tengok Ogy jadi pengacara. Dalam hati I cakap, I must watch this. And yes, she was so funny and spontaneous at the same time. I tersengih-sengih tengok telatah dia. Oh, I hope TV3 kekalkan dia, please, dia sungguh menghiburkan hati I. I rasa kalau dia mengacarakan sorang-sorang pun best but really, I do she stays. Yang Propaganza pun I suka jugak tengok sebab I suka akan kegedikkan Marsha itu hehehe.. sungguh miang tapi still ada element yang mencuit hati I. Kalau keluar dating dengan boyfriend dia mesti boyfriend dia steam kan but not Reza la wakaka.. sorry Marsha, Reza I gurau je hehe.. but then Reza kering tu kalau tak ada pun tak apa but then again I think kena la jugak ada sidekick kan.  Oh, by the way, I tak suka and in fact lama dah tak tengok JJCM, sejak ada dua pengacara (Iqbal and Shiha) nie.  Dia dua orang nie makan macam tak convincing langsung and tidak bersahaja.  I prefer Qi, Serina and Maria Tunku Sabri. 

 So lepas habis Melodi, I decided to check about pameran buku kat PWTC, it says Pesta Buku Antarabangsa 2012. Wah! Perkataan “Antarabangsa”, ini sudah bagus bisik hati nurani ku (kui kui kui), mesti ada buku novel English kot, bisik hati senduku ini lagi hehe.. And the theme was “Dunia tanpa Sempadan” menguatkan lagi keinginan I untuk kesana. Husband I balik dari beli paper, I cakap kat dia, ok la I nak pegi. Lepas solat, kita orang terus keluar and stop kat MC Donald drive thru sebab takut lambat. Huhu.. fastfood, mana tak badan naik..…. I ordered large set of chicken foldover lagi waaaa….parai (mati in iban). Husband I lagi dahsyat, dia order triple burger set, I know TRIPLE! Kalau dah set maknanya large coke and fries la kan waaaa… sedih I tau…. Tapi foldover I tak dapat habiskan sebab I dah belasah fries. As for air coke, I share dengan husband I sebab I tak nak minum large coke tu banyak-banyak, yela tu.

We decided tu park at Sunway Putra Mall. Tekejut la jugak sebab dulu nama tempat tu The Mall. Nampak sangat dah bertahun tak ke situ kan. On the way nak pegi, I tengok orang kiri kanan menjinjit berbagai-bagai jenis plastic. I dah teruja dah masa tu. Sampai-sampai kat entrance, like I said earlier on kebanyakkan buku-buku berbahasa melayu. Memang yea pun, 90%. Novel dalam English boleh di kira satu dua booth je, itupun tak penuh, separuh aje dalam boot) and yang selebihnya was an educational’s book kat tingkat atas and sampai kat atas orang-orang kat situ dah siap pack nak tutup. Yang dalam bahasa melayu, paling banyak sekali ialah buku-buku agama and ofcourse novel melayu. Bagi pembaca tegar novel-novel melayu nie, mesti heaven to them. So merata-rata la both of us bejalan, survey and orang tersangat la ramainya dengan budak-budak sekali. I saw one novel melayu macam best aje, I pun ambik and orang tu bagi I satu buku free. I suka, of course barang free siapa tak suka hehe…

On the way back, we decided to check another hall for Karangkraf. Like I said, memang sangat heaven kepada pembaca novel melayu, berbagai-bagai and I tak pernah tengok novel melayu sebanyak itu dalam hidup I. Not only at Karangkraf but hall lain pun sama jugak, punyala banyaknya. Sekali sekala I baca kat belakang buku akan sinopsisnya, hehe.. kelakarla.. semua kisah sendu sendi, jatuh cinta, frust frust, patah hati, pengorbanan, penderitaan, kecurangan wakakaka… Jahat I kan…kutuk-kutuk. Tiba-tiba I terdengar ada announcement pasal Ramlee Awang Murshid and serentak dengan itu, I tengok apahal queue panjang? Rupa-rupanya Ramlee Awang Murshid tengah sign buku. Then I check kat novel-novel melayu, I terjumpa semua buku-buku dia yang I dah ada sebelum nie. Ada satu buku tu, I’m not sure whether I dah ada ke belum, I tanya-tanya husband I baru ke or I dah ada ke, one of budak yang jaga buku tu cakap, buku nie baru keluar tiga hari lepas. Terus la I suruh husband I beli, like I said on my previous posting that I cuma boleh terima buku dia. Lepas husband I bayar, dia suruh I queue and dapatkan tandatangan. I kata, it’s ok la, tak apa la, sebenarnya I segan, eh.. mulut PR (husband I la selalu cakap, I nie PR) pun ada perasaan segan ke? Wakaka..  Husband I pujuk I, dia kata since author dah ada and you had read and enjoyed his books so much and that he is here here right now, baik la jumpa and dapatkan signature dia. I pun pegi la beratur and pembantu dia (I assume sebab pakai t-shirt nama dia), suruh tulis nama kat receipt so that senang dia nak tujukan buku tu kepada siapa, instead of spelling it to him. Queue memang panjang kat section dia. Section penulis lain lengang je. I suruh husband I check, apa yang lama sangat kat depan tu, rupa-rupanya orang yang mintak dia sign buku tengah sibuk-sibuk tanya dia and that banyak buku dia kena sign. Ish, I nie tak sabar la pulakkan hehe… Dalam beratur tu sempat la lagi I dengar ada pekerja kat situ cakap kat one of orang yang beratur tu that, semalam lagi panjang queue. I bet mesti lenguh Ramlee Awang Murshid nie sign-sign buku kan.

to be continued.....

Comments

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku