Thursday, May 3, 2012

Telatah Husband I...

Semalam I ada cerita tulis sikit pasal husband I tak sihatkan. Ini I cerita sepenuhnya akan kisah beliau yang penuh terperinci itu, ampun mengata laki sendirik hehe..Husband I tak sihat for a few days, since last Friday, starting with gatal-gatal hidung and suara dah mula sengau-sengau sikit. Nak kata demam or flu pun tak jugak sebab relak je tak berbaju ke sana-sini (dalam rumah la, kalau kat luar nanti orang ingat orang gelandangan makan free versi sihat kan). Dalam keadaan yang tidak sihat itu beliau telah mengambil kesempatan dengan suaranya yang sengau untuk menggunakan bahasa favourite beliau, you know la, bahasa tamil merapunya itu. I rasa sungguh stress but at the same time, I rasa macam nak terbelit usus kerana asyik ketawa aje sambil marah-marah. Husband I makin I marah makin dibuatnya. Tak cukup dengan itu, tangan-tangan pun ikut setiap gerak patah perkataannya. You imagine dengan suara sengau dan garau yang melampau itu. Lepas tu, dia ikut I kemana I pegi dalam rumah sambil non-stop dengan kemerapuannya itu. Kalau dia dah penat cakap dia akan menggunakan tangannya untuk berkomunikasi dengan I. Bila I tak pandang, dia ketuk-ketuk bahu I dengan jari telunjuknya untuk mendapatkan perhatian. Oh My God, beberapa hari yang lepas adalah pengalaman yang cukup ngeri bagi I wakaka...

Petang tu lepas dia mandi, I agak terkejut sebab dia pakai t-shirt pagoda. Penampilan yang sungguh berbeza dari biasa. Terserlah ketampanan beliau yang tersembunyi selama ini wakaka… Nampak putih bersih and baik-baik je kononnya. Namun begitu kecomelan perut beliau sukar untuk di aibkan. Malam tu, I bangun nak pegi toilet, I tengok dia tidur pakai comforter sampai selubung kepala. I nak tergelak sebab tak pernah-pernah pun, even nak berselimut nipis pun dia tak nak. I rasa suhu badan, biasa je. Dalam kegelapan malam, disinari lampu jalan, I tengok wajah yang tenang bermulut muncung gumuk dengan keriuhan dengkuran beliau yang mengetarkan katil kelamin ini, rasa macam nak cubit aje sebab I geram teringatkan perangai dia yang cukup suka menyakat I.

Haritu I show off handphone baru I kan. Since it was new so banyak stuff I tak letak lagi. For a start I decided to put gambar sesiapa yang dalam contact list I, kalau orang tu call, muka dia akan keluar la kan. Ada a few yang I dah letak such as Vagg’s, I letak gambar Afi yang dia selalu mms kat I. Kat handphone lama ada gambar husband I but yang baru nie tak ada, so I decided to asked him to pose for me. Husband I pun duduk kat sebelah I and mula la nak posing dan seperti biasa beliau tak berbaju. I suruh la dia pakai t-shirt ke, dia kata it’s ok. Bila I tengok kat handphone, eh, ini tak boleh jadi sebab nampak macam gambar porno je wakaka.. I suruh dia pakai baju lagi but instead of pakai baju, dia silangkan lengan dia kat dada berbentuk X, meaning tangan kanan ke bahu kiri and tangan kiri ke bahu kanan wakakaka… Bila I tengok kat handphone macam rupa perogol bersiri dalam jel yang kena hukum ketuk ketampi wakaka... Dia ubah lagi posisi tangan dia but still nampak tengkuk gumuk and lurah nenen dia wakaka, cuba la korang try, mana boleh tutup semua dengan badan kan(lagipun kalau sesiapa tengok gambar posing macam tu, mesti musykil, lain la kalau penyanyi popular nak letak gambar kat kulit album). I ketawa macam nak pengsan hahaha… adeeihh, teruk la husband I, punya la tak mau pakai baju. Bila dia tengok I gelak sampai tekeluar airmata baru la dengan malasnya dia bukak almari cari baju bekolar, terus pakai and memberi pose muka macam nak bergaduhnya itu wakaka…

2 comments:

vagg-nini said...

hahahahahahahaha abg serius mcm Gab kan.. kalo depan2.. bkn main serius.. skema je.

tp kalo depan bini.. Tuhan saja yg tau betapa lawak gile... mcm2 aksi. kalo cite kat org.. org x caye ITU LAKI KU. hahahaha.

oh mommy.. letak gambo afi yg mana satu? jgn yg ala2 justin bieber sudah wakakakaa.

porno xtahan tuuuuu.. ala2 theerroticdancer tak hahaha

Claudia said...

Betul vagg, kalau depan orang bukan main serious je dorang, org tak caya kalau kita cakap perangai SEBENAR dorang macam mana hehehe..

Sis letak gambar afi yang pakai baju oshkosh b'gosh berkolar colour hitam belang kuning, gambar tengah duduk belakang kerusi belang2 merah kuning biru

theeroticdancer.. hehehe

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...