Tuesday, April 23, 2013

Trip Ke Beijing Part 1

 Hello everyone,

We just got back from our Beijing Trip. Yes, this kakak and abang korang baru balik last Sunday. Actually, it was a last minute trip as we have no intention of going there. Mula-mula ingat nak ke Langkawi, kemudian bertukar ke Bali, then ke Hongkong. But when we went to the travel office, the travel agent recommended the Classical Beijing 5D 4N, a Muslim Tours. Husband I memang teringin nak pegi dari dulu sebab dia nak ke Great Wall of China. I pun ndak jugak but I prefer pegi negara omputih kalau alang-alang nak ke oversea, yang belah Asia nie kira nanti dulu la kan. Then I teringat husband I dari dulu asyik-asyik sebut-sebut nak ke Tanah Besar China nie, so I turutkan jua. Lepas discussed/booked dengan travel agent tu, the next day we went back and terus bayar full price. We also brought along our passport untuk apply for visa. During those weeks, we were quite busy preparing and packing our clothes. Tau je la I, dua minggu sebelum berangkat, siang-siang I dah sibuk susun and pilih baju. Mana lagi nak kena match and all kan. We also brought the laptop sebab I ingat nak update blog while it was still fresh in my mind but the thing is although internet kat China nie line dia ok, tapi FB, Blogspot, YouTube etc.. was banned. Spoiled je so I kena update bila balik KL. 

Anyway, here goes....

Tuesday 16th April 2013

 Around 9pm, our taxi datang ambik untuk ke airport. Actually, kita orang suruh datang pukul 8.30pm but the pakcik was late, alasan dia sebab jumpa kawan, ada ke? Rasa macam nak marah aje but bila memikirkan we will be spending at least one hour time dengan dia kat dalam taxi tu, so I decided just to keep quiet je la. Kang tak pasal-pasal di bawaknya ke Tasik Kenyir ke kan, melepas flight. On the way ke sana, tour agent dah call, nasib baik dah nak dekat sampai and jalan tak jam. Dekat pukul 10pm kita orang sampai airport KLIA, yelakan takan la taxi tu bawak sampai airpot Chennai. Sampai je terus ke aras 5 and cari tour agent. Then kita orang pegi dinner kat situ yang tak banyak choice itu. Lepas makan, lepak kejap and then jalan-jalan masuk kedai buku kat airport. Tak lama kemudian husband I ajak boarding sebab flight pukul 12.25am.

 Masuk kat boarding area, both of us was wondering siapa yang akan join tour nie but we don’t know anybody. Tour agent pun tak nampak and it was kind of confuse sebab selalunya tour agent akan ajak semua berkumpul. Rasa macam travel sendiri-sendiri aje. Our flight from KL to Beijing took about 6 hours. 
 
Wednesday 17th April 2013
 
We arrived at Beijing International Airport around 6.25am. The weather was cold. Turun dari flight, nampak tour agent tunggu kat tepi pintu tapi dia suruh jalan aje. So we went to get our luggage and lepas tu tunggu kat pintu arrival. Tunggu punya tunggu dekat dua jam tak muncul-muncul. Pilot and pramugari/pramugara MAS yang kita orang naik tadi dah turun. Both of us dah panic. Naik turun, naik turun tak jumpa-jumpa. Habis keliling airport and bas kita orang cari tak jumpa-jumpa, ingat kena tinggal. Ingat kalau dorang dah blah, kita orang pegi hotel je dulu. Husband I called a few times baru dapat. Rupa-rupanya dorang tunggu kat luggage area. La..kenapa tour agent nie tak bagitau kan.. I sungguh bengang. Dah la sejuk nak mampus masa cari-cari and tunggu kat luar airport tu.
 

Tak lama kemudian baru la dorang keluar and first time I jumpa group kita orang nie but masa tu masih tak berkenalan lagi sebab hati masih membara. Then tour agent dari China nie datang and bawak kita orang ke bas pelancong. Amoi nie nama singkatan or panggilan dia Mel. Dia pandai cakap bahasa melayu tapi ada campur indon sebab guru yang ajar dia, ajar dalam bahasa indon. Kita orang terus bertolak ke Imperial Summer Palace dengan tak mandi and tak berus giginya lagi. It seems that dorang dah ubah schedule but semua tempat akan pegi according to the schedule. Sepanjang perjalanan ke sana, macam-macam info Mel bagitau kat kita orang. It was very interesting. Oh, weather sangat sejuk, I bengang lagi sebab masa kat KL, tour agent nie cakap bawak jacket nipis aje but weather kat sini walaupun musim spring rasa macam winter aje, sejuk nak mampus. I pulak bawak jacket nipis...oh I sangat sakit hati, kalau I tau siang-siang I dah bawak satu jacket winter. Tambah-tambah tengok husband I lagi I kesian, jacket nipis satu je dia bawak. Nasib baik I bawak another jacket, itu pun untuk musim spring. Budak-budak yang ikut kita orang tour nie pun frust sebab dorang pun bawak jacket nipis. Maka bermula la acara tangkap menangkap gambar dengan berbagai pose dan posisinya sekali. Kita orang tak jalan jauh just dekat-dekat aje. Macam-macam perangai dan ragam orang kat situ, tarian poco-poco pun ada terutamanya warga emas. Pemandangan sangat menarik dan summer palace nie sangat besar dan cantik.   


Then we went to Silk Store. I tak beli cadar tilam etc. sebab I nak tengok kain aje. Cadar tilam, comforter etc.. tu banyak choice but kain potong, alahai, boleh kira dengan tangan aje. I beli dua aje just untuk buat kenangan walaupun tak cantik mana pun. Pekerja or sales girl kat situ, oh dear, sangat-sangat pushy, aggresive and doesn’t take no for an answer. But silap orang la sebab I memang tak minat nak beli cadar tilam, comforter tu semua sebab bila campur-campur jadi mahal beside baru sehari je sampai, maybe ada benda lain yang lebih berbaloi untuk dibeli. Kain silk yang I beli pun rasa rugi la pulak membelinya. Balik dari Silk Store, kita orang pegi makan kat muslim restaurant, yela namakan muslim tour. The food was well... tak sedap mana pun sebab biasalah tekak kita macam mana kan. Rasa makanan dorang nie, masin tapi Mel dah bagitau tukang masak suruh kurangkan masin. Nasi dorang nie rasa semacam, melekat-lekat bukan macam beras siam, lain la rasanya. Tapi sebab dah lapar, makan je la dari tak ada makanan.   


Lepas makan, kita orang pegi ke Panda Zoo. Masa datang situ, ada panda tengak melepak and ada yang tengah mengunyah buluh. Gumuk-gumuk dan besar-besar tapi tak banyak, ada dalam empat ekor and some of the place masih dalam renovation. Kejap je kita orang kat situ, lepas tu kita orang tengok Acrobatic Show. Ramainya manusia dan orang-orang cina yang datang dari daerah lain nie. Kecoh tu tak payah ceritalah, dari mula show sampai habis dorang nie non-stop berborak dan macam-macam ragam, dengan pakai topinya la, dengan kejap-kejap bangun duduk la, nampak macam tak beretika bila tengok show but bila I pikir balik, I have no right to judge them base on how their act or behaviour. It’s their culture, buruk pada kita is normal to them. Lain bangsa or lain perangai dari negara lain, lain la character dan adat resam orangnya kan? Wah, open minded nampak... Anyway, Acrobatic Show nie tak ada la best or impressive mana pun cuma yela...still unique and bukan semua orang boleh buat apa yang dorang nie buatkan, contohnya naik basikal sambil pegang 4 or 5 batang kayu yang atasnya ada piring berpusing, lompat-lompat kat gelung bergolek yang kecik ke, enam orang tunggang motorsikal dalam satu pagar bulat yang kecik etc.


Lepas habis show tu kita orang pegi sembahyang kat Masjid Niujie yang terbesar di Beijing dan tertua di China. I tak dapat solat, paham-paham je la kan... ish rugi la. Rasa macam kembali ke zaman silam berada di dalam kawasan masjid itu, dengan struktur binaan dan suasananya yang sungguh peaceful itu. Terdapat beberapa orang tua-tua berkopiah di kawasan persekitaran. Masa kita orang masuk kat situ, dorang kat situ semua baik-baik and very helpful, tunjukkan mana nak ambik wuduk, toilet and mana masjid untuk perempuan. Husband I sempat berderma kat situ and sedekah al-fatihah kat Makam Syeh. Masa I duduk-duduk kat luar sementara tunggu some of the group perempuan yang tengah sembahyang, tiba-tiba datang seorang perempuan cina yang separuh umur menegur I dalam ramai-ramai perempuan yang tunggu sama dengan I. I pun cuba la berborak dengan dia, tau je la I nie kan PR bak kata husband I. Dia tak paham apa I cakap, I pun tak paham apa dia cakap tapi dia sedaya upaya explain kat I. Nama dia Ustazah Aisyah dan dia mengajar orang mengaji kat daerah dia, siap explain dalam bahasa arab lagi. Dia datang Beijing sebab potong and buang gallbladder, hehehe..coincidence sebab I kan pernah buat procedure tu a few years ago.. Macam tau-tau je Ustazah Aisyah nie kan. Then dia tunjukkan perut dia yang baru kena potong, I pun explain pasal I pernah kena potong jugak dulu, main tunjuk-tunjuk perut. One of the perempuan kat group kita orang cakap, dia pun ada batu kat gallbladder tapi dia tak potong sebab dia minum air apa tah lupa..for a few weeks and last-last batu tu keluar. Muka Ustazah Aisyah nie bersih dan bersinar-sinar, terpancar ketenangan di wajah berserta senyuman manis beliau.


Tak lama kemudian dia pun mintak diri, kita orang pun nak ke bas. On the way nak balik ke bas, tiba-tiba I teringat, eh, macam I pernah nampak dia dulu, kat mana eh? Then I teringat cerita Muslim In China kat National Geographic kalau tak silap I rasanya ada Ustazah Aisyah nie la yang ada keluar kisah dia mengajar budak mengaji dan bahasa Arab. Maybe ustazah lain kot....tah la.. tapi macam muka dia... I bagitau husband I, husband I cakap kenapa tak ambik gambar, I kata segan la nak bergambar mana la tau dia tak nak ke kan... Lepas solat Mel, ajak ke muslim supermarket. I dengan husband I beli buah aje and sempat jugak snap gambar makanan, kuih-muih yang di jual di situ. Ramai orang beratur tapi kita orang tak berani nak beli or rasa sebab nampak pelik.

Balik dari muslim supermarket kita orang pegi dinner. Makanan dinner sungguh la tak sedapnya dengan lauk-pauk yang manis-manis belaka. Lepas makan, barulah kita orang check in kat hotel. Sungguh memenatkan, dah la tak mandi sehari kan dan malam itu I makan mee in my mug sebab I tak makan banyak masa dinner tadi. Lepas mandi, I cepat-cepat menyediakan baju untuk dipakai pada keesokan harinya....

No comments: