Thursday 18th April 2013
Pagi-pagi breakfast kat hotel and the spread buffett was sungguh menyedihkan. Tak sedap satu, lepas tu sikit nak mampus, boleh dikira dengan tangan. Satu bekas sausage, satu bekas telur, satu bekas mee goreng, satu bekas porridge yang cuma ada satu sayur masin untuk dicampur dengan bubur, satu jenis roti, satu jenis croissant, tomato, timun, satu or dua air juice, coffee dan tea. Itu sahaja. Telur overcooked, mee goreng tasteless, roti macam baru dikeluarkan dari peti sejuk. Sausage I tak berani ambik. Telur I gigit sikit terus I luahkan balik sebab like I said overcooked. Buffett breakfast, hari-hari sama cuma kalau tak mee goreng, ganti nasi goreng yang ada isi ayam. Kita orang memang tak makan langsung sebab sekarang kan musim H7N9, lagipun sembelih ke tak. Mee goreng dorang macam orang pejam mata yang masak, langsung tak even, sebelah nie ada gaul kicap and sebelah tepi tak ada, sayur pun macam tak nampak, even fish ball pun tarak. Anyway, breakfast kat situ hari-hari, I cuma makan roti dengan butter and jam serta air tea aje. Kita patut berbangga dengan buffett kat hotel-hotel kita kat Malaysia yang bertimbun penuh dengan makanan dan sedap-sedap belaka and nothing like them.
(Dalam Jade Centre yang luas itu)
Weather kat luar tersangat la sejuknya, pakai baju berlapis-lapis pun still sejuk. Lepas breakfast kita orang pegi ke Jade Center. Kedai Jade nie sangat besar dengan berbagai-bagai bentuk Jade yang dipamerkan. Sebelum tu, orang kat situ bagi penerangan serba ringkas. Harga, mak oii mahal-mahal. Dalam hati I memang tak ada niat nak beli sebab tujuan ke China hanya sekadar nak melancong dan ambik gambar aje. Tapi husband I suruh I ambik bangles jenis oblong, I kata I tak minat because it was just a batu, it’s like you’re buying a rock yang colourful aje. I kata tak apa la, mahal la. But dia insist I ambik jugak sebagai kenangan. Sales girl I suruh I ambik yang harga 5000yuan, I kata, I punya budget 3000yuan aje. Cari punya cari tak ada pun yang harga serendah itu, kalau yang ada quality tak bagus. Dia suruh ambik yang 5000yuan jugak, I kata no, last-last dia panggil supervisor dia and I dapat jugak 3000yuan itu, maknanya RM1,500 duit kita. Lepas bayar I rasa macam rugi aje sebab mahal, husband I kata tak apa, at least I ada kenangan. Ada yang dalam group kita orang nie, dia beli bangles oblong macam I tapi jenis yang lagi berkualiti dan mahal 13,000yuan, dia tawar dapat 7,000yuan, RM3,500 duit kita.
Lepas tu kita orang pegi ke Cyrstal Center. Mula-mula ingat nak beli cincin but try punya try, satu pun tak muat sebab jari jemari I kecik sangat. Nasib baik tak beli sebab I tak ada la nak sangat. Seperti biasa sales girls kat situ sungguh pushy, macam-macam cincin dia suruh I try tapi I sikit pun tak hingin. Then I decided to beli dua gelang cyrstal yang murah aje, kat Malaysia pun ada. Patutnya tak payah beli pun.
Lepas tu kita orang pegi makan kat another kedai yang menjual pelbagai jenis cendrahati but kilang nie specialise buat barangan tembaga. Kat kedai or should I say kedai/gudang besar nie ada restaurant kat tingkat 3. So kita orang pun lunch kat situ dan solat sekali. The food was well..bad as always tapi dah lapar makan aje la. Lepas makan, merayau kejap beli satu dua barang, tak ada yang menarik pun.
Lepas tu kita orang pegi makan kat another kedai yang menjual pelbagai jenis cendrahati but kilang nie specialise buat barangan tembaga. Kat kedai or should I say kedai/gudang besar nie ada restaurant kat tingkat 3. So kita orang pun lunch kat situ dan solat sekali. The food was well..bad as always tapi dah lapar makan aje la. Lepas makan, merayau kejap beli satu dua barang, tak ada yang menarik pun.
Lepas tu kita orang pun berangkat la ke tempat yang memang ditunggu-tunggu oleh semua orang iaitu Great Wall of China. Tak dapat digambarkan dengan perasaan akan keseronokkan di hati all of us, semua senyum memanjang. So bermula la kita orang bergambar di sana sini sebelum memanjat tembok cina itu. Mel bagi kita orang masa 2 jam but I protes, I cakap I want 3 hours. What is the point of datang jauh-jauh kalau setakat 2 jam je kan. Dia kata ok. Sebelum naik, husband I and a few of our group tempah buluh yang boleh ukir nama pasal kita orang dah ke Great Wall nie. Kita orang bayar dulu and bila turun nanti baru ambik bila nama dah siap. Then kita orang pun memulakan acara pendakian. Mula-mula kat bawah tu macam ok je tempat tu, sampai kat tangga pun ok lagi, tapi bila dah naik kat atas-atas, oh dear. The tangga is so curam at some part, kalau yang curam tu huii... tangga dia menegak dan tinggi-tinggi paras lutut tapi ada jugak tangga dia ok tapi tak serata, kena careful. Masa I naik to the next stop, I told my husband I tak nak naik lagi, gayat I. Husband I bagi semangat dia kata, rugi kalau tak naik lagi, dia tak suruh I tengok bawah and belakang. I pun naik la sambil memandang ke depan tapi sekali sekala hati gatal I datang, I tengok jugak belakang I, adeiih suspense sungguh, seriau jantung I. I was also worried that my betis kaki mesti sakit sengal nanti but demi keinginan yang mendalam I gagahi jua.
Weather was very cold but since naik tangga macam dah setengah mati, rasa sejuk itu hilang tapi diganti dengan peluh-peluh. I was impressed with orang tua-tua cina yang masih boleh naik lagi. Masa naik tu, kita orang stop kejap-kejap sebab tinggi oo.. and penat lagi. I terjumpa satu family cina dari Malaysia and since I nie kan PR maka berborak la kita orang sambil naik tangga nih, dia bagitau I datuk dia umur 71 tahun and nenek dia 68 tahun yang tengah naik itu. Rasa malu pun yea jugak tengok dorang nie tua-tua nie nampak relax aje. I tanya apa rahsia atuk dan nenek nie, dorang cakap dorang tak makan daging, makan sayur aje. Wah! Good tips, boleh pratikkan nih. Bila I bagitau husband I yang I plan nak jadi vegetarian, husband I kata tak boleh sebab badan memerlukan protein, yea la tu ahli nutrisi! Anyway, I rasa sungguh bangga dengan diri sendiri akhirnya I sampai jugak to the next stop, walau tak tinggi mana. I ingat nak naik lagi but I takut tak larat la pulak nanti. But kakak and abang dalam group kita orang yang berumur 64 and 65 tahun nie terus menyambung lagi pendakian dorang to the next stop. Rugi la I tak teruskan sebab I sibuk nak snap gambar sana sini (yela..alasan). I tengok next tangga pun sama macam yang I naik tadi, I terus surrender... But I tell you, I want to come again and I nak conquer lagi, I rasa tak puas hati la pulak.
(Curamkan tangga dia?)
Oh yeah, pemandangan sangat la indahnya dan weather sungguh nyaman tak berapa sejuk sebab matahari bersinar dengan cantiknya. I sempat hantar whatsapp kat Mbo and sms kat Wo. Dorang tak tau kita orang pegi sini, kita orang tak bagitau sesiapa pun hatta family husband I sekalipun. I ada jugak tanya husband I, dia tak bagitau family dia ke, dia kata tak payah..., al maklum la I dengan husband I kan pasangan terpinggir wakaka... tiada siapa pun peduli or nak ambik tau.....sendu konon... Selepas puas bergambar dan berehat-rehat kat atas tembok cina nie, we decided to go down. Sudah! Memang sure gayat because I have to look down sebab nak turun tangga. I suruh husband I jalan and turun tangga depan I sebab kalau I jatuh at least ada cushion untuk I landing hehehe... Masa nak turun tu kan, I terdengar ada satu orang tua cina nie, berkeluh kesah masa nak naik..dia kata...haiyaaaa...haiyaaa... dengan serba kepayahannya sambil menarik nafas macam nak mati. I punya la tak tahan terus I gelak-gelak kecil kat situ... jahatnya I kan... Husband I tanya kenapa, I bagitau dia lepas tu I bisik kat telinga dia, I ikut lelaki cina tua tu mengeluh..I kata haiyaa...haiyaa... sengih-sengih husband I.
Sampai kat bawah, kita orang melepak lagi sebab tunggu yang lain-lain. Had I know, they were still up there, for sure I tak turun lagi. Husband I pegi collect kat tempat yang tempah nama kat buluh masa nak naik tadi and it was so beautiful. After a while kita orang pun berangkat untuk pegi ke Burning Cream Centre. I terpikir tempat apa nie, I ingat kilang bakar krim kan tapi rupa-rupanya kilang yang buat krim yang boleh baikkan kulit kalau kulit terbakar. Mula-mula mamat yang kerja kat situ bagi kita orang koyok, dia kata koyok nie better dari koyok jepun yang berlubang. Koyok yang dia bagi nie ada bau herba. Lepas dia explain pasal koyok, dia introduce burning cream nie and apa kebaikkannya. Then dia bagi kita orang try, so I pun sapukan kat tangan I yang ada pecah-pecah, group kita orang yang lain, sapu kat tengkuk la or tempat-tempat yang gatal etc. Then dia pun tunjukkan demonstrasi pasal burning cream nih, mula-mula dia suruh kita orang check tangan dia, kemudian dia bakar besi sampai merah, lepas tu dia genggam and gariskan tapak tangan dia kat besi tu secepat kilat, berasap la jugak tangan dia and ada bau-bau daging terbakar, then cepat-cepat dia sapu krim tu kat tapak tangan dia. Lepas tu dia explain macam-macam kebaikkan krim nie and sambil tu dia introduce product lain jugak. After a while dia kesat tapak tangan dengan kain and then tunjukkan kat kita orang. Tangan dia tak terbakar and lembut sejuk aje. Mel cakap dia pernah kerja kat situ tapi tak lama sebab dia tak nak kena buat demonstrasi macam budak laki tu. I beli burning cream tu aje, product yang lain-lain I tak beli, tak kuasa I. Nanti bukan guna pun.
After that we went to pray at Masjid Nan Dou Ya kat Beijing nih. I and one of the girls kat situ yang tak dapat solat pun berjalan la kat persekitaran nak cari tempat untuk duduk, sekali ada la sorang lelaki tua berkopiah, pointed to us to go to another direction. Kita orang pegi la tempat yang dia tunjuk, rupa-rupanya tempat solat untuk orang perempuan. Since both of us tak dapat solat, both of us pun tunggu kat tepi pintu yang ada bench untuk duduk, sekali budak perempuan tu cakap, “Eh kak, itu bukan tempat orang bawak jenazah ke?” I pun tengok la kat tempat yang dia cakap, memang yea you, ada keranda tapi di tarik dengan basikal, tiba-tiba I jadi ngeri la pulakkan. I nie kalau bab-bab mati nie memang gerun sikit, teruslah I ajak dia blah hehe... Then kita orang pegi kat tempat orang perempuan ambik wuduk. Sambil duduk-duduk kat situ, I peratikan perempuan-perempuan tua beruban, bermata sepet tengah sibuk ambik air sembahyang ke hulu hilir dan some of them sibuk mandi manda. Tiba-tiba terbit semacam perasaan di hati I, perasaan I jadi sayu bila memandang cara dorang berpakaian yang lusuh miskin tapi wajah dorang nampak bersinar-sinar, tersenyum dan sentiasa ceria. I jadi insaf dan malu akan diri sendiri yang terkadang lalai dan alpa ini. They have less thing in life but they look content. Then ada a few dari Malaysia datang and sempat la berborak-borak. Orang nie datang dengan mak and kawan dia. Dia tak guna tour, dia buat sendiri and murah sangat. Dia bagi I tip macam mana cara nak buat sendiri. Nanti I nak try la ikut style dia. Tiba-tiba I terpandang wajah yang agak familiar, yea Ustazah Aisyah yang I jumpa kat masjid Niujie semalam, baru masuk untuk mengambil wuduk. Kita orang terus ketawa terkejut sebab tak sangka jumpa kat situ jugak and terus menghulurkan tangan untuk bersalam with each other. Liza, one of our the people from our group tanya siapa, I cakap, eh lupa ke? Bukan ke kita jumpa dia semalam? Then dia mintak diri untuk solat, I dengan our group perempuan pun keluar.
Lepas semua dah habis solat kita orang pegi dinner kat another restaurant halal kat Beijing nih. Oh yea, lupa nak cerita, makanan kat Beijing nie, kebanyakkannya sayur-sayur and daging. Tiap-tiap kali kita orang makan, either dinner ke lunch, mesti ada daging sampai dua tiga jenis. Ayam tak ada, I think sebab maybe H7N9 but orang Beijing memang suka makan daging. Nanti la I cerita secara detail on future posting pasal serba-serbi orang-orang Beijing/cina nie. Sebab kalau nak tulis kat this entry nanti berjela-jela la pulak. Anyway, the food yang kita orang makan malam nie was steamboat, sebelah soup pedas and sebelah soup biasa. Rasa biasalah, tawar, nasib baik tour guide yang kat Malaysia nie ada bawak maggie secukup rasa, so kita orang tuang kat steamboat nih.
Lepas makan, Mel ajak pegi beli buah kat kedai buah and kudapan orang islam yang sebelah restaurant nie. Then some of us borong keropok/kacang/kudapan. I dengan husband I tak beli benda-benda tu. Kita orang cuma beli buah strawberry aje. Buah epal, pisang and laici yang beli semalam pun tak habis lagi dalam icebox kat hotel. Lepas membeli-belah, Mel bagitau Fatimah, kawan dia akan datang kat hotel kita orang untuk jual cenderahati etc. so that kita orang tak payah susah-susah nak ke kedai-kedai yang tak boleh dipercayai sebab kebanyakkannya suka guna duit palsu. So sampai hotel, Fatimah dah tunggu kat one of the room our group tak guna so bilik itulah yang digunakan untuk Fatimah jual barang dia. Macam-macam dia bawak, table cloth, cadar tilam, t-shirt, key chain, fridge magnet dan berbagai jenis bags. I cuma beli sikit key chain and fridge magnet, table cloth ke cadar tilam ke I tak beli. I nie memang kurang la sifat keperempuanannya. Kalau korang tengok rumah kita orang, mesti korang tak percaya orang perempuan atau rumah orang dah kahwin tinggal kat situ, macam rumah orang bujang aje. Tak adanya curtain beropol-opol ke atau hiasan pinggan mangkuk kat display cabinet ke, pasu bunga ke, tarak! Ilek! Decor rumah I memang hazab! Wakaka..
Anyway, lepas borong sikit-sikit kat Fatimah, kita orang balik ke hotel masing-masing. I terus sediakan pakaian untuk besok then berendam kat dalam hot tub kejap sebab rasa macam nak flu and then terus masuk tidur...letih ooo...
Lepas makan, Mel ajak pegi beli buah kat kedai buah and kudapan orang islam yang sebelah restaurant nie. Then some of us borong keropok/kacang/kudapan. I dengan husband I tak beli benda-benda tu. Kita orang cuma beli buah strawberry aje. Buah epal, pisang and laici yang beli semalam pun tak habis lagi dalam icebox kat hotel. Lepas membeli-belah, Mel bagitau Fatimah, kawan dia akan datang kat hotel kita orang untuk jual cenderahati etc. so that kita orang tak payah susah-susah nak ke kedai-kedai yang tak boleh dipercayai sebab kebanyakkannya suka guna duit palsu. So sampai hotel, Fatimah dah tunggu kat one of the room our group tak guna so bilik itulah yang digunakan untuk Fatimah jual barang dia. Macam-macam dia bawak, table cloth, cadar tilam, t-shirt, key chain, fridge magnet dan berbagai jenis bags. I cuma beli sikit key chain and fridge magnet, table cloth ke cadar tilam ke I tak beli. I nie memang kurang la sifat keperempuanannya. Kalau korang tengok rumah kita orang, mesti korang tak percaya orang perempuan atau rumah orang dah kahwin tinggal kat situ, macam rumah orang bujang aje. Tak adanya curtain beropol-opol ke atau hiasan pinggan mangkuk kat display cabinet ke, pasu bunga ke, tarak! Ilek! Decor rumah I memang hazab! Wakaka..
Anyway, lepas borong sikit-sikit kat Fatimah, kita orang balik ke hotel masing-masing. I terus sediakan pakaian untuk besok then berendam kat dalam hot tub kejap sebab rasa macam nak flu and then terus masuk tidur...letih ooo...
No comments:
Post a Comment