Trip Ke Beijing Part 4 and 5 (Last)

Saturday 20th April 2013

Today after yet another super lousy breakfast, we made our way to the Olympic Sponsor Jewelry Shop at Beijing 2008 Olympic National Stadium. Tempat dia kat underground. I tengok group lain tak boleh masu but our group diarah terus masuk. Jewelry shop nie kecik aje. Then kita orang di bawa masuk ke one room where one of the budak sales lelaki nie bagi penerangan serba sedikit pasal batu tetapi secara tiba-tiba dua orang mamat cina masuk dan memperkenalkan diri as owner of the shop dan rakan niaga beliau dari Malaysia/Penang. Kiranya rakan niaga dia nie jadi translator untuk owner nie. Owner dari Myanmar nie cakap dia tengok kat CCTV, kita orang ada yang bertudung mesti datang dari Malaysia and terus dia excited nak jumpa sebab dia kahwin dengan orang Malaysia dari Butterworth. Dia kata first time dia jumpa dengan orang Malaysia. Dia cakap lagi kebetulan hari nie dia datang nak bagi bonus untuk pekerja dia and birthday anak lelaki dia yang ke tiga jatuh hari nie jugak. Dia kata dia sayang bini dia yang no. 3 sebab bini no. 3 dia lahirkan anak lelaki, mak/pak dia pun sayang kat bini dia nie, bini-bini yang no.1 dan 2 lahir anak perempuan so dorang tak suka. Women everywhere are treated as a second class citizen...bloody hell!
 
Then dia cerita la bertapa gembiranya dia and dia bagi kita orang sorang satu pendant jade yang berlubang kat tengah. Dia kata kalau kita orang dah beli barang dia kat luar, dia akan suruh pekerja dia pulangkan duit balik. Dalam hati I terpikir, bukan ke dia yang cakap dia tengok kita orang kat CCTV, mestilah dia tengok wether we buy or not kan? Tapi I diamkan saje. Lepas dia cerita pasal salahsilah dia yang betul ke tidak, dia ajak kita orang keluar and nak explain lagi pasal jade and batu ruby and saphire nih. Dia ajar kalau nak tau jade asli ke tulen, kalau bunyi kuat jade asli tapi I teringat yang kat kedai Jade yang kita orang pegi on the second day tu cakap, kalau bunyi tak kuat, maknanya orginal... tah lah... Then dia suluh batu ruby and saphire dengan pointer laser and nampaklah kat dinding ada shape bintang bertaburan. Then dia tengok I punya gelang jade yang I pakai masa beli kat kedai jade on the second day tu, I suruh dia teka berapa harga and then dia teka harga yang tepat. Then dia suruh I bukak gelang jade yang I pakai nie and dia toreh kat kaca, kaca bergaris, then dia ketuk kat kaca, kaca pecah, then dia balut gelang jade I dengan plastic and dia bakar, gelang jade I tak terbakar. Dia kata jangan risau, kalau patah or rosak I boleh ambik mana-mana jade dalam kedai dia, macam bagus je penipu nih. Dia kata gelang I memang ori dan bagus. Semua kita orang terpegun akan manipulasi beliau.

Then dia bagi rantai batu kat bini pasangan orang kaya dalam group kita orang nih, dia kata bagus untuk tengkuk bla bla bla.. Then dia kata since hari nie birthday anak jantan dia, dia suruh kita orang ambik batu ruby or saphire yang bernilai 2,980yuan dan satu batu jade putih bernial 1,980yuan but kita orang bayar 200yuan aje. Semua gembira and terkejut. Oh yeah, the owner siap cakap, jangan jual or bagi orang. Jangan bagitau orang berapa harga, yeah right! Cepat-cepat la kita orang pilih-pilih batu-batu nih. Tapi dalam hati I terdetik, biar betul mamat nie. Then translator dia bagitau, dia nie bekas askar, bapak dia pun bekas askar and dorang nie owner lombong batu kat Myanmar. Dan mamat nie memang jutawan. I terpikir lagi, kalau jutawan why do we have to pay for the stuff, why not bagi free aje. I bisikan kat husband I, semacam tau je keraguan di hati I, cepat-cepat la translator nie explained yang duit yang kita orang bayar tu akan di letakkan kat bawah bantal anak dia, lepas 30 hari akan didermakan. Husband I reassure I yang takan dorang nie nak tipu, company nie ada kaitan dengan government. I diam lagi.

Lepas tu dia tunjukkan one set of barang perhiasan ruby/saphire and cakap barangan nie dia bagi kat pembesar-pembesar cina dan luar negara. Dia kata barangan dia jual memang mahal untuk orang-orang Jepun. Then dia offer kat orang kaya and pasangan pensioner dengan potongan harga yang sukar dipercayai, potongan sampai 90%, tekejut all of us. Imagine dari beratus-ratus ribu yuan. I bisik lagi kat husband I, seriously? Sebelum tu dia offer cincin batu jade kat husband I and lelaki dalam group kita orang, but all of them tak nak sebab dorang tak pakai cincin but atuk terpedaya and beli dengan harga 1000yuan yang harg asalnya beratus ribu yuan (puik!). Bini orang kaya and bini pensioner nie terus beli set yang sungguh “murah” itu. Bini pensioner nie punya item was RM20,000 ribu but since mastercard cuma boleh keluar RM10,000, owner nie kata tak apa, dia bagi RM10,000 aje. As for orang kaya tu 20,000yuan (RM10,000) and also another 7,000yuan (RM3,500) for two gelang jade, satu bangles satu bulat-bulat. Then I tengok ada cincin ruby dikelilingi diamond yang sangat cantik, harga dalam yuan 39,980yuan, dia offer I, 2,000yuan (RM1,000). I tak nak tapi husband I suruh beli, I kata tak apa la, mahal and beside I don’t need it, bukan I nak pakai kat majlis-majlis yang hardly ada dalam schedule kehidupan I. Husband I suruh ambik jugak, last-last I ambik la walau I sangat reluctant. Nasihat I dekat korang yang nak pegi Beijing, PLEASE PLEASE DON’T BUY ANYTHING FROM THIS SHOP, I will explained to you on my next entry.
 


Then kita orang keluar, dari situ, semua macam tak percaya how “lucky” we are, which comes once in our life time, kononnya. I bagitau Mel, memang ke owner nie selalu buat macam nie? Mel kata tak pernah pun selalunya potongan dari 1,000yuan ke 500yuan aje. Mel nampak surprise la jugak, kononnya. Then group kita orang tak habis-habis discussed pasal benda nie, semua nampak excited (if only they know). I dengan husband pensioner nie cakap macam tak percaya because it never happened in our life before...It is too good to be true yeah yeah... Then kita orang pegi la kat Beijing 2008 Olympic National Stadium, view “The Bird Nest & Water Cube. Walaupun masa diberi agak singkat but we all macam tak peduli aje and terus bergambar melebihi masa yang ditetapkan oleh Mel.


After that we went to a shop selling all kind of tea, the shop name is Dr. Tea. Sales girl nie pun buat tea and bagi kita orang rasa macam-macam jenis tea.


Lepas beli a few kind of tea, Mel tanya lagi nak pegi ke Sakura garden ke sebab musim bunga sakura mula nak berkembang, semalam dia ada tanya. Kita orang kata ok je. Then kita orang pun pegi la ke situ. Mula-mula masuk tak nampak bunga sakura pun cuma pokok-pokok yang agak tinggi je but bila dah masuk kedalam baru la ada bunga-bunga sakura nie berkembang. Tempat nie luas and tak ada la cantik mana, cuma weather dia je la sedap sebab dah tak sesejuk dua tiga hari lepas. Macam-macam activity orang-orang kat situ dan I peratikan di setiap tempat yang kita orang pegi kebanyakkan terdiri dari local tourist yang datang dari berbagai-bagai daerah. Memang ramai la orang-orang dia sendiri.

Lepas puas berambik gambar, kita orang balik semula ke masjid yang kita orang pegi on our first day kat Beijing nih. This time I tak jumpa Ustazah Aisyah hehe... Lepas solat Mel ajak pegi shopping to another shopping market selling yet another imitation, gadgets, toys, macam yang semalam tapi yang nie pekedai dia tak aggressive macam kat shopping market yang semalam tu. Tempat kecik, demand tak banyak orang pun tak berapa ramai ke situ so dorang tak ada pushy. I tak ada plan nak beli apa masa check around kat situ but I decided to look for a cover handphone samsung yang blink-blink, dapat la satu after much negotiation from my husband with the salesgirl. I diam aje sebab malas I nak haggle dengan dorang nie. I rasa rugi pulak sebab beli satu, patutnya I beli a few sebab kat Malaysia mahal nak mampus. Sini I boleh dapat RM50 kalau kat Malaysia satu je dah around two to three hundreds.

Then husband I cari souvenir yang macam doll russian yang ada banyak patung-patung kecik each time bukak toys nih. Masa dia tawar menawar, I pegi toilet sebab tak sanggup I tengok muka pekedai yang jual tu, nampak so miskin and haggard. Then masuk kat kedai toys, tak ada apa yang special pun. I know you all may think, apa la si kakak nie macam tak heran with the place, macam fed up je, yea memang I fed up hahaha... tapi yang peliknya husband I sungguh excited with this trip, kejap-kejap dia puji, nanti la I story...

Anyway, I tengok group kita orang nie beli all kind of stuff and berplastik-plastik macam semalam hehe..memang berbaloi la bawak dorang nie bejalan. Then we went to have our dinner kat another shopping mall. It is an Indonesian Restaurant. The food was nice and delicious but I tak ada masa sangat nak makan sebab my topic turns back into kedai yang jual batu-batu earlier on today kat Bird Nest tu. I masih tak puas hati and suspect semacam je and tertanya-tanya kenapa owner nie jual dengan harga yang below market price.. tersangat murah. Ada a few of them, antara budak berlima tu pun ada doubt, so sibuk la kita orang discussed pasal hal nie....

Lepas makan, on the way out, I tengok oh, dear murah-murah barangan branded yang kat shopping mall nie. Brand pun tak pernah dengar or tengok kat Malaysia... Damn we should have go to this place and I’m very sure I will grab at least one or two items.. Dalam bus on the way nak balik ke hotel, kita orang bertukar-tukar phone number with each other and we said that in the future kita orang akan plan cuti sama-sama. I tell you, group kita orang nie best, friendly, very understanding and semua cool belaka...

Anyway, sampai hotel, I tengok a few of our groups siap bawak kotak lagi hehe...ofcourse la dorang beli banyak barang. Sampai bilik hotel I kemas sikit-sikit sebab malam semalam I dah kemas and susun almost 95%, lega....Then I rasa macam nak muntah, I korek tekak I and maka terkeluar la segala isi perut makanan indonesia tadi and I tidur dengan lenanya....
 
Sunday 21st April 2013

Pagi-pagi around 5am, kita orang dah bangun and around 6am berangkat dari hotel. Patutnya pukul 5am dah kena keluar dari hotel but tunggu dorang nie tak turun-turun lagi. Our flight was at 9.25am. Breakfast hari nie, pihak hotel bekalkan dalam plastic for us. Weather was very cold today, sampai airport mulut keluar berasap. And pagi nie baca kat paper cina, we found out that ada earthquake la pulak. Tak lama kemudian kita orang pegi ke bahagian belepas, sempat la jugak I grab perfume and hand cream kat duty free shop, wah...murahnya...

Masuk dalam perut kapalterbang, pilot announced that flight delay la pulak sebab airport sungguh busy, kita orang delay for more than one and a half hour. I dah la tak sabar nak balik... We reached KLIA around 4pm.

Comments

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku