Memburu Rumah (House Hunting ler)

Sediakan kudap-kudapan, air kopi ke atau apa-apa minuman untuk membaca update yang paling panjang dalam sejarah berblog I ini. Kalau tak larat nak meneruskan pembacaan ini, anda disarankan untuk berhenti dan menyambungnya pada keesokan harinya atau pada bila-bila masa anda yang terluang...hehehe... 
 
Saturday
Saturday hari tu ada appointment with yet another house agent. This time nama house agent nie Lilyn. Masa husband I contact dia, dia kata dia dah 10 tahun jadi agent and semua tempat dia tau, semua owner dia kenal and dia make sure akan mencari yang menepati jiwa kita orang, wah! confident! Janji jumpa pukul 10.30am dekat BTS Asoke. Tak lama menunggu kat situ, muncul la Lilyn yang berkulit putih dan berwajah cina, sementelah dia memang cina thai dan asal Bangkok. Lilyn nie jugak adalah bekas ahli gymnast negara dan pernah mewakili negara dia. Dia juga ada band group tapi buat persembahan kecil-kecilan (kenapa I rasa macam nak gelak je tulis nie hehe...) Umur dia pun lebih kurang cuma beza I tua setahun. Anyway, dia pun bawak lah kita orang dari satu condo dan beberapa buah serviced apartment. Condo dan apartment yang dia bawak sangat superb, cantik, moden ahh.. memang fantastic. View pun menarik dan dekat dengan segala kemudahan around. Tapi harga, huiiii... harga bukak je, on one of the serviced apartment was RM9,000 (90,000 baht), yang lain-lain was around RM8,000 to RM7,500. Melampau la harga. I told you harga condo/apartment nie mahal nak mampus. Yang murah ada tapi buruk dan jauh dari BTS on which my husband punya main transportation to work. Lepas habis viewing the condo/apartment we parted way.
 
(Ikan Masak Cili dan Tom Yam Ayam at Yana Restaurant)

I dengan husband I terus ke Terminal 21 (shopping complex) to have our lunch. Cantik Terminal 21 nie, rasa macam kat airport je, siap ada nama-nama bandar seluruh dunia dan billboard boarding bagai. Next time I akan ambik gambar banyak-banyak since nak cepat dan I tengah kelaparan yang amat. I decided to order crepe yang isinya banana, strawberry ice cream dan whipped cream untuk alas perut. Then we went to the foodcourt on the top floor. Cari-cari kat foodcourt jumpa jugak dengan one halal stall but husband I ajak pegi MBK sebab dia nak try makan kat restaurant yang dia nampak last week. Sampai sana kita orang terus ke restaurant called Yana Restaurant. We ordered ikan goreng cili dan tom yam ayam. I don’t expect the service to be fast but I was so surprised because it was super duper fast. Baru order dan dalam masa lima minit, air, nasi putih and our ikan goreng cili dah sampai and another 2 or 3 minutes later tom yam pun sampai Cepat kan. I tengok macam a few malaysian dalam restaurant tu base on their apperance and orang-orang middle east pun ramai jugak kat situ. The food was delicious and tom yam pun sedap. Finally merasa jugak masakan yang berasal dari thai ini. 

Lepas makan we decided to walk around. I tengok ramainya orang datang kat situ siap bawak beg macam nak pegi naik kapal terbang.. nie kes borong besar-besaran nih. Husband I ajak cari beg kerja and I was looking for one simple purse yang ada zip bukan purse yang macam selalu I beli yang ada pocket to slip the card tu. The reason was because, I don’t want to carry any cards since bukan boleh pakai pun kat sini, in fact IC and driving licence pun I tak bawak. That is why I just need a simple beg zip yang macam budak-budak tu. Tengah jalan-jalan tiba-tiba perut I meragam semacam..sudah! nie mesti makanan bercampur-campur, dengan crepe nya la and ofcourse tom yam. I nie lama dah tak makan tom yam even masa kat KL because I was afraid of this kind of thing would happened and it did.

Terus la I tak lalu nak survey barang namun begitu sempat jugak beli purse zip nih. Nak beli lauk for next week pun dah tak jadi. I ajak husband I duduk kejap and husband I pegi pharmacy untuk cari ubat. Sesambil tu sempat la I mengentut ke kiri dan ke kanan.. Nasib la sesiapa yang menyedutnya, baunya tidak, tapi puas la merasa penangan puss puss secara senyap dari I. Ini jela yang termampu I “sedekahkan” kepada environment wakaka... Tak lama kemudian husband I datang and suruh makan ubat angin yang dia beli itu. Mula-mula tu I macam tak nak makan ubat tapi bosan dengar dia memujuk. Lepas makan ubat je dalam masa lima minit terus sebu-sebu/gastric I hilang. Bila I cakap, perut I dah lega, wah... I dapat lihat dada dia ternaik penuh bangga sambil berkata “nasib baik I beli ubat and suruh you makan”, alahai...statement.... sambil tu kening sebelah dia ternaik dan ada unsur-unsur senyum penuh riak! Nyampahnya I.. Husband I kan cukup berlagak if he knows that he’s right. I cakap, yea yea dengan penuh sarcastic nya.... Then husband I tambah lagi, cuba kalau tak makan ubat, mesti masih sakit lagi...(macam la cakap dengan budak hingusan) I cakap dalam hati, yela kalau I tak makan ubat mesti I dah mati! tapi depan dia I ketapkan aje mulut... malas I nak argue sebab mood sakit perut masih menghantui diri ini...  

Kisah Hari Rabu – masih dalam episode memburu rumah (drama la konon)
Dua hari lepas, husband I ambik cuti sebab house agent ajak tengok rumah yang lain. We have to do it quickly because hujung bulan is just around the corner. Tapikan tempat yang kita orang tinggal buat sementara nie kan boleh dengar orang azan and on the way nak masuk kedalam nie, we saw one huge masjid tepi jalan. And once in a while we saw perempuan-perempuan kat sini pakai tudung. I think nie kawasan orang islam. I cakap kat husband I, pandai tak I cari kawasan, al maklum ahli syurga mesti cari pun kebetulan kena tempat yang ada unsur-unsur islamic, tak abis-abis puji diri sendiri, pengsan! Husband I cakap, biasalah orang kuat iman, sambil mengeleng kepala tanda amaze.. wakaka.. nyampah I. Anyway, around 10.30am, kita orang keluar and terus ke Siam Center to have our early lunch. Tempat yang nak jumpa dengan house agent nie is just one BTS stop aje. Lepas makan, kita orang jalan-jalan kejap just to kill the time.

Tunggu punya tunggu house agent nie tak sampai-sampai. Bila husband I check phone dia, dia ternampak ada message yang Lilyn nie kata dia lambat datang sebab appointment dia dengan customer tu tak beres lagi. Fed up nya I, I kan tak suka menunggu, siapa suka kan? Sementara tunggu dia nak sampai, husband I ajak lepak kat Starbuck and beside mata I dah ngantuk...can you believe it..ini mesti angkara makanan india tadi nih. Husband I ordered one coffee for him since I nie bukan peminat coffee tapi peminat tea yang tegar. Husband I cakap masa dia nak order coffee, pekerja kat situ punya la courtesy, siap tanya how are you sir dengan penuh excited...wow! kan? Bila I tengok rupa coffee yang husband I bawak, wah... ada whipped cream, I nie kan suka yang ada cream ala-ala dessert nih walaupun lactose intolerance. Husband I kata dia sebenarnya belikan I sebab dia prefer nescafe or maxwell coffee..alahai.. nampak sangat la warga emas... I kata I mana minum tapi mata tak lepas-lepas nak telan cream itu. Sekali I rasa, OMG! Sedap nak mampus... sebab kat atas cream tu, ada serpihan salted caramel.. Tak pernah I rasa coffee sesedap macam nie seumur hidup I sebab yang I rasa anak-anak buah I punya was yang ice blended. Terus cawan coffee tu melekat kat mulut I and I minum sikit-sikit untuk menikmati keenakkannya. Kalau la I tau macam nie punya sedap, dari dulu lagi I dah order. Sempat lagi I suruh husband I ambik gambar I minum coffee...sejarah you...hehe..

Orang katakan lepas minum coffee mesti mata terbukak but not in my case, in fact bertambah mengantuk lagi. Tersengguk-sengguk I tunggu si Lilyn nih. Dekat pukul 2.30pm baru Lilyn muncul, dia kata sorry banyak kali sambil tunduk-tunduk sembah...ah, it’s still weird to me and I still have to get use to this kinda gestures...Dia kata tak pernah dia lambat macam nie sepanjang-panjang sepuluh tahun dia jadi house agent nie (ye ker makcik?). Dia kata lepas tunjuk rumah kat pasangan dari Germany nie, tayar kereta dorang tiba-tiba meletup and tengok map, so dia tak sampai hati nak tinggalkan orang macam tu je and dia tolong panggilkan taxi etc., furthermore like us dorang nie baru tiga minggu datang Bangkok. I dengan husband I kata tak apa..pasrah. Anyway, dia bawak kita orang kat the most expensive place in Bangkok, Langsuan Road. Dipermulaan BTS nie ada a few pondok peniaga kecik but towards ke dalam memang kawasan persekitaran nie nampak high class, kiri-kanan hotel dan condo or servied apartment yang indah-indah. On the way nak ke condo yang kita orang nak tengok, we saw one beautiful serviced apartment and Lilyn ajak check although tak ada buat appointment. Kita orang pun naik atas and check the room, cantik tapi sangat kecik, bahagian dapur besar bilik toilet awam, yea yang 3 kaki tu...

Lepas check tempat tu kita orang terus ke condo yang Lilyn dah buat appointment.. masuk je kat lobby, OMG! Cantiknya...rasa macam masuk istana dengan silingnya yang sangat tinggi serta hiasan yang sungguh class! Tergamam I dengan husband I kejap. Sementara tunggu Lilyn ambik kunci kat counter, I dengan husband I ahh...uhh... kiri kanan haha.. Nak masuk ke tempat lift area, kena pakai card, nak naik ke level kena pakai card lagi...security kat tempat nie memang superb! Sampai kat level kita orang pun masuk la kat one of the unit...oh wow! Dapur dia lawa walau kecik je, terus la I berangan masak memasak kat sini... Tempat nie baru and barangan masih belum digunakan lagi, tapi keluasannya dalam 94sqm. But semua bilik-bilik termasuk bilik mandi, cantik-cantik belaka. Then we went to another unit and layout sama je cuma owner je lain. Then we went to yet another unit, yang nie layout dia lain sebab bahagian corner tapi still cantik but I dont like the kitchen sebab kat tengah-tengah ruang tamu dan kecik je but I still suka.

Then we went to check the facilities, oh my oh my..... giler punya fantastic! Peralatan gym is state of the art! I can see myself exercise kat sini dengan penuh bergaya, damn I should have take all the pictures tapi masa tu tak ingat sebab tergamam. Then we check the swimming pool, ohhh... then we check the sauna, jacuzzi..double oh oh...Then we check out the study/meeting room...ohhhh... I can see myself reading my book facing the pool with the cooling of the aircond from inside. I terus cakap kat husband I, I want to stay here... I like the surrounding yang sungguh class itu... Husband I kata kita belum tengok another condo, I kata cantik sebab I dah tengok kat google. Lepas habis check tempat nie, Lilyn ajak ke satu lagi condo yang I terjumpa kat internet itu but it was quite far from here but very near to my husband’s office, cuma dua BTS je. The condo that we’re about to check is, I yang cari and google two nights ago and I suggested that we check this place out. Tau tak, sampai rasa macam nak muntah and pening-pening I googled around for condo/apartment kat seluruh Bangkok nih. Rasanya I dah expert dalam condo/apartment kat bangkok nie, in terms of location, layout, price wise etc. Expert la konon. Anyway, to go to the place yang I suggested nie (wah..bukan main lagi nak emphasise), kita orang naik BTS je sebab sekarang nie tengah jam lagipun naik BTS kejap je dah sampai.

Sampai je dari BTS Asoke nie, oh dear.. kawasan kat luar, havoc/kelam kabut with all kind of hustle and bustle, maklumlah jauh daripada bandar. Tak lama kemudian sampai la van yang telah di hantar oleh management kat condo tempat kita orang nak check nie and it was a Mercedes Benz jenis van, ehem! Bila husband I nak tutup pintu jenis slide, driver tu kata tak payah sebab automatic...sakai la kan..mana pernah naik kenderaan hebat-hebat. Sedapnya naik van nih, husband I kata nie kalau bawak jalan jauh best nie, I kata a’hah la, boleh bawak pegi Perlis, husband I tanya buat apa nak pegi Perlis? I kata perumpamaan, sebab Perlis kan paling jauh dari KL, kata bawak jauh-jauh best ekeke... senyum husband I... Driver tu ingat kita orang nie orang Philipine, memandangkan orang Philipine nie kan banyak kerja merata-rata tempat seluruh dunia, tapi Lilyn cepat-cepat cakap dari Malaysia. Driver nie tak tau cakap english, dia cakap thai tapi friendly, maunya tak friendly bawak van hebat lagi comfy hehe...

Masa nak menuju kat kawasan nie, I tengok kiri kanan, teruknya macam kat kawasan ghetto je. Mood excited sudah hilang and I ngomel kecik kat husband I, I kata,”you tengok la jalan sempit-sempit, I don’t like la this place”. Husband I kata, it’s ok, kita tengok je dalam condo macam mana, tak semestinya kita ndak. Sampai je situ, mat salleh french datang memperkenalkan diri sebagai pengurus condo (lupa nama dia) kat sini, al maklum building pun dibina oleh french enterpreneur. Dia, Lilyn and both of us pun naik atas check condo. Masuk je first unit....oh my God... I know I banyak oh this oh that on this entry, but I don’t know how else to express how I felt that day.. heh!. But wow... tak pernah rasanya I impressed this much in my life... Furnitures/fixtures etc and the layout was simple tapi rasa sungguh homely and the price... huii... but still pada I worth it because of how the big/spacious the condo was - 127sqm. Kalau kat town 70sqm and above pun dah same price might as well take this one kan, dekat dengan office husband I, only two BTS station to his office. Although tempat nie havoc tapi at least tak ada la secluded macam yang kita orang tinggal sekarang nie. Tempat sekarang nie dah la secluded, private home yang sempit-sempit and dekat kilang jeans pulak. And also tempat sekarang nie, it took my husband’s 14, yes fourteen BTS station to reach his office, jauhkan?

Then we went to another unit on different level/floor. Ohhh.... (I know, I know), yang nie memang superb! Classy! Decoration wise OMG! I might just as well die and go to heaven! I was so speechless. Masa I googled aritu, memang I dah tergamam but to see it for yourself... WOW WOW! Layout kat unit nie, fantastic giler! Ada walking closet...ahh.. ada bilik belajar yang crazy! I can see myself lounging around the sofa while reading a book sambil memintal rambut keringku ini dan berangan superstar..aww....Harga lagi murah dari yang before.. But...the kitchen is smaller, tidak memanjang like the one that we saw earlier on. Itu je yang buat I turn off... Well.. (sambil meniup kuku), I nie kan chef di hati husband I, mesti lah I nak yang memudahkan tugasan I di dapur, sambil berangan Nigella ke Gordon Ramsey si pembengis itu wakaka...hey! donkey!

Then we went to check out the facilities. Oh dear...buruknya facilities, tak sepadan dengan unit-unit yang kita orang tengok tadi. Swimming pool dia macam swimming pool awam yang outdated itu. Gelap and indoor...ish! I cukup tak suka indoor swimming pool. Rasa macam berada di era 80’an. Don’t get me started with the gym, Ya Tuhan...baiklah tak payah ada gym, dah la kecik, peralatannya pulak...alahai.. sikit dan nonsense je! I tengok dumbell macam ada karat-karat aje. Hilang mood nak work out kat situ... spoiled! I can’t remember whether ada sauna ke tak... Oh yeah..ruang membaca/rehat yang tempat dan kerusinya macam tempat orang tunggu bas adalah bercampur dengan gym, swimming pool, tempat practice golf yang macam &%$#$% dan sebesar bilik persalinan kat shopping complex dan tempat surf internet “kalau you tak perasan memang you tak nampak itu”. Kesudahannya macam rojak je since everything is jammed up into one and without any partition except for tempat practice golf shial itu. I was so disapointed to say the least. Husband I cakap, it’s ok, kita takan nak exercise or swimming. I cakap, “eh, macam mana I nak build up my bicep sambil mengangkat muscle I yang umpama chicken wing ini...

After that kita orang terus balik and masa dalam train I berborak dengan Lilyn nie, macam-macam yang kita orang ceritakan... I think I cerita next time la sebab entry nie dah terlampau panjang... Anyway, sepanjang-panjang nak balik and malam semalam, kita orang discuss the pros and cons, which unit, nak yang homely type ke or designer type. My husband let me decide and he will agree with whichever I want, tak kira yang kat Langsuan Road ke (jauh sikit dari office) or condo yang dekat office dia. Dia kata yang penting, asal bidadari dia (achoo..) happy dan suka.. Well, after all I’m the one whose going to live there 24/7!

Sekian catatan dari kakak kesayangan korang yang satu ini muehehe...
 

Comments

Zue-rouge said…
hi hi sis

so dh jumpa ke belum condo ni?teruja sgt nk tau
letak la gambar sekali..baru dapat imagine cantik tu mcm mana

take care sis..mesti sis dh pandai ckp lenggok org Thai..meddaaiiii

Claudia said…
hi zue,

Condo dah jumpa.. hujung bulan nie pindah. Yang kita orang pilih tak secantik yang the other unit tu tapi bersesuaian dengan jiwa orang veteran hehehe...

Nanti sis letak gambar kat sini...

sis masih tak pass lagi cakap thai nie, cuma tau karp kun ka je hehe..

take care and kirim salam to your family...

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku