Weekend's Update

 Saturday, 7th September, 2013 - House Hunting

Around 9am, we went out and as usual the hotel’s tuk-tuk sent us to the nearest BTS called Ekamai. From there we stop at two more BTS, where we were supposed to meet the house agent name Jane. While waiting for her, kita orang turun ke bawah sekejap and check out Tesco Lotus yang sebesar 7-11. Tak sangka Tesco pun ada branch style macam nie. Kat sini kalau cakap Tesco orang tak tau tapi kalau sebut Tesco Lotus baru dorang tau. Di kiri kanan macam-macam orang jual, terutama makanan dan orang mintak sedekah sambil meniup seruling pun ada. Masa I lalu and nak naik kat BTS balik, I tengok eh, nampak macam sedap je, orang tua nie tengah panggang yang macam kuih pulut panggang tapi bungkusan dia gemuk. Husband I cakap, eh, kita tak tau apa dia letak kat dalam. I kata ituler, tak ada nya letak serunding udang ke apa, tiba-tiba dalam hati teringin nak makan pulut panggang huhu... Dah mula, dah nak start mengidam makanan kat KL...jeng-jeng-jeng....

Tak lama kemudian, dari jauh ada la seorang perempuan muda berkulit hitam manis, datang ke arah kita orang, Jane rupanya, our house agent. I ingat Jane nie perempuan thai yang berkulit putih dan berwajah cina. Jane sungguh peramah dan lemah lembut bila berkata. I yang perempuan pun dah “jatuh hati” akan kesopanannya apa lagi orang lelakikan. Dalam hati I, no wonder la omputih kat sini tergila-gilakan kat bangsa nie. Walaupun english Jane tidak la perfect tapi mudah di fahami. Sebelum tu husband I dah contact dan beremail dengan dia and bagitau what kind of a condo style/furniture that we want. Jane pun ajak la kita orang check dari satu condo ke satu condo. Oh dear, harga condo kat sini tersangat lah mahal. Condo sebesar store atau dalam 70sqm adalah dalam 65,000 Baht atau RM6,500.00. Itu tak termasuk, api, air, internet dan cable tv. Walaupun fully furnish dan decoration nya cantik tapi still tak berbaloi pada pandangan both of us.

Anyway, half way through, I pulak kelaparan and decided to have some lunch kat one of the foodcourt. The menu was as the same as before, yang makan kat Siam Paragon, Food Republic. Kalau boleh I tak nak makan food nie lagi but tak ada choice and the only one yang halal. Kita orang nak bayarkan Jane lunch tapi dia tak nak. Sementara tunggu husband I ambik food, I pun mula la interogate dia tentang love life dia kan (biasah “ambik berat”..kah kah), sebelum tu masa kat teksi dia kata pakwe dia muslim bangsa south africa, husband I dengar bangsa niger, tah tak tau mana yang betul, so masa kat foodcourt tu dia story pasal dia dengan pakwe yang dikenalinya selama setahun itu macam dah tak ngam with each other, oh btw Jane nie beragama kristian but it’s a bit funny living in a majority orangnya beragama buddha nie? Tapi takde la pelikkan.. So, pakwe dia sekarang nie tinggal kat China demi tugas tapi Jane kata macam nak putus je tak lama lagi. Lepas makan, kita orang sambung balik akan pencarian condo atau apartment yang bakal dihuni nanti. Oh, I tell you, omputih kiri kanan asyik pandang je Jane masa dia jalan dengan kita orang.. Husband I pun cakap macam tu jugak. Anyway, the first three condo was nice but the rest macam hampeh and separuh tu macam penginapan “you know what”, gelap ala-ala kelab malam, serasa bagai tinggal di zaman 70’an, sungguh ancient tapi mahal nak mampus. Kawasan di kiri kanan pun alahai, lebih kurang macam yang kita orang tinggal sekarang nie. Banyak la jugak yang kita orang check, adalah dalam 7, 8 tempat. Then Jane nak ajak lagi pegi kat another area but I told her, kalau condo or apartment yang dia nak tunjukkan tu macam yang the few last place kita pegi, I kata tak payah je lah, buat buang masa je. Almaklum, tenaga dah berkurangan sekarang nie, lagipun I nie kan minah cepat bosan, mula-mula je excited nak tengok condo-condo nie furthermore, it was not worth it with the price, alahai...

Then dia kata, esok dia ajak kita orang pegi lagi check tapi disebelah petang since pagi dia nak ke gereja. Alim la pulakkan. I cakap kat husband I, bakal ahli sorga hehe... After that, we parted way and kita orang pegi ke supermarket untuk membeli lauk pauk yela takan nak berkelah kan wakaka... After much discussion with my husband that night, we decided not to look further and choose the one that she showed us. Furthermore, esok I dah plan nak pegi elsewhere...

Sunday 8th, September, 2013 - MBK

Today, we decided to to go MBK, bangunan 8 tingkat berhawa dingin yang menempatkan berbagai-bagai barangan such as pakaian, cendrahati, barangan dapur, electronic etc. I nak tengok baju-baju je. Sampai situ I dah kelaparan macam biasa, pagi tak breakfast. Naik kat bahagian foodcourt, the first place that we saw ada tulis halal, teruslah order makanan kat situ. Kita orang sampai pukul 11am lebih so maybe sebab awal, lamanya food nak siap. Orang tu cakap, air boleh dapat free as long as you tunjuk passport. Kat sini sementara tunggu card visa kena bawak passport merata-rata. Anyway, nasib baik mood I steady aje walaupun mulut ini tak habis-habis mengomel menunggu food yang tak siap-siap. Sementara tunggu food, husband I survey makanan-makanan yang di jual kat foodcourt tu and he found more halal food. Kalau tau, I tak order kat tempat yang slow nih. Husband I suruh order tempat halal yang lain, I kata tak pe la, dah order, next time je. But it was worth the wait sebab food dia sedap tapi sangat mahal. In fact foodcourt kat Bangkok nie mahal-mahal walaupun makanan yang di pesan simple je. Dua orang makan dah dekat seratus duit kita. 
 


(I order rice with chili prawn, yummy)

(Husband I order this, lupa name, tapi kuah kari ayam)
 
Lepas makan, kita orang pun jalan-jalan dan survey harga. And guess what, since we’ve been looking for a cheap mug sampai ke sudah tak jumpa yang murah. Yang ada di jual, dah la buruk and harga OMG, RM25 and above padahal kalau kat KL, singgit dua inggit je. Melampau. Kalau tau, siang-siang dah bawak dari KL. Takpe next month nanti kita orang balik sebab nak angkut barang dengan cargo, tapi tak banyak la yang I nak bawak, Cuma baju-baju sikit, pinggan mangkuk , blender etc..barangan dapur je and ofcourse makanan kering such as mee maggi, sudah pasti, rempah-ratus etc.

Dalam kes tawar menawar, orang thai nie tersangat la berhemah dah lemah lembut. I dengan husband I yang nak bertawar pun jadi cair and kesian kat dorang. Pandai dorang “pakai” physcology kan. Kalau kita tawar and tak nak beli pun dorang tak marah and masih lagi memberi senyuman yang manis, tak tau la dalam hati dorang menyumpah-nyumpah ke kan but nevertheless, it was a new experience for us. As for baju-baju dorang, tak ada la murah or cantik mana, lebih kurang dengan kita je..dalam RM10,15, 20 macam tu. Pilihan pun tak de la banyak pun, ini pandangan I la kan. Beg-beg fake or baju-baju jenama fake dorang, I rasa kat kenanga lagi banyak choice but I don’t know how much sebab I tak ada interest kat benda-benda macam tu. I lebih suka beli jenis baju, seluar style dan corak-corak tradisional negara dorang, I kan kadang-kadang ada mood hippies. Ada la I beli a few corak gambar gajah, seluar kembang-kembang etc. Rasa macam menyesal tak beli banyak-banyak but since kita orang akan berada kat sini lama, we can always come back anytime dan bukannya jauh pun.

Then we decided to go to the ground floor. I tengok kat situ ramainya manusia tengah check-check pakaian, I pun join in. Wah, kat sini baru la baju dia murah-murah. Dress dia yang panjang labuh cuma around RM20 to 30 aje. Kalau kat KL mana boleh dapat harga nie kan. I grab a few and don’t ask me when am I gonna wear it tapi rambang mata, mana la tau, tiba-tiba angin feminin datang kannn... I kan minah jeans and shirt/t-shirt kind of women. Lepas habis shopping kita orang berjalan-jalan kat luar but I cakap kat husband I, I nak balik sebab dah penat. Next time kita pegi on the other side.

On the way back we stopped at one of the supermarket sebab I nak beli bahan-bahan untuk buat mee hoon goreng for dinner. Sekali I terjumpa mee kuning versi thai yang halal, I sungguh suka. I beli satu and give it a try. Balik rumah I masak, wah..not bad. Next time I akan ambik gambar and tunjuk kat you all.
 
Note to Zue ;  Sis ada check your name kat FB like the one you gave me and I found a few with the same names.  I wanted to add tapi takut salah orang and  I don't know which one is you so I left a message to two names with their pictures but both tak reply.  Mungkin salah orang kot.  Ada lagi dua nama yang sama tapi tak ada gambar dorang so I did not leave any message on those two.

 Sekian, catatan I kali ini...


Comments

Zue-rouge said…
sis yg disayangi (hihihi)
tkde pun dapat msg kt fb, must be the wrong azura, chaitt...ramai rupanya nama yang sama, it's ok la
we still can communicate here, teruskan dengan cerita2 sensasi sis.
Bestnya part shopping baju murah tu, rasa tegedik2 je hati nak shopping jugak.

bye sis
Claudia said…
Dear Zue yang dikasihi (xmo kalah gak hehe..)

yela I think wrong azura kot sebab dah beberapa hari sis tinggal msg and xde reply hehehe..

yang penting kita tak putus hubungan cewah... nanti datang bangkok cari la sis, sis sudi jadi pemandu pelancong utk tetamu istimewa... :)

last but not least thank you kerana sudi baca blog sis ini ..feeling la pulak...haha..

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku