I Jalan Sorang-Sorang

Hari selasa yang lepas, I rasa sangat-sangat bosan. Nak masak dan makan pun tak lalu, aisye... I keluar masuk bilik, jalan-jalan dalam rumah yang sekali lompat je maka sampailah ke destinasi dapur, ruang tamu, bilik mandi dan pintu utama kecuali ruang makan yang terpaksa melompat dua kali itu. Bukan la bermakna kerja I melompat dari satu arah ke satu arah dirumah ini walaupun ayat I bagai menjurus ke situ. I baring, duduk, surf internet, baca buku, tah semua tak kena.... Jadi I membuat kesimpulan yang diri ini seharusnya tidak berada dirumah...alasan nak keluar la tu... I pun memikirkan bagaimana harus I utarakan akan niat ini kepada husband I nanti.

So petang tu bila dia balik kerja, I pun buat-buat la muka sedih dan bosan yang sehabis mungkin, well, which is not hard since expresi muka I sentiasa berada dalam mode wanita jengkel. I pun meluahkan isi hati akan kebosanan I itu, I masukkan elemen homesick untuk menambahkan kegawatan di hati beliau. Lakonan sambil lewa I telah berjaya mengaburi pemikiran beliau, itu belum lagi I nak menjiwai watak dengan sepenuhnya kan, unsur airmata berjuraian pasti sanggup ku hayati jika tiada jalan lain lagi..wakaka.. Husband I cakap, why don’t you keluar jalan-jalan kat shopping complex? Dalam hati I kata HAPA!, you see, I don’t have to suggest apa-apa pun hehehe.. (wah..sukaaa). Tapi, ada tapi lagi, dia sambung lagi, sebelum keluar call dia dulu, bila nak balik, dia akan call bagitau pukul berapa, nanti plan jumpa kat mana and kita balik sama-sama. Wah...banyaknya syarat! I kata ok, tapi I cakap “I tak sure nak pegi ke tak nak, wah... main tarik tali la pulak bila orang dah bagi green light...kekonon not sure ...puii.. Ingat I masih dalam character ini.... Kang husband I berubah fikiran, baru padan muka.

So esok tu, tiba-tiba I berbelah bagi la pulak, nak keluar ke tak nak, tapi kejap je berbelah bagi itu.. I turun bawah jumpa receptionist atau nama manja dia Ying and bagitau dia I nak tuk-tuk hotel hantar I ke BTS. Masa I nak keluar ke lift tu, tiba-tiba tenant sebelah pun keluar at the same time, mat salleh tua dengan awek local tua tak cantik dalam umur nak masuk 60 berambut panjang lurus sampai ke punggung. Tapi dari segi pakaian, masih cuba untuk memakai pakaian fit untuk menampakkan body nya yang curvy berlemak itu. Then I teringat, was this the mat salleh and awek dia yang I dengan husband I terdengar gaduh-gaduh last weekend morning tu? I tak berapa dengar butiran percakapan dorang but I’m very sure I heard these line, “tree awa for andred (three hour four hundred)..wakaka.. Tak tau la apa yang dia maksudkan, mungkin sewa kereta ke, kataku bersangka baik walau hati ini keras mengatakan nilai harga “project” wakaka... I jeling-jeling la jugak both of them and perempuan tua tu pun pandang I, risau dia agaknya takut I nak sapu mat salleh pujaan dia keh keh keh.. Dorang tak naik satu lift dengan I sebab laki ke bf dia ke tiba-tiba masuk balik bilik cari something ke tah.. who cares.. Anyway, masa kat bawah kebetulan driver ada kat situ, so I bagitau Ying nie, I nak touch up kejap, 5 minutes nanti I turun balik. I naik atas balik and cepat-cepat I make up apa yang patut, tetaplah nak sapu lipstic dan ber eyeshadow kan. Tak lama kemudian Ying called kata ada orang nak naik sama, ini mesti pasangan “tree awa “itu. Turun bawah terus I ke tuk tuk, Ying keluar and wish all of us have a good time, dis satukan tapak tangan dia and tunduk-tunduk. Wah..sungguh tak biasa di layan begini but I think I’m gonna get use to it sooner.. 

On the way ke BTS Ekamai, pasangan “tree awa” mintak diturunkan ke clinic gigi then perjalanan di teruskan. Tiba-tiba I tengok ada perempuan tua berpakaian kemas dan bersih duduk di tepi kaki lima sambil memegang pistol mainan dan di tujukan ke atas atap. I hairan, I tanya tuk-tuk driver yang bernama Bong nie apa perempuan tua nie buat. Bong pun tak tau and english pun out. I tell you majority orang thai yang kita orang jumpa, semua tak tau cakap english, even yang simple sekalipun. We should be so lucky that we know how to converse in english although grammar kadang-kadang lari (refer to myself), but at least kita tau la jugak walau pak guard sekalipun kan. So far driver teksi yang pernah kita orang naik semua tak tau cakap english, like I said even the simplest one! Anyway back to my story with Bong, walau tidak memahami bahasa antara satu sama lain tapi bahasa isyarat I berjaya merungkai apa yang masing-masing ingin sampaikan. I pointed to that old lady and pointed to my head, bagi indication orang tua nie, tak betul la kan then Bong senyum angguk kepala banyak kali, ah... berjaya jugak I berkomunikasi dengan dia.

Sampai kat BTS Ekamai, I made a double check on which train/line that I should be using, kang tak pasal-pasal sampai airport link. I tak payah beli ticket BTS nie since husband I dah siap-siap beli for both of us, macam top up, swipe aje. Kat tempat menunggu train nie ada guard jaga to make sure orang tak lepas line kuning or the guard will blow the whistle immediately. Sampai je train, I terus masuk dan berdiri since tak ada seat. Sampai kat satu station seperti biasa ada yang naik and ada yang turun tiba-tiba I terasa badan I bagai ada perut yang mengesel dari belakang. Rupa-rupanya angkara mat salleh berperut gendut gumuk gedempol, tua, bertopi ala-ala australia, short safari, baju green/gray berkolar. Banyak space kosong dia boleh lalu, dia saje ehhh..... Then dia berdiri berdepan dengan I. I notice dari ekor mata, dia tengah memerhatikan I tapi I buat tak tau and I refuse to make any eye contact with him. Pakcik gendut romeo itu sedaya upaya nak mintak perhatian I, asyik-asyik bagi senyum manja penuh pengharapan wakaka.. eeeuww, tak padan dengan tua, apparently “adik” dia masih nakal lagi. Mesti dia ingat I nie perempuan local. I rasa kurang selesa dengan posisi berhadapan dengan beliau and I tak nak nampak I perasan yang beliau memerhatikan I, so walau badan I berdepan dengan dia, tapi kepala I kejap-kejap pandang kiri, kejap-kejap pandang kanan. You just imagine berapa banyak station nak sampai ke my destination tu? Dalam hati I kata tak pe tak pe.. tak lama lagi sampai la and beside I bayangkan I exercise kepala. Dalam pada itu, hati I tak tahan nak gelak because his action was so irritating but funny at the same time too...
 
 (Nasi Briani, Kari Ayam, Garlic Nan Dan Air Pandan)

(Indian Cuisine)
 
Bila sampai je kat BTS Siam, I cepat-cepat keluar and rasa sungguh lega. The reason why I chose to go to Siam Paragon and Siam Center although two weeks ago dah pegi was because the place is so huge and I have lots of time to kill. I terus pegi Siam Center for lunch since masa first time pegi situ I dah spotted one halal Indian Cuisine. Sampai depan stall nie, I terus order nasi briani, kari ayam dan garlic nan (nafsu gajah as usual) on which kalau I kat KL, I tak akan order kecuali nasi briani johor dan nasi briani insaf... nasi briani india hell no! Kat sini, what to do, tak ada choice.. Tiba-tiba I menyesal sebab order banyak but bila masuk mulut je, OMG, sedap nak mampus! Garlic nan dia ohhh..sungguh lembut dan tasty, kari ayam dia...oh... is to die for! Serious! Kari ayam tak pedas tapi pekat dan sangatttt enak! It was so different from kari ayam mamak kat KL yang cair dan tasteless itu... Ingatkan tak abis I makan but licin kesemuanya hehe... Habis la cholestrol level I....

Lepas makan, I jalan-jalan sambil mengambil gambar merata-rata.  I rasa bebas but I miss my husband so much sebab tak ada kawan dengan I untuk gaduh-gaduh manja, kutuk-kutuk atau ketawa bersama, alahai..   Then I meneruskan  misi mencari mug, nyesal tak bawak mug yang bertimbun kat rumah. Kat sini harga mahal-mahal lepas tu bukannya cantik pun, buruk-buruk je. Ada mug yang lain tapi jenis melamine, dah tu pulak gambar Hello Kitty and Doremon. Takan la, I dengan husband I yang dah tua bangka nak pakai mug macam tu, imagine, husband I tak berbaju and I dengan rambut berbungkus tuala lepas mandi guna mug tu untuk minum kopi or tea...akai (aduh), macam main pondok-pondok la pulakkan, cute cute gitu, lain la kalau budak-budak memang sesuai untuk dorang. To me a mug is not made out of a plastic. Tengah survey akhirnya I jumpa la jugak dengan mug yang paling murah RM9 duit kita, itu pun berpuluh-puluh kali I pikir nak beli ke tak nak, punyalah berkiranya... Then I cari untuk husband I tapi semua jenis cute feminine on which I know my husband wouldn’t like it. Tau je jejaka perasan hebat macho itu... sikit-sikit manly manly bermain dibibir beliau... secebis metrosexual pun tiada dalam diri beliau... My husband is such an old school and a hot one wakaka...

Then I pegi balik ke Siam Center untuk tapau some food for my husband. I pegi balik kat stall Indian Cuisine yang I pegi makan tadi, I belikan dia dua garlic nan and kari ayam. Then terus ke Siam Paragon, to the Gourmet Market to do a lil’ bit of marketing, i.e. vegetables etc.. and also belikan husband I orange juice, the guy can’t live without it. Masa I jalan-jalan kat aisle to check out the junk food etc. sekali I ternampak cocopie, all of a sudden I teringatkan Gaby and terus rasa sedih dan rindu kat pipi dia yang gebu. I miss her “becok mulut” and then I teringat kan rumah kat KL, I teringatkan food that I used to have, I teringatkan supermarket kat KL yang kepelbagaian in comparison to this supermarket yang tah apa-apa, although the supermarket is huge with lots of selection of stuff but in terms of rempah-rempah as simple as serbuk kunyit pun tak ada. It was so frustrating. Then tiba-tiba I rasa sebak di dada. Adakah ini yang di namakan homesick? I stop my trolley for a while and menarik nafas dalam-dalam dan I dapat rasakan gelombang-gelombang kecil di dada I. Sesungguhnya I teramat merindui KL that day.... I quickly snap out of it and meneruskan seisi marketing I walau sisa-sisa emosi masih berbaki di hati ini.

Lepas keluar dari supermarket on the way nak ke train, I lalu depan Boots, teruslah I berhenti. Typically perempuan, apa-apa yang berkaitan dengan unsur-unsur, Watson ke, Guardian ke, in this case Boots, UK pun Boots jugak, mesti kita nak masukkan... I tengok ada shower gel yang sangat murah dan beli dua untuk satu harga, terus I sibuk bukak tudung and bau-bau termasuklah sabun, lotion, cream, shampoo, ahh..heaven.. rasa sedih I hilang, sungguh therapeutic... Lepas grab a few, I went and checked my phone, oh..ada msg dari husband I, dia cakap pukul berapa dia akan ada kat BTS Ekamai and suruh I tunggu situ.. Lepas berbalas-balas msg, I terus naik BTS train dengan membawa barangan yang serba berat itu with three cartons of juices, fruits and all kind of stuff, makanan tapau husband I lagi, mug lagi, naik merah jari jemari I. Sampai kat BTS Ekamai I tunggu kat tepi mall. Tak lama kemudian husband I msg bagitau dia dah turun dari BTS. I tunggu-tunggu, eh..mana dia nie? Rupanya dia tunggu on the other side. I suruh dia datang kat I untuk ambik barang-barang, tak larat I nak angkat dah... Then we wait for a tuk-tuk to pick us up..

Tengah duduk-duduk tunggu tuk tuk tiba-tiba ada seekor anjing lalu depan kita orang. Husband I cakap, anjing nie selalu datang sini and akan minum air fountain kat belakang kita. I panic la sebab badan I membelakangkan anjing tu, dengan mata terbeliak, I tanya husband I, anjing tu ada datang kat I ke, dia kata tak ada la, dia minum air fountain and lepas tu dia akan blah tempat lain. My husband never fail to surprise me with his observation and sharing this simple kind of stuff/story with me. Then I ceritakan dia akan diri I yang kena gesel dan pakcik omputih yang cuba nak main mata dengan I. Terus biji mata husband I terbeliak and cakap, I did the right thing for not looking back at that old chap. Macam-macam la dia kutuk-kutuk dorang nie hehe.. nak pengsan I gelak, risau dia youuu...ahaha.. Then I took our pictures together with the Thailand flag behind us...oh and my bloody cold sore mouth..
 
Sekian catatan I kali ini.....
 

Comments

JM said…
Jm terbyg2 datin sis terlompat2 tu ok ahahaha.

Best n3 panjang2 camni. Bace sambil rase ade skali kt sane..

Nk lg pls heeeee
Claudia said…
hello JM,

hehe.. punyalah bosan that day kan...

sis ingatkan mesti muntah korang baca entry panjang2 nie tapi sebab syok sendirikan makanya ku tulis jua ahaha..

thank you for appreciate my story JM, love youuu...

Hey, bila nak datang sis, nanti sis ajak jalan2....

Popular posts from this blog

Kuih Kapit, Sepit, Love Letters or Egg Rolls

Kisah Mesin Ais

Kisahku dan Gigiku