Thursday, April 2, 2015

Kisahku Dan Tahi Lalatku (Part 3 and Final)


(Bersedialah korang membaca yet another post yang teramat panjang dari I..)

23rd March, 2015 to 30th March 2015

Balik dari KLCC, I jadi sedih balik bila memikirkan akan keputusannya yang hanya akan di perolehi pada Isnin depan. Berbagai-bagai scenario yang I bayangkan di tambah dengan emosi yang syahdu. Husband I kata, jangan risau, it should be ok. Then husband I buat joke, dia kata, dia rasa I nie memang tersalah ambik masa kat hospital masa I baru lahir dulu. I tanya, meaning? Dia kata, just imagine, somewhere out there, ada perempuan muka and features macam adik beradik dan parents you kat family omputih tu. Mesti family and sedara mara omputih nie question, macam mana anak/kakak/cucu aku nie lain je rupa tak macam adik beradik caucasian dia yang lain, pendek-pendek bulat, jahat tau husband I.. terus I berdekah-dekah ketawa... ahahaha.. dalam kesedihan itu ku tertawa jua. Husband I tambah lagi, dorang semua gelap-gelap, you je putih and lawa pulak tu tak macam family you....alahai husband I tak abis-abis ingat bini dia la yang paling cantik hehehe.. I cakap, “Ish.. you nie ada je, buat buat jeling marah la konon.. wakaka...padahal perasan bukan main lagi I. Husband I cakap lagi, you tengok la.. perangai dorang macam mana...mana ada sama dengan you..dorang are a cold hearted people, whereas you are a very kind, warm hearted, sensitive and  gentle  person (hapa?? Katakan ini semua statement khayalan)...Husband I kata tak apalah dia yang untung sebab dapat kahwin dengan bidadari, serba serbi perfect .... alahaiii... hehe... (nah bucket muntah untuk korang wakaka...). Best betul kalau share statement yang buat orang meluat macam nie kui kui kui....
 
 
(Atas permintaan dari Zue yang nak tengok stitch I kat muka ini.  Bahagian lain I tak tunjuk, kang ada yang steam tengok perut I yang macam pancake or hips I yang penuh dengan celoreng-celoreng cellulite wakaka.. Korang yang baca nie bukan boleh pecaya some of you nie might be a pervert wakakaa...)
 
 Sampai rumah I berkira-kira should I shower my whole body or lap-lap aje. Doctor pesan I boleh mandi macam biasa tapi jangan soak lama-lama walaupun kat bahagian perut, hips and kaki guna plaster waterproof tapi bahagian muka jangan sekali kali kena air hanya selepas tiga hari sahaja. Maknanya I tak dapat solat untuk tempoh itu. Bila time nak mandi, I cakap kat husband I yang I nak mandi macam biasa sambil basuh kepala but I make sure bahagian muka tak terkena air sebab doctor tak plaster bahagian berjahit itu and seperti yang I katakan tadi, jangan sekali-kali kenakan air. Husband I cakap, no, jangan mandi, I kata I kalau balik hospital I mesti mandi sebab mana tau aura-aura orang berpenyakit atau roh orang mati ikut I balik... (tah apa-apa theory I nie but this is my amalan dari dulu, balik hospital or orang meninggal I mesti mandi betul-betul or mandi wajib). Masa I mandi tu, bila I rasa macam air mengalir kat muka atau plaster waterproof tu, I pun menjerit la sorang-sorang kat bilik mandi, itu misi, cepat-cepat datang and mula la bising seraya berkata, “hah..tak nak dengar cakap orang dengan dahi berkerut beliau, ah.. I buat derk je. Tapi memang tak puas lah mandi sebab kena lap-lap aje walau rasa macam nak jirus badan satu baldi je tapi I tahan la. I know, I kena dengar cakap husband I sebab kalau I tak ikut cakap dia mesti ada je benda terjadi kat I, dapat on the spot pulak tu. 
 
 (Nah, I bagi gambar x-large)

So the next day, balik dari kerja, I tengok husband I ada bawak satu plastik memory lane besar. I tanya, eh, apa tu? Husband I dengan tersenyum simpul menyerahkan kepada I. I tengok, wah.. ada kotak besar dan satu get well soon card. Terharu I sekejap and I cakap, I pun tertunggu-tunggu jugak, ada ke hadiah untuk I, tengok ada jugak, ingat you kat I eh.. (maksud yang sebenarnya ialah “nasib baik you bagi I something or else I merajuk besar” dan akan keluar lah ayat, you tak sayang I lagi wakaka..). Then bila I bukak je kotak, terkejut I sebab tengok ada one huge teddy bear ..wakaka.. aiyoo..ingat I nie budak-budak ke (kata I dalam hati tapi mulut menguntum senyum walau sebenarnya tak berapa puas hati hehe..). Husband I tanya, suka ke..I kata of course, walaupun rasa agak canggung, tua-tua pegang teddy bear...ewww... I pun terpaksa la peluk teddy bear tu untuk menunjukkan perhargaan I pada beliau. Tapikan bila I peluk je kan, tiba-tiba hati I rasa sangat lega. No wonder la kalau orang or especially budak-budak sakit kat hospital and di beri teddy bear, emosi dorang akan berubah and rasa happy. I pun meneruskan lakonan I itu untuk jaga hati beliau walaupun I sangat segan.. masa kecik tak ada pun segan-segan or malu-malu macam nie. Yea, maknanya I dah tua la sekarang nie. Ditambah lagi kalau I buat tak tau nanti dia tanya-tanya tak suka ke? Kang melepas pulak nak dapat hadiah yang lain-lain in the future. I sentiasa memikirkan masa depan dan hadiah-hadiah yang bakal I perolehi hehehe.. So kena la I bagi senyuman selebar-lebarnya and convince dia yang I sangat suka. Untuk hari pertama dan kedua kalau teddy bear tak ada kat sebelah husband I tanya, mana tedduy bear you? Aduhhh mak.. makanya terpaksa la ku kepit merata-rata. Kalau nak tidur, ada je dia letak sebelah I...OMG, tua-tua tidur kepit teddy bear... malunya I. Tapi masuk hari ketiga, dia dah lupa and I rasa sungguh lega hehehe..I bukanlah hipokrit but at the same time I want him to know how much I appreciate his gift, adatlah berumahtangga, dengar tu adik-adik. Tengoklah betapa baiknya dia dengan I selama ini, dia pun pandai ambik ati I. I know I kept on memuji-muji husband I but man, he is a gift from God to me. He is such an exceptional guy! Yelah nie cakap masa tengah sayang-sayang, cuba kalau I tengah marah-marah...habis segala kecaman hebat I hamburkan kat dia, itu belum lagi silent treatment wakakaka... So, for the first few days, kesan jahitan kadang kala terasa berdenyut dan seperti di cucuk jarum tapi I tahan je sebab tak ada la sakit sangat. Bila I mengadu sikit, husband I tanya, ubat painkiller tak makan ke. I kata, I tak nak. I tell you, I kalau boleh memang I tak nak makan painkiller ke panadol ke walau kadang-kadang period pain I rasa seperti perut I di pulas-pulas dan macam kena jerut je. Selagi I boleh tahan, I akan bertahan. Part nie, I tak dengar cakap husband I, dia selalu mengomel bila tengok I sampai merangkak atau berpaut kat kerusi ke dinding ke..itu belum lagi I nak bagi memek muka yang sampai terpejam-pejam mata wakaka..character actress you hehehe...

Anyway, jahitan di muka harus di sapu dengan alcohol swab dan disapukan dengan gel tiap-tiap hari selama tiga hari berturut-turut dan plaster waterproof harus di ganti selepas tiga hari. Jantung I berdebar tiap kali I sapu alchohol swab kat bahagian pipi sebab ada pedih-pedih sikit, maklumlah tempat yang baru di potong dan di jahit. Itupun I main acah-acah sikit je, as for the gel tu tak rasa apa pun I main acah-acah jugak. Time nak tukar plaster waterproof adalah acara yang mendebarkan jugak sebab the thought of jahitan di dalam itu...huiii... Part nie I suruh misi I buat. Husband I belum bukak plaster lagi I dah menjerit hehe.. I warning beberapa kali suruh dia be careful. Bila husband I mula bukak, start la I cakap adui, adui... husband I tanya, sakit ke, I kata tak, ngeri je. Mula-mula I tak nak tengok kesan jahit but I was curious so I jenguk la jugak...huh! nampak benang... seram I. Kat belakang kaki I tak tengok sebab susah kepala I nak terteleng cuma kat perut and hips aje. Since I nie jenis pengeli and always imagine kalau plaster nie lekat lama-lama akan tumbuh fungus la, kulit I rosak la, so I suruh husband I beli plaster waterproof sebab doctor cuma kasi one set je. Sebenarnya tak ada apa-apa and sure doctor akan bagi extra tapi I nie paranoid. So after three days barulah I dapat basahkan muka yang selama ini I lap sahaja. After that I mandi seperti biasa but I still make sure plaster waterproof nie tak kena air lama-lama. I rasa sungguh lega finally dapat shower all my body.

During those one week, hati I sentiasa resah kerana tak tau apakah result dari lab. Kadang-kadang I rasa nak menangis, sedih and down sangat. Kadang-kadang redha and bersedia menerima apa-apa berita buruk yang bakal I perolehi nanti. All this while, I google merata-rata and baca anything about moles, melanoma/skin cancer ini. There are times airmata I bergenang dan berkeluh kesah mengenangkan nasib ini. Husband I selalu menenangkan I and said tak ada apa-apa, belum tau lagi dah susah hati etc. I kata of course la, it’s happened to me, it’s my body mesti la I emosi. One evening, I baring kat bilik then husband I datang duduk sebelah I. I cakap, if it is a bad news, I would be so sad, I wouldn’t want to do anything anymore, I’m not looking forward for the future or our live together. I don’t want to do anything, I would just lie on my bed. I’m not giving up on life but I have no will power to do anything anymore. I kata, kalau dah masuk bloodstream habis la and boleh jadi lymphoma and sure macam-macam procedure kena buat and I tak nak buat chemo. I pesan kat husband I bila I mati nanti, please jangan tinggal sembahyang dan buat charity banyak-banyak sambil tu air mata I bergenang (hahaha.. shit la bila ingat balik). I cakap kat husband I yang I dapat merasakan umur I tak panjang sebab dari kecik lagi I dah rasa macam tu. Macam ada suara hati I berbisik that I wouldn’t be able to grow old with him and that I memang di takdirkan mati awal... mula la I dengan my ala-ala clairvoyant mind (mengarut kah kah kah...). Husband I cakap, kalau I tak ada, habis la dia, dia pun tak akan lama hidup sebab memang macam tu (alahai..wakaka..). Dia pun bagi a few example pasal couples yang laki dia mati and a few months later bini dia pulak mati. I kata tak semestinya, tengok you pegi enjoy but I don’t mind because you have the right to do anything you want to do even if you nak kahwin lain, kahwin la. I dah mati, mana la tau pasal your life. Dia kata kalau I dah tak ada dia akan berenti kerja. I tanya kenapa? Dia kata buat apa dia nak kerja, life dia dah tak ada.. Macam script film 70’ an je ala-ala Ruming dan Juling je wakakaa...

So last Monday 30th March 2015 at 3pm, we went back to visit Dr Eileen sebab nak bukak jahit. Dalam perjalanan ke Gleneagles, I senyap aje sambil membayangkan berita buruk yang bakal I perolehi. Husband I try to talk to me but I jawab tanpa perasaan dan muka yang separa nak nangis. Again husband I cuba reassure I but since I always think negative nothing he said dapat comfort hati I yang lara ini. I cakap buat apa I nak think positive and have high hope and suddenly I dapat bad news sure I jatuh terjelepuk nanti. Sampai kat clinic Dr Eileen kena tunggu sekejap sebab ada patient kat dalam. Bila I masuk aje bilik dia, doctor tanya, how are you? I kata, I’m not good and sad as I don’t know what is the result. Doctor cakap, hey, there’s nothing to worry about. I said, what? Nothing to worry about? What do you mean? Doctor ulang balik there’s nothing to worry about, here..sambil menunjukkan result kat paper. Macam la I tau apa terms or benda yang di tulis itu. Doctor pun explained one by one. The first one is dekat pipi I. Yang nie I suspense sebab dia cakap, moles kat pipi I bukan moles dan bukan cancer or melanoma. I tanya, what is it then? Doctor cakap, the features are those of dysplastic naevus but don’t worry about it, it’s not cancer. I suruh dia ulang lagi and then I tany, so I don’t have to worry about it. Dia kata no. But I tak puas hati, I tanya lagi, how about the big one next to my belly button. Dia kata, itu is just a normal moles. Ah..lega I.

Then doctor suruh I baring untuk bukak jahit. Mula-mula dia bukak yang kat pipi. Tak ada la sakit mana but knowing me yang mesti ada sound effect, I pun au au la kan bila terasa sikit hehe.. sikit je.. Doctor cepat-cepat kata sorry.. Dia buat slow and sangat careful. Dalam pada tu sempat la jugak I tanya, what do you think I should do to my face (memandangkan dia plastic surgeon). Doctor kata, no la, you still young, wait until ten more years time, I kata ok, I will look for you in ten years time, gelak gelak doctor tu yang tak berapa boleh nak gelak memandangkan muka beliau yang sangat straight akibat face lift (mesti punya) itu. You know macam kita kena ulcer kat dalam mulut, bila nak gelak or ketawa kan kita kena katup mulut, hah.. macam tu la expresi doctor tu..meaning ada bunyi ha ha ha tapi versi tertutup atau bukak sikit mulut tapi sengihan macam tak menjadi cuma ada sedikit garisan di tepi hujung mata. Kalau you tengok kat internet profile muka dia macam biasa but bila you tengok in person dia memang lawa dan bergaya penuh sopan. Tak ada la macam amoi-amoi cina yang macam nak pegi disco siap dengan stokin hitam berjaring atau yang nampak g-string itu. This lady is classy. Anyway, yang kat hips and belakang kaki I dia tak bukak jahitan sebab masih belum heal, dia cuma dapat bukak yang kat perut and pipi aje. So tomorrow I kena datang balik untuk bukak the last two nie. Doctor bagi I another set of alcohol swab dan strip untuk di ganti dua kali sehari dan hari-hari di bahagian muka I. Yang bahagian perut I pun dia suruh I buat benda yang sama tapi memandangkan I akan jumpa dia untuk bukak jahitan kat kaki, dia suruh I biarkan dulu. 

(Ah...a touch of paradise....)

Balik dari Gleneagles, husband I kena pegi office but dia suruh I tunggu kat KLCC. On the way ke situ, I non-stop tersengih-sengih kegembiraan. I was so happy with the result, those one week was the most stressful week of my life. I was so emotional, di tambah dengan sakit period pain lagi and of course bila period lagi la mood I tak bagus. Semangat pun hilang and murung memanjang. Rasa macam nak gila pun yea.. bila I tengah relax or happy-happy suddenly I teringat akan result yang masih menjadi tanda tanya teruslah I down balik. Now, bila teringat discuss pasal mati-mati, macam nak gelak la pulak hehe. Anyway, this is the second time this year I pegi KLCC, the first time was last week yang masa I beli dinner kat Coffee Bean. Lama jugak I tak pegi, ada dekat setahun dua kot. So, I decided to go to Kinokuniya yang telah berkurun tidak I kunjungi. I was still excited with my result earlier on, so I splurge on books. I bought four books as a present for myself although I already promised myself not to buy anymore since banyak buku kat rumah tak baca-baca lagi. Yang beli kat Big Bad Wolf zaman dahulu kala pun tak bukak-bukak lagi. Masa I risau aritu I promise macam-macam pada diri sendiri, kalau good news, I akan mengotakan janji I one but one and slowly. I want to take every minute of my time and create a beautiful memory on this earth. And of course one of my janji was to rajin-rajin update blog, eceh senyum Zue. hehehe...kalau tak kan, nanti dia whatsapp I macam chettiah tagih hutang je wakaka.. Promise yang lain-lain tu nanti I share..

Anyway, sementara tunggu husband I habis kerja, I ambik a few pictures and sent one to my husband. Tak lama kemudian husband I datang and I ajak dinner kat Chilli’s. Sampai situ orang tak ramai. I think this is the second time I makan kat Chilli’s. The first time was masa mula-mula KLCC bukak kot... Well it was long time ago. Sementara tunggu food sampai, dengan wajah risau, I told my husband pasal ladang I yang I tinggalkan.. wakaka.. Hay Day la. I cakap boat I tak lama lagi nak berangkat and my crate tak penuh lagi. I tak collect butter lagi untuk dimasukkan kat crate wakaka... Husband I tanya waiter kat situ ada internet ke kat Chili’s nie, waiter kata tak ada. Then husband I cakap, don’t worry about it. Dia keluarkan one of his phone, take out the sim card and masukkan kat tablet I. Alaa.. sweet la husband I. I was so happy. Makanya I pun sibuk la menguruskan ladang I kejap, dengan binatang ternakkan yang perlu di bagi makan, menjual hasil tanaman dan berbagai-bagai lagi tugas seorang peladang berjaya hehe.. Nasib baik I tak terlepas boat, kalau tak rugi I hari tu tak dapat collect duit, bintang dan card wakaka..

Anyway, the service from the waiter/waitress is always good and warm but the food was bad. Dah la lama tunggu, bila sampai food dah sejuk. Bila waiter tanya, how was the food? I kata my food sejuk and boleh tak dia panaskan balik. Dia hantar balik ke dapur. I was worried that they might spit or do something to it. I’m not saying Chilli’s is doing that but I banyak baca kisah-kisah pasal tukang masak or waiter yang sakit hati dengan customer cerewet kat restaurant-restaurant nie. I also teringat akan cerita cikgu I dulu-dulu pasal this kind of thing. I tak cerewet and I cakap baik-baik kat waiter tu tadi, takut oo... we are at their mercy. Bila food I sampai balik, I peratikan rupa food I or any sign of tampering and thanks God, it was exactly like when it left my table before from the postion of the brocolli to the shape of the fish that I’d cut. I also look at the texture if there’s any sign of other foreign object/fluids ke kan..I know..I memang paranoid hehe... Anyway, I tak makan abis sebab tak sedap. The rest, husband I habiskan.

Masa dalam kereta kat parking lot time nak balik, I bagi husband I duit. Dia terkejut and tanya kenapa.. I cakap I niat nak belanja dia kat Chilli’s tadi, so this is the money. Husband I mula-mula tak nak, you tau la lelaki macho dan control freak itu, he always think that he is the provider and his job is to pay for everything. Tapi I pujuk dia, I cakap, this is my niat kalau I dapat good news and I dah lama plan nak belanja dia and please take it, I insist. Akhirnya dia ambik dengan berat hati. I tak nak bagi kat restaurant tadi knowing my husband akan rasa tercabar kelakiannya kalau I buat macam tu, that is why I bagi dalam kereta... (I cukup masak dengan perangai husband I). A liberal and an open minded guy but yet ciri-ciri lelaki lama masih menebal dalam diri beliau.

Anyway, kesimpulannya di sini, please please, if you have a suspicious moles you better go and check. Yang membuatkan I suspense was that, I punya mole kat perut nie dulu kecik tapi lama-lama dia besar and it has been there for as long as I can remember. Colour bertukar, dari hitam jadi brown dan tak sekata, ada pink brown dan hitam kat mole tu. Ada macam isi ternaik dan mengerutu. Size pun besar dari pemadam pencil yang kat belakang pencil dan tidak bulat macam mole biasa. What if it is melanoma and I biarkan aje? If If and If. Jangan ambil mudah pekara-pekara macam nie. Jangan dengar cakap orang yang cakap, ahh..tak ada apa-apa tu, jangan risau sangat, itu tahi lalat biasa je etc. Orang boleh cakap apa saje sebab tak terjadi kat dorang. It’s your body, you yang kena decide bukan orang lain. Pegi je check and dapatkan nasihat doctor, kalau bukan melanoma tak apa, you tak rugi, at least you dah tau and tak perlu risau-risau and kalau it is a melanoma and masih stage 1 or baru, you boleh prevent cepat-cepat sebelum melarat. It is better to know than not knowing at all. Ignorance is not always bliss. I know I nie menceceh panjang sangat but because I care for all of you my reader although some of you I may not know personally.  You all know Bob Marley kan. You tau tak, mati-mati I ingat Bob Marley nie mati overdose drug memandangkan beliau yang rasta itu. I need to change my mindset yang selalu pikir asal superstar je, mati overdose or makan dadah (bak kata Mummy). Anyway, Bob Marley nie mati disebabkan oleh rare form of skin cancer start kat toe nail dia. Dia tak nak toe or kaki dia di potong memandangkan agama dia melarang untuk berbuat demikian so doctor ambik skin dari thigh – skin graft and letak kat kaki dia or something. Last-last cancer tu melarat ke seluruh badan dia. Doctor cakap kalau kaki or toe dia di potong chances of dia sembuh is 99%!

But you know what? Like I said in my Part 1, punyalah lama tak baca baca Mingguan Malaysia or any paper, out of the blue last month husband I beli and kebetulan pulak pasal tahi lalat that prompt me untuk pegi check cepat-cepat, sampai sekarang I masih tertanya-tanya and wonder what makes him tergerak hati nak beli, yes after all these years. Syukur Allhamdullilah. Allah is working through him and I’m so grateful to my husband, nak jadikan sebab, I owe my husband my life. And this thing happened for a reason so that I’m aware and educate myself more on this matter and also what if my moles lama-lama boleh jadi cancer kalau tak remove awal-awal, who knows kan? Nowadays, I look at my moles differently and tidak memandang enteng lagi. Tak ada nye tahi lalat nie pemanis pemanis. I look at each of it closely and every three months I will go to Doctor Gan to have it check.

There’s a few procedure that I plan to do but untuk bulan nie I nak rehat kejap, penat la, bulan January lepas dah pegi check my breast which I have to do annually, March pulak moles nie. I will do other procedure soon, maybe somewhere in May or June I will share with all of you nanti.   

 Sekian catatan I untuk kali ini...   

Tuesday, March 31, 2015

Kisahku Dan Tahi Lalatku (Part 2)

(Tetap nak mengabdikan kenangan walau sekadar mengisi borang..aiyaa..I look so old)
 
We went to another doctor yang akan buat surgery I nanti. Sampai situ kita orang buat appoinment, Monday, 23rd March 2015, 4pm... dengan Doctor Eileen Fong.

Monday, 23rd March 2015

Dekat pukul 3.45pm baru husband I sampai rumah disebabkan jam yang agak teruk. Bergegas kita orang ke Gleneagles and thanks God kita orang sampai pukul 4.05pm...phew! Husband I drop I kat situ and cari tempat parking. I terus naik ke clinic Doctor Eileen. Masuk situ, I di panggil untuk di ambil berat, tinggi dan blood pressure. Then I isi borang, masa isi borang tu husband I pun sampai and sempat la jugak I suruh husband I ambik gambar I memandangkan masa surgery nanti sure tak ada masa nak ambik gambar.

Tak lama kemudian I di panggil masuk ke bilik doctor. Wah, Doctor Eileen nie boleh tahan lawa jugak. Kecik, kurus dan bergaya dengan dress renda orange menaikkan seri di wajah beliau. I peratikan keseluruhan muka dia dan hidung dia yang mancung itu tiba-tiba I terpandang di belakang beliau ada berbagai-bagai jenis dan bentuk breast silicon, oh yeah?? By now, you all mesti dah masak dengan I and my obession and also my frustrated with “anak dara sunti” nenen ini, cit! Baru lah I perasan, I sebenarnya sedang mengadakan consultation dengan doctor plastic surgery. Masa I ambik card kat luar tadi, I tak baca pun apa yang tulis kat card dia. So, it says” Consultant Plastic, Reconstructive & Aesthetic Surgeon”..hah itu dia. Mata ini tidak lepas-lepas memerhatikan berbagai rupa silicon di atas meja belakang beliau yang di longgokkan bak ikan di pasar malam itu. No wonder la, doctor nie nampak presentable dan bergaya. Mestilah kan, nak jual product atau perkhidmatan, diri sendiri kena nampak lawa. I kan kalau ada sales girls nak jual product skin care tapi muka mengerutu terus I turn off. Kalau you nak jual benda macam tu, muka you sepatutnya licin despite period ke tak, yelah kena ada living testimonial – diri sendiri and that it is a good product. Macam mana you nak tarik costumer kalau sendiri tak dijadikan contoh kan. Same goes dengan orang yang gedempol jual pil kurus or orang kulit gelap jual krim pemutih kulit, jual cerita dongeng apa?

Anyway, doctor cakap moles macam I nie kebanyakkan terjadi dekat white people of western descent (again). Nasib baik husband I tak ikut masuk, kalau tak maunya I nak tergelak. Yelah kan, muka I nie clearly dengan hidungnya yang kecik dan matanya yang sepet. Then I membayangkan muka ahli keluarga I (termasuk I) serta saudara mara I yang memang penduduk asli “omputih” itu membuatkan I gelak baring-baring dalam hati wakaka.. Bukanlah I nak kata omputih nie perfect, nooo.. tapi I just membuat perbandingan features aje. Please don’t get me wrong, tapi omputih nie selalu perasan yang dorang superior dari kita, just because they think they are better looking then us, padahal... malas la I nak kutuk-kutuk rupa orang, dosa tau.. (yela tu..we’ll see on your future post nanti..haha.. shut up.. I’m entitle to make any comment I want uwek..). Anyway, I kata no, I’m iban and my family has dark skin except me. I kata iban sama je macam kebanyakkan melayu punya skin colour. Doctor cakap tak semestinya and she think I have some kind of genetic or hereditary dahulu kala that I don’t know. I cakap I don’t think so. Tetaplah bangga dengan asal usul diri. Yelah doctor, if it is true I nie ada sedara mara keturunan omputih, apakah agaknya my surname itu? Smith, Rhys, de Klerk (hah..keturunan racist la pulak gua) or tribe swahili, hakuna matata. Nie nak kena buat DNA profile nih.

Again anyway, banyaknya statement terkeluar tajuk, doctor ada mentioned a few times syndrome apa tah nama... I tak ingat la, teruknya my level of memory nie.. dia kata I kena datang jumpa Doctor Gan untuk check my moles nie every three months takut ada growth or bertukar colour. I tunjukkan kat perut and kat muka and then I decided might as well I show semua kat dia atau dengan kata lain, I half naked jelah depan dia. Mesti doctor nie cakap dalam hati, “eh, gendut dan mengelebehnya perut minah nie”, iya me and my assumption and of course memanjang inferiority complex hehe...syyhh.. Doctor terjumpa two more suspicious moles kat my hips sebelah kanan and belakang atas sikit dari lipatan kaki kanan I. Dia tanya nak remove this one ke, I kata what do you think? Dia cakap if you ask her, of course kena remove and analyse. I kata remove la, apa la doctor nie.. Then dia buat cycle dengan pen and explained to me what is she going to do. Dia kata kalau melanoma masih awal stage dia akan removed potion or buat biopsi disekeliling skin yang affected and skin yang healthy. I tanya bahaya ke skin cancer/melanoma nie, dia kata kalau dah dalam and sampai kat bloodstream bahaya. I terus jadi sedih. Dia kata jangan sedih sebab tu kena remove and hantar kat lab to analyse. Of course la I’m sedih, I tak nak sakit-sakit, keluar masuk hospital, baring-baring kat single bed beralas kain putih with all the wire kat seluruh badan I di usia yang masih remaja ini... (puiikk) and tak nak mati cepat kan... I tak nak buat appointment awal-awal malaikat Izrail and “berkenal mesra” dengan malaikat munkar dan nakir. Lepas habis semua penerangan beliau, I pun di bawa nurse dia untuk turun ke bilik operation for minor operation di bahagian emergency. Masa I turun dengan nurse dia and husband I, sempat lagi I bergossip dengan nurse tu. I tanya lawa eh Doctor Eileen nie, dia kata yes and doctor nie ada buat plastic surgery. I kata..oo.. no wonder la hidung dia mancung. sengih-sengih je budak nurse itu sambil mengiyakan kata-kata I. Sibuk la pakcik pengossip kat belakang, tanya I apa yang I bualkan dengan budak tu, sibuk je orang tua nie..yela kan pendengaran beliau dah berkurangan sekarang nie (oh, nanti I story wakaka..). Then I terpikir mesti segala nip and tuck doctor nie buat or liposuction ke..itu pasal la badan dia slim tapi still terbentuk. Nenen pun menegak je. Ini kalau pakai bikini two pieces..fuh.. mesti cun leper je perut. Tasha Shila.. tayang la perut and your abs sekarang, tunggu la sampai umur I nanti.. tetap la nak bagi statement warning jealous...

Sampai situ, I dengan husband I duduk sekejap sementara tunggu nama di panggil untuk masuk dalam bilik surgery. You tau tak, I yang terkenal dengan wanita penuh emosi (dikenali di kalangan you all ler..) dan sentiasa gelabah yang amat, sikit pun tak nervous atau takut. I sendiri hairan, kenapa lah I cool sangat. In fact I tak sabar nak masuk. I guess, I want to get this thing over with quickly. Tak lama kemudian nama I di panggil. I masuk dan tukar baju. Then doctor suruh tanggalkan gelang, jam dan cincin. Rantai and anting-anting tak apa. I keluar kejap dengan baju surgery tu, doctor kata eh, jangan keluar macam tu, I kata “don’t worry doctor, I tak kisah”. Then I terpikir nak bawak handphone ke tak sebab ingat nak ambik gambar dalam tu but I pikir balik, ah tak payah lah. Masuk dalam balik, baru I perasan kat dinding ada notice tulis, tak boleh bawak handphone or ambik gambar. Nasib baik I tak bawak or pose-pose sengsara kat dalam tu, kalau tak, sure kena warning... Makanya I pun di suruh berbaring kat katil surgery. But since this is a minor one, so I tak di beri oxygen or di bius keseluruhan cuma di bahagian yang hendak di potong sahaja.

I yang sangat tenang tadi tiba-tiba jadi gelabah bila doctor kata dia nak inject bius kat tempat yang nak kena potong. You know la my love story and injection nih...hehe.. mula la I gelabah, mulut jadi bertambah kertu, pernafasan pun jadi kencang. I tanya sakit tak doctor, doctor kata tak, sikit aje. I cakap, ok sebelum you inject I, I need to hold the nurse’s hand (wakakaka...). Kira I nak dapatkan kekuatan la. Dia kata ok no problem. I tell you, this doctor cukup tenang melayan kerenah I hehe.. Ok, silakan continue baca dengan penuh kemenyampahkannya yea kui kui kui... Then nurse suluh dengan lampu yang sangat terang dekat tempat yang I nak kena potong, tempat pertama, bahagian muka I di bawah dagu sebelah kanan. Muka I ditutup dengan kertas dan cuma di buka di bahagian yang hendak di potong itu. I cakap kat doctor, sebelum you inject I, please let me know and that let the nurse hold my hand. Dia cakap, yes dia akan bagitau (hehe.. siap remind doctor you, punyalah nervous). Nurse pun datang la dekat I sambil memberi tangannya kepada I hehehe... Budak nie muda lagi dalam 19 or 20 tahun kot. Dia senyum-senyum je. Bila doctor start inject I, mula la badan I jadi stiff kejung sebab takut nak mampus wakaka... Nurse and doctor cakap, relax yea.. I tell you.. inject bius sakit ooo... I merengek-rengek hek hek you... yucks! Tapi nak gerak I tak berani, takut tersalah inject, kang kena inject lagi, so you imagine la, I merengek bawah kertas biru dengan pernafasan yang turun naik berserta dengan badan kejung itu wakaka.. benci la..bila ingat balik. Bila doctor dah habis inject, dia cepat-cepat cakap dengan I. I tanya kenapa lama sangat dia inject kat tempat tu, berapa kali dia inject. Dia kata dia inject tiga kali, oh wow! Tiga kali in one place, no wonder la sakit. Tak ada la sakit giler, sakit macam kena cubit but sakit la jugak. Lepas tu I tak rasa apa-apa dah bila dia potong moles I and jahit kulit dalam dan kulit luar. Cuma I boleh rasa benang tu bila dia tarik, kepala I and bahagian lain yang dia jahit pun ikut gerak. At one stage doctor tanya, rasa ke sebab yelakan I ikut benang bila benang kena tarik. I kata tak, cuma suspense bila you tarik benang tu wakaka.. tapi tak sakit langsung and same goes to kat perut I yang bawah tepi pusat, hips kanan dan belakang kaki kanan I itu. Lama dia buat kat satu-satu tempat and I siap boleh berborak dengan budak nurse tu, macam-macam I tanya and dia pun cerita-cerita tapi ada malu-malu sikit kat I. Biasalah budak muda kan taraf confident tak sama dengan orang tua macam I nie.

Oh yeah, nurse nie bukan nurse yang kat bilik doctor tu, nie nurse hospital Gleneagles. Apparently budak nie nurse in training, kira intern la kot. Mak dia pun nurse, kira dia mewarisi profession mak dia, tinggal dengan family and rumah tak jauh dari KL Festival Mall, siap boleh jalan kaki lagi. Kesian la pulak bila I teringat I genggam lengan and tangan dia dengan kuatnya each time doctor inject I. Sure biru-biru lebam tangan dia I kerjakan. Each time lepas I genggam lengan or tangan dia, I cakap sorry dik..dia kata tak apa sambil senyum-senyum manis. Oh I sempat tanya, mesti dia pernah tengok orang yang masuk kat emergency room nie datang dengan berbagai rupa... dia kata iya, then I tanya lagi pernah ke assist doctor and then orang tu mati...hahaha... dia kata tak pernah lagi.. you wait jela dik, the time will come when you have to face it wakaka.. kejam I bisikku sendirian. I hope this girl will become a successful in her career. I kan admire budak-budak muda yang dah ada vision or know what they want to do in their life unlike me bila muda-muda orang tanya nak kerja apa. I cakap nak kerja kat office yang ada aircond... hehehe... (nampak sangat tak ada guidance dari parents I). Tea lady pun kerja kat office and pantry yang ada air cond...aparaa I nie..

Lepas habis semua moles I doctor removed and jahit balik, doctor bagi serba sedikit penerangan macam mana nak jaga tempat jahitan kat muka I serta dekat perut, hips and kaki I. Then I keluar untuk mendapatkan husband I yang sedia menunggu. Bila I sampai kat dia, seluruh badan I tiba-tiba mengeletar (maybe sebab kesan bius kot) and I explained kat dia akan kesakitan yang I alami. I exaggerate je, tak ada sakit mananya kena inject tu tapi tetaplah nak menjual cerita ngeri sikit bagi meraih simpati. Husband I cakap, kesian dengan muka layunya itu. Habis bayar bill, husband I belikan I air milo panas dekat machine untuk mengembalikan tenaga I. Then husband I ajak terus pegi office dia yang tak jauh dari KLCC. Dia suruh I tunggu kat KLCC. I suruh dia jumpa I kat Coffee Bean sebab nak take away for our dinner. I ordered macam-macam, sandwhich turkey, sandwhich chicken, chinese chicken salad, peach tart, chocolate blended dan vanilla blended. Almaklum la lepas operate la katakan, walau sekadar minor sekalipun. Sementara tunggu bungkusan food siap. I took a few snap of my stitches yang dekat muka itu. Tak lama kemudian husband I pun sampai.

To be continued...

Sekian catatan I untuk kali ini.

Saturday, March 28, 2015

Kisahku Dan Tahi Lalatku (Part 1)

(Mingguan Malaysia bertarikh 22.2.2015)
 
About a month ago, my husband went out to buy a newspaper The Star for himself for the weekend. Balik aje, dia bagi I newspaper Mingguan Malaysia, hari Ahad 22.02.2015. I tanya, eh, kenapa you belikan I? You know I don’t read this weekly or any other paper anymore, the last time was about ten years ago. Dia kata, saje je beli sebab dia teringat I suka baca dulu especially ruangan sisipan. I kata, jangan haraplah I nak baca-baca paper nie semua, bukan I anti mana-mana newspaper ke apa tapi I tak ada masa. So I biarkan lah selama beberapa hari until one day, I decided to have a look at it. I went straight to the ruangan sisipan/ruangan tengah. It was ruangan Kesihatan and what stop me of my track was that the title in bold and caps “AWAS KULIT CERAH” and gambar tahi lalat. As you all know I banyak tahi lalat. Bukan hanya di muka sahaja malahan di kiri kanan tangan berserta kaki dan juga di badan I. I terus baca isi kandungannya. I remember a long time ago or more, I pernah ajak husband I pegi hospital untuk check one of my suspicious tahi lalat kat bahagain perut yang agak besar and it has been there for as long as I can remember. But husband I doesn’t take it seriously, dia kata tak ada apa-apalah and that he asked me kalau tahi lalat I tu pernah rasa sakit or berdarah. I kata tak ada. Dia kata don’t worry. So, I just let it go and totally forgot about it.

For as long as I can remember, dari kecik lagi I memang banyak tahi lalat especially kat muka. Kadang-kadang budak-budak usik I, kata muka I jamban lalat la.. geram la jugak tapi tidak la menyebabkan I marah because I know it is not true. Bila balik rumah, I tanya Mummy kenapa muka I banyak tahi lalat dan kenapa dinamakan tahi lalat, kenapa tak diberi nama lain. Mummy kata memang dah bahasa macam tu. But I still tak puas hati sebab of all the name in the world why did moles nie hendak diserupakan dengan something that is dirty and unhealthy dalam bahasa melayu, tahi.. hmm... Wo pulak selalu cakap dan membanding-bandingkan tahi lalat dia dengan I. Dia pasti akan cakap sambil tersengih dengan gigi gongaknya (bak kata husband I), ‘ hehe.. aku ada satu je kat muka tahi lalat and maknanya manis, Dek ada banyak”..nyampah I tau..hahaha. Bila I meningkat remaja, I realised that, my tahi lalat ini membuatkan I dan rupa I lain dari yang lain, yelahkan orang muka bersih je, I punya muka bertaburan bak bintang di langit itu wakaka..tetaplah nak bersastera. I know, each time orang tengok or pandang muka I, mesti dalam hati dorang cakap, “eh, banyaknya tahi lalat kat muka minah nie”. Masa I sekolah dulu, sempat lagi kawan-kawan I guna eyeliner hitam and put more dots on my face. Tapi I tak kisah sebab I participate dengan penuh rela and then gelak-gelak bersama.

One day, masa jalan-jalan kat Berjaya Time Square, this was about mmm.. 10 or more years ago, we saw ada booth dekat tengah-tengah ground floor. I saw ada one old chinese guy and gambar-gambar orang bertahi lalat. Bila I datang dekat, rupa-rupanya laki cina nie boleh tanggalkan tahi lalat on the spot dengan menggunakan sejenis ubat sapuan. I cakap kat husband I, I nak try buang la sikit. Husband I kata, tak payah la, kan cantik tahi lalat I. I kata nak try satu dua je. So cina tu pun sapu la satu kat muka I and dua kat badan I sebab I nak test macam mana or I takut ada reaction apa-apa. During dia buat tu, dia cakap, I nie jenis yang peramah, banyak cakap and I patut buat charity work and I nie senang nak dapat kerja (which is so true hehehe.. asal interview je, mesti dapat). Then dia kata I jenis yang sensitive (kah kah..) tapi baik hati (double kah kah..). I kata, ye ke? Cewah buat-buat tak tahu tapi dalam hati alahai.. kembang you. Dia kata dia baca dari tahi lalat I. Tapikan I tak pecaya apa dia cakap sebab kalau kita dah tua-tua memang tak susah nak baca perangai orang, banyak pengalaman lah katakan. So anyway, ubat nie macam kapur, dia sapu kat tahi lalat tu. Sakit ooi..rasa macam nak terbakar je kulit I. Nasib baik letak sikit. Dia kata a few days nanti tanggal and hilang with no parut. After a few days dan hingga kini, tahi lalat tak hilang pun, tipu lah cuma colour je pudar and still ada tanda tahi lalat tu..

Back to my earlier story, bila I baca what was written on the paper, hati I jadi resah and penuh emosi. Terus rasa nak nangis. Husband I cakap, jangan risau nanti kita check sama-sama. Hari-hari I menjadi agak mendung, jiwa I kacau you. So we googled around and check which skin doctor/dermatologist yang kita orang nak pegi. It took us about two weeks to decide and plan which one we want to go. We read and checked all the doctors or any dematalogist around and their credentials and testimonial. We decided we should go to Gleneagles Hospital since dah selalu pegi situ and go for the consultation. After asking the receptionist at the ground floor which doctor should we go to, the receptionist gave us two name, Dr Chang Choong Chor and Doctor Gan Ain Tian and said both are good. I tanya, yang mana lebih senior/tua and she told me Dr Gan. So we went up to his clinic to make an appointment. Assistant/nurse/receptionist kat dalam tu cakap, hari nie doctor tak ada, dia kat hospital kat Jalan Tunku pada setiap hari Isnin dan Rabu tapi hari lain dia ada kat Gleneagles. I kata nanti I decide. I dengan husband I keluar dari clinic dia and discuss kat luar. Nak pegi kat dia ke or nak pegi kat another doctor. Husband I cakap, baiklah pegi yang tua sebab they are more knowledgeable. I kata, tak semestinya sebab doctor yang lebih muda, lebih advance and familiar with all the new technologies. Husband I kata, both are not much different. Experience is better. Then I tanya balik, what do you think? Wakaka..nampak sangat I yang undecided. Husband I kata, tak apa, buat appointment nanti kita decide together. Masuk balik, assistant tu kata, tak payah buat appointment, datang je and dia akan slot in sebelum pukul 1pm. It was very nice of her.

Tuesday, 17th March, 2015
The next day we went back to Gleneagales to Doctor Gan’s clinic. Orang tak ramai kat clinic dia, sorang dua aje. Then husband I kata, why don’t we check out clinic Doctor Chang pulak. I kata ok and we went to his clinic and wow, his clinic was so impressive. It was modern and receptionist/nurse/assistant siap pakai uniform lagi. Orang agak ramai, air cond sejuk and the place was so beautiful and new. Both of tanya-tanya a few question and assistant to cakap dia boleh slot I without appointment dalam masa satu jam but doctor akan start bercuti dari esok sampai 28th. I cakap, ok tak apa nanti I discuss dengan husband I. Keluar dari clinic Doctor Chang, kita orang discuss lagi kat hallway. I kata clinic Doctor Chang lawa la, modern, lively etc. Husband I cakap, pegi je kat Doctor Gan balik, orang tak ramai and doctor kulit semua sama aje. So we went back to clinic Doctor Gan yang agak retro itu. Rasa seperti melangkah ke zaman Bruce Lee hehe.. dengan kerusi kulit pvc colour biru kehijauan yang sangat “government look alike”. Sebelum nie I tak perasan pun akan persekitaran until I masuk ke clinic Doctor Chang. Bila masuk balik I peratikan hiasan painting kat dinding yang ancient itu, gambar-gambar, poster serta gambarajah tentang kulit yang telah pudar di telan dek zaman dan suasana muram bagai ada kesedihan yang berpanjangan. You know la I nie, asyik mementingkan keindahan luaran dari quality dalaman sometime..

Tak sampai lima minit duduk , I dengan husband I masuk ke bilik doctor. The first thing the doctor asked me was, are you a caucasian? I cakap no, I’m iban dengan tidak memandang husband I sebab husband I pasti akan buat signal muka kat I. And I definietly knows what he is going to say after we go out from the doctor’s clinic afterward with the doctor’s remarks about me being a caucasian. The doctor said, the reason why he asked was because usually this kind of skin and moles happened to a white people. I cakap, my family semua kulit gelap except for me. Anyway, Doctor nie kurus dan agak berumur tapi wajah beliau sangat tenang dan berperawakkan cool. I pun tunjukkan my suspicious moles di bahagian perut dan muka. I peratikan muka doctor itu yang ada moles jugak, dua butir di wajah beliau berdekatan dengan hidung dan satu dekat mulut. Then I tengok ada satu butir di tangan beliau. Then doctor suruh I baring sebab nak tengok di bahagian punggung I. Doctor kata bahagian punggung tu tak ada apa-apa same goes yang dekat breast but yang dekat perut dan muka tu I kena check. Meanwhile doctor discuss berbagai option and memberi serba sedikit penerangan and during those moment berbagai-bagai reaction dari I tapi yang pasti muka panic sepanjang masa and kadang-kadang menghela nafas tapi Doctor Gan ini sangat tenang dan tidak lekang menguntumkan senyuman manis di bibir beliau. Sambil I membayangkan kalau la doctor nie hot macam Doctor Derek Shepherd atau paling-paling aura Doctor Owen Hunt yang bagai ada unsur-unsur albino itu, pasti ku pengsan dengan panahan senyuman itu. After that, doctor recommend I pegi dekat another doctor untuk buat minor surgery to remove the moles and then send it to the lab untuk buat analysis. 

Keluar dari clinic, husband I mula la usik I, caucasian la, white people la etc.  Husband I cakap, nie mesti I anak angkat la, tersalah ambik kat hospital la... eeee..    I cakap, eh ingat, pure asian tak ada kulit putih ke?  I  cakap I saje tak nak tengok you masa doctor cakap tadi sebab I tau you akan buat muka kat I and sure I tergelak besar... hehehe.. I cukup masak dengan kerenah husband I itu.

We went to another doctor yang akan buat surgery I nanti. Sampai situ kita orang buat appoinment on, Monday ,23th March 2015, 4pm.

To be continued..... (yes, me and my drama again...tak habis-habis...)

Zue, kalau zue nak tau, inilah yang membuatkan hati sis berkocak masa Zue whatsapp sis.. :(

Sekian catatan I untuk kali ini....

Monday, March 23, 2015

Kisahku dan Gigiku

I’ve been wanting to go to the dentist for quite sometime because each time I floss one of my teeth, I rasa ngilu. Setelah berbulan memikirkan masa yang sesuai akhirnya on Saturday I berkesempatan untuk pegi. I went to Klinik Pergigian Zalinda. Dulu klinik Pergigian Zalinda kat Permata but sekarang dah berpindah ke Wangsa Maju. Let me tell you a story about me and my gigi.  

(Di Klinik Pergigian Zalinda, with Doctor Zalyana, sambil mulutku terbuka, wah..boleh buat rap nie.. sempat lagi ber snap-snap dengan seadanya hehe..)

Bermula la kisah...(dengan nada syair...)

Masa I kecik-kecik dulu, Mummy and Daddy selalu bawak I dengan Wo ke klinik tentera called Sick Bay kat Singapore. I cukup takut pegi situ sebab takut kena inject (sekarang orang panggil jab... but I prefer to use ayat retro, sebab I rasa lebih feel lagi menulis..). Each time I dengan Wo pegi situ, Wo always came out from the doctor’s room with a wonderful experienced and a kind doctor whereas it would be a different one for me. So while waiting for my turn, I would sit on the bench, looking at the snake or any kind of animal yang sudah mati yang dorang awet dan simpan dalam balang kaca and I wonder why. Kadang-kadang I datang dekat-dekat but other time, I just sit and just look at it. Nak ketuk-ketuk balang kaca tak berani la pulak. Sometime, there’s a few patient yang duduk menunggu kat bench and some of them ada yang kaki bersimen or mata bertampal dan pakai baju putih. Muka serious aje. I pun tak tanya, I nie masa kecik sangat la pemalu tapi kalau I dah kenal orang tu I akan banyak cakap but still I masih malu-malu.

Anyway, balik dari Sick Bay, Wo would tell us about how wonderful the doctor were to her. Doctor akan borak-borak la, cerita macam-macam dengan dia la, bagi dia gula-gula la and cakap baik-baik. I akan tanya balik, was that the same doctor that treated me too. Dia kata yes la. I hairan la sebab doctor tu tak ada pun borak-borak dengan I. Doctor cakap open your mouth and said a few words. I tak dapat gula-gula pun. Dalam hati I pikir, kenapa doctor nie treat me differently? Dia tak suka I ke? Or you think Wo are telling the truth? I cakap kat Wo, doctor tu biasa je dengan I, tak ada pun borak-borak? Wah, I tengok muka Wo bukan main puas hati bila I cakap macam tu. Dia pun continue la dengan sengihan “kemenangan” dan “dongengannya” itu.. (I jealous la kan). Biasalah sibling rivalry. Bila sampai rumah pun dia tak habis-habis cerita. Each time we came back from the Sick Bay, ada je la cerita “indah-indah” dari dia. Lepas tu dia tanya, “you macam mana dek? I kata, “tak ada pun, sikit-sikit je (nak sedapkan hati)” sambil mencebikkan mulut I yang well..cute itu haha...

Bila pindah kat Sarawak, kat sekolah rendah tu ada disediakan doctor gigi. I tell you, this doctor gigi and perempuan sangatlah garangnya dan kasar. I don’t know why dia anti betul dengan kita orang budak-budak sekolah nie. Nak kata kita orang kacau dia, tak ada pun, we are too busy studying and playing with each other to even notice akan kewujudan dia. Tapi kegarangan dia memang cukup tersohor. Each time, my rakan sedarjah balik dari jumpa dia, mesti ada je cerita-cerita ngeri dari dorang. Doctor nie maki-maki lah, membebel and buat gigi dorang dengan kasarnya. Bila budak-budak mengadu sakit, dia tengking and cakap ngada-ngada lah. Some of my friends akan nangis-nangis bila balik dari visiting doctor rimau ini. One day, I was told by the teacher that I need to see the doctor You tau, I punya la risau, jantung I berdegup laju. Rasa macam nak lari aje. Dengan penuh debaran I menyusuri tangga menuju ke arah bilik doctor ini dengan fikiran berkecamuk. Masuk aje bilik doctor, I senyum kelat and ucap selamat pagi dengan muka pucat dan mata yang terbeliak seram. Doctor kata duduk dengan kasanya tanpa memandang I. Lepas tu dia suruh bukak mulut dengan separa herdik (apa kena dengan minah senget nie? I tak cakap apa-apa pun). Then dia tanya, bapak kerja apa. I kata, navy. Tiba-tiba doctor yang berwajah garang itu berubah, dari muka masam terus macam muka takut-takut. I pun hairan. I perhatikan rambut dia yang ala-ala negro dan kulitnya yang agak gelap itu. Sambil tu I masih terpikir akan perubahan drastik beliau. I tak ingat apa yang dia buat kat I, samada tampal or tak buat apa-apa. It was long time ago. Lepas abis dia buat something kat gigi I ke apa ke. Dia tulis something and cakap ok. On the way out, tanpa memandang beliau, I cakap, TERIMAKASIH NURSE...hahahaha.. Don’t ask me, sampai sekarang I tak tau kenapa I panggil dia nurse, maybe sebab dia pakai cap and baju nurse colour putih kot or memang dia nurse but kat sekolah tu semua orang panggil dia doctor. Balik dari jumpa doctor nie, kawan-kawan I tanya, how was it. I cakap la mula-mula dia cakap kasar muka masam but bila dia tanya bapak kerja apa, I cakap navy terus dia turunkan voice and tak cakap or marah-marah. Kawan-kawan I cakap eh, peliknya and mulalah kita orang buat andaian yang kemungkinan besar boyfriend dia navy lah, bapak dia navy lah, or nak tackle uncle navy la, you jangan, kecik-kecik kita orang memang hebat part gossip nie wakaka... One of my friend cakap, nanti kalau doctor nie tanya bapak dia kerja apa, dia nak cakap kerja polis, terekek kita orang gelak, semua pakat-pakat nak tukar profession bapak masing-masing hehehe... Ahh..tiba-tiba teringatkan my kawan sedarjah ini, I jadi rindu yang teramat...nabila, edot, zalia..I was wondering, di manakah kalian or 6 kaki ke bawah...uishh..ngeri I..

Sejak dari hari tu (darjah tiga) hinggalah ke zaman remaja, I or Wo tak pernah di bawa berjumpa doctor gigi selain dari yang kat Singapore dulu. Not because we don’t want to go but because my parents tiada kesedaran or keperhatian and they never empasize or told us about the important of taking care of our teeth or that we need to put on a braces etc. One day after a few years of hidup berumahtangga I noticed that one of my gigi dah pecah. I sangat takut untuk berjumpa doctor gigi sebab lama tak pegi and bila teringat akan sakitnya kena inject masa kecik dulu, I pendamkan perasaan I itu. Lagipun, dengan penyakit aids yang mula menular dan diperkatakan hebat oleh semua orang masa itu. Dengan kisah-kisah orang yang terkena jangkitan hiv/aids nie from doctor gigi yang tak membersihkan equipment etc. Masa tu lots of people masih belum educate clearly and also orang masih question on how hiv/aids nie boleh berjangkit. Husband I cakap, not to worry about our Malaysian doctor, lain la kalau kat negara miskin yang lain and beside dia cakap jangan kena sakit gigi sebab sakit gigi adalah sangat sakit. Dia kata dia pernah kena dulu, satu badan rasa sakit yang amat and berdenyut-denyut. I pun jadi risau dengan cerita beliau, so one day I decided to go and do whatever necessary.

We look around at this small town kat Sarawak and found the one and only. This pekan is so small within 10 minutes dah boleh cover semua tempat. Anyway, doctor gigi nie doctor cina and kurus je. I was so scared, I rasa macam nak menangis aje bile nama I di panggil. Husband I ikut masuk. You tau I siap mengigil. Doctor kata jangan takut. I kata I takut kena inject. Dia kata sakit sikit aje. Bila dia inject I, I rasa macam nak menjerit and menangis sikit...(apalah I nie...). Husband I pujuk and cakap, dah inject dah... hahaha.. ceh... Then mula la mulut I terasa kebas and tebal. Bila dia dah habis buat, I rasa sangat lega. Then doctor bagi I cermin besar and suruh I tengok-tengok sendiri. Rasa macam budak kecik aje... Then doctor cakap, mana ada sakit. I senyum-senyum malu hehe..

After that, I tak pegi doctor gigi, lama jugak la until we move to KL. Yea, I jadi orang Keh Hel! One day, I saw my gigi, the same spot yang doctor tampal kat Sarawak tu pecah balik. Aisye, nak kena pegi doctor gigi lagi!.. I tension you... Satu petang tu, balik dari kerja, we decided to redah aje mana-mana klinik gigi. We saw one huge sign kat Taman Permata, depan Giant tertulis Klinik Pergigian Zalinda. Kita orang pun naik la atas and dalam menunggu doctor tu sempat la I berborak dengan makcik-makcik (mudalah konon masa tu) tentang permasalahan gigi dorang. This one makcik cakap dia sakit gigi sampai tak dapat tidur satu malam, dia kumur-kumur dengan air asam jawa pun tak jalan, dia menangis satu malam. Dia cakap dia takut betul nak jumpa doctor gigi. I pun cakap, a’aha I pun takut etc. tapi I buat-buat cool.

Di pendekkan cerita, bermula la episode I ke Klinik Pergigian Zalinda nie beberapa kali, dengan tampalnya, dengan root canaling nya, dengan crown/cap nya, dengan penambahan giginya sebab gigi I jarang kat bahagian bawah, dengan pertukaran tampalan gigi dari besi ke putih. Inject jangan cerita la, banyak kali ooo... Oh, I tell you, macam-macam suasana ngeri, drama, tangisan tak berlagu, nyanyi-nyanyi kecil tanpa irama to distract my mind from the injection, dengan mengenggam tangan asisstant dan juga husband I..wakakakaka...macam orang nak beranak je, dengan mengadu au au lagi. Kalau I nak cerita secara terperinic, sehari semalam pun tak habis tau... But this doctor Zalinda ini, sangat patience dan lemah lembut. Suara dia alahai..so sweet la.. And dia suka berdakwah dengan I and told me about some of her patient dari tak bertudung hinggalah bertudung the next time datang buat appointment (hey don’t look at me, I tak nak pakai tudung, I nak tutup aurat je wakaka..bila tu? Jangan tanya... I nak jadi macam kak nita wakaka...lodeh hoi mak lodeh...). Anyway, doctor nie berhijab hitam you... I pulak dengan pakaian balik kerja dengan baju kebaya, baju sulaman, tampalanya lagi...itu belum I nak cerita akan kemerahan lipstik, high heels dan beg yang berbagai-bagai tiap kali I visit dia. Ikut theme la katakan... Wah, baru perasan betapa glamour nya I time kerja dulu. Sekarang nie jangan cerita la, dengan pakaian lusuh harian dan baju pyjama yang menjadi favourite I huhu...perfume pun perfume bau lauk je sekarang nih..huhuhu... Waaa...I nak kerja balik...huk huk....

So anyway, two Saturdays ago.. (ada ke grammar/sentence nie), I went to visit Klink Pergigian Zalinda ini yang terletak di Wangsa Maju. Puncanya sebab I rasa each time I floss one of my gigi nie rasa ngilu. Klinik beliau yang kat Permata tu dah tak ada lagi. I also found out that klinik nie ada fb. So I pun bacak-baca sikit. I called and nak buat appointment but receptionist cakap tak payah buat appointment and boleh datang terus aje. I cakap I nak doctor Zalinda, receptionist nie cakap, doctor Zalinda bercuti dan hanya available bulan April. I pikir-pikir, ndak ke tak ndak dengan doctor lain nie sebab doctor Zalinda aje yang memahami perangai I yang banyak songeh ini... but I decided... I try la doctor lain kat klinik dia nie. Lagipun, I tak nak tunggu lama-lama sebab husband I cakap, kalau kena sakit..huiii sakit rasa macam nak pengsan. Suspense I. But thanks God, so far I tak pernah lagi mengalami sakit gigi sementelah wisedom tooth pun tak tumbuh-tumbuh pun walau sudah bergelar neneks. Dalam pada itu, hati I rasa a bit lega jugak tak jumpa doctor Zalinda kang dia tengok I sure dia cakap dalam hati “ wah...minah nie tak tutup-tutup aurat lagi walau dah bertahun-tahun and makin tua” ah.. me and my assumption...

Sampai situ, I tak lama tunggu, kejap je, tak macam dulu. Dulu berjam-jam I kena tunggu. Bila assistant dia panggil, I maasuk je, I cakap nak pegi toilet dulu. Doctor yang rawat gigi I nama dia doctor Zalyana. Doctor nie pun baik and sangat cool. Assistant dia pun bagus sangat. Dalam process itu, sempat lagi la I berambik gambar hehe..mula-mula doctor nie tak nak, I kata..ala..(dengan penuh manja lagi).. I nak letak kat blog wakaka... Doctor siap gelak kat I, dia kata ok and siap nak tengok gambar yang I ambik hehe..Lepas tu dia kata promote la klinik nie, I kata of course dengan jelingan ayu (uwek..) I took lots of pictures and sempat lagi I hantar whatsapp gambar I kat group sisters Wo and Mbo itu. Oh yeah, lupa nak cerita, detik-detik yang I lalui. Mula-mula doctor tanya, nak jab (wah jab la pulak) ke? I kata tak nak tapi kalau I tak tahan nanti I akan mintak jab..(cewah..). Doctor nie buat bagus and dalam dia grill I punya gigi, sempat la I mintak pegang tangan assistant dia yang sweet itu wakaka.. drama tetap drama haha..(huii..banyaknya hehe hahah wakaka.. nampak sangat blog syok sendiri). Masa doctor check gigi I, dia kata dia nampak satu lagi gigi I ada shadow selain dari gigi I yang ngilu bila I floss itu. Dia kata nak tampal satu dulu ke and then next week datang lagi. I kata ok but then I decided suruh dia buat dua-dua sekali, wah...I sudah berani. Lagipun I malas nak datang banyak kali. Then doctor nie tanya nak buat scalling tak..I kata buat je... Ngilu ooii.. but I tahan dengan sepenuh hati.

Lepas abis dia buat semua gigi I.. I tanya ada tak gigi-gigi I rosak sebab I nak settle semua sekali. Doctor kata tak ada, I siap tanya lagi you. Then I tanya berapa kali setahun I kena check gigi, eventhough I tau but just to be sure, doctor cakap, after six month. Anyway, my gigi dengan dua tampal and scalling cost about RM290.00. Like I said, doctor nie bagus and yes, I tidak takut lagi untuk ke doctor gigi dan tiada langsung debaran di hati before, during and after. I guess, with all the experienced of my gigi history, ianya betul-betul mendewasakan I and membuatkan I lebih berani walau sekadar ke doctor gigi. If you rasa macam nak ke doctor gigi, pegi je, there’s nothing to worry about or jangan takut-takut. Tak ada apa yang nak ditakutkan. Kalau takut tengok jarum, jangan tengok pejamkan mata or mintak jarum untuk budak-budak macam I dulu. Kalau boleh tahan kena cubit, apa la sangat jarum itu. I buat root canalling dulu, lagi la seksa, dah la kena pegi banyak kali, procedure dia memang macam-macam and dengan kesan after effect each time balik dari klinik...huii..but percaya la if I yang pengecut ini can get through it, apalagi you all...kan? Pegi la Klinik Pergigian Zalinda, doctor dan assistant serta receptionist baik-baik from my experienced dari dulu sampai sekarang. Wah, iklan free nih.

Oh yeah, I got more story to share with you all... haha... apa lagi me and my drama la.... Nanti I karang yeahhh...tapi kena tunggu la.. nak kena cari mood jugak...

Sekian catatan I untuk kali ini...

Friday, March 13, 2015

Kisahku dan Star Wars

(picture from http://screenrant.com/star-wars-episode-8-release-date-2017-script-director/)

Akhirnya tamatlah sudah kesemua movie Star Wars yang I mula-mula tengok pada bulan lepas. Yea, encik dan puan-puan, di abad yang ke 21 ini I finally got to watched all the episodes in just over a week. Yea, again I know I sangatlah ketinggalan but hey, it’s better than not at all...

 Marilah I menceritakan permulaan dan pengalaman I dengan kisah Star Wars ini. The first time I heard about this movie was when I was 7 years old. Masa tu kita orang tinggal kat Singapore lagi. I was curious beside budak-budak kan suka cerita si fi nie furthermore masa tu tv series Space 1999 sangat famous ditambah dengan cerita ala-ala robot or fantasy such as One Milliona Dollar Man dan Bionic Woman, itu belum lagi I nak tambah Superwoman lagi.. I dengan Wo tak pernah miss tengok cerita-cerita khayalan yang sungguh menyesatkan ini lagi hehehe.. Oh, zaman tv kotak black and white keagungan masa itu. Anyway, everynow and then I heard people were talking about movie Star Wars nie baik dari kalangan rakan-rakan sekolah dan juga dari saluran tv yang menyiarkan sedikit sebanyak sedutan, documentary dan juga cara-cara pembuatan filem ini. Selain itu, quote “May The Force Be With You” sentiasa kedengaran di mana-mana jua. But since masa tu kecik lagi, I still don’t understand what are they talking about or what kind of a movie it was so I didn’t give it a much thought and it was just a passing through je, yelahkan umur masa tu apalah yang I pikirkan sangat. Jangan harap la I boleh mintak or ajak Mummy and Daddy tengok wayang, kalau nak kena jegil biji mata boleh la, and then dorang akan bagi alasan “tak ada duit la, korang kecil lagi la, tak boleh tidur lambat la, budak-budak tak bagus tengok wayang la, bla bla bla..., bukan macam budak-budak sekarang, mak bapak siap offer anak-anak pegi tengok...

Many years later, we went back to Daddy’s kampung and sekolah kat situ sekejap. During that time, I befriend with a girl name Sophia whose eldest sister was engaged to my uncle, one of my dad’s younger brother, so I kenal Sophia nie pun through my uncle sebab dorang pun selalu datang rumah my aki and inik kat kampung. Since we know each other and our family pun rapat la, so each time dia datang visit, I akan borak-borak dengan dia and during one of the school holiday, I spent my time in her house and even slept a few nights at her house. We would be cycling around town and just hanging around. Furthermore, my uncle has been spending some time at their house too, after all it was his future’s in-laws house, so on and off he would have his dinner, lunch or sometime spend a few nights there. So during one of my night at their house, masa tu tengah baring-baring and borak-borak with her kat bilik tiba-tiba I terdengar familiar soundtrack Star Wars kat tv luar. I terus ajak dia keluar bilik and ingatkan movie tapi rupa-rupanya documentary pasal movie Star Wars yang mula-mula sekali produced in 1977. I was so excited, finally I got to watch a full documentary of this movie, since masa kat Singapore tak ingat sangat sebab kena masuk tidur awal. Documentary pun documentary lah, tau jelah tinggal kat kampung, apa la sangat hiburan yang ada selain dari tengok uncle-uncle and sedara mara I yang sentiasa buat barbeque, minum-minum, menari dan mabuk-mabuk itu.. wakaka.. Makanya, documentary sebuah filem pun boleh memberi effect adrenaline rush untuk I. I pun cakap, “wah, I’d been waiting for this documentary since I never watch the movie before. I’d said a few times and laugh with Sophia, sekalikan my uncle yang sangat pendiam itu tiba-tiba bersuara, “go to your room”. I kata “eh, uncle I want to watch this” but my uncle dengan suara yang tegas ulang balik kata-kata dia and suruh I masuk bilik. Uncle I tu memang, semua orang takut dengan dia and dia sangat-sangat pendiam dan kita orang memang suspense je dengan dia, even bila dia mabuk pun dia tak bercakap cuma senyum aje. Although we stayed together in one house, memang susah nak dengar suara dia or even bercakap dengan dia but we know he’s there. Sometime I pikir, uncle I nie gila ke sebab punyalah pendiam tapi yang peliknya boleh pulak dia bercakap dengan ayam sabung dan musang belaan dia. Orang-orang kat kampung memang respect kat uncle I yang ala-ala pendengkar makan timun yang penuh tattoo satu badan itu. So chances nak melawan tu memang nil. Anyway, I was wondering why and punyalah sedih I masuk bilik and menangis.

Sekali aunty Rosalind, kakak Sophia, tunang uncle I itu pun masuk bilik and pujuk-pujuk I. I kata what did I do, I just want to watch the documentary. Then Sophia masuk bilik and cakap, “he didn’t ask me to go to the room pun”. I cakap dalam hati of course la, you are his bakal sister in law. Then dia cakap, it’s ok, let’s go to sleep. Sejak dari malam itu, I terus tak teringin or tak mau ambik tau apa-apa tentang cerita Star Wars ini. I nie kan dari kecik memang dah kuat merajuk dan emotional terbawak-bawak sampai ke tua... You tau la I nie, kalau terasa kesannya sampai bila-bila... Sampai macam tu sekali I trauma kan. Apa yang I tau kisah Star Wars nie pasal spaceship, tembak-tembak bom dengan alien berbagai rupa. Itu je la dalam fikiran I. Over the years, movie Star Wars keluar one after another, with all kind of episode. Bila ada keluar episode Return of The Jedi. I punyalah ignorant, I even pronouced Jedi tu Jay Dee..hahaha.. I pronouced dalam hati je, so no one knows wakakaka.. and now sekarang you all dah tau.. hehe.. Lepas tu I ingat, episode nie, pasal binatang or benda yang berbulu-bulu nama Chewbacca bangsa Wookiee. I ingat nama dia Jedi wakakaka... gelak la lagi kat I hehehe... Rupa-rupanya Jedi nie is a knight, pahlawan yang ada lightsaber.. cewah..dah pandai discuss pasal Star Wars pulak sekarang eh.. hehe. Jedi nie is the best dalam semua-semua character kat Star Wars ni, in my opinion la kannn...

Anyway back to my story, bila I couple dengan boyfriend I masa tu (kini suami kasamku), dia pun selalu cerita pasal betapa best Star Wars nie tanpa memberikan jalan cerita sepenuhnya beside I tak paham apa-apa yang dia cerita, yela, kena tengok sendiri baru la boleh menghayatinya. Dalam hati I cakap, “alahai.. orang yang tengok cerita nie semua fikir macam budak-budak or orang tua yang never grow up” or nerd or geek je suka cerita gadget dan penuh fantasy, unrealistic and also tak masuk akal ini”, kata I bercerita sendiri, walau bibir ini menguntum senyum bagi menyembunyikan isi hati yang tersimpan... hehehe..., I cakap..oh really? Boyfriend I asyik cakap you should watch the movie, you will definietly like it. I kata..ah..no way..it’s not my kind of movie... (bongkak, beside I kan ada peristiwa sedih hahaha..). Bila I kerja kat KL and bila ada movie Star Wars yang baru keluar kat wayang, officemate I pun sibuk la bagitau, I should watch this movie..I kata ye ke sambil lewa..dalam hati I ini tetaplah gelakkan taste dorang.

Tetapi.... tetapi... tiba-tiba, tiba-tiba...bulan lepas, hati ini terdetik untuk menonton cerita Star Wars... Why? It is still a mystery to me until now... So I pun check kat internet, which sequence should I go first... Ikut episode ke or ikut time cerita tu mula-mula produce. Lepas baca a few comments, I decided to ikut dari mula, which mean dari date dikeluarkan instead of the episode. I pun download la semua movie nie and choose quality bluray la beb. Setelah habis semua I download, I decided not to watch it immediately. I cari waktu yang sesuai dan masa minda I betul-betul relax. Makanya...pada suatu petang itu dalam suasana senja yang suram bertemankan warna-warna jingga mencuri masuk dicelah-celah pagar dan helaian langsir lusuh kusam jahitan sendiri yang sekian lama setia bergantung dan telah bertahun tidak menyentuh air, I memulakan pengembaraan yang, little did I know that it would leave or create something that I never imagine in my movie life before... I started my journey with Star Wars : New Hope 1977.

Mula-mula I tengok, alahai comotnya rupa Puteri Leia nie, tembamnya pipi, kelakarnya rambut bun yang di kiri kanan telinga dia..hilang la sikit mood nak tengok, walau I pernah tengok poster star wars nie. You know la, kita manusia nie kan sangat judgemental. So I pun tak rasa apa-apa lagi effect menonton, in fact I was laughing a lot bila I tengok uniform dorang ehehe... you tengok la helmet separatist/rebel dorang nie, nak kata nak pegi bicycle racing tak jugak, nak kata naik motor pun tak jugak. And then for them to pakai all the time sure tak comfortable and berat. I sengih-sengih non- stop. Bila I tengok peralatan kat dalam spaceship or mothership dorang, I gelak lagi, tengok handle, button and screen wakakaka...Itu belum lagi I nak comment pasal jet-jet dorang yang sungguh crooked itu. And tak masuk dek akal langsung when dorang nie boleh breathe kat ruang angkasa with no safety or doors untuk tutup secara kejap. Yang I tak boleh tahan sekali bila tengok hologram dorang yang ada line and colour biru..wakaka.. Yelakan..who can blame me..it was so outdated and furthermore I nie kan penonton tegar CSI.. you know la how sophiscated their labs are. Husband I tak tengok dengan I, dia sibuk buat hal dia and bila dia tengok I gelak-gelak dia mencelah dia cakap, masa dia tengok dulu-dulu all the gadget look fantastic and amazing. Tetaplah nak mempertahankan favourite movie dia. Oh yeah, C-3PO sangat annoying. Bila I habis tengok movie nie, I tak ada la memberikan kesan sangat, biasa biasa je, best la jugak but I was so excited for myself, finally, I berjaya tengok cerita Star Wars sepenuhnya after all this years, 38 years you. I was so so happy... hari ini dalam sejarah...I never thought that I got to watch it after years of listening to all the people around me yang asyik memuji-muji kata best la best la best la... I rasa macam satu pencapaian dalam hidup I la pulak kan walau sekadar menonton sahaja. Tak habis habis I cakap kat husband I dengan senyuman yang memanjang, finally...finally.. akhirnya.. tak sangka tau.. I dapat jugak tengok cerita nie. Husband I cakap, why don’t you jadikan this is one of your resolution. Then I terfikir, yelakan, it is a good idea since I nie macam tak ada azam or matlamat untuk tahun 2015 (macam bunyi orang give up aje kan..). So esok tu, I tengok lagi the next one Star Wars : The Empire Strikes Back 1980. Kalau yang New Hope tu is just a warm up, this one is macam dah mula nak panas-panas sterika minimum... Then I perasan, wah..handsome jugak Harrison Ford nie masa muda walau ada scars di dagu beliau. Princess Leia itupun I tengok makin cantik la pulak..

Makin lama I tengok eh, boleh tahan best cerita nie and sekejap je dah habis. Tak terasa menonton dekat dua jam makin intrigued and sekejap je I rasa dah habis. Then I decided to watch Star Wars : Return of The Jedi (1983). To me, this one la yang paling best sekali dalam ketiga-tiga yang terdahulu. It was so funny and ketawa berdekah-dekah especially towards the end part makhluk bulu-bulu pendek yang cute itu, apa tah nama. Rasa macam nak peluk-peluk bawak balik je...hehe.. ah I’m a sucker for cute teddy bear bulu bulu stuff. Their character was so hilarious... and also part perang-perang tu best sangat... Then I meneruskan “pengembaraan” I untuk menonton movie Star Wars yang seterusnya, Star Wars Episode 1 : The Phantom Menace (1999), Star Wars Episode 2 : Attack of The Clones and Star Wars Episode III : Revenge of The Sith. Cerita penuh hikayat ini, ada love story, politics, dendam, evil, perangai amarah yang tak bertepi yang boleh membawa kejatuhan dan keburukkan kepada seseorang manusia itu. Tapikan part betrayal la yang paling meninggalkan kesan di hati I, part yang masa dorang tengah battle dorang pusing and bunuh ally dorang balik. I tell you.. tarik nafas I tengok part tu. I don’t know how to describe it to you but it was so good. But I tak tengok Star Wars : The Clone Wars and the one that they made into tv series sebab ianya di buat dalam versi animation.

Di pendekkan cerita, (tak larat I nak mengulas panjang-panjang, ini pun dah panjang, kataku mencelah di helaian kata-kata...ayat sastera pastiku serapkan walau dalam cerita star wars sekalipun hehe..  Ini pun dah panjang sangat) tonton la setiap movie ini kalau anda belum menontonnya lagi because it was so awesome fantastic movie. Tapi pening la jugak I memikirkan peranan-peranan, position dan politic views some of the makhluk yang sangat ugly itu kecuali Yoda yang ala-ala puppet sesame street yang tangkas dan memiliki seni mempertahankan diri yang sangat jitu itu and si bulu bulu Chewbacca yang bejalan ala-ala feminin itu. Karya epic yang di olah tesangat indah dan sempurna pada pandangan I. I rasakankan, how George Lucas wish that he can do something about the hologram biru line-line yang kuno itu kepada yang modern macam hologram sekarang nie tapi memandangkan movie pertama yang keluar adalah episode yang terkemudian, I think he has no choice but to go with the old version...hehehe.. pandangan I la kan..... By the way, tak sabar nak tunggu yang akan keluar December 2015 nanti...

Oh, last but not least, if I were to choose which character that I want...of course I choose to be the Jedi... pahlawan hebat you.. *smiles... lightsaber pls...

Sekian catatan I untuk kali ini...oh, may the force be with you....

Monday, January 26, 2015

Kisah Pergi Hospital

Sudah hampir sebulan tahun 2015 berlalu..kejap je kan.. So.. Aku tanya apa khabar, aku tanya apa khabar, aku tanya apa khabar, aku tanya apa khabar semua.... Aisye hip hop la pulak, mentang-mentang menang AJL aritu kan. It has been a week and most people are still talking about it. I don’t expect Joe and Sonaone to win memandangkan asyik-asyik lagu dan muzik yang hancur hati dan lembab je kan ...nevertheless, I am so so happy that hip hop won this year... finally... Lirik lagu tentang permulaan, pengalaman dorang dalam industri and how much dia rindukan bestfriend dia, best oo.. I tak perasan pun selama nie until I listened to the lyrics. Orang kata dia cuma bercakap and bait-bait lagu tak power la, suara Sonaone semput la... hey, there’s no restriction dalam seni nie.. Beside, I’m so tired di sogokkan dengan lagu lagu yang tiada memberi manafat kepada manusia sejagat, your lips are moving, your lips are moving..eh..apahal minah trainor nih hehe... Anyway, ramai yang tak puas hati dengan kemenangan dorang nie. Well.. you can’t be pleased all the time.. Biasalah ada suka ada yang tak. And people are still talking about Caliph Busker.. Persembahan dorang memang best and they deserved to win and same goes to Dayang Nurfaizah, vocal terbaik. The ending of Di Pintu Syurga was so unexpected, rupa-rupanya suara terakhir pilot MH370 and the song in a way kerinduan for them...tiba-tiba I terkedu. As for Shila Amzah, I didn’t care much for her music but I tak kisah dia dapat no. 2. Kasi chance la bakat muda tulis lirik and composed lagu. Kalau ada yang tak puas hati dengan pendapat I, please keep your thought to yourself because I don’t want to know what you have in mind hahaha... kejam, nak bash pun bash la dalam hati wakaka...

Anyway, tak ada apa-apa cerita menarik dalam hidup I yang serba serbi serdahana ini...eceh..macam cool je statement. So on the second week of this month, I went for my doctor’s appointment untuk buat ultrasound for my breast. Ingat kena buat mamogram sekali, mula la seminggu sebelum appointment tu, hati I dah tak keruan bila mengingatkan boobs I bakal dipenyek sampai leper...huhu... Bila ingat first time buat dulu, sakit dia rasa macam nak pengsan je. Hari-hari I mengadu kat husband I akan hati yang gundah gulana ini dan kengerian yang bakal I hadapi. Husband I cuma mampu buat muka simpati dan cakap kesian. So last Friday tu, pagi-pagi kita orang dah ke Gleneagles and I was so glad sebab cuma ada dua tiga orang aje. Tak lama kemudian nama I di panggil. Masuk bilik menunggu untuk buat ultrasound, immediately all of us kat situ di suruh tukar baju. Baju yang di beri walaupun bersih tapi teruk sangat, dengan talinya yang reput dan hanya satu. So pandai-pandaila kita ikat sendiri so that tak terbukak. Hazab sangat, dah la lama dan lusuh macam kain buruk aje. I don’t know why dorang nie tak tengok akan keburukkan baju persalinan ini. I should have took the picture. Lepas salin baju, I tanya staff kat situ, I nie kena buat mamogram jugak ke? Dorang check I punya record and paper cakap tak ada... Really?? I kata betul ke, macam tak percaya je sebab doctor Suseela cakap last year I kena buat for this year. Dorang kata kalau kat record tak ada tulis memang tak ada, hati yang direndami dengan airmata sejak seminggu yang lalu tiba-tiba terus menjadi mekar. Hilang segala keresahan dan tekanan di dada ini. I rasa macam nak head banging aje punyalah happy. Kita orang pun terus la berborak akan betapa sakitnya mamogram nie hehe.. Nasib baik sekejap je process mamogram nie, kalau tak, for sure I dah pengsan 10 malam berturut-turut.

I pun berborak la dengan orang-orang kat sebelah I. Ada perempuan cina nie cakap, dia tak ada kanser cuma ada ketumbuhan macam my case. Dia kata dia kena buat dua kali sebab benda tu tumbuh dua kali. Terus la I tak sedap hati, janganlah tumbuh lagi and nak kena bedah la pulak. Kang another round of my sob sob story kan. I tak suka betul kena bius nie sebab bahagian tangan I yang kena cucuk jarum akan rasa sakit sampai dua bulan lebih. Risau I ingatkan tak boleh baik. Lama la jugak I tunggu time I nak masuk bilik ultrasound and I pun start la tanya another chinese lady yang ala-ala classy itu. Dengan slang english berabuknya dia pun explained, mak dia ada cancer and then dia pun ada tapi dia dah buang nenen dia sebelah. Dia kata what to do. Bila fikirkan kita perempuan nie yang have go through this kind of thing, kena buang nenen la, kena buang sarang peranakkan la, kena chemo la, beranak lagi la dan berbagai-bagai lagi, I rasa kesiannya orang perempuan nie. Wahai lelaki, sayangi dan kasihanilah kami orang perempuan.. No, I tak menyalahkan takdir but it is a fact of life. And if I were given a choice, I still prefer to be a woman than man. Because I suka la pakai-pakai baju, pakai-pakai make up, berdandan semua hehe.. padahal masa kecik tomboy yang amat.. oh yeah speaking of tomboy nanti I cerita.. (nanti nanti nanti cerita...tapi ceritanya tak pernah ada....). So anyway, agak lama la jugak I tunggu berjam-jam you. Siap I keluar balik kat tempat husband I tunggu kat bahagian luar and ambik note tab I. Ingat nak main Hay Day (lama sudah I tinggalkan ladang dan hasil ternakkan I itu) tapi signal dari Dome tak kuat la pulak. Last-last I main word clue aje, ala.. yang teka-teka perbuatan itu (wah..bahasa melayu I sungguh unggul..hehe..). Baru nak teka anjing yang baring kat atas floater kat swimming pool, tiba-tiba nama I di panggil. Sebelum tu banyak kali I buang air kecil sebab sejuk sangat kat situ. Bila nama I dipanggil untuk masuk bilik, terus I cakap kat staff ke doctor dalam tu, I pegi toilet dulu, then staff kat luar cakap, salah bilik, mana la I tau, dorang tak bagi tau bilik mana hehe.. Bila dah masuk bilik yang betul, I di suruh baring. Oh God, again I have to wait. Kang nak buang air kecil balik. Dalam pada itu I berfikir, janganlah dorang lupa kat I yang dalam bilik nie. Kalau I tunggu sampai setengah jam, doctor tak masuk jugak, I akan keluar and tanya. Dah la dalam bilik nie sejuk kan beku pulak I.

Dalam masa lima belas minit, doctor pun masuk (I check jam you). Nama doctor yang buat ultrasound I nie Doctor Chong. Doctor Chong nie sangat peramah macam gang kamcing la pulak. Macam-macam yang kita orang borakkan about people, about diri sendiri.. humble la..macam bukan doctor, dah la ala-ala tomboy sikit. I yang low esteem akan nenen I yang kecik dan leper nie, mula la cakap, mummy and adik beradik perempuan I semua nenen besar-besar bila tiba kat I alahai.. macam size anak dara sunti je hehe.. Makanya berbagai-bagai theory yang kita orang discussed. Sesambil tu doctor kata tak ada ketumbuhan atau apa-apa dekat kedua belah nenen I, everything is perfect and normal. Ahh...I rasa sungguh lega. This time buat ultrasound kejap je, tak sampai 20 minit pun. Oh yeah, before I forgot, bilik ultrasound memang kena sejuk because of the ultrasound machine. Anyway, lepas habis buat ultrasound, we went to Dr Suseela’s clinic. Kita orang sampai early, appointment sepatutnya pukul 3pm but since datang awal and semua dah beres so our appointment dipercepatkan. Doctor tak sampai lagi, so kita orang cadang pegi makan dulu and datang balik pukul 12.30pm or 1pm. Since it was still early and baru je breakfast kuih tadi, we decided to lepak kat Starbuck although I don’t want to go there sebab pada I semua minuman or makanan tak menepati selera I. Unless it was Coffee bean, anything in Coffee bean is so delicious pada I. Anyway, since tak ada Coffee bean and kalau nak makan kat Gloria Jeans macam awal la sangat nak lunch makanya tak ada choice kena la jugak makan makanan ringan kat Starbuck.

Well, I ordered randomly je without giving much thought but it took me quite a while to choose. I only have a few bites lepas tu terus stop kerana seperti yang sudah di jangkakan, tidak menepati selera I. I minum chocolate ice blended pun tak habis. Lepas melepak for a while we went back to the clinic. Tak lama kemudian doctor Suseela pun sampai. Bila my turn masuk, Dr Suseela tengok I sambil senyum and cakap “I remember you, the one yang sangat takut itu”..wakaka... malu I tau... I cakap, I la doctor, the one and only and also the one that people always remember hehehe.. gelak doctor. Lepas doctor baca record, ultrasound and check my breast, doctor satisfied and suruh buat appointment for next year but this time kena buat mamogram...waaaaaa...nangis. But doctor suruh buat appointment masa I tak period sebab masa period breast kita bengkak dan sakit.

Sekian catatan I untuk kali ini...

Thursday, January 1, 2015

The Wedding dan Happy New Year 2015

Happy New Year to Everyone. May 2015 bring more joy and happiness to all of us.

So untuk entry pertama di hari yang pertama for this year, I decided to publish cerita pasal perkahwinan Khairi sebab I rasa, adalah lebih baik I memulakan atau membuat entry yang penuh cinta kasih sayang dan ikatan perkahwinan ini. Tapi sebenarnya, more about myself pun hehe...ai biasala.....

Anyway, here goes..  

About Khairi and The Wedding

Last Sunday 14th December, 2014, was Khairi’s majlis nikah and bersanding on the bride side. Khairi’s is the youngest in the Abd Karim’s family. Abd Karim is my husband second eldest’s brother. Makanya semua anak-anak Abd Karim telah berkeluarga tiada lagi yang bujang kecuali cousin beliau, si Azran yang sungguh handsome, macho dan cukup manis dengan senyuman itu yang masih lagi mencari-cari calon isteri. Itulah kan tak semestinya orang yang good looking nie kahwin cepat, tapi Ayan (nama manja Azran selain dari yan) is still young pada pandangan I memandangkan perangai beliau yang masih kebudak budakkan dengan gurau sengih-sengih yang tak lekang dari mulutnya. I bet sekarang nie the pressure is on him and mesti ramai yang bertanya but I won’t ask him, dulu pernahlah I tanya dia bila nak bawak girlfriend introduce kat I, dia suruh I carikan hehe.. I nie tak pandai lah nak menjodohkan orang lagipun mana I nak cari calon-calon isteri untuk beliau memandangkan life style I nie yang sentiasa memerap kat rumah dan hanya keluar sekali sekala dengan husband I atau jumpa anak-anak buah husband I sahaja. 
 
So anyway, berbalik kepada kisah Khairi nie, teringat I masa kecik-kecik dia dulu, masa tu dia dalam 3 or 4 tahun dulu, he was such an adorable and cute boy. Dengan gigi gongaknya (bak kata husband I) dan badannya yang sedap-sedap untuk di peluk, Khairi always made me laugh with his manja-manja voice and look up to his sister Aiza that he fondly called Kak Chik. I remembered once out of the blue, he came to me and sang children’s rhyme “dari ulat jadi kepompong....rama-rama Awah (Allah) yang cipta, sungguh cantik di pandang mata....”. I masa tu tak tertahan nak gelak but I senyum je..cute betul. Over the years I saw him from time to time but he was not close to me/us (me and my husband), we did try a few times to bring him around, makan-makan, hang out but he always declined politely. I guess, dia segan or tak biasa. But he once gave me a Destiny’s Child “Of the Wall” CD for no reason and I still kept it until now. But from time to time we did have a few chat, mainly about books since both shared the same passion. He was the one who introduced me to “Life of Pi”, which was so good. One day we were talking about “And the Mountain Echoed” by Khaled Hosseini and he said he wanted to read that book but tunggu dulu. I decided to buy for him. When I gave him the book, at first he thought, I was lending him to him then I told him, aunty, bought it for you, I saw a smile malu malu excited on his face, he said thank you a few times. 
 
One day, we had a BBQ at Keramat and I saw an unfamiliar girl with us. I was wondering who is she until he told me that is her girlfriend. I was kind off surprised because Khairi’s previous girlfriend was “different” from this one. I started talking to her and wanting to know more about her, interview la konon I kan... alahai kalau tak korek-korek bukan aunty la I ini. But I tak tanya banyak because I don’t want her to feel uneasy. And when we were in Bangkok, our other anak buah told us that Khairi is planning to marry her, me and my husband was surprised because we always thought of Khairi is the baby of the family and wow, rasa macam tak percaya. Then we heard he’s engaged and the wedding was set by the end of this year. 
 

Here’s the story....

Around 7am we went to Keramat untuk breakfast and berkumpul sebelum konvoi beramai-ramai ke rumah pengantin perempuan for the nikah ceremony. Around 7.45am, all of us mula bertolak. Around 845am, we reached at a hotel nearby where Khairi bersiap-siap for the majlis. Around 9am, we went to the bride’s house. Seperti biasa, I’m one of the rombongan who carry one of the hantaran. Dalam hati I cakap, oh God, please jangan la jatuh macam masa Shida’s and Khairul punya wedding dulu..hehe.. you tau la I nie macam manakan... Lepas photographer ambik a few shots of all of us, kita orang pun masuk la ke rumah. Sementara tunggu tok kadi, I berbual-bual sambil bergelak-gelak kecil dengan para rombongan yakni side family husband I and sebelum tok kadi datang sempat lagi I ke dapur mintak air kat tuan rumah hehe... haus maa... I tell you since kalau pegi kenduri-kenduri nie sure kena duduk kat lantai. Since kita nie biasanya tak boleh duduk lama-lama especially part bersila nie, makanya all of us we’re having a cramp or semut-semut. I nie kejap-kejap mengalih ke kiri, mengalih ke kanan, bersila la dan berbagai-bagai lagi pose mengancam dari I. Ada one time tu, I siap berlunjur you hahaha.. I tanya anak buah kat sebelah, appropriate ke aunty duduk macam nie, Aida cakap, cover sikit aunty, cepat-cepat I tukar style hahaha... On top of that, I duduk kat depan pintu bilik, makanya kejap-kejap orang keluar masuk dari bilik or ke bilik, kejap-kejap la jugak aku beralih ke kiri or ke kanan.. hahaha.. I tell you, your makcik nie is always berada di dalam situasi yang tak dijangkakan. 

Tak lama kemudian, tok kadi pun sampai and acara bermula. This tok kadi is funny, ayat-ayat nasihat beliau diselang selit dengan gurauan manja. Tapikan meleret-leretlh pulak. I tak kisah tapi memandangkan akan keadaan yang kurang selesa disebabkan makcik-makcik nie semua tiada flexibility dalam posisi apa-apa sekalipun hatta bersila sekalipun makanya kedengaran la rungutan orang sebelah menyebelah. I tak merungut I cuma mengiyakan aje.. I kan angel...ekeke... sesambil tu I snap a few shots. Dalam dua kali lafaz, maka sah lah Khairi menjadi suami orang. Lepas tu acara sarung cincin and rantai, I suruh Khairi ulang balik lakonan dia hehe.. bukan main makcik nie mengarah..lepas tu baru I perasan, eh.. boleh tahan jugak suara I nih..hehe..

Lepas tu, kita orang pun beratur untuk makan dan minum sikit-sikit sebab acara kan masih pagi lagi. Dalam pada beratur itu dan berborak-borak sikit entah macam mana tiba-tiba kedengaran seperti ada benda jatuh, rupa-rupanya tudung makanan dan puncanya adalah...siapa lagi kalau bukan I wakaka.. Apparently, bag I terlanggar tudung-tudung makanan yang diletakan di belakang makanan makanan itu. Why me? Why??? Sempatlah lagi I bergurau, I kata kat kak Ani (kahwin dengan omputih), kakak ipar I punya kakak yang datang dari Hengland itu, I nie clumsy and clumsy is in my blood. Kak Ani gelak and cakap, it is good that you want to admit your clumsiness, makanya berderai la gelak tawa kita orang. Then during ambik roti jala tu, tiba-tiba roti jala I melompat, adeeihhh haiii... cepat-cepat I control pinggan I, gelak lagi kita orang. Ceh...I sungguh malu, tak habis-habis dapat unwanted attention. Nasib baik la para-para anak buah dan ipar duai I amat mengenali diri dan menerima kekurangan diri ini seadanya kalau kena kat family orang lain abis diri ini menjadi bahan umpatan, sementelah I nie cuma related by marriage aje kan, tetap la nak buat ayat mintak simpati macam biasa, ku di dalam emosi ini bak kata Sheila Majid....

Lepas makan, kita orang balik semula ke hotel, rupa-rupanya pukul 1.30pm nanti datang balik ke rumah pengantin sebab ada majlis bersanding and makan-makan. Laaa... I dengan husband tak tau pun, ingatkan terus balik. Itulah salah kita orang jugak, lama tak datang rumah Keramat, mana la nak tau apa dia punya itinerary kan... husband la.. Kalau I tau, sure I dah bawak baju extra untuk di pakai pada majlis tengahari itu. Oh yea, speaking of baju nie, you tau tak, family husband I semua pakai baju colour gelap-gelap, biru, purple, hitam (it is not a theme but coincidentally) tapi bila sampai kat I, I sorang je pakai baju colour pink bercorak putih wakaka... Kalau I tau, I akan pakai baju lebih kurang sama gelap-gelap... Hai..makcik korang nie. So anyway, sampai kat hotel, we (me and my husband) decided to go to Tesco yang bersebelahan dengan hotel itu sebab nak beli kasut I. Kasut yang I pakai rosak la pulak. I dah lama beli kasut nie tapi tak pernah pakai. Sebab simpan lama itu la sebabnya kulit-kulit kasut nie bersepai merata-rata bila I berjalan. Kat bawah lantai kereta habis bersepah dengan kepingan kasut hehe.. Alang-alang dah beli kasut, husband I suruh beli kasut untuk majlis sebelah lelaki nanti. Lepas habis beli kasut, kita orang balik ke hotel, I baring-baring dengan kakak ipar, anak buah dan menantu sedara I tapi I tak dapat lelap walaupun ngantuk sangat. Malam sebelum tu tidur pukul 3am, tak dapat tidur la pulak. Riuh dengan cucu-cucu sedara bermain sesama sendiri. Sebelum tu Adam jatuh dari katil masa Aiza tengah suapkan dia. Sian dia. Aiza bersiap nak bawak dia pegi klinik takut apa-apa kan. Around 1.00pm, kita orang bertolak dari hotel dan kembali ke rumah pengantin perempuan. Sementara tunggu family yang lain datang, kita orang lepak dalam kereta sebab kat luar panas terik. I dengan Aida dah kelaparan dan I dah tak sabar nak makan makanan pengantin nih...hui pelahap.. Bila dorang sampai kita orang terus berarak ramai-ramai ke rumah pengantin and tak sabar nak masuk kat canopy, rasa macam nak terbakar kulit muka, itu baru kat dunia belum lagi kat padang mashyar... Dalam pada itu, I look at myself, surrounded by all these loving people, me the only iban, embrace the malay culture (I tau I selalu cakap nie, you all tak akan faham, unless you’re in my shoes yang bersepai itu hehe..), I never thought that I would have this kind of life, journey. Whatever it is, I wouldn’t change for the world or ask for more. I nie kan selalu ada “moment” dalam kepala dan fantasy sendiri. No wonder la I tak boleh focus, otak I selalu menerawang ke dunia lain, kadang-kadang ada moment out of body experience la pulak..wakaka...abis la korang baca blog orang sakit jiwa, mari la mereng bersama I.... 

(Buat la muka lagi, memang pasti ku publish seluruh dunia hehehe...My husband took this picture)
 
So anyway, lepas duduk kat tempat yang dikhaskan untuk pihak lelaki, masa baru nak duduk tu, sudu I pulak jatuh ke tanah...alahai... Then I terus suruh husband I ceduk nasi and lauk pauk untuk I. I dah tak larat, lapar bercampur panas. Masa baru nak start makan, garfu I pulak jatuh....adoiila.. macam-macam I nie. Anyway, berselera kita orang makan. I, husband I and Lydia tambah dua nasi dua kali you. Dalam pada itu I ketepikan hati I yang menangis meraung sebab diet I lari. I makan lauk daging, ayam I tak pandang sebab bukan selalu I masak or makan daging. The reason was because, husband I kan ghout, so macam tak best kalau I masak and makan sorang-sorang and dia pandang je. Furthermore, it is his favourite too tapi dia tak boleh makan. Oh, lauk daging ini sungguh sedap, lembut dan senang nak pisahkan isi-isinya. Lepas makan, kita orang di jamu dengan dessert and all kind of food. Layanan pihak perempuan sangat baik dan sungguh superb! Memang non-stop makanan datang kat meja kita orang. Tak payah mintak, dorang terus hantar. Apalagi kita orang, perut I kan tak kenyang-kenyang hehehe..

Lepas makan ada seisi bergambar dan merestui pengantin. Renjis-renjis, tabur-tabur tak ada...just salam and peluk cium pengantin. Dapat la bunga telur. In between tu, I pandang Khairi and ahh.. still rasa macam tak percaya yang dia dah kahwin and ada bini. I still anggap dia macam budak-budak lagi. Then out of nowhere dia menguap kat atas pelamin dan serentak dengan itu, mata kami berdua bertemu and both of us laugh dan tersengih-sengih tanpa mengeluarkan suara. I shall never forget that moment.... Mesti dia penat sebab non stop bergambar will lots of people.

Tak lama kemudian all of us berangkat balik.....  
 
Majlis Pihak Lelaki on 20th December, 2014
 

On that day, Majlis pihak lelaki diadakan di Kampung Pengantin. All of us ada tugas masing-masing. I, husband I, abang/kakak ipar and anak-anak buah husband I jadi penyambut tetamu. Some of the anak buah, Aida jadi pengacara, Azryan jadi right hand man Khairi etc. Theme colour baju kita orang was mint green. Oh...cantiknya all of us..nampak seragam. I dengan husband I beli last minute. Nasib baik ada colour tu sebab bukan senang nak cari. I punya beli kat bawah Big Aeon. Lepas beli I punya, I ajak husband I beli untuk dia punya. Mula-mula dia tak nak, dia kata dia pakai sekejap. I pujuk-pujuk tak jalan jugak, dia still degil tak nak. Sekali I merajuk. Dalam kereta, I pandang ke tepi cermin dengan muka masam. Suasana tiba-tiba menjadi bening.... lagu kat radio pun tidak kedengaran lagi. Mulut I yang meriah terus senyap. Husband I tanya-tanya, I buat tak tau aje. Sakit hati I tau, apa salahnya dia pakai sama colour with everybody kan. I know it is setahun sekali but I don’t see it as a pembaziran sebab nanti boleh pakai lagi for raya ke or mana la tau pak menteri mana jemput ke majlis ke (macamlah...). On the way nak balik, tiba-tiba husband I belok ke arah lain. Dalam hati I dah agak, mana dia boleh tahan dengan rajukkan I ini... hehehe... Bila dia tanya-tanya I balik, terus la makcik ini menjawap dengan secepat kilat wakakaka... Mana I boleh tahan tak cakap you...

We went to Jalan Masjid India to look for his baju melayu. Itupun merata-rata tanya pekedai and puas mencari until I ajak husband I pegi tempat yang buat banyak buat baju melayu lelaki. Mula-mula dia tak nak, dia kata, nanti dia suruh sedara dia buat. I hairan, I tanya, bila dia tanya and which sedara yang boleh buat sebab I tak pernah tau pun sedara dia ada yang tau buat baju. I ajak dia jugak cari kat situ, dia kata nanti mahal la, tak berbaloi pakai sekejap. I kata tak apa, kalau mahal tak payah beli. Husband I kan, dengan orang dia tak berkira tapi untuk diri sendiri dia cukup berkira, I don’t know why, pelik la perangai dia. Sampai kat situ masa lalu kat one of the shop, tiba-tiba ada mak nyah tegur tanya, cari apa kak... I stop and cakap cari baju melayu colour mint green, terus dia ajak masuk. I was happy sebab terus ada baju colour tu. I cakap kat husband I, cuba kita terus pegi sini, kan ke tak payah buang masa cari tempat lain merata-rata. Harga pun murah je for baju melayu lelaki yang terkenal dengan mahalnya kat situ. Harga RM100 je. Terus kita orang beli.  

(I nak letak gambar I dengan husband I pakai baju sedondon tapi dia tak kasi..terpaksa la I letak gambar anak dara ini wakaka..)

 So anyway, back to majlis pihak lelaki... sebelum acara bermula, kita orang di suruh makan dulu. I tak makan banyak sebabkan kat rumah sebelum datang I dah makan roti canai sekeping sebab ingatkan kita orang akan makan lambat. Had I know, sure I tak makan kat rumah and bersusah payah bawak air botol dari rumah. I nie kan tak boleh hidup tanpa air putih.. Itupun sempat berkrisis kat rumah dengan husband I hahaha.... omg, I’m so embarassed to share this story with you all tau... Puncanya remeh je, pasal air botol la jugak... dahlah..tak nak I cerita hehehe.., part merajuk je I cerita. Terus la I ugut tak nak pegi majlis Khairi itu tapi at the same time, I sibuk-sibuk sediakan handbag, kasut bagai...tapi mulut ugut lagi tak nak pegi wakaka.. buat-buat baring, tutup bantal la at the same time kepala ligat pikir pasal make up la and sibuk-sibuk cari selendang, kipas, camera, handphone make sure battery penuh. Bila I tengok tak ada response dari husband I. I pegi kat dia, I kata “serious I tak nak pegi” (padahal tunggu nak mandi aje), dia kata “kenapa”?, I kata sebab dia tak pujuk I, dia kata, “eh you kata jangan pujuk and jangan cakap dengan you?” I kata, “ah you memang tak sayang I lagi” (hahaha.. cilakak punya ayat)... lepas tu dia pun pujuk, “mari la pegi”.. sambil hulurkan tangan mintak maaf hahaha...(padahal dia memang tau I mesti akan pegi). Lepas berdamai ala-ala salam hari raya, teruslah I melompat masuk bilik air sebab takut lambat sebab buang masa merajuk tadi. Omg, tergelak besar bila I ingat balik... Please jangan ikut I punya contoh... I dah rosak you...

Anyway back to majlis Khairi, everything went smoothly and there’s no clumsy drama from me... thanks God....

Sekian catatan I hari ini, di tahun baru 2015.....

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...