Monday, January 26, 2015

Kisah Pergi Hospital

Sudah hampir sebulan tahun 2015 berlalu..kejap je kan.. So.. Aku tanya apa khabar, aku tanya apa khabar, aku tanya apa khabar, aku tanya apa khabar semua.... Aisye hip hop la pulak, mentang-mentang menang AJL aritu kan. It has been a week and most people are still talking about it. I don’t expect Joe and Sonaone to win memandangkan asyik-asyik lagu dan muzik yang hancur hati dan lembab je kan ...nevertheless, I am so so happy that hip hop won this year... finally... Lirik lagu tentang permulaan, pengalaman dorang dalam industri and how much dia rindukan bestfriend dia, best oo.. I tak perasan pun selama nie until I listened to the lyrics. Orang kata dia cuma bercakap and bait-bait lagu tak power la, suara Sonaone semput la... hey, there’s no restriction dalam seni nie.. Beside, I’m so tired di sogokkan dengan lagu lagu yang tiada memberi manafat kepada manusia sejagat, your lips are moving, your lips are moving..eh..apahal minah trainor nih hehe... Anyway, ramai yang tak puas hati dengan kemenangan dorang nie. Well.. you can’t be pleased all the time.. Biasalah ada suka ada yang tak. And people are still talking about Caliph Busker.. Persembahan dorang memang best and they deserved to win and same goes to Dayang Nurfaizah, vocal terbaik. The ending of Di Pintu Syurga was so unexpected, rupa-rupanya suara terakhir pilot MH370 and the song in a way kerinduan for them...tiba-tiba I terkedu. As for Shila Amzah, I didn’t care much for her music but I tak kisah dia dapat no. 2. Kasi chance la bakat muda tulis lirik and composed lagu. Kalau ada yang tak puas hati dengan pendapat I, please keep your thought to yourself because I don’t want to know what you have in mind hahaha... kejam, nak bash pun bash la dalam hati wakaka...

Anyway, tak ada apa-apa cerita menarik dalam hidup I yang serba serbi serdahana ini...eceh..macam cool je statement. So on the second week of this month, I went for my doctor’s appointment untuk buat ultrasound for my breast. Ingat kena buat mamogram sekali, mula la seminggu sebelum appointment tu, hati I dah tak keruan bila mengingatkan boobs I bakal dipenyek sampai leper...huhu... Bila ingat first time buat dulu, sakit dia rasa macam nak pengsan je. Hari-hari I mengadu kat husband I akan hati yang gundah gulana ini dan kengerian yang bakal I hadapi. Husband I cuma mampu buat muka simpati dan cakap kesian. So last Friday tu, pagi-pagi kita orang dah ke Gleneagles and I was so glad sebab cuma ada dua tiga orang aje. Tak lama kemudian nama I di panggil. Masuk bilik menunggu untuk buat ultrasound, immediately all of us kat situ di suruh tukar baju. Baju yang di beri walaupun bersih tapi teruk sangat, dengan talinya yang reput dan hanya satu. So pandai-pandaila kita ikat sendiri so that tak terbukak. Hazab sangat, dah la lama dan lusuh macam kain buruk aje. I don’t know why dorang nie tak tengok akan keburukkan baju persalinan ini. I should have took the picture. Lepas salin baju, I tanya staff kat situ, I nie kena buat mamogram jugak ke? Dorang check I punya record and paper cakap tak ada... Really?? I kata betul ke, macam tak percaya je sebab doctor Suseela cakap last year I kena buat for this year. Dorang kata kalau kat record tak ada tulis memang tak ada, hati yang direndami dengan airmata sejak seminggu yang lalu tiba-tiba terus menjadi mekar. Hilang segala keresahan dan tekanan di dada ini. I rasa macam nak head banging aje punyalah happy. Kita orang pun terus la berborak akan betapa sakitnya mamogram nie hehe.. Nasib baik sekejap je process mamogram nie, kalau tak, for sure I dah pengsan 10 malam berturut-turut.

I pun berborak la dengan orang-orang kat sebelah I. Ada perempuan cina nie cakap, dia tak ada kanser cuma ada ketumbuhan macam my case. Dia kata dia kena buat dua kali sebab benda tu tumbuh dua kali. Terus la I tak sedap hati, janganlah tumbuh lagi and nak kena bedah la pulak. Kang another round of my sob sob story kan. I tak suka betul kena bius nie sebab bahagian tangan I yang kena cucuk jarum akan rasa sakit sampai dua bulan lebih. Risau I ingatkan tak boleh baik. Lama la jugak I tunggu time I nak masuk bilik ultrasound and I pun start la tanya another chinese lady yang ala-ala classy itu. Dengan slang english berabuknya dia pun explained, mak dia ada cancer and then dia pun ada tapi dia dah buang nenen dia sebelah. Dia kata what to do. Bila fikirkan kita perempuan nie yang have go through this kind of thing, kena buang nenen la, kena buang sarang peranakkan la, kena chemo la, beranak lagi la dan berbagai-bagai lagi, I rasa kesiannya orang perempuan nie. Wahai lelaki, sayangi dan kasihanilah kami orang perempuan.. No, I tak menyalahkan takdir but it is a fact of life. And if I were given a choice, I still prefer to be a woman than man. Because I suka la pakai-pakai baju, pakai-pakai make up, berdandan semua hehe.. padahal masa kecik tomboy yang amat.. oh yeah speaking of tomboy nanti I cerita.. (nanti nanti nanti cerita...tapi ceritanya tak pernah ada....). So anyway, agak lama la jugak I tunggu berjam-jam you. Siap I keluar balik kat tempat husband I tunggu kat bahagian luar and ambik note tab I. Ingat nak main Hay Day (lama sudah I tinggalkan ladang dan hasil ternakkan I itu) tapi signal dari Dome tak kuat la pulak. Last-last I main word clue aje, ala.. yang teka-teka perbuatan itu (wah..bahasa melayu I sungguh unggul..hehe..). Baru nak teka anjing yang baring kat atas floater kat swimming pool, tiba-tiba nama I di panggil. Sebelum tu banyak kali I buang air kecil sebab sejuk sangat kat situ. Bila nama I dipanggil untuk masuk bilik, terus I cakap kat staff ke doctor dalam tu, I pegi toilet dulu, then staff kat luar cakap, salah bilik, mana la I tau, dorang tak bagi tau bilik mana hehe.. Bila dah masuk bilik yang betul, I di suruh baring. Oh God, again I have to wait. Kang nak buang air kecil balik. Dalam pada itu I berfikir, janganlah dorang lupa kat I yang dalam bilik nie. Kalau I tunggu sampai setengah jam, doctor tak masuk jugak, I akan keluar and tanya. Dah la dalam bilik nie sejuk kan beku pulak I.

Dalam masa lima belas minit, doctor pun masuk (I check jam you). Nama doctor yang buat ultrasound I nie Doctor Chong. Doctor Chong nie sangat peramah macam gang kamcing la pulak. Macam-macam yang kita orang borakkan about people, about diri sendiri.. humble la..macam bukan doctor, dah la ala-ala tomboy sikit. I yang low esteem akan nenen I yang kecik dan leper nie, mula la cakap, mummy and adik beradik perempuan I semua nenen besar-besar bila tiba kat I alahai.. macam size anak dara sunti je hehe.. Makanya berbagai-bagai theory yang kita orang discussed. Sesambil tu doctor kata tak ada ketumbuhan atau apa-apa dekat kedua belah nenen I, everything is perfect and normal. Ahh...I rasa sungguh lega. This time buat ultrasound kejap je, tak sampai 20 minit pun. Oh yeah, before I forgot, bilik ultrasound memang kena sejuk because of the ultrasound machine. Anyway, lepas habis buat ultrasound, we went to Dr Suseela’s clinic. Kita orang sampai early, appointment sepatutnya pukul 3pm but since datang awal and semua dah beres so our appointment dipercepatkan. Doctor tak sampai lagi, so kita orang cadang pegi makan dulu and datang balik pukul 12.30pm or 1pm. Since it was still early and baru je breakfast kuih tadi, we decided to lepak kat Starbuck although I don’t want to go there sebab pada I semua minuman or makanan tak menepati selera I. Unless it was Coffee bean, anything in Coffee bean is so delicious pada I. Anyway, since tak ada Coffee bean and kalau nak makan kat Gloria Jeans macam awal la sangat nak lunch makanya tak ada choice kena la jugak makan makanan ringan kat Starbuck.

Well, I ordered randomly je without giving much thought but it took me quite a while to choose. I only have a few bites lepas tu terus stop kerana seperti yang sudah di jangkakan, tidak menepati selera I. I minum chocolate ice blended pun tak habis. Lepas melepak for a while we went back to the clinic. Tak lama kemudian doctor Suseela pun sampai. Bila my turn masuk, Dr Suseela tengok I sambil senyum and cakap “I remember you, the one yang sangat takut itu”..wakaka... malu I tau... I cakap, I la doctor, the one and only and also the one that people always remember hehehe.. gelak doctor. Lepas doctor baca record, ultrasound and check my breast, doctor satisfied and suruh buat appointment for next year but this time kena buat mamogram...waaaaaa...nangis. But doctor suruh buat appointment masa I tak period sebab masa period breast kita bengkak dan sakit.

Sekian catatan I untuk kali ini...

Thursday, January 1, 2015

The Wedding dan Happy New Year 2015

Happy New Year to Everyone. May 2015 bring more joy and happiness to all of us.

So untuk entry pertama di hari yang pertama for this year, I decided to publish cerita pasal perkahwinan Khairi sebab I rasa, adalah lebih baik I memulakan atau membuat entry yang penuh cinta kasih sayang dan ikatan perkahwinan ini. Tapi sebenarnya, more about myself pun hehe...ai biasala.....

Anyway, here goes..  

About Khairi and The Wedding

Last Sunday 14th December, 2014, was Khairi’s majlis nikah and bersanding on the bride side. Khairi’s is the youngest in the Abd Karim’s family. Abd Karim is my husband second eldest’s brother. Makanya semua anak-anak Abd Karim telah berkeluarga tiada lagi yang bujang kecuali cousin beliau, si Azran yang sungguh handsome, macho dan cukup manis dengan senyuman itu yang masih lagi mencari-cari calon isteri. Itulah kan tak semestinya orang yang good looking nie kahwin cepat, tapi Ayan (nama manja Azran selain dari yan) is still young pada pandangan I memandangkan perangai beliau yang masih kebudak budakkan dengan gurau sengih-sengih yang tak lekang dari mulutnya. I bet sekarang nie the pressure is on him and mesti ramai yang bertanya but I won’t ask him, dulu pernahlah I tanya dia bila nak bawak girlfriend introduce kat I, dia suruh I carikan hehe.. I nie tak pandai lah nak menjodohkan orang lagipun mana I nak cari calon-calon isteri untuk beliau memandangkan life style I nie yang sentiasa memerap kat rumah dan hanya keluar sekali sekala dengan husband I atau jumpa anak-anak buah husband I sahaja. 
 
So anyway, berbalik kepada kisah Khairi nie, teringat I masa kecik-kecik dia dulu, masa tu dia dalam 3 or 4 tahun dulu, he was such an adorable and cute boy. Dengan gigi gongaknya (bak kata husband I) dan badannya yang sedap-sedap untuk di peluk, Khairi always made me laugh with his manja-manja voice and look up to his sister Aiza that he fondly called Kak Chik. I remembered once out of the blue, he came to me and sang children’s rhyme “dari ulat jadi kepompong....rama-rama Awah (Allah) yang cipta, sungguh cantik di pandang mata....”. I masa tu tak tertahan nak gelak but I senyum je..cute betul. Over the years I saw him from time to time but he was not close to me/us (me and my husband), we did try a few times to bring him around, makan-makan, hang out but he always declined politely. I guess, dia segan or tak biasa. But he once gave me a Destiny’s Child “Of the Wall” CD for no reason and I still kept it until now. But from time to time we did have a few chat, mainly about books since both shared the same passion. He was the one who introduced me to “Life of Pi”, which was so good. One day we were talking about “And the Mountain Echoed” by Khaled Hosseini and he said he wanted to read that book but tunggu dulu. I decided to buy for him. When I gave him the book, at first he thought, I was lending him to him then I told him, aunty, bought it for you, I saw a smile malu malu excited on his face, he said thank you a few times. 
 
One day, we had a BBQ at Keramat and I saw an unfamiliar girl with us. I was wondering who is she until he told me that is her girlfriend. I was kind off surprised because Khairi’s previous girlfriend was “different” from this one. I started talking to her and wanting to know more about her, interview la konon I kan... alahai kalau tak korek-korek bukan aunty la I ini. But I tak tanya banyak because I don’t want her to feel uneasy. And when we were in Bangkok, our other anak buah told us that Khairi is planning to marry her, me and my husband was surprised because we always thought of Khairi is the baby of the family and wow, rasa macam tak percaya. Then we heard he’s engaged and the wedding was set by the end of this year. 
 

Here’s the story....

Around 7am we went to Keramat untuk breakfast and berkumpul sebelum konvoi beramai-ramai ke rumah pengantin perempuan for the nikah ceremony. Around 7.45am, all of us mula bertolak. Around 845am, we reached at a hotel nearby where Khairi bersiap-siap for the majlis. Around 9am, we went to the bride’s house. Seperti biasa, I’m one of the rombongan who carry one of the hantaran. Dalam hati I cakap, oh God, please jangan la jatuh macam masa Shida’s and Khairul punya wedding dulu..hehe.. you tau la I nie macam manakan... Lepas photographer ambik a few shots of all of us, kita orang pun masuk la ke rumah. Sementara tunggu tok kadi, I berbual-bual sambil bergelak-gelak kecil dengan para rombongan yakni side family husband I and sebelum tok kadi datang sempat lagi I ke dapur mintak air kat tuan rumah hehe... haus maa... I tell you since kalau pegi kenduri-kenduri nie sure kena duduk kat lantai. Since kita nie biasanya tak boleh duduk lama-lama especially part bersila nie, makanya all of us we’re having a cramp or semut-semut. I nie kejap-kejap mengalih ke kiri, mengalih ke kanan, bersila la dan berbagai-bagai lagi pose mengancam dari I. Ada one time tu, I siap berlunjur you hahaha.. I tanya anak buah kat sebelah, appropriate ke aunty duduk macam nie, Aida cakap, cover sikit aunty, cepat-cepat I tukar style hahaha... On top of that, I duduk kat depan pintu bilik, makanya kejap-kejap orang keluar masuk dari bilik or ke bilik, kejap-kejap la jugak aku beralih ke kiri or ke kanan.. hahaha.. I tell you, your makcik nie is always berada di dalam situasi yang tak dijangkakan. 

Tak lama kemudian, tok kadi pun sampai and acara bermula. This tok kadi is funny, ayat-ayat nasihat beliau diselang selit dengan gurauan manja. Tapikan meleret-leretlh pulak. I tak kisah tapi memandangkan akan keadaan yang kurang selesa disebabkan makcik-makcik nie semua tiada flexibility dalam posisi apa-apa sekalipun hatta bersila sekalipun makanya kedengaran la rungutan orang sebelah menyebelah. I tak merungut I cuma mengiyakan aje.. I kan angel...ekeke... sesambil tu I snap a few shots. Dalam dua kali lafaz, maka sah lah Khairi menjadi suami orang. Lepas tu acara sarung cincin and rantai, I suruh Khairi ulang balik lakonan dia hehe.. bukan main makcik nie mengarah..lepas tu baru I perasan, eh.. boleh tahan jugak suara I nih..hehe..

Lepas tu, kita orang pun beratur untuk makan dan minum sikit-sikit sebab acara kan masih pagi lagi. Dalam pada beratur itu dan berborak-borak sikit entah macam mana tiba-tiba kedengaran seperti ada benda jatuh, rupa-rupanya tudung makanan dan puncanya adalah...siapa lagi kalau bukan I wakaka.. Apparently, bag I terlanggar tudung-tudung makanan yang diletakan di belakang makanan makanan itu. Why me? Why??? Sempatlah lagi I bergurau, I kata kat kak Ani (kahwin dengan omputih), kakak ipar I punya kakak yang datang dari Hengland itu, I nie clumsy and clumsy is in my blood. Kak Ani gelak and cakap, it is good that you want to admit your clumsiness, makanya berderai la gelak tawa kita orang. Then during ambik roti jala tu, tiba-tiba roti jala I melompat, adeeihhh haiii... cepat-cepat I control pinggan I, gelak lagi kita orang. Ceh...I sungguh malu, tak habis-habis dapat unwanted attention. Nasib baik la para-para anak buah dan ipar duai I amat mengenali diri dan menerima kekurangan diri ini seadanya kalau kena kat family orang lain abis diri ini menjadi bahan umpatan, sementelah I nie cuma related by marriage aje kan, tetap la nak buat ayat mintak simpati macam biasa, ku di dalam emosi ini bak kata Sheila Majid....

Lepas makan, kita orang balik semula ke hotel, rupa-rupanya pukul 1.30pm nanti datang balik ke rumah pengantin sebab ada majlis bersanding and makan-makan. Laaa... I dengan husband tak tau pun, ingatkan terus balik. Itulah salah kita orang jugak, lama tak datang rumah Keramat, mana la nak tau apa dia punya itinerary kan... husband la.. Kalau I tau, sure I dah bawak baju extra untuk di pakai pada majlis tengahari itu. Oh yea, speaking of baju nie, you tau tak, family husband I semua pakai baju colour gelap-gelap, biru, purple, hitam (it is not a theme but coincidentally) tapi bila sampai kat I, I sorang je pakai baju colour pink bercorak putih wakaka... Kalau I tau, I akan pakai baju lebih kurang sama gelap-gelap... Hai..makcik korang nie. So anyway, sampai kat hotel, we (me and my husband) decided to go to Tesco yang bersebelahan dengan hotel itu sebab nak beli kasut I. Kasut yang I pakai rosak la pulak. I dah lama beli kasut nie tapi tak pernah pakai. Sebab simpan lama itu la sebabnya kulit-kulit kasut nie bersepai merata-rata bila I berjalan. Kat bawah lantai kereta habis bersepah dengan kepingan kasut hehe.. Alang-alang dah beli kasut, husband I suruh beli kasut untuk majlis sebelah lelaki nanti. Lepas habis beli kasut, kita orang balik ke hotel, I baring-baring dengan kakak ipar, anak buah dan menantu sedara I tapi I tak dapat lelap walaupun ngantuk sangat. Malam sebelum tu tidur pukul 3am, tak dapat tidur la pulak. Riuh dengan cucu-cucu sedara bermain sesama sendiri. Sebelum tu Adam jatuh dari katil masa Aiza tengah suapkan dia. Sian dia. Aiza bersiap nak bawak dia pegi klinik takut apa-apa kan. Around 1.00pm, kita orang bertolak dari hotel dan kembali ke rumah pengantin perempuan. Sementara tunggu family yang lain datang, kita orang lepak dalam kereta sebab kat luar panas terik. I dengan Aida dah kelaparan dan I dah tak sabar nak makan makanan pengantin nih...hui pelahap.. Bila dorang sampai kita orang terus berarak ramai-ramai ke rumah pengantin and tak sabar nak masuk kat canopy, rasa macam nak terbakar kulit muka, itu baru kat dunia belum lagi kat padang mashyar... Dalam pada itu, I look at myself, surrounded by all these loving people, me the only iban, embrace the malay culture (I tau I selalu cakap nie, you all tak akan faham, unless you’re in my shoes yang bersepai itu hehe..), I never thought that I would have this kind of life, journey. Whatever it is, I wouldn’t change for the world or ask for more. I nie kan selalu ada “moment” dalam kepala dan fantasy sendiri. No wonder la I tak boleh focus, otak I selalu menerawang ke dunia lain, kadang-kadang ada moment out of body experience la pulak..wakaka...abis la korang baca blog orang sakit jiwa, mari la mereng bersama I.... 

(Buat la muka lagi, memang pasti ku publish seluruh dunia hehehe...My husband took this picture)
 
So anyway, lepas duduk kat tempat yang dikhaskan untuk pihak lelaki, masa baru nak duduk tu, sudu I pulak jatuh ke tanah...alahai... Then I terus suruh husband I ceduk nasi and lauk pauk untuk I. I dah tak larat, lapar bercampur panas. Masa baru nak start makan, garfu I pulak jatuh....adoiila.. macam-macam I nie. Anyway, berselera kita orang makan. I, husband I and Lydia tambah dua nasi dua kali you. Dalam pada itu I ketepikan hati I yang menangis meraung sebab diet I lari. I makan lauk daging, ayam I tak pandang sebab bukan selalu I masak or makan daging. The reason was because, husband I kan ghout, so macam tak best kalau I masak and makan sorang-sorang and dia pandang je. Furthermore, it is his favourite too tapi dia tak boleh makan. Oh, lauk daging ini sungguh sedap, lembut dan senang nak pisahkan isi-isinya. Lepas makan, kita orang di jamu dengan dessert and all kind of food. Layanan pihak perempuan sangat baik dan sungguh superb! Memang non-stop makanan datang kat meja kita orang. Tak payah mintak, dorang terus hantar. Apalagi kita orang, perut I kan tak kenyang-kenyang hehehe..

Lepas makan ada seisi bergambar dan merestui pengantin. Renjis-renjis, tabur-tabur tak ada...just salam and peluk cium pengantin. Dapat la bunga telur. In between tu, I pandang Khairi and ahh.. still rasa macam tak percaya yang dia dah kahwin and ada bini. I still anggap dia macam budak-budak lagi. Then out of nowhere dia menguap kat atas pelamin dan serentak dengan itu, mata kami berdua bertemu and both of us laugh dan tersengih-sengih tanpa mengeluarkan suara. I shall never forget that moment.... Mesti dia penat sebab non stop bergambar will lots of people.

Tak lama kemudian all of us berangkat balik.....  
 
Majlis Pihak Lelaki on 20th December, 2014
 

On that day, Majlis pihak lelaki diadakan di Kampung Pengantin. All of us ada tugas masing-masing. I, husband I, abang/kakak ipar and anak-anak buah husband I jadi penyambut tetamu. Some of the anak buah, Aida jadi pengacara, Azryan jadi right hand man Khairi etc. Theme colour baju kita orang was mint green. Oh...cantiknya all of us..nampak seragam. I dengan husband I beli last minute. Nasib baik ada colour tu sebab bukan senang nak cari. I punya beli kat bawah Big Aeon. Lepas beli I punya, I ajak husband I beli untuk dia punya. Mula-mula dia tak nak, dia kata dia pakai sekejap. I pujuk-pujuk tak jalan jugak, dia still degil tak nak. Sekali I merajuk. Dalam kereta, I pandang ke tepi cermin dengan muka masam. Suasana tiba-tiba menjadi bening.... lagu kat radio pun tidak kedengaran lagi. Mulut I yang meriah terus senyap. Husband I tanya-tanya, I buat tak tau aje. Sakit hati I tau, apa salahnya dia pakai sama colour with everybody kan. I know it is setahun sekali but I don’t see it as a pembaziran sebab nanti boleh pakai lagi for raya ke or mana la tau pak menteri mana jemput ke majlis ke (macamlah...). On the way nak balik, tiba-tiba husband I belok ke arah lain. Dalam hati I dah agak, mana dia boleh tahan dengan rajukkan I ini... hehehe... Bila dia tanya-tanya I balik, terus la makcik ini menjawap dengan secepat kilat wakakaka... Mana I boleh tahan tak cakap you...

We went to Jalan Masjid India to look for his baju melayu. Itupun merata-rata tanya pekedai and puas mencari until I ajak husband I pegi tempat yang buat banyak buat baju melayu lelaki. Mula-mula dia tak nak, dia kata, nanti dia suruh sedara dia buat. I hairan, I tanya, bila dia tanya and which sedara yang boleh buat sebab I tak pernah tau pun sedara dia ada yang tau buat baju. I ajak dia jugak cari kat situ, dia kata nanti mahal la, tak berbaloi pakai sekejap. I kata tak apa, kalau mahal tak payah beli. Husband I kan, dengan orang dia tak berkira tapi untuk diri sendiri dia cukup berkira, I don’t know why, pelik la perangai dia. Sampai kat situ masa lalu kat one of the shop, tiba-tiba ada mak nyah tegur tanya, cari apa kak... I stop and cakap cari baju melayu colour mint green, terus dia ajak masuk. I was happy sebab terus ada baju colour tu. I cakap kat husband I, cuba kita terus pegi sini, kan ke tak payah buang masa cari tempat lain merata-rata. Harga pun murah je for baju melayu lelaki yang terkenal dengan mahalnya kat situ. Harga RM100 je. Terus kita orang beli.  

(I nak letak gambar I dengan husband I pakai baju sedondon tapi dia tak kasi..terpaksa la I letak gambar anak dara ini wakaka..)

 So anyway, back to majlis pihak lelaki... sebelum acara bermula, kita orang di suruh makan dulu. I tak makan banyak sebabkan kat rumah sebelum datang I dah makan roti canai sekeping sebab ingatkan kita orang akan makan lambat. Had I know, sure I tak makan kat rumah and bersusah payah bawak air botol dari rumah. I nie kan tak boleh hidup tanpa air putih.. Itupun sempat berkrisis kat rumah dengan husband I hahaha.... omg, I’m so embarassed to share this story with you all tau... Puncanya remeh je, pasal air botol la jugak... dahlah..tak nak I cerita hehehe.., part merajuk je I cerita. Terus la I ugut tak nak pegi majlis Khairi itu tapi at the same time, I sibuk-sibuk sediakan handbag, kasut bagai...tapi mulut ugut lagi tak nak pegi wakaka.. buat-buat baring, tutup bantal la at the same time kepala ligat pikir pasal make up la and sibuk-sibuk cari selendang, kipas, camera, handphone make sure battery penuh. Bila I tengok tak ada response dari husband I. I pegi kat dia, I kata “serious I tak nak pegi” (padahal tunggu nak mandi aje), dia kata “kenapa”?, I kata sebab dia tak pujuk I, dia kata, “eh you kata jangan pujuk and jangan cakap dengan you?” I kata, “ah you memang tak sayang I lagi” (hahaha.. cilakak punya ayat)... lepas tu dia pun pujuk, “mari la pegi”.. sambil hulurkan tangan mintak maaf hahaha...(padahal dia memang tau I mesti akan pegi). Lepas berdamai ala-ala salam hari raya, teruslah I melompat masuk bilik air sebab takut lambat sebab buang masa merajuk tadi. Omg, tergelak besar bila I ingat balik... Please jangan ikut I punya contoh... I dah rosak you...

Anyway back to majlis Khairi, everything went smoothly and there’s no clumsy drama from me... thanks God....

Sekian catatan I hari ini, di tahun baru 2015.....

Friday, November 21, 2014

Kisah Pembikinan Shorts Husband I...


Hello, makcik gemuk perut berlipat melambai-lambai dari kejauhan ini hehehe... How are you all doing? As for me biasa je, there’s not much happening with or in my life these past weeks, drama pun hardly ada (eh ye ke? Adaaaaaa.... hehehe..tapi malas la I nak cerita ....embarassing you... ahak!)

So, what have I been doing lately? Well..finally, I berjaya menyiapkan my husband’s short sakti ala-ala style polis malaya era 50 dan 60’an that I started two months ago. Yea.. you I kan Miss Halfway, makanya, project I nie selalu tergendala. Masa mula-mula beli kain dulu, dalam hati semangat berkobar-kobar, balik nie mesti terus ku potong and buat seberapa segera. Tapi sampai rumah I biarkan untuk beberapa hari, then one day, tiba-tiba teringin nak buat. I managed to potong semua sekaligus but lepas potong I berhenti lebih sebulan. Then one day, I decided to jahit tepi and jahit separuh. Jahit separuh pun bukan habis siap satu short tu, jahit bahagian tertentu aje...then I berhenti balik lebih sebulan. And then a few days ago, I decided to finished up everything... akhirnya kesemua short-short sakti husband I yang berjumlah sepuluh helai siap dengan sepenuhnya dua tiga hari lepas.

The main reason why I nak buat short husband I was that sebab short yang I buat four years ago dah macam kain buruk. I suruh dia buang and jangan pakai lagi but dia still degil nak pakai. Koyak-rabak and dah reput kat bahagian getah. Beside, seluar-seluar short asyik melurut je. I memang tak nak ganti getah tu sebab short memang dah buruk sangat but my husband refused to let it go. I don’t understand him sometime. Dia sangat susah untuk melepaskan atau buang apa-apa yang pada pandangan kita dah buruk or sampah but to him, it is a treasure. Itu pasal I cakap husband I nie ada penyakit horders... google la untuk penerangan lanjut... Nie I nak suruh dia kemas our store and the other room yang macam series “Storage Wars”
 

Anyway, back to my story, you tau tak sebenarnya bukan lama pun kalau nak siapkan short- short nie, dalam masa dua hari je dah boleh siap dari peringkat pertama iaitu, ukur, potong, jahit tepi, jahit sambung, iron, letak label dan masukkan getah tapi like I said, I nie kan suka buat kerja separuh jalan. Punca kenapa terjadinya pekara ini datangnya dari husband I la, teruslah nak salahkan laki. Yea you, I kan apa-apa la benda yang I buat bila I rasa macam tak nak teruskan or nak stop kan I cakap dekat dia, “I malas la nak abiskan or penat la”, “I sambung next time la”, husband I akan cakap, “don’t force yourself”, “do it whenever you feel like doing it”, “you should enjoy what you do instead of stressing up yourself”, “buat slowly bila-bila you suka”, “even kalau you tak siapkan or tak nak teruskan apa-apa yang buat separuh jalan, it’s ok”. I pulak la rasa guilty, lepas tu I pun buat-buat macam concern, I kata “you dah beli benda-benda nie semua,buat membazir duit je...” (the same ol’ “sympathic” script). Husband I akan cakap, “it’s ok..don’t worry about it...” So you tell me, macam mana la I tak mengada and buat kerja sambil lewa? Haha..

Dalam process pembikinan short sakti husband I kan, part yang I tak boleh tahan bila I kena ukur pinggang dia. Kita ukur lilitan pinggang dia sebab nak dapatkan ukuran tapi dia tiba-tiba aje memberikan tindak balas yang tak sepatutnya, terus kedua-dua tangan dia peluk I balik, tak mau lepas-lepaslah..menyampah I wakaka.., ambik kesempatan betul orang tua nie, nak romantic comedy la konon hehe.. Kadang-kadang, dia buat kembung-kembung dan kempis-kempiskan perut dia, so macam mana I tak geram? Bila dah siap and I suruh dia try, the first thing that my husband did was.... dia akan...”uhhh...ahhh.. sedapnya pakai seluar nie, rasa macam kena peluk dengan bidadari” wakaka...then mulalah dia menari dengan mengelek-gelekkan pinggang dia, lari sana lari sini, regangkan kaki kiri kanan, oh my God wakaka melampaukan...sesambil tu dia cakap nak bagi feel and test hahaha... Bila I suruh bukak, dia buat-buat tak nak bukak la... alahai... overacting. Kalau iya pun nak ambik ati I, berpada-pada la kan wakaka...

Anyway, I’m so happy, project yang tertunda sekian lama itu dah selesai. Sekarang nie I dah mula plan and start on my next project but I’m very sure tradisi tangguh menangguh akan di teruskan kembali hehe.. but I hope kalau bertangguh pun tak la sampai berbulan-bulan, furthermore I need to continue reading my book yang macam library itu, so far this month I’d read two books and I already on to my next. Ah..don’t get me started over the tv series/reality that I watched or currently watching... lama tak review series or drama.. I can’t wait to share something with all of you, I will find the time to write about it. Oh, by the way, I nak active kan balik my instagram yang I create about two years ago yang cuma ada tiga pictures itu, two days ago I managed to uploaded one more... haha... I tak tau la nak letak gambar apa lepas nie... rasa macam tak kena aje tua-tua pose-pose cute (uweek, I sendiri pun nak muntah).

Sekian catatan I untuk kali ini....

Tuesday, October 7, 2014

Lunch at HRC dan Seluar Jeans

Semalam plan tak nak keluar and masak je kat rumah. Kalau keluar pun petang nanti sebab nak cari seluar jeans. Tengah masak memasak tiba-tiba Khairul called ajak keluar lunch at Hard Rock Cafe. Wah, murah rezeki and setakat bulan October nie tiga kali makan-makan dengan dorang bertiga. Masa husband I cakap dengan Khairul, dia tanya I, I on je especially bila teringat nak jumpa Daniyal yang cute tu. Janji jumpa kat HRC pukul 2.30pm sebab dorang nak ke Pertama cari something. 

 (Our Starter)

Around 2.30pm kita orang sampai and dorang dah ada kat situ. I tak pernah lunch kat HRC and dinner pun rasanya dua kali je. Tahlah macam lupa tempat nie. Kalau nak makan western food or steak I prefer Tony Romas or San Francisco. Tanpa berlengah lagi, I terus order. Sebelum tu I dah check menu kat internet at least I tau apa nak makan, dah prepare you... tak ada la I buang masa nak pikir makan apa..

(Macam mana I tak geram dengan budak nie? Sooo cuteeee....)

We had such a great time as usual with little Daniyal...eee..tak tahan I geram tengok dia tau..rasa macam nak cium kuat-kuat. Lepas makan sempat la I kita orang bergambar kat sudut-sudut dalam restaurant nie. I ambik gambar dorang aje and I don’t want my pictures to be taken since I look so ugly nowadays. I know I’m ugly all this while (Ratu humble la pulak) but sekarang nie lagi bertambah ugly, with my fat cheek and big ass. Oh, I hate myself so much right now.

Lepas makan, both of us went to the Big Aeon JJ sebab nak cari seluar jeans I. Semua jeans I tak muat, bila tarik je cuma sampai setakat peha, huhu... I tak nak beli kat Uniqlo sebab mana la tau, berat badan I turun ke (sedih... masih jugak menyimpan harapan), so baiklah I beli jeans lagi murah je. Lama dah I tak gumuk and perut buncit berlipat macam nie, the last time was about 10 years ago and masa tu cepat-cepat I pegi slimming centre. But sekarang dah naik balik since start tak sihat awal tahun nie. I tak la kisah kalau berisi sikit but perut dengan peha I la naik sekali. Yelakan apa nak buat, umur dah meningkat....

Sampai situ I pun terus la memilih dan try seluar-seluar jeans nie. Sedih I tengok rupa I pakai jeans. No more low cut instead kena pakai yang high rise huhuhu.... makanya zip dan hook sampai ke atas pusat...waaaaaa.... so 70’s. Dengan rambut rock minah tua sanggul berserabai, peha yang macam ahli gusti wanita tapi ber celulite, kalau hempap sure pengsan lawan I dan unsur-unsur penuaan terutama eye bag di bawah mata membuatkan I terkasima, gerangan siapakah nenek gedempol di cermin itu? I don’t care korang bosan dengan rintihan hati I ini, I tetap jugak nak mintak simpati and complaint...huhu..

Anyway, I pun ambik dua jeans brand Voir dan Applemint. Tetap la nak pakai jeans jenama remaja wakaka... shut up you... Both ada 50% for members, lagi la murah.  So dua nie dalam RM seratus lebih je. Ada jugak I terpikir nak ambik yang pinggang bergetah tapi kalau peluh sure gatal kat bahagian pinggang nanti kang ada yang tanggal seluar tengah public sure masuk Harian Metro dengan tajuk besar, Parah Seluar Getah wakaka... Lepas tu balik rumah, yelakan takan nak balik Kenya.  Sampai rumah I whatsapp and hantar gambar yang I snap kat HRC kat Shida dan bergegas solat Asar.

Nampaknya azam untuk update tiap hari tidak kesampaian di sebabkan berbagai-bagai faktor seperti faktor waktu, mood dan idea yang kadang-kala tidak menentu... My aim is too high hehe...

Sekian catatan I untuk kali ini...

Sunday, October 5, 2014

Update 2nd,3rd & 4th October, 2014

I was supposed to upate my blog since dah cakap nak blogging everyday but due to the lahanat connection yang asyik putus-putus membuat I tidak dapat merealisasikan impian yang jitu ini. You tau tak internet connection was so bad these past few weeks. Technician datang sampai dua kali last week and this week alone tapi masalah still tak resolved. I cukup bengang you.

So here’s goes...

2nd October, 2014

So on the night, 2nd October, husband I ajak dinner to celebrate my birthday (amboi tak habis cerita birthday dia), sebelum tu masa whatsapp dengan Shida tengahari semalam, dia ajak dinner sama-sama this weekend, to celebrate birthday I dengan Khairul since selang sehari. But on the weekend we plan to go somewhere else. So I told my husband, since kita nak keluar dinner, why don’t kita dinner sekali dengan dorang. Anyway, around 8pm semalam, I dengan husband I ambik Shida and Daniyal sementara Khairul datang terus dari office ke Tony Romas at Pavillion. Dalam kereta, I dengan Shida punya future plan macam-macam. Sampai sana I dengan husband I terus order makanan, Shida tunggu Khairul baru order.

Sampai situ I ordered cepat-cepat, tau la I sekarang nie kalau lambat makan aje tiba-tiba boleh rasa terapung-apung la pulak. Alahai, macam-macam sekarang nie. I ordered lamb rack, nampak macam sedap je, jaga makan ke, cholestrol ke semua I tak peduli. I dah fed up bukan la bermakna I dah give up. I tak nak stress up. Wah, boleh tulis lyric rap nie, Joe Fizlow move aside (dengan penuh swagger). So the food was delicious before this tak pernah order. Ah, lupa nak ambik gambar, lepas abis makan baru teringat. Shida and Khairul ordered steak, as for my husband since dia ada ghout so dia order ayam.. sian I tengok, padahal favourite dia la steak. As for Daniyal, minum susu je la. Mula-mula ok je dia tapi tiba-tiba mula la member bersyahdu-syahdu dalam restaurant, sampai meleleh-leleh airmata kaseh. Kuat suara dia tak padan dengan cenonet hehe.. merah mata and tongkol hidung dia. Then tiba-tiba perempuan meja sebelah datang kat kita orang and cakap, anak sedara dia dulu pun macam nie jugak, sampai je kat situ terus meraung. Dia kata budak-budak kecik nie boleh nampak benda-benda halus. I pun ada jugak terpikir macam tu sebabkan mula-mula ceria je Daniyal, sengih-sengih and lompat-lompat masa di agah tiba-tiba je bila bapak dia datang dia terus menangis non-stop. Tapi sebelum tu macam ada tanda-tanda nak mendung especially bila waiter datang ambik order, dia pandang semacam je. Then I teringat no wonder la masa ambik gambar dia asyik kiri kanan, mesti ada setan-setan bergentayang merata-rata, me and my andaian mistik. Lepas makan kita orang jalan kejap kat atas sebab Khairul nak tukar tali jam. On the way nak naik escelator Daniyal mula ceria, senyum-senyum and mengomel sorang-sorang. Bila salesman to ketuk-ketuk tali jam tiba-tiba terkekek kekek la pulak dia, alahai cute nya. Sementara tunggu Khairul tukar jam, husband I nak memerut la pulak.. so kena la tunggu dia, kalau tak memerut memang tak sah orang tua tu.

On the way nak balik, dalam kereta, terus la husband I cerita pasal Daniyal yang menangis dan memberi pandangan beliau yang penuh supernatural itu. Uncle seekers korang nie kalau depan-depan cool je tapi kat belakang non-stop dia membuat berbagai-bagai scenario, dia cakap, mesti nampak itu ini la, ditambah dengan bininya ini yang boleh tahan menambah perisa-perisa seram. Kalau dia dah cerita, mula la body language dia pun ikut gerak sekali, buat-buat aksi seram... imagine badan macho gumuk buat aksi ngeri geli seram-seram sejuk, siap dengan kepala and buat satu badan mengeletar sekali wakaka...
 
3rd October, 2014

So last Friday after prayer, kita orang drive ke Melaka. It was a last minute plan and it was either JB or Melaka. Sebenarnya husband I ajak holiday pegi oversea and dah ambik cuti on the 7 & 8 October tapi like I said memandangkan it was a last minute so dia terpaksa cancelled cuti sebab ticket dan package dah penuh. Kita orang pun cari merata-rata hotel dengan internet connection yang kejap-kejap putus, geram I sampai I fed up, I suruh dia cari aje. Then dia cakap pegi Melaka aje sebab dekat. Kita orang nak tinggal kat Casa Del Rio or Hatten tapi penuh. Hotel-hotel lain selain dari Casa and Hatten semua penuh except for Mahkota Hotel, so dia terus book. 
 
                                                                    (Bilik tidur)

I decided to cook for lunch and bawak ke hotel. I suka bawak makanan dari rumah, macam picnic je walaupun dalam hotel. Macam main pondok-pondok je ala lala... Sampai around 6.30pm. I sudah lapar. Tengok hotel dari luar, wah.. not bad, masuk lobby pun not bad jugak. Like I said I was so hungry and lama jugak husband I nak register masuk although tak ada orang. Kat dalam kawasan hotel pun cantik, macam kawasan condo. Masuk lift, eh..I tengok macam buruk je but it’s ok, bukan tinggal kat lift pun. Keluar dari lift I tengok, eh kenapa macam buruk lagi je.. Then masuk je dalam bilik, what? Tekejut I, outdated. Husband I cakap Deluxe dah penuh, yang tinggal cuma small apartment. Mula-mula tu both of us tak kisah sebab dah penat and terus cepat-cepat keluarkan food nak makan. I was so exhausted, I don’t know why, bukan I drive pun and duduk je dalam kereta tapi iyalah dah tua agaknya sampai nak makan duduk pun I tak larat. Nasib baik bawak lunch but you won’t believe it, I makan sambil baring and husband I siap suapkan wakaka... Dengan sofanya yang kejap-kejap melurut, kena betulkan balik position, lepas tu mengelongsor balik, dah la two seater, terjuntai kaki I. I know kerja I asyik complained je kan.. Dulu I selalu fed up bila dengar orang tua mengomel tak habis-habis sekarang nie, nah, it’s my turn pulak.

                                                                 (Ruang tamu)

(Bahagian dapur tapi tak boleh masak kat sini cuma boleh panaskan air)

                                                                (View dari balcony bilik)

Lepas makan baru I rasa segera and masa tu la kita orang baru perasan akan keburukkan bilik hotel ini. Alahai for the price rasa macam tak berbaloi, dengan tv kotaknya, perabot so ancient, katil queen size dan bilik mandi yang tak sanggup I nak snap. Husband I kata masa tengok kat internet cantik je. Then kita orang surf the internet, yes, yang deluxe tu cantik but not the small apartment. It was exactly the same as the picture. Husband I kata dia tersilap and tengok yang deluxe instead of the small apartment. Tv dah la jenis yang outdated, tv kotak, gambar tak terang and channel pulak yang ada movie vision four tu. Bilik mandi? How do I begin? In between the tiles dah terkopak-kopak, water pressure tak ada ke? Sebab air keluar kecik je, I kena mandi extra long sebab air keluar macam air kencing..I’m serious. Itu belum lagi I nak cakap betapa sempitnya. Katil dah la jenis yang queen size, husband I cakap, kejap-kejap dia nak jatuh bila pusingkan badan wakaka.. Oh yeah, internet pun sorang je boleh guna, so kena bergilir-gilir and kena charge RM10. Lampu ruang tamu sangat dim. Rasa rugi tau, you pay for the comfort and this is what you get. Kalau la dorang refurbish tempat nie, I’m very sure it would be lovely. I really want to say nice thing about this hotel but I can’t. You know I kan jenis yang very supportive but I can be brutally honest sometime.

(Food not bad)
 
(Order kat kedai nie)
 
Lepas makan we decided to keluar sebab, I lapar lagi walaupun baru lepas makan hahaha.. so I guess this is why berat badan I naik, benci la. Kita orang pegi dekat kawasan Mahkota Parade aje. The place was vibrant and beautiful. Mula-mula masuk this one restaurant and tengok ramai orang kat situ. The sitting is quite unique with some people bukak kasut and makan kira macam lantai and penuh. But we changed our mind bila tengok menu. So we walked further and saw ada sign tulis Asam Pedas. Kawasan kedai besar panjang macam foodcourt. Kita orang tak jalan sampai hujung. Masuk kat situ tak tau apa nak makan. Ingat nak makan asam pedas but bila memikirkan perut I yang extra sensitive ini, I order je makanan biasa. Next time kalau keluar ramai-ramai maybe I nak try sikit aje. Tengah makan-makan tiba-tiba anak mat salleh menangis meraung sambil duduk kat lantai tak jauh dari meja kita orang. Husband I cakap anak dia termakan cili or asam pedas kot sebab dia tunjuk-tunjukkan mulut dia, I tak perasan sebab my back was facing them and I pusing sekali je masa anak dia menangis, itu yang tau dia duduk kat lantai. Then I pusing lagi and tengok, mak dia tengah bagi anak dia ice... lama la jugak dia nangis.. kesian kan.. Husband I cakap, nie bukan apa nie, dia nak bagi anak dia biasakan dengan makanan pedas... ahh.. my husband and his theory..

Lepas makan, we decided to jalan-jalan kat pasar malam selling souvenirs, clothes etc. Ok jugak kawasan nie but kita orang tak jalan jauh sebab panas and melekit-lekit badan. Iyalah kak, ini bukan negara musim sejuk... Husband I tanya, nak ambik gambar tak, I kata malaslah.. Tak lama kemudian kita orang balik. Sampai ke bilik hotel after much discussion, we decided to shortened our stay, instead of 2 nights to one night aje. Both of us tak tahan la, rasa rugi bayar hotel yang lebih kurang sama harga dengan Holiday Inn (on which dah penuh) tapi bilik buruk. Husband I called receptionist and cakap nak kena balik KL sebab ada emergency kerja, kang tak dapat deposit kalau cakap saje nak balik. Malam tu kita orang check hotel-hotel lain kat situ but semua fully book so we decided to just go back aje the next day. Frust la jugak but we plan on coming back again but to a different hotel but this time biar I yang cari.
 
4th October, 2014

(Soto Ayam yang delicious)
 
Next day we had our breakfast at the hotel and after packing our stuff terus check out from the hotel. On the way nak balik we stopped at one of the R&R. Both of us suka stop kat R&R sebab toilet sentiasa bersih, makanan pun sedap and mesti kita orang beli macam-macam especially keropok-keropok dan buah-buahan yang segar. Kita orang try makan soto kat R&R Ayer Keroh nie, wow... sedap giler... I tak letak kicap cili pun dah sedap. Tapi I memang tak letak sebab, like I said perut I sensitive. 

I love buat road trip with my husband sebab sangat fun, there’s always something to talk about, gurau-gurau la, kang I cakap pegang-pegang tangan ada yang muntah wakaka.. We plan on having another one soon... road trip ok bukan suap-suap makan or cium-cium eh tiba-tiba salah topic.... wakaka..

Last but not least Selamat Hari Raya Haji to all my muslim brothers and sisters.   

And also my internet connection dah ok.... yahoooo.. and you know why? Technician yang datang haritu tak sambung betul-betul wayar, itupun I perasan masa kaki I terkena karan, nasib baik tak hangus bulu-bulu kat badan I for sure macam bau bulu ayam terbakar.. Bila husband I balik, I tunjuk kat dia wayar tu and lepas dia betulkan balik...everything went smoothly....
 
Sekian catatan I untuk kali ini...  

Thursday, October 2, 2014

Hey! Today is My Birthday!

Today is a very special day in my life (beside my wedding day) because its my birthday, sambil senyum-senyum senget kepala, ala macam biasa senyum perasan... I’m 45 years old today. Yes, lima tahun lagi your aunty akan sampai ke usia 50 tahun, kalau umur panjang. How do I feel about being at this age? Old ke? No lah, age is just a state of mind. Kalau you rasa tua, tua la you. But I definietly don’t feel that I’m still young but more wiser and calmer. And ofcourse bigger and fatter. At this age I feel that I’m more knowledgable and I learned a lot especially in these past few months. Cuma itula langkah ke kubur makin pendek, seram I.
   
                                                      (Wedding Anniversary Present)

Last night, sebelum tidur, I ingat I nak off hphone but decided not to sebab I pikir-pikir mesti husband I akan bagi I hadiah. Dalam pada itu hati I berperang sesama sendiri (amboi), ah..kalau dia tak bagi pun tak apa sebab I understand dia pun tak tau nak bagi apa, kataku memujuk hati sendiri sebab tak mau dikecewakan. Oh yeah, lupa nak cakap, anniversary aritu, you tau apa I hadiah I? Dua gelang perak, dua gelang stainless steel and dua rantai stainless steel. I pilih on a different day itupun, impromtu je tak ada plan sangat. I tengok kat kiosk, I cakap kat husband I, I ambik gelang nie as my wedding anniversary. Punyalah nak ada kenangan kan... I nie kan sentimental punya minah.... macam tak tau... Husband I siang-siang cakap dia tak nak apa-apa.    
 
(My Birthday Present)

Berbalik kepada kisah I malam tadi, lebih kurang pukul 12.05am, husband I masuk bilik and senyap-senyap dia bagi I sekotak hadiah kecil berbalut kertas silver. I kata wah, sambil tersenyum. Dalam hati I, nasib I tak off kan hphone, boleh la I snap-snap gambar hehe...plan you. I pun cuba la bukak slowly tapi hati sudah tidak tahan, I cakap kat husband I, boleh tak I koyakkan aje... dia kata koyak lah.. I tengok eh..kotak biru tulis swarovski. Adakah beliau membelikan I gelang swarovski yang di pakai oleh Miranda Kerr yang kita orang tengok kat KLCC masa keluar date dengan Khairul and family haritu? Bila I bukak je, wow... sungguh unexpected. I was so surprised! I got a very beautiful sparkling swarovski bracelet and I love it so much. I pun exxagerated la dengan lakonan grade A+ I ini, bukan I hypocrite but apa salahnya I ambik hati dia and show my appreciation yang melampau, dia pun senang hati, I pun kenalah tunjuk bakat lakonan taraf Oscar. Husband I nie paranoid kalau kita cakap kita suka aje walaupun kita memang betul-betul dan ikhlas suka dia still tak puas hati. I have to convince that I really like it . Nanti dia akan tanya, “kenapa tak suka ke, nak yang lain ke, I’m so sorry, I tak tau nak pilih mana, I rasa bersalah sebab tak dapat buat you happy” (tah mana-mana dia dapat dialog filem bell bottom nie) sambil membuat muka macam nak kena piat telinga. So macam mana I tak sayang campur kesian laki macam nie? So that is where my skill terserlah wakaka.. Tak susah hidup berumahtangga nie sebenarnya, bakat you bakat...
 
Anyway, berbalik (banyaknya selingan tu yang asyik berbalik) kepada kisah lakonan I ini. I pun berdiri la depan cermin, belek sini belek sana, senyum senyum lebar, puji-puji...cantiknya sambil buat mulut duck uweekk.. ekeke... I cakap, “pandai you beli, surprise I tauuu..(panjang uuuu tu), thank you so much sambil mata yang sedia sepet, I sepetkan lagi...nak bagi expresi excitment la tu”. Like I always said, memek muka memainkan peranan yang amat penting selain dari dialog syahdu dan sendu.. Husband I senyum-senyum malu atas katil, I can see dada dia kembang kucup sambil perut dia turun naik seirama dengan pernafasan dia. I think he is so proud of himself that he chose the right birthday present. Oh..those smile.. is so sweet dan penuh lega. I’m happy if I managed to make him happy too. Then husband I panggil dia nak tengok dekat-dekat, half way pegi kat dia, I patah balik, I kata nanti I tengok lagi sekali kat cermin wakaka..melampau kan.. kalau iya pun nak menjiwai wata, agak-agak la hehe... Then husband I cakap, sesuai dengan your skin colour, kalau orang lain pakai tak cantik, you je pakai cantik (alahai..bini dia je la yang macam miss universe hehe..). Then I ambik gambar berbagai-bagai angle, kejap-kejap I tunjuk gambar kat dia, husband I pun apalagi... huii...lawa la, cantik la etc..

So pagi nie, I mendapat wishes, of course yang pertama husband I, dari malam tadi sampai la ke pagi nie. Then Mummy text wish I, then Mbo, Khairil, Shida, Lydia and Lydia shared a very good news, dia pregnant two months. I was so excited, tergenang la airmata kaseh kejap, bertambah lagi keluarga Abd Karim. Masa ber whatsapp dengan Shida panjang cerita, siap plan our next date, plan cuti sama-sama la and of course diselang seli dengan kemengarutan I.. Around 2pm Gab whatsapp, terkekek-kekek I gelak baca apa dia tulis, siap dengan gambar abang Rajni lagi, kejam haha. Then Gab mentioned about fb, barulah I teringat I tak masuk situ.  In fact lama dah I tak masuk.  I cakap malam nanti I check.  Tak lama kemudian Vagg pulak whatsapp, omg, let me tell you, ber whatsapp dengan Vagg la yang paling kelakar sepanjang-panjang hidup I, dari dulu sampai sekarang even sebelum kewujudan whatsapp lagi iaitu dari zaman YM. Nantilah I cerita.. banyaknya nanti I cerita, tapi tak cerita-cerita jugak. But you know, I never thought I boleh satu kepala dengan people like Vagg, Shida, Aiza etc. yang way younger than me. I guess my mental growth stop at 20 hahaha...

Tengahari tadi I tak masak and husband I balik kejap hantar Nasi Lemak from Madam Kwan. I know, high cholestrol, tapi I tak peduli, today is my birthday and I allow myself to eat whatever I want. You tau tak berat badan I makin naik bukan menurun. Semua seluar jeans atau khakis I dah tak muat dan tak dapat zip walau sedaya upaya I kempiskan perut I, frust I, terpaksa la I pakai skirt atau seluar bertali getah. Rasa rendah diri sangat. Hilang bentuk badan remaja yang ku bangga-banggakan, kini aku bak ibu kucing yang tak turun-turun perut lepas bersalin lima. Sedih... I hairan la apa yang I makan. I dengan husband I makan nasi/brown rice for almost three months tapi masih jugak naik so I guess I tukar balik pada white rice, buat sakit jiwa aje.

Last but not least, I’m so grateful to Allah for giving me another day to breath, to see the world and to look at my kind, loving and beautiful husband’s face. I’m so grateful that my mind is still functioning well despite being forgetful sometime. I’m always afraid of losing it or the memory because it would be so sad. I’m so grateful with the dugaan that was given to me by Allah so far, otherwise I wouldn’t be this strong and learn from it. I’m so grateful that at this age, I don’t have any expectation on other people anymore because I know I will end up being disappointed. I’m so grateful that I finally know which love and attention that I should give to and get it back instead of giving it to the wrong people. Last but not least I’m so grateful that I was even born in this world otherwise you wouldn’t know me, love me (aiyaa..perasan) and you wouldn’t be able to know how fascinated I am... uweeekk..yeah right!...kasi chance la I nak bongkak, perasan hebat setahun sekali...ye ke setahun sekali? Hehe..

Got to go malam nie I ada date....nanti I cerita...

Wednesday, October 1, 2014

Kisah Satu Haribulan October

 Today is the first day of the month of October. It is my favourite month of the year and for so many reasons. So I decided to write everyday about everything or anything no matter how ridiculous or boring it would be on this month. It could be how I feel on that day, what I cook or simply just a thought. It doesn’t matter how long or short, a single line or one word as long as there's something written.  I know, I can just go to my fb and put all kind of a status/pictures but I don’t want to do that. I don’t feel any attachment to my fb beside you know how I value my privacy... (so much for privacy). As for blogging, I can just write away without a care in the world. It is just me and a few of you out there...
 
(Khairul and Shida's son, our youngest cucu sedara with those mesmerize eyes)

So today is Khairul’s birthday. My husband eldest nephew and the eldest among his cousin. I knew Khairul when I was 21 years old when I went to KL to meet my bakal in laws for the first time. He was quiet and thin. He didn’t talk much and didn’t even look at me. He was shy I guess. He was and still is the perfectionist and the cleanest guy that I ever met. He has a way of putting stuff or arranging it so neatly that he knows, whenever it was moved. Back then I don’t really know him that well but we get along fine although we seldom utter one or two words to each other. My husband always talked about him before we even met. Now that he’s married and have one son, he is friendly and always asked us to come to his house or went out to have our meal together. In fact we just had our late lunch at Little Penang KLCC last Saturday.

Speaking la pulak aunty you all hari nie...

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...