Friday, August 27, 2010

I Tak Sihat / Kenangan Puasa

(Makanan berbuka dan bersahur semalam, nasi ayam)

I tak sihat balik.. huhuhu..masuk nie rasanya 4 kali dah I jatuh sakit untuk tahun ini sahaja. Sejak dari awal tahun lagi I dah kena macam-macam, gastric la, cirit birit la, batuk la, flu la..and now kena lagi flu, batuk batuk sikit and demam. Don't know la maybe antibodi I dah tak kuat, almaklum zaman kejatuhan I sudah bermula. I dah rasa tak sedap badan dari semalam. Puncanya husband I dah mula batuk-batuk demam aritu. Then I cakap kat dia, mesti I akan terkena nie. Memang ya pun I kena. Tak abis-abis I membebel kutuk dia pembawa virus. Bukan salah dia tapi I tak puas hati la. Semua project-project I terbengkalai. I tak larat nak jahit langsir I, nasib baik yang lace dah siap and yang tebal cuma nak kena jahit bahagian kaki. As for roman blind I bentangkan aje dulu. And as for my baju raya I tak buat lagi. Ada satu I dah siap last week tapi macam tak puas hati aje. Petang tadi pegi klinik, I cakap kat doctor bagi I ubat yang paling kuat sebab I nak cepat-cepat baik. Tau je la doctor selalunya bagi ubat yang mild so that orang datang lagi... (husband I la yang cakap..pandai betul penyiasat perut cute tu)

These past few days I tak masak sangat, beli kat luar and sahur pun makan mee Maggie ayam je hehe.. Tapi semalam I masak nasi ayam. Husband I kata sedap, dia ambik sampai tinggi gunung... aisye.. exaggerate la pulak kan.. Dengan serba kepayahan la jugak I masak, badan I sengal-sengal, assistant cook (husband) I yang seorang tu banyak membantu. Dia tak suruh I masak memula tapi both of us tak tau nak makan apa, lagipun I cakap kat dia, elok minum sup panas-panas so that cepat sembuh. Yela sembuh, in fact arinie tekak I rasa sungguh perit and batuk non-stop. Namun begitu niat untuk minum tak pernah terlintas di hati I. Selagi I dapat puasa selagi tu I akan bertahan kecuali kalau memudaratkan I or kalau teruk alahan pregnant ke, baru la I akan batal puasa apart from that.. insyallah. Tak de la cakap I nie kuat iman tapi apa la sangat ujian dari Allah kalau yang ini pun kita tak dapat menempuhnya.. Orang kat Pakistan, Palestine and negara-negara susah lagi teruk pun dorang masih boleh berpuasa and berbuka pun ala kadar. Ini kan kita yang cukup serba-serbi.

Sometime I tak paham orang yang sihat tubuh badan masih boleh tinggal puasa dengan alasan yang cukup tak lojik. Dulukan masa I belum convert I kerja kat sebuah negeri and during puasa I and one of my colleague, perempuan (bukan islam) plan nak keluar sebab nak makan for lunch. Then two of our other colleague, lelaki dan beragama Islam nak join and dorang siang-siang cakap dorang nak makan. So dorang suruh I and my colleague pompuan nie belikan dorang buah. Both of us yang bodoh-bodoh masa tu beli aje la.. Mana la both of us tau, larangan keras tak boleh berpuasakan... siap gelak-gelak lagi dalam kereta jantan dua ekor nie makan. Tapikan I and my kawan perempuan nie pun gelak jugak kat dorang sebab we thought it was so funny. I ingat lagi kita orang belikan dorang a few slices of papaya and buah-buah lain yang I tak ingat apa. Dorang makan dengan gelojoh. Lepas tu dorang isap rokok sambil tertunduk-tunduk kat dashboard takut orang nampak. Kita orang parking somewhere secluded. Kita orang muda lagi masa tu, semua dalam lingkungan 20 ‘an aje and bujang. Yang mamat sorang tu dari negeri yang terkenal dengan konsep keislamannya and as for mamat sorang nie memang tak boleh pakai.

Bila I dah convert baru la I tau bertapa wajibnya berpuasa nie.. salah satu dari rukun Islam ke lima lagi. And during my first time puasa, kawan-kawan Islam I kejap-kejap tanya, I larat ke? Tahan ke? Kalau nak bukak pun boleh sebab baru.. I kata I’m ok and no problem. Dorang hairan and macam tak percaya, I relax je. Tapikan first time I berbuka..., saat air putih menyentuh bibir I and masuk perlahan-lahan kat dalam mulut dan mengalir kat tekak I, Ya Tuhan, nikmatnya tak terhingga, kemanisan air putih tu enak tak terperi.. And every year bila I berpuasa I tak pernah lupa akan peristiwa I and kawan I belikan mamat-mamat nie makanan and I was always wondering apa yang susahnya dorang nak puasa nie?

5 comments:

che^amad said...

get well soon sis @ puan presiden.. yg malas nak puasa tu bukan payah sebenarnye tapi mungkin kurang didikan agama. heh memandai aje aku..

Claudia said...

thank you gab..wah puan presiden la pulak ekeke.. (nie bukan puan presiden company pengeluar filem...ama ke? ekeke..).

itula gab..kataku menyebelahimu hehe..

che^amad said...

oh lupa mau inform sama sis.. kami semua telah sebulat suara dan sebulat perut melantik sis sebagai presiden kelab filem tamil cawangan malaysia.. hehehe

p/s: dey sis.. bila le mau kasi buang itu word verifivcation? senang sket nak kasi spam masuk.. ekekeke

Claudia said...

wahhhh.... sukanya dia ngenakan kita.. xpe xpe..eh gab ada satu story tamil yg sungguh di luar jangkauan yg sis baru2 tengok di satu malam yg hening.. tapi sis tengok sikit je..nanti sis akan story kan..wakakaka...x masuk akallll...

oh word verification kt mana gab? bila nak leave comment kat blog ke? nanti sis check

Claudia said...

wahhhh.... sukanya dia ngenakan kita.. xpe xpe..eh gab ada satu story tamil yg sungguh di luar jangkauan yg sis baru2 tengok di satu malam yg hening.. tapi sis tengok sikit je..nanti sis akan story kan..wakakaka...x masuk akallll...

oh word verification kt mana gab? bila nak leave comment kat blog ke? nanti sis check

My Birthday Part 1

So today is my birthday.  At this age rasanya sama je, xde ada apa yang berbeza cuma I rasa I'm more mature in handling any kind of ...